Anda di halaman 1dari 4

Strategi kekerasan menghalang dakwah Nabi (siri dua)

Melalui Ejekan
1. Nabi dan pengikutnya telah dicerca dan dihina oleh orang kafir Quraisy.Ini dinyatakan sendiri oleh Allah dalam al Quran ,Surah al Mutaffifin,ayat 29 sehingga 30,Surah Hijr 32,dan surah al hijr ayat 6 :

Ertinya (surah al Mutaffifin, 29 dan 30 ) :

Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya) .

Ertinya ( surah al Mutaffifin, 32 ) :

Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"

Ertinya ( Surah al Hijr,6 ) :

Mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang diturunkan AlQuran, sesungguhnya engkau adalah orang gila

Strategi penyiksaan
1 Selain itu,orang kafir turut melakukan siksaan kepada orang-orang Islam.Antaranya peristiwa keluarga Yasir yang disiksa.Isteri kepada Yassir iaitu Sumayyah telah disiksa dengan ditusuk kemaluannya dengan tombak sehingga membawa kepada kematiannya.Sumayyah dikenali sebagai wanita pertama dalam Islam yang mati Syahid. 2. Ketika Saidina Osman memeluk Islam,beliau telah disalai oleh bapa saudaranya dengan cara beliau digulung dalam tikar dan dibuat api dibawahnya.Seorang hamba sahaya bernama Khabbab Bin al Arat juga telah diseksa oleh tuannya.Rambutnya telah ditarik dan direntap sekuat-kuatnya,dan lehernya telah dicekik dan dipulas. 3. Selain itu,Abu Fakihah yang merupakan hamba kepada Bani Abdul Dar turut mengalami seksaan apabila kakinya telah diikat kemudian ditarik menggunakan kuda.Badanya telah luka-luka akibat diseret di atas permukaan tanah yang berbatu-batu tajam.Dia juga diseksa dengan diletakkan bara api di atas dadanya,kemudian diletakkan pula batu yang besar di atas bara api tadi.

Membunuh Nabi.
1. Pernah juga orang-orang kafir Quraisy merancang untuk membunuh Nabi Muhammad.Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh mereka tidak berjaya,mereka mula merancang sesuatu yang lebih bersifat radikal dan agresif membunuh Nabi Muhammad.Antara usaha-usaha membunuh yang pernah dilakukan ialah : a. Orang Quraisy telah mengepung rumah Nabi dengan niat untuk membunuh Baginda.Perancangan ini telah diberitakan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw. Pada waktu itu,kesemua orang-orang Islam telah pun berhijrah menuju ke Madinah kecuali 3 orang Islam sahaja,iaitu Nabi Muhammad,Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali RA. Dalam usaha Nabi untuk melepaskan diri,Nabi telah memerintahkan Saidina Ali untuk menggantikan Baginda di tempat tidur.Baginda telah memberitahu Saidina Ali bahawa beliau akan selamat dari dibunuh. Dengan membaca sepotong ayat Yassin,Nabi telah menghembuskannya ke segenggam pasir yang berada di tangan dan dilemparkan pasir itu kearah orangorang Quraisy yang sedang mengepung rumah Baginda.Akibat dari itu,kesemua orang Quraisy telah tertidur dengan nyenyaknya dan Nabi keluar dari rumah dengan selamat. Kegagalan orang Quraisy untuk membunuh Nabi ini telah di abaadikan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu surah Anfal ayat 30 :

b. Percubaan membunuh yang lain dilakukan sendiri oleh Abu Jahal.Abu Jahal telah datang kepada Nabi dengan membawa sebongkah batu yang besar untuk dihempapkan ke atas badan Nabi.Akan tetapi,Abu Jahal secara tiba-tiba telah lari lintang pukang berjumpa dengan kawan-kawannya. Kawan-kawannya yang lain berasa hairan melihat Abu Jahal dalam keadaan pucat dan penuh dengan ketakutan.Apabila ditanya mengapa dia berkeadaan begitu,Abu Jahal menceritakan dia ternampak seekor unta yang sangat besar dan sangat ganas yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.Unta tersebut kelihatan sangat garang dan seperti hendak membunuh Abu Jahal. c. Aqabah Bin Muit pernah menjerut leher Nabi Muhammad dengan tujuan untuk membunuh Baginda.Ketika itu Nabi Muhammad berada di Masjidil Haram berhampiran dengan Kabah.Jerutan yang dilakukan tersangat kuat sehingga Nabi Muhammad berasa sesak nafas dan ianya hampir-hampir membunuh Baginda. Namun,percubaan bunuh ini telah gagal apabila Abu Bakar kebetulan lalu disitu dan segera menyelamatkan Nabi.Abu Bakar telah menengking Aqabah kerana tersangat marah dengan perbuatannya itu. d. Suatu hari,Nabi sedang melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.Seorang lelaki yang bernama Fudholah Bin Umair hendak membunuh Baginda.Dia berada bersama-sama orang yang bertawaf dan dalam masa yang sama datang menhampiri Rasulullah saw.Ketika Fudholah berada benar-benar dekat dengan Rasulullah dia terkejut apabila pandangan matanya bertembung dengan pandangan mata Nabi. Nabi secara tiba-tiba menyoalnya ; Apakah engkau bernama Fudholah? Dengan gementar dia mengaku,bahawa dia adalah Fudholah. Kemudian Nabi menyambung,niat apa yang berada di dalam hatimu sekarang? Fudholah cuba menyembunyikan niat asalnya yang ingin membunuh Rasulullah.Dia hanya berkata dalam hatinya tiada apapun melainkan hanya berzikir. Mendengar kata-kata Fudholah,tertawa dan tersenyumlah Nabi,Baginda kemudian berkata lagi,Minta ampunlah engkau kepada Allah atas dosa dan niat jahatmu Fudholah! Selepas berkata demikian,Nabi telah meletakkan tangannya yang mulia di atas dada Fudholah.Selepas itu Fudholah telah berkata, Demi Allah,selepas Rasulullah mengangkat tangan dari dadaku,aku merasakan tidak ada seorangpun di dunia ini yang aku lebih cintai melainkan Rasulullah saw .

2. Usaha untuk membunuh Nabi Muhammad tidak hanya dirancang oleh orang kafir Musyirikin,malahan Yahudi yang hidup pada zaman Nabi juga turut melakukan beberapa percubaan untuk membunuh Baginda : Hadis sahih dari Abu Hurairah,apabila Khaibar ditawan,daging kambing panggang telah dipersembahkan kepada Nabi Muhammad sebagai hadiah (oleh orang Yahudi).Hakikatnya kambing panggang itu telah diracuni oleh puak Yahudi tadi.Nabi Saw kemudian bersabda,kumpulkan orang-orang Yahudi yang ada disini.Orang Yahudi pun dikumpulkan,dan Nabi telah bersabda,Adakah kamu semua akan memberitahuku perkara yang benar jika aku bertanya sesuatu? Mereka kemudian menjawab,Ya.Baginda bertanya lagi,Adakah kamu telah meracuni daging kambing ini?Mereka menjawab,Ya.Baginda bertanya,Apakah yang mengakibatkan kalian berbuat demikian?Mereka menjawab,Kami mahu tahu jika kamu adalah seorang pendusta melalui racun ini.Jika kamu benar-benar seorang Nabi,maka racun itu sudah pasti tidak membahayakan kamu.

FizikrMedia.com // Strategi kekerasan menghalang dakwah Nabi (2)

Anda mungkin juga menyukai