Anda di halaman 1dari 8

Tamadun Islam dan Bidang perubatan

1. Terdapat pelbagai sistem perubatan yang wujud di dunia seperti perubatan akupuntur daripada china dan juga perubatan ayurveda dari tamadun India.Sementara bentukbentuk perubatan yang lain seperti berikut. a. Perubatan Osteopati Perubatan osteopati diasakan oleh Andrew Taylor pada tahun 1877M.Perubatan ini berasaskan mengurut otot-otot dan tulang.Menurut falsafah osteopati, kebanyakan penyakit disebabkan kedudukan bahagian dalaman yang tidak betul daripada kedudukan yang sepatutnya. b. Perubatan Herba Falsafah perubatan herba mendakwa,seseorang yang menjaga pemakanan,minuman dan bekerja,maka tahap kesihatannya boleh meningkat. Tuhan telah mencipta ubat bagi setiap penyakit yang ada.Bagi pengamal perubatan ini,ubat yang betul adalah ubatubatan yang diperolehi daripada alam tabii dan tumbuh-tumbuhan.Jika ubat dadah dapat ditinggalkan,kesihatan manusia akan menjadi lebih baik. c. Perubatan Yunani Perubatan ini amat terkenal dengan teori empat cairan / four humour yang dikemukan oleh Hypocrates.Menurut Hypocrates,badan manusia terdiri daripad 4 cairan iaitu darah,lendir,hempedu kuning dan juga hempedu hitam.

Tugas seorang doktor ialah menjaga keseimbangan 4 cairan dalam tubuh manusia ini.Andaikata manusia sakit,ini berpunca dari ketidak seimbangan pada 4 komposisi bendalir tadi.Pada hari ini teori empat cairan didapati tidak tepat oleh sains moden dan tidak digunakan lagi.

Perubatan gaya Islam


1. Perubatan Islam bermula pada pemerintahan Umayyah(661-720M).Kemudian,pada zaman Abbasiyah, (750-1258M) ilmu perubatan Islam telah berkembang dan membangun dengan lebih pesat lagi.Pada zaman tersebut,terdapat 2 institusi utama ilmu perubatan iaitu Jundisyapur di Parsi,dan juga di Harran Syria. 2. Falsafah perubatan Islam mempunyai beberapa asas dan juga prinsip iaitu: a. Mencegah lebih utama daripada mengubati. b. Menjaga kebersihan roh dan juga jasad. c. Menitikberatkan soal pemakanan iaitu prinsip halal dan haram.

3. Sebelum kedatangan Islam,tidak ada satu pun ilmu perubatan yang bernilai dan berkesan dipraktikkan masyarakat eropah.Para sejarawan telah mengakui bahwa ilmu perubatan di eropah berpunca daripada tamadun Islam.
4. Pada abad ke 14 hingga abad ke-17,dunia eropah telah mengkaji ilmu perubatan muslim

secara bersungguh-sungguh.Setelah mereka menguasai semua ilmu-ilmu yang diperolehi dari dunia Islam, akhirnya pada abad ke-19 mereka secara total menolak sumbangan ummat Islam terhadap ilmu yang dikuasai mereka.Kononnya,Paracelsus

adalah tokoh mereka yang berjasa dalam bidang perubatan manakala Copernicus adalah tokoh pertama dunia yang menerokai astronomi.

Bentuk-bentuk penguasaan ummat dalam perubatan

1. Pada abad ke 11,doktor-doktor Islam telah mengetahui : a. Bagaimanakah untuk memulihkan selaput mata (Bular) Penyakit katarak ialah penyakit yang biasanya dihadapi oleh warga emas. Faktor peningkatan usia menjadi faktor utama berlakunya penyakit ini.Kira-kira 48 peratus keskes buta di seluruh dunia berpunca daripada penyakit katrak dan jumlah ini melibatkan seramai 18 juta orang penduduk dunia. b. Mengenal pasti proses pengaliran darah dalam tubuh manusia Sistem pengaliran darah dalam badan manusia pertama kali diperkenalkan oleh Ibn Nafs. c. Penggunaan benang Seton untuk menjahit kulit yang terkoyak,dan pembakaran tisu (cauterization) Proses pembakaran tisu bertujuan membuang sebarang bentuk ketumbuhan pada anggota badan,menghalang sebarang jenis kerosakan tisu supaya tidak semakin teruk dll.Kaedah ini masih diguna pakai sehingga hari ini,dan tamadun Islamlah pengasasnya.

d. Kaedah litoriti,iaitu satu proses menghancurkan batu karang dalam pundi kencing kepada saiz yang kecil supaya boleh dikeluarkan melalui air kencing. e. Pembedahan Sebelum pembedahan dilakukan,doktor akan membiarkan pesakit pengsan menggunakan sejenis ubat yang berasal daripada pokok Darnel.Pembedahan dilakukan secara steril (tanpa kuman).Sebelum pembedahan,kuman-kuman akan dimusnahkan menggunakan alkohol dan juga secara pembakaran.Manakala,pembuangan (excision) dan pemotongan (incision) tisu dibuat berdasarkan pengetahuan anatomi doktor Islam mengenai sistem dalam badan manusia

Pada zaman ini,pembedahan melibatkan usus tercedera juga telah dapat dilakukan.Malah mereka mampu melakukan pembedahan melibatkan perbidanan, (obsterik) pergigian mahupun urologi (pembuangan batu karang daripada pundi kencing),Trakeostomi (penembukan saluran pernafasan yang tersumbat) serta amputasi (pemotongan anggota tangan dan kaki). 2. Mengenai tulang-tulang yang retak,patah ataupun terseliuh,kepakaran Islam telah lama mengetahui kaedah yang betul mengubatinya.Tulang yang patah akan dibebat dengan menggunakan kayu. Plaster of Paris yang digunakan kini sebenarnya telah lama dicipta oleh sarjana Islam semenjak 1877M lagi. 3. Abd.Qasim Khalaf b.Abbas Al Zahrawi adalah doktor pembedahan Islam yang berasal dari Kordova.Beliau ialah doktor perubatan yang mahsyur pada waktu itu. Karyanya iaitu kitab al-Tasrif telah dijadikan ensiklopedia perubatan yang dijadikan

rujukan pembedahan sepanjang zaman.Tulisannya mengenai pembedahan merupakan tesis berilustrasi bedah yang pertama di dunia.Ia dilengkapi sebanyak 200 jenis alat pembedahan yang terdiri daripada penebuk,penyepit,gunting,pisau dan lainlainnya.Alat-alat ini pula dilukiskan,malahan kaedah-kaedah penggunaanya turut dinyatakan di dalam kitab ini. 4. Pada tahun 1497M karya Abd Qasim telah dicetak ke Bahasa Latin dan juga Bahasa Yahudi untuk dijadikan rujukan.Buku yang dicetak kedalam bahasa lain ini telah diberi nama Medical Vademecum.Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian: a. Bahagian pertama mengenai pembekaman iaitu cara-cara untuk mengeluarkan darah bagi penyakit APOPLEXY iaitu sejenis penyakit yang menghilangkan deria disebabkan oleh pecahan urat di otak. b. Bahagian kedua berkenaan pembedahan yang menggunakan pisau belah ( skapel) ,pembedahan mata dan juga mulut. c. Bahagian ketiga melibatkan pembedahan bagi kes-kes pecah tulang,terseliuh,dan juga yang berkaitan dengan kelahiran anak.Manakala bahagian terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi serta cara pengubatannya..Buku ini menjadi asas bagi ilmu pergigian di eropah.

Optalmologi
1. Sekitar abad ke 10-11M kajian berkenaan dengan optamologi turut diterokai.Umpamanya Ali ibn Isa dari Baghdad,ialah seorang yang amat mahsyur dalam bidang ini.Karyanya yang bernama Tadhkirat al-Khazain (khazanah dalam bidang optomologi) ialah buku yang mahsyur dan setaraf dengan buku karangan yang ditulis oleh Abu Qasim Al-Zahrawi . 2. Buku optomologi yang dikarang Ali ibn Isa merupakan penyuluh bagi perkembangan ilmu optamologi di Eropah.Ia digunakan sebagai buku teks yang terbaik di pelbagai institusi perubatan yang berada di eropah hingga akhir tahun 1900M. 3. Selain itu,Abu Ali Al-Hasan Ibn Al-Haitam (al-Hazen) yang berasal daripada kota Basrah pula amat terkenal dengan bukunya yang bernama Optiks (berkenaan mata dan aliran cahaya). 4. Buku ini menjadi rujukan yang utama di negara Eropah.Beliau telah menolak teori Euclid dan Ptolemy dari tamadun Yunani yang mendakwa cahaya datangnya dari mata untuk

melihat.Cahaya,menurut Haitham,telah dipantulkan oleh objek disekeliling manusia dan tiba di bahagian mata untuk dibiaskan.

5. Proses pembiasan berlaku di kanta mata,dan difokuskan di retina supaya manusia boleh melihat.Teori yang dikemukakan Al Haitham adalah teori yang betul dan selaras dengan penemuan semasa dan digunakan sehingga hari ini. 6. Al Haitham telah mengemuka teori cahaya dan komponennya yang mempunyai 7 warna.Teori bayangan iaitu cahaya bergerak pada garis yang lurus ialah teori yang dipeloporinya. 7. Selain itu ,al-Haitham juga mempunyai mesin ciptaan sendiri untuk membuat kanta dan cermin lengkung bagi memperbetulkan penyakit rabun. 8. Lebih mengagumkan lagi,Ibnu Haitham ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada manusia bagaimana kamera untuk menangkap gambar .Konsep yang dikemukakan oleh Al Haitham adalah konsep yang diterima pakai oleh semua kamera-kamera yang berada di dunia sekarang.Kamera yang dicipta oleh Al Haitham ialah kamera yang melibatkan pengiraan matematik pertama di dunia dipanggil kamera obskura. 9. Istilah-istilah sains seperti katarak,retina dan lain-lainnya merupakan istilah-istilah yang telah dicipta oleh tokoh-tokoh Islam yang masih digunakan hingga kini.Penyakit-penyakit utama mata seperti penyakit glaucoma,katarak mata,dan juga trakoma telah dihuraikan oleh pakar-pakar Islam seperti al-Haitham,Abul-At-tabri,ali-Abbas dan sebagainya.

Sistem peredaran darah


1. Ala al-Din Ibn Nafis (Ibn Nafis),meninggal dunia 1288M,merupakan pakar perubatan dari Syria.Beliau telah memberi penjelasan yang betul pada buat kali pertamanya bagi sistem darah melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru.Perkara ini merupakan penemuan yang amat penting dalam dunia perubatan. 2. Di barat pula,seorang Portugis yang bernama Michael Servetus telah dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan sistem peredaran darah ini sekitar abad ke 18M.

3. Tetapi,daripada beberapa kajian yang dilakukan pakar penyelidik seperti Meyerhof telah menafikan kenyataan ini.Ibn Nafis dalam hidupnya telah menulis karyanya yang bertajuk al-Syamil fi Al Sinaah al-tibiyyah (Sutu kajian menyeluruh mengenai perubatan ) yang juga merangkumi mengenai ilmu pembedahan.

Farmasi & farmakalogi


1. Al-Razi telah menulis senarai ubat-ubatan didalam kitabnya yang terkenal iaitu alHawi.Didalam kitab ini telah dicatatkan sebanyak 830 jenis ubat-ubatan.Selain daripada al-Razi,al-Biruni juga turut ada menulis bukunya yang bertajuk al-Saydalah yang menyenaraikan sebanyak 850 jenis ubat-ubatan.

2. Manakala al-Qanun karangan Ibn Sina telah mencatatkan 760 jenis ubatubatan.Sementara buku karangan al-Batar iaitu Mughanifil Adwiyat Al-Mufradah pula telah menyenaraikan sebanyak 1400 jenis ubat-ubatan dalam buku karangannya itu. 3. Tokoh-tokoh Islam ini telah menulis banyak berkenaan cara-cara menyediakan ubatubatanserta khasiat-khasiatnya.Ubat-ubatan ini pula akan dimasukkan kedalam tuguh pesakit melalui pelbagai kaedah dan cara.Malah ada juga ubat-ubatan yang yang dimasukkan secara supositori (melalui anus) dan melaui pundi kencing.

Anatomi
1. Pada waktu itu,sarjana-sarjana Islam banyak menggunakan beruk besar (ape) untuk belajar mengenai struktur manusia.Kebiasaannya beruk-beruk besar ini diimport khas daripada luar untuk tujuan pengkajian serta pembelajaran. Seorang sarjana Islam yang bernama Abdul Latif EL-Baghdadi pula telah mempelajari struktur tulang manusia yang telah dijumpainya disebuah daerah. 2. Hasil pembelajaran dan kaji selidik yang telah dilakukan oleh beliau ,mendapati tulang sacrum sebenarnya terbentuk daripada cantuman beberapa tulang.Hal ini bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan oleh Galen yang menyataka bahawa tulang sacrum terbentuk secara tunggal.

FizikrMedia.com // Tamadun Islam & bidang perubatan

Anda mungkin juga menyukai