Anda di halaman 1dari 229

eristiwa yang dicatatkan berlaku di Cordova, Sepanyol mengisahkan seorang gadis Kristian ortodok yang taat pada agamanya

bernama Isabella yang terperangkap di antara dasar-dasar kabur agama pegangannya dengan fakta-fakta bertentangan yang diperolehi di dalam al-Quran. Ia bermula pada suatu petang di sebuah taman apabila Isabella terdengar perbincangan di antara dua pemuda Islam bernama Umar Lahmi dengan sahabatnya Muaz tentang hukum-hukum agama Kristian yang dianggap oleh Saint Paul sebagai kutukan, dan kekeliruan penyaliban Jesus Kristus untuk menyelamatkan umat manusia daripada segala dosa. Perbincangan itu berlanjutan apabila Isabella mengatur perbahasan di antara dua pemuda itu dengan barisan paderi terkemuka seluruh Sepanyol termasuklah bapanya sendiri yang merupakan Ketua Paderi Sepanyol yang mempunyai kuasa pengampunan (forviver of sins) bagi mencari kebenaran di antara dua agama itu. Kebijaksanaan Umar Lahmi mengupas perbincangan itu dan mempersoalkan pelbagai kekaburan dasar-dasar agama Kristian membawa kepada cahaya keIslaman di dalam jiwa Isabella. Rentetan daripada pengIslamannya itu, pelbagai rintangan dan kepedihan hidup dilalui Isabella termasuklah hukuman inkuisisi daripada pihak gereja. Bagaimanapun hasil bantuan sahabat-sahabatnya Isabella berjaya meloloskan diri daripada penjara inkuisisi dan tinggal secara rahsia di kawal oleh orang Islam. Di sana, Isabella mendalami agama Islam dan akhirnya menjadi pendakwah Islam yang sangat disegani oleh pihak kawan dan lawan, dan usaha dakwahnya itu membawa cahaya Islam yang gemilang pada zamannya. Kemuncak dakwah Isabella berlaku apabila beliau dicabar oleh seorang mubaligh wanita Kristian untuk berbahas tentang isu-isu antara dua agama itu disaksikan oleh seluruh rakyat Sepanyol. Perbahasan itu diakhiri dengan kemenangan di pihak Islam, manakala mubaligh tersebut dan sejumlah rakyat Kristian yang menyaksikan perbahasan itu memperolehi hidayah melaluinya dan menjadi Muslim yang taat. Keseluruhan isi kandungan buku ini menggunakan petikan-petikan daripada kitab suci al-Quran dan Bible sebagai asas perbincangan lalu menjadikannya sebagai satu makalah ilmiah mengenai perbandingan antara dua agama tertua ini yang disusun dalam bentuk penceritaan yang menarik dan berkesan.

oleh

Maulana Mohammad Saeed

terjemahan Dato Abdullah Hussain

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mohammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahman Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY''yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu.

--oOo

ISLAM mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Budaya ilmu subur di bawah pemerintahan Islam. Beribu buah perpustakaan telah wujud di Andalusia. Negeri yang dahulunya gersang, tandus, dan penduduknya yang angkuh dan keras itu telah ditarbiah hingga kemudian menjadi sebuah negeri yang subur, makmur, dan menjadi pusat peradaban dunia. Sepanyol di bawah pemerintahan Islam menjadi gemilang, ketika dunia dan Eropah melalui Zaman Gelap. [quote]
Tapi pertikaian internal menjadi penyebab kemunduran umat Islam di Andalus, bukan kerana kehebatan dan kekuatan tentara Salib, seperti banyak disimpulkan oleh para sejarawan. Dan sayang, istana yang begitu megah itu tak lagi diurus, bahkan dijarah dan dihancurkan, termasuk Perpustakaan Cordova yang menyimpan banyak dokumen penting bagi ilmu pengetahuan.

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan. Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak,

tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya. Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh. Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut tanah kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar jizyah tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian. Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam menghidupkan Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April 2008 lalu.

Anda mungkin juga menyukai