Anda di halaman 1dari 4

Hidup membujang paus dan paderi juga manusia biasa

1. 2006,dunia Islam telah dikejutkan dengan satu bentuk provokasi yang dilakukan oleh seorang paderi kristian bernama Pope Benedict xvi .Perkara ini berlaku ketika dia sedang menyampaikan ucapannya di universiti Regensberg. 2. Menurutnya,ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw merupakan ajaran keganasan.Kenyataan ini membawa erti seolah-olah agama Islam bukan satu agama yang baik untuk dianuti. 3. Mengenai hal ini,Cat Steven ataupun Yusuf Islam telah memberi komentarnya dengan berkata, pada pemikiran saya,Pope adalah seorang yang tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan,tetapi ternyata tanggapan saya itu silap sama sekali. 4. Apa yang diperkatakan oleh Yusuf Islam menggambarkan kepada kita,orang Kristian mengganggapi paderi mereka sebagai kejadian yang sempurna dan tidak akan membuat silap.Benar?Mari sama-sama kita lihat kupasan yang akan dinyatakan dalam penulisan ini.

Paus Petrus pun bernikah!


1. Mengikut sistem yang rasmi, Paus merupakan pemimpin yang tertinggi dalam institusi Vatikan. Kepercayaan orang-orang Kristian ialah,Paus adalah orang yang suci dan disucikan, bahkan mereka kerap dipanggil sebaga holy father / Bapa Suci.Bertitik tolak

dari kedudukan dan status ini telah menjadikan setiap perkataan yang keluar dari mulut Paus menjadi titah bagi seluruh penganut Katolik sedunia. 2. Namun tahukah kita Paus juga adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lainnya.Mereka juga tidak terlepas dari buat silap dan salah.Malah kesilapan yang dilakukannya adalah kesilapan yang dibuat secara sedar dan disengaja.Mereka juga tidak terlepas dari menghadapi masalah perbezaan dan perselisihan pendapat macam kita.Mereka juga tidak terlepas dari perasaan dan naluri kemanusiaan yang terdapat pada manusia-manusia yang lainnya.

3. Kita tahu,sebagai seorang yang memiliki status suci dan disucikan seorang Paus dilarang sama sekali untuk berkahwin.Perkara ini adalah sesuatu yang telah ditradisikan selama beratus bahkan beribu-ribu tahun.Namun ternyata, cara hidup yang dikatakan mengikuti jalan hidup Jesus yang mereka yakini tidak pernah berkahwin ketika hidupnya itu,langsung tidak mempunyai asasnya dalam ajaran awal Katolik itu sendiri. 4. Paus yang pertama iaitu Holy Petrus ternyata tidak menjalankan kehidupan membujang. Holy Petrus semasa hidupnya pernah bernikah dan memiliki keturunan. Dalam New Testament gospel seperti Marcus, Matthew, dan Lucas ada menyebutkan bahwa Paus pertama ini memiliki seorang isteri ketika Jesus menemuinya. 5. Bukan sekadar Petrus,malah para sejarawan Barat sendiri masih berselisihan pendapat dan saling menyoal apakah Jesus Christ benar-benar hidup sebagai seorang bujang ataupun pernah melakukan pernikahan.

Jesus Christ pun bernikah?


1. Di dalam buku "The Holy Blood Holy Grail" malah ada disebutkan secara detail dengan siapakah Jesus Christ telah bernikah.Menurut penulis buku ini disebutkan bahawa Jesus telah bernikah dengan Maria Magdalena dar perkampungan Qana, Lebanon. Bahkan di dalam buku Jesus The Man penulisnya iaitu Barbara Thieling telah mendakwa Jesus dan Maria Magdalena malah memiliki anak, iaitu dua anak lelaki dan satu perempuan. 2. Paus Clemons V yang merupakan salah seorang Paus yang terkenal dalam sejarah Eropah pernah membantu Raja Perancis, King Philip Le Bel, dalam menumpas pasukan tentera Knight Templar pada tahun 1307. Menurut Paus Clemons,Knight Templar perlu dihapuskan kerana telah banyak melakukan Bidah terhadap Gereja. 3. Di sisi lain,menurut sejarawan barat Paus Clemons V dianggap sebagai orang yang suka berzina dan memiliki banyak gundik. Salah satu gundiknya yang terkenal bernama Countess Perigord, seorang perempuan cantik yang berasal dari Earl Foix. 4. Tentang Clemons, Catholic Encyclopedia bahkan menulis, Clemons seorang pecinta kepada hiburan, jamuan yang mewah, di mana para perempuan amat bebas bergabung. 5. Di masa era Clemonslah, institusi Gereja telah dipandang kotor sehingga menjadi perbualan masyarakat di mana-mana. 6. Justeru,apa yang kami boleh katakana disini ialah,kehidupan membujang yang diamalkan oleh para Paus ternyata banyak dirosakkan oleh Paus dan Para Pendetanya sendiri. Perkara ini bukan sebuah konspirasi jahat untuk menuduh mana-mana pihak

yang bermusuhan kerana ianya didedahkan sendiri oleh para sejarawan Barat yang secara teliti dan berani, membuka banyak perkara-perkara sumbang yang terjadi di Gereja pada zaman awalnya hingga ke hari ini. 7. Sejumlah kes-kes yang melanda gereja, seperti isu-isu sodomi,pedofilia dan perzinaan yang berlaku beberapa tahun lalu di beberapa negara bukanlah hal yang baru. Ini Kerana di masa-masa dahulu apa yang pernah terjadi bahkan jauh lebih teruk berbanding dengan sekarang.

fizikrMedia.com//Hidup membujang paus dan paderi juga manusia biasa

Anda mungkin juga menyukai