Anda di halaman 1dari 7

Kegemilangan dan keruntuhan kerajaan Islam Andalus

1. Bani Ahmar adalah puak terakhir yang memerintah bumi Islam Andalusia.Selama 260 tahun kerajaan Bani Ahmar berkuasa,tentunya dikalangan para pemimpin akan timbul di kalangan mereka perselisihan pendapat.Faktor perselisihan inilah yang menyebabkan kerajaan menjadi lemah dan akhirnya dikuasai oleh kristian. 2. Menyingkap tabir, Sultan Muhammad Abu Abdillah an Nashriyyah ,adalah raja terakhir yang memerintah kerajaan Islam Granada,Sepanyol.Pada 21 Muharram 897 Hijrah (H),beliau telah menandatangani perjanjian penyerahan kerajaannya kepada dua kerajaan Kristian.Kesan perjanjian itu,maka berakhirlah kuasa Islam di bumi Eropah yang telah berkuasa selama 800 tahun lamanya.Perjanjian ini ditandatangani kerana pemimpin Islam menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol.Istana al Hambra pula dijadikan tempat perjanjian itu berlaku. 3. Dua Kerajaan Kristian yang dimaksudkan ialah kerajaan Aragon dan juga kerajaan Castille.Kedua-dua kerajaan ini telah bersatu menjadi sebuah kerajaan yang tunggal hasil perkawinan di antara Ferdinand V dari Aragon dengan anak kepada King Henry IV yaitu Ratu Isabella dari Castille. Keduanya telah berkahwin pada tahun 1469. 4. Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella sangat terkenal dengan sumbangan mereka yang mendukung ekspedisi penjelajahan yang dilakukan oleh Christopher Columbus pada tahun 1492.

Peristiwa pembunuhan yang memilukan hati


1. Pada 2 Jan 1492 - King Ferdinand dan Queen Isabella pertama kali memasuki Granada selepas kekalahan Kerajaan Islam terakhir di Sepanyol.Orang-orang Kristian mewarisi keindahan Istana Alhambra dan segala harta peninggalan di dalamnya. Selama 800 tahun lamanya Islam menapak di bumi asing eropah dan meninggalkan banyak kesan dari segi bahasa, senibina dan muzik.Perkara ini masih mengakar dan boleh dilihat sampai ke hari ini. 2. Dalam peristiwa kekalahan Islam, ribuan umat Islam telah mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka.Tatkala mereka (orang Islam) bersembunyi di rumah-rumah mereka,tentera Kristian telah membuat pengumuman, orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol menuju ke Afrika. 3. Tentera Kristian turut menjamin keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka ke Afrika berlabuh perairan Granada, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu. 4. Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke kapal yang dijanjikan. Bagaimanapun, ada

umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. 5. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan tergamam apabila tentera Kristian turut membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan bersenjatakan pedang.

6. Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian telah membunuh umat Islam Sepanyol tanpa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. 7. Tetapi apa yang berlaku kini?Setiap tahun dalam bulan April berjuta-juta orang dari seluruh dunia meraikan perayaan April Fool ini.Tidak terkecuali juga orang yang turut memeriahkannya terdiri daripada orang Islam sendiri.Tidak sedarkah mereka apakah dia kisah yang berlaku di sebalik April Fool itu ?

Sejarah kedatangan Islam ke Sepanyol


1. Islam mula masuk ke Sepanyol pada tahun 92 H di bawah pimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Mereka memasuki kawasan Sepanyol melalui Jabal Tariq / Gibral Tar. 2. Pada asalnya Sepanyol merupakan sebuah negara yang huru hara .Apabila ia dikuasai oleh orang Islam,Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur dan aman. Oleh kerana sikap penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati,ramai orang Sepanyol yang telah rela dan ikhlas mahu memeluk agama Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran.Keadaan harmoni dan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

3. Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya. 4. Kemaraan ummat Islam di Eropah hakikatnya tidak berhenti setakat di Sepanyol sahaja, mereka terus meluaskan empayar di negeri sekitar Perancis, seperti Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya .

Musuh tetap mencari jalan


1. Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling oleh orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu. 2. Tetapi mereka selalu gagal. Beberapa kali mereka melakukan percubaan demi percubaan tetapi tidak juga berhasil. Mereka turut menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. 3. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan

menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

4. Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah,perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan mereka berpecah menjadi lebih 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana umat Islam sudah menjadi semakin lemah. Apa yang menyedihkan ada pula segelintir umat Islam sendiri yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya. 5. Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak,dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu mengekang pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar jizyah tahunan kepadanya. 6. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian. 7. Maka,dapat difahami disini,faktor perpecahan inilah yang menyebabkan ummat Islam tidak lagi dapat menguasai Sepanyol.Kerajaan yang ditadbir oleh Islam akhirnya terpaksa tunduk kepada kerajaan Kristian yang lebih kuat.

8. Lagi,tumbangnya kerajaan Islam di Sepanyol bukan semata kerana perpecahannyang melanda mereka,tetapi yang lebih utama lagi adalah kerana mereka telah mula meninggalkan ajaran Islam yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan mereka.Inilah perkara yang paling asas sebenarnya yang menyumbang kepada kejatuhan sinar Islam di negara Sepanyol.

FizikrMedia.com// Kegemilangan dan keruntuhan kerajaan Islam Andalus

Anda mungkin juga menyukai