Anda di halaman 1dari 8

Usaha-usaha Zionis meminta Palestin dari Khalifah terakhir Uthmaniah

1. Sultan Abdul Hamid atau nama penuhnya Abdul Hamid khan bin Abdul Majid Khan lahir pada hari Rabu tahun 1824,di bulan November 21 haribulan.Sultan merupakan anak kepada Sultan Abdul Majid dari isterinya yang kedua. 2. Ibunya telah mati ketika Sultan Abdul Hamid berusia 7 tahun lagi.Beliau memegang tampuk pemerintahan khalifah pada usianya 34 tahun.Sebelumnya Abdul Hamid,bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz telah memegang jawatan khalifah dalam tempoh yang sangat lama,tetapi telah digulingkan dan dibunuh oleh musuh-musuhnya.Kemudian Abdul Aziz digantikan pula dengan Sultan Murad merangkap anak kepada Sultan Abdul Aziz.Namun begitu,pada hari ke 93 pemerintahan Sultan Murad,dia telah digulingkan. 3. Selepas dari period inilah Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi khalifah kepada ummat Islam iaitu pada 14 Ogos 1876.Baginda memeganag jawatan khalifah dalam keadaan wilayah Islam berada dalam huru hara.Hutang pula mengelilingi kerajaan Uthmaniah,campur tangan Inggeris pula berleluasa,ahli-ahli kerajaan mengalami masalah-masalah korupsi dsb.

Cabaran-cabaran memerintah
1. Apabila Sultan Hamid memegang jawatan khalifah ,baginda menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.Beliau rajin melakukan dialog dengan orang bawahannya dan disebabkan kepandaiannya mengurus tadbir kerajaan,beliau mendapat

sokongan yang padu dari rakyat yang dipimpinnya.Seluruh ummat Islam menyokong pentadbiran sultan, nama beliau disebut-sebut dalam khutah-khutbah Jumaat,dan rakyat mendoakan kesejahteraannnya.

2. Dengan kebijaksanannya,beliau telah memimpin kerajaan Uthmaniah selama 30 tahun dan sepanjang jangka masa tersebut,pemerintahannya sering kali diduga oleh pelbagai fitnah,cabaran,konflik dan konspirasi. 3. Baginda juga menghadapi tekanan Zionis yang berpanjangan dan secara konsisten meminta-minta tanah Palestin untuk dijual kepada mereka.Zionis dengan pengaruh yang mereka ada telah menggunakan sedaya mungkin kuasa-kuasa Inggeris dan Perancis untuk mendesak kerajaan Uthmaniah dari pelbagai sudut. 4. Mereka menggunakan pelbagai cara bukan sekadar melobi,malahan menimbulkan huru hara dalam wilayah pentadbiran Uthmaniah.

Gesaan-gesaan Yahudi dalam meminta tanah Palestin


Antara rancangan-rancangan yang diatur oleh Zionis adalah seperti berikut : Pertama Pada tahun 1982,kelompok Yahudi yang berasal dari Russia telah meminta dari Sultan untuk tinggal di tanah Palestin.Walaubagaimanapun,permintaan mereka ditolak mentah-mentah oleh sultan dengan kata-katanya :

Pemerintan Uhtmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin Kedua Pada tahun 1896,pengasas Zionis antarabangsa,Theodre Hertzl telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid.Tujuannya tetap sama iaitu memohon tanah Palestin utntuk diduduki oleh orang Yahudi.Alasan yang digunakan ketika berjumpa dengan sultan tidaklah jujur mengatakan mereka ingin penempatan Yahudi di Palestin.Sebaliknya Theodre Hertzl memohon kepada Sultan suatu kawasan,kononnya hendak menjalankan perniagaan disana.

Padahal,pada waktu yang terdekat sebelum itu,Hertzl telah menghasilkan sebuah karya yang menceritakan cita-citanya untuk menubuhkan penempatan Yahudi di Palestin.Karya yang dimaksudkan ialah Deer Judenstaat (Negara Yahudi).Sultan Abdul Hamid yang sudah maklum dengan tipu daya dan kelentong Yahudi telah menolak permintaan Hertzl walau dengan apa-apa alasan sekalipun. Ketiga Melihat kepada keteguhan sultan ini,Theodre Hertzl telah melakukan langkah yang lebih agresif lagi.Dia telah mengadakan konferens pertama Zionis yang dibuat di Basle,Switzland pada tahun 1897,bulan ogos dari 29-31 haribulan. Lantaran desakan Yahudi yang semakin menjadi-jadi inilah,Sultan telah membuat keputusan melarang mana-mana orang Yahudi untuk melancong ,melawat atau apa-apa sahaja ke Palestin.Baginda juga melarang orang Yahudi untuk tinggal di Palestin melebihi 3 bulan. Kemudian,Hertzl sekali lagi datang berjumpa dengan Sultan.Kali ini dia cuba menawarkan sejumlah tawaran yang sangat lumayan kepada Sultan.Melalui Jews Colonial Trust yang

dimiliknya,dia telah menawarkan sejumlah wang dan tawaran yang hebat kepada sultan iaitu :

1. Membayar kesemua hutang kerajaan Turki Uthmaniah yang berjumlah 33 juta pound sterling 2. Menawarkan kepada Sultan 150 juta sterling . 3. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa faedah. 4. Membangunkan Universiti Uthmaniah di Palestin. 5. Membangun kapal perang untuk kerajaan Uthmaniah berjumlah 120 Frank (matawang Switzland)

Walaupun tawaran yang diberikan sangat hebat dan termahal pada waktu itu,sultan dengan pendiriannya tetap menolak segala tawaran yang diberikan Zionis kepada baginda,baginda tetap berkeras dengan keputusannya untuk tidak menyerahkan Palestin kepada Zionis.Inilah kata-kata Sultan yang amat mahsyur itu kepada Zionis seperti yang diperkatakan oleh perdana menterinya Tahsin Basya :

Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah.

Gabungan Zionis bersama dengan Freemason dan Orientalis


1. Setelah segala-gala percubaan demi percubaan dilakukan tetapi tidak juga membawa hasil,Zionis dengan kerjasama Freemason,dan juga Orientalis telah menjalankan strategi yang lain iaitu menimbulkan fitnah untuk mencabut rasa setia ummat Islam kepada khalifah.

2. Sultan Abdul Hamid dituduh sebagai diktator yang mengekang kebebasan rakyat.Laungan-laugan seperti freedom,independence banyak dimain-mainkan oleh media yang berpaksikan kepada Freemasonry.

3. Pada waktu itu juga telah muncul sebuah parti yang pertama dalam tempoh 600 tahun sejarah kekhalifahan turki Uthmaniah,iaitu al ittihad wa at Taraqqiy atau dikenali juga sebagai Young Turki atau dalam bahasa Turki sebagai Turki Fatat. 4. Turki Fatat atau Young Turki adalah gerakan parti pertama dalam kerajaan Uthmaniah yang secara terang-terangan menentang sistem khalifah yang ada pada masa itu.Parti ini buat kali pertamanya telah ditubuhkan pada tahun 1890 dan tentunya ia dibentuk hasil dari kehendak Zionis yang tidak henti-henti mahu menjatuhkan khalifah. 5. Di dalam catatanya juga,Sultan Abdul Hamid bahkan menyebut Jamaluddin al Afghani sebagai orang yang berbahaya dan merupakan agen tali barut Inggeris.Keadaan ini sudah cukup memberi gambaran kepada kita betapa rumit dan kacau bilaunya suasana ketika itu dimana setiap orang mencurigai antara satu sama lain. 6. Melihat kepada sejarah,kita tidak menafikan hubungan yang baik di antara Jamaluddin al Afghani dengan Sultan Abdul Hamid.Sultan di dalam catatannya menyebut,Jamaluddin adalah pakar rujuk di dalam istana baginda,malah sultan banyak meminta pendapat dan buah fikiran Jamaluddin dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesatuan Islamiah.Hasil daripada buah fikiran inilah,maka terbentuk satu projek mega pembinaan rel keretapi yang menghubungkan Damaskus dengan Hijaz. 7. Di samping itu,Jamaluddin juga dikenali kerana peranan yang cuba dimainkannya dalam menyatukan ummat Islam Sunni dengan Syiah yang berada di Iran.Bagi sultan,ini adalah

satu projek raksasa dan yang paling penting perlu dilaksanakan.Akan tetapi kita tidak menyangka-nyangka Jamaluddin yang berasal dari Mesir ini telah dicopkan sultan sebagai agen dan tali barut Inggeris.

Gerakan Pan-Arabisme di dunia Arab

1. Konflik yang dihadapi oleh khalifah Abdul Hamid bukan sekadar konflik dalaman,malahan baginda turut menghadapi pemberontakan yang dilakukan oleh ummat Islam dari kawasan luar Turki. 2. Gerakan-gerakan Pan-Arabisme iaitu gerakan penyatuan bangsa Arab yang terasing dari sistem khalifah yang ada pada masa itu telah berlaku di Jazirah Arab.Pada waktu itu,di bahagian Jazirah Arab berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah,akan tetapi telah muncul sebuah kerabat yang melakukan pemberontakan ataupun bughat yang menuntut sebuah wilayah autoriti yang berpisah dari pemerintahan keraaaan Turki Uthmaniah. 3. Kerabat yang dimaksudkan disini adalah kerabat ataupun keluarga Saud yang telah membentuk kerajaan Arab Saudi.Ini adalah satu-satunya negara di dunia yang menamakan negara mereka sempena nama keluarga,pemerintah juga adalah dari keluarga dan kerabat-rabat. 4. Apa yang peliknya,gerakan pemberontakan yang dilakukan semata-mata hanya membina sebuah negara yang merdeka dan berpisah dari kekuasaan khilafah.Kita ingatkan mereka hendak membina sebuah kerajaan Islam baru yang masih mengguna pakai sistem Khilafah Islamiyah dengan terdirinya empayar Islam Saudiyyah.Tetapi

rupanya tidak,mereka memberontak hanya ingin membina sebuah negara yang kelak bakal membentuk semangat nasionalisme dikalangan rakyat dan pemimpinnya. 5. Keluarga Saud telah merelakan perpecahan di kalangan ummat Islam dengan dia menjadi pemulanya.Sedangkan wilayah yang dipegangnya kini adalah wilayah yang merangkumi tempat suci ummat Islam yang menjadi tempat berkumpulnya seluruh warga muslimin dan muslimat dari seluruh pelosok dunia di Mekah al Mukarramah. 6. Tempat berkumpulnya orang Islam adalah tempat bersatunya mereka,tetapi dari segi sejarahnya pemimpin Arab Saudi sendiri adalah orang yang tidak mahu kesatuan dan perpaduan.Kesannya,apabila mereka berpecah,mereka menjadi lemah dan tidak bermaya. 7. Buktinya ketika berlaku peperangan pertama Arab melawan Israel pada tahun 1948,pihak negara Arab yang bergabung iaitu Iraq,Arab Saudi,Yaman,Lubnan,Jordan,Syria dan Mesir tidak mampu sebuah negara Israel yang baru ditubuhkan pada masa itu.Inilah antara kesan-kesannya yang dapat dilihat apabila ummat Islam dipecah-pecahkan kepada kelompok-kelompok bangsa dan fahaman mereka.

Peranan Thomas Edward Lawrence

1. Gerakan-gerakan pemberontakan di dunia Arab telah dicetuskan oleh seorang agen perisikan Inggeris yang dikenali dalam sejarah sebagai Thomas Edward Lawrence ataupun lebih popular dirujuk sebagai The Prince of Arabia.

2. Dialah orang yang bertanggungjawab dalam mengoyak-ngoyakkan persatuan Islam dan menyemarakkan semangat pan Arabisme di kalangan orang-orang Arab.Dialah orang yang berperanan penting dalam membina semangat orang Arab untuk melakukan revolusi dan tunjuk perasaan kepada khalifah Uthmaniah. 3. Akhir kepada semua ini adalah termeterainya Perjanjian Lausanne pada 20 November tahun1922.Perjanjian ini diwakili oleh pentadbiran baru Turki dengan kerajaan Inggeris.Antara isi kandungan perjanjian ialah : 1. 2. 3. 4. Penghapusan khilafah secara menyeluruh Pembuangan khalifah keluar kawasan Turki Penyitaan kekayaan khalifah Pentadbiran baru negara Turki yang secular secara mutlak.

4. Tahun sebelum termeterainya perjanjian ini iaitu,pada tahun 1912,Sultan Abdul Hamid telah dibawa pulang ke Istanbul dari tempat pembuangan baginda.Baginda telah dikurung di sebuah bilik tanpa perabot di Istana buruk bernama Beylerbeyi.Disitu,baginda hidup seperti seorang banduan selama 6 tahun lamanya. 5. Segala tingkap dan ruangan pintu ditutup dan dibiarkan sultan berada dalam kegelapan.Baginda hanya dibenarkan keluar hanya untuk menunaikan solat Jumaat sahaja,itupun dengan kawalan yang sangat ketat dari pihak tentera yang dikendali Kemal Attartuk. 6. Pada tahun 1918,akhirnya sultan telah meninggal dunia kerana sakit asthma yang teruk menyerangnya.Sejak dari itu,sehingga pada hari ini,tidak ada lagi sistem Khalifah yang mentadbir dunia Islam di atas muka bumi ini.

fizikrMedia.com//Usaha-usaha Zionis meminta Palestin dari Khalifah terakhir Uthmaniah

Anda mungkin juga menyukai