Anda di halaman 1dari 3

Kegilaan pembisnes arab membeli kelab-kelab bola sepak di eropah

1. Sebelum ini,Syeikh Mansour dari UAE telah membeli sebuah kelab bola sepak terkenal iaitu Manchester City, diikuti pula dengan Sulaiman Al Fahim yang telah membeli Portsmout.Kali ini,sekali lagi golongan hartawan dari tanah Arab membuat kejutan kepada dunia apabila Faisal bin Fahd yang berasal dari Arab Saudi telah menyatakan keinginannya untuk membeli sebahagian besar saham pasukan Liverpool. 2. Perkara ini secara tidak langsung memberi makna kepada Faisal bahawa dia bakal menjadi pemilik kepada kelab Liverpol.Membeli sebahagian besar saham bererti memiliki kelab tersebut,justeru membolehkan Faisal untuk membolot kekayaan bernilai ratusan juta dollar. Keghairahan para jutawan arab ini membuatkan kita berfikir,mengapa pembisnes-pembisnes Arab sangat suka untuk membeli kelab-kelab bola sepak dunia? 3. Perkara ini sudah menjadi fenomena bagi bangsa Arab pada hari ini.Mereka dilihat begitu ghairah dalam mengambil tempat di dalam permainan ini,tidak kiralah samada menjadi penonton,bermain atau membeli kelab-kelab yang terkenal. 4. Pada tahun 1998 ketika Arab Saudi pertama kali dapat melayakkan diri mereka untuk mara ke Piala Dunia di Perancis, semua pemain Arab Saudi telah diberi hadiah kereta mewah oleh pemerintah Saudi. Itu tidak dikira lagi dengan tawaran hadiah mewah yang bakal diperolehi oleh mana-mana pemain yang dapat meloloskan bola ke gawang pihak lawan tidak kira menang atau kalah.

5. Stadium-stadium bola sepak di tanah Arab selalu di penuhi oleh penonton. Setiap mereka yang datang mempunyai pasukaan kesukaan masing-masing.Di Arab Saudi,pihak pemerintah telah menguatkuasakan undang-undang melarang perempuan-perempuan mereka untuk bersama-sama turun ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak.Perkara ini bukanlah pelik kerana Arab Saudi memang mempunyai dasar-dasar tertentu yang mengongkong kaum wanita mereka. 6. Justeru,terdapat sebahagian dari kaum wanita ini yang menyamar sebagai lelaki demi mendapat pelepasan untuk memasuki stadium!Kegilaan terhadap sukan ini nampaknya bukan sekadar didominasi oleh orang lelaki malah turut berjangkit ke kaum perempuannya.

7. Apa yang pelik,para penyokong-penyokong arab ini bahkan akan melaungkan takbir Allahu Akbar! Allahhu Akbar! Jika pemain-pemain bukan beragama Islam seperti Ronaldinho umpamanya menyumbatkan gol.Jika pemain itu beragama Islam, maka rasa gembira dan fanatik yang akan ditonjolkan jangan ditanya lagi. 8. Apa-apapun ceritanya,masyarakat Arab seolah-olah mahu menunjukkan daya kuasa yang mereka ada pada dunia.Selain kegilaan terhadap sukan bola sepak dan keghairahan untuk membeli kelab-kelab yang terkenal,orang-orang Arab juga berlumba-lumba ingin mendirikan bangunan tinggi-tinggi yang memecahkan rekod dunia.Di dunia Islam kini,kita mempunyai beberapa bangunan pencakar langit yang terpandang di mata dunia.Sebuah di Dubai dan sebuah lagi di tanah suci Mekkah. 9. Berbalik kepada pembelian kelab-kelab bola tadi,kesemua kelab-kelab bola sepak yang ingin dijual merupakan kelab yang mengalami masalah dari segi kewangan.Tidak berlaku

lagi dalam sejarah kelab-kelab bola sepak yang untung hendak dilepaskan begitu sahaja melainkan mempunyai masalah tertentu. 10. Faisal bin Fahd mungkin bukan orang Arab terakhir yang membeli kelab bola sepak di eropah. Mungkin akan tampil lagi ramai jutawan-jutawan arab yang lain dalam membeli kelab-kelab bola sepak terkenal di. 11. Kita jangan terkejut,tidak mustahil suatu hari nanti kesemua pemilik-pemilik kelab bola sepak dunia bakal dimiliki oleh orang-orang Islam yang kaya-kaya ini.Apa yang pasti,kita akan lebih menyokong orang-orang kaya ini jika diperuntukkan duit mereka untuk perkara-perkara yang lebih sesuai dengan suasana semasa ummat Islam kini. 12. Daripada mereka membeli kelab bola sepak yang mahal-mahal dan membina bangunan yang tinggi-tinggi,adalah lebih baik jika mereka menolong saudara-saudara se islam yang tidak berbaju dan bersepatu kek sekolah di Iraq,Afghanistan dan Palestin!

fizikrMedia.com// Kegilaan pembisnes arab membeli kelab-kelab bola sepak di eropah

Anda mungkin juga menyukai