Anda di halaman 1dari 4

SOALAN TEMU BUAL

1. Soalan saya yang pertama ialah apakah kuih tradisional kaun India yang anda
menjual?
=Saya menjual banyak jenis kuih tradisional kaum India tapi yang selalu menjadi
pilihan ramai orang ialah Murukku, Athirasam dan Achi Murukku.

2. Menurut anda mengapakah kuih tradisional tersebut dianggap unik berbanding


kuih moden?
=Kuih tradisional ini boleh dikatakan unik disebabkan kepelbagaian masyarakat India
yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, orang India yang terdiri daripada
ras yang berbeza antaranya orang Tamil, orang Telungu, orang Ceylon dan
sebagainya. Keunikan ini boleh dilihat khususnya melalui pembuatan kuih tradisional
disebabkan asimilasi yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat India di
Malaysia.

3. Selain itu, adakah cara penyediaan kuih tradisional ini masih kekal sama seperti
masa dulu ?
Tidak.
=Murukku
Muruku lazimnya diperbuat daripada tepung beras atau tepung urad dal sebelum
diproses menjadi doh. Doh tersebut pula dibentuk menjadi bentuk berpusar, dengan
menggunakan tangan . Pusaran doh yang terhasil kemudiannya digoreng celur di
dalam minyak sayuran.Tetapi masa kini rakyat menggunakan acuan Murukku kerana
cara tradisional memerlukan kemahiran dan masa yang banyak. Rakyat masa kini juga
menggunakan dapur gas manakal masa dulu nenek moyang kita guna dapur kayu.
=Athirasam
Penyediaan cara tradisional mengambil masa kira-kira seminggu. Mula-mula beras
direndam dalam air dan dikeringkan di tempat teduh dan dikisar menjadi serbuk halus
dan mengekalkan sedikit kelembapan. Untuk menambah "Vellam" manis cair dalam
air dengan mendidihkannya sehingga mencapai konsistensi dan ditambah pada tepung
beras. Ia kemudiannya dipindahkan ke dalam periuk tembikar dan bahagian atas
periuk ditutup dengan kain putih nipis. Ia kemudian dibenarkan untuk ditapai selama
kira-kira 3-5 hari dengan meletakkannya di bawah cahaya matahari pada waktu siang.
Akhir sekali apabila adunan siap disediakan, bebola-bola kecil doh diambil dan
diratakan menggunakan jari dalam sekeping kecil daun pisang yang disapu minyak
dan digoreng dalam minyak sehingga perang keemasan dengan dapur kayu. Manakala
rakyat kini lebih suka kepada tepung siap sedia yang boleh dapat di mana-mana kedai
runcit. Doh yang telah siap pula diratakan dan menggunakan acuan untuk membuat
kuih ini dan digorengkan atas dapur gas.

=Achi Murukku
kebanyakan pembuat kuih Achi Murukku membuat tepungnya sendiri di rumah
masing-masing. Proses pembuatan tepung ini melibatkan pengisaran bahan-bahan
utama seperti beras atau jagung dengan menggunakan lesung batu dan alu untuk
mengisar beras atau jagung menjadi tepung yang halus. Manakala pada zaman
sekarang, banyak pembuat kuih Achu Murukku menggunakan tepung beras yang
sudah dihasilkan oleh kilang tepung dengan teknologi yang lebih maju dan canggih.
Ini memudahkan proses pembuatan kuih dan memastikan konsistensi tepung yang
digunakan.

4. Bagaimana pula dengan bahan yang digunakan? Adakah ramuan yang digunakan
masih sama ?
=Murukku
Dulu - Minyak kelapa,telur tepung beras, tepung jagung, tepung pulut, tepung
gandum, bijan, jemuju, gula, garam, santan,
Sekarang - Mentega, bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, benambah perisa,
antipengoksida, kondisioner makanan.

5. Adakah anda boleh memberikan sedikit maklumat berkaitan


d e n g a n s e j a r a h masakan kuih tradisional dalam kalangan masyarakat India
sampai ke Malaysia?
=Masakan kuih tradisional India adalah salah satu masakan yang termasyhur di
seluruh dunia.Ini bermula sejak kurun ke-19 disebabkan oleh pengaruh
India.Mengikut sejarah, rempah India adalah salah satu komoditi perdagangan yang
sangat dicarikan. Perdagangan rempah di antara India dan Eropah membawa kenaikan
dan penguasaan pedagang Arab ke suatu tahap yang penjelajah Eropah, seperti Vasco
da Gama dan Christopher Columbus, keluar untuk mencari jalan perdagangan baru
dengan India membawakan Zaman Penjelajahan. Masa itulah negara kita mendapati
pengaruh masakan kuih tradisional negara India.

6. Pada pendapat anda, adakah anda tahu asal usul masakan kuih
t r a d i s i o n a l dalam masyarakat India di Malaysia?
=Asal usul m a s a k a n k u i h t r a d i s i o n a l dalam masyarakat India di Malaysia ialah
akibat penghijrahan sejarah, penjajahan kuasa asing, dan kedudukan secara geografi
dalam rantau Asia Tenggara yang lebih luas, gaya masakan Malaysia dalam hari ini ia
adalah terutamanya gabungan tradisi dari kaum India.

7. Pada pendapat anda, mengapakah kuih tradisional menjadi kegemaran semua


orang meskipun pada masa kini?
Hal ini kerana, seiring dengan perkembangan dunia yang mendedahkan kita kepada
dunia luar, membuatkan masyarakat lebih gemar mencuba kuih tradisional.
Masyarakat Malaysia yang sentiasa berbangga dan memperkasakan sajian warisan
meskipun bergelar negara maju. Pengenalan awal yang dibuat oleh ibu bapa mampu
membuatkan generasi muda menghargai keunikan cita rasa dan selera warisan nenek
moyang.kuih tradisional digemari kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai dengan
selera masyarakat setempat.

8. Pada pendapat anda, apakah khasiat yang boleh diperoleh melalui kuih
tradisional terhadap diri seseorang?
=Kuih tradisional juga mengandungi khasiat positif seperti menggunakan bahan-
bahan yang bervitamin, berzat tinggi, serat, murah dan mudah didapati serta sesuai
dengan selera masyarakat sehingga diyakini berpotensi yang baik sebagai makanan
harian.
9. Pada pendapat anda, mengapa masyarakat Malaysia mempunyai pandangan
bahawa kuih tradisional kaum India di Malaysia sebagai makanan halal?
= Kuih tradisional kaum India di Malaysia sebagai makanan berasaskan etnik, terdapat
juga peminjaman budaya makanan yang merentasi etnik di Malaysia. Setiap kaum
boleh menikmati makanan kaum lain tanpa sebarang stereotaip perkauman. Orang
Melayu, dan Cina boleh menikmati kuih tradisional kaum India seperti Omapodi,
Samosa, Jilebi dan Palgova. Masing- masing menghormati peraturan dan pantang
larang kaum lain. Misalnya orang India tidak memasukkan unsur haram dalam
makanan orang Melayu seperti khinzir.

10. Pada pendapat anda, apakah perbezaan masakan kuih tradisional antara
masyarakat India di Malaysia dan masyarakat India di India?
=Masakan kuih tradisional masyarakat India di Malaysia memasak daripada
masyarakat etnik India di Malaysia terdiri daripada penyesuaian hidangan asli dari
India, serta ciptaan asal yang diilhamkan oleh budaya makanan yang pelbagai di
Malaysia.Proses masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan
sayur-sayuran lain yang ditumbuhi di India pula.

Anda mungkin juga menyukai