Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN LOMPAT

GETAH
Tujuan permainan :
Melompat ikut tahap ketinggian

Cara bermain :
Tahap 1 - Pijak Getah Dengan Tapak Kaki: Peserta akan melompat getah
tersebut. Yang ini mudah saja. Semua yang melompat akan menyebut zero
point.
Pastikan tidak menyentuh getah itu, jika tersentuh semuanya kan 'mati'.

Paras 2 - Lutut: Melakukan proses yang sama. Ini  tahap paling senang juga.

Tahap 3 - Paras Paha: Peserta akan melompat melepasi getah. Kalau


tersangkut, gagal.

Tahap 4 - Paras Pinggang: Peserta akan melompat melepasi getah. Tahap ini,


jika tersentuh getah, masih boleh teruskan permainan. Tahap ini & seterusnya
masih tidak 'mati' sekiranya tersentuh getah.

Tahap 5 - Paras Ketiak:  Agak mencabar kerana ketinggian makin bertambah.

Tahap 6 - Paras Bahu: Peserta dikehendaki melompat melepasi getah tersebut.


Jika tersangkut, gagal.

Tahap 7 - Paras Telinga/Mata: Juga masih melakukan perkara yang sama. Kena


lompat melepasi getah tersebut. Ataupun boleh tiru gaya seperti dalam
gambar. Tapi mesti berhati² kalau² getah terlepas terkena mata.

Tahap 8 - Paras Kepala: Ambil jarak & lompat setinggi boleh. Ataupun boleh
juga dengan jatuhkan tangan di atas lantai & cangkuk getah dengan hujung
jari.

Anda mungkin juga menyukai