Anda di halaman 1dari 7

Komuniti Pembelajaran Profesional

(PLC)

Satu kumpulan pendidik professional berkongsi misi biasa,nilai, dan matlamat


dan kerja kolaboratif menggunakan inkuiri(penyiasatan), eksperimen , dan
inovasi untuk meningkatkanpengajaran dan pembelajaran pelajar (EFTO,
2012).

Definisi
PLC ditakrifkan sebagai sebuah komuniti professional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir
dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan berkongsi ilmu
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang
telah mereka pelajari (Zulkifli Hashim,2011). Shirley M.Hord (2009) pula mendefinisikan Komuniti
Pembelajaran Profesional sebagai:

Profesional: Individu yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk


menyampaikan satu program pengajaran afektif kepada pelajar supaya masing-masing
belajar dengan baik. Profesional menunjukkan komitmen yang penuh bersemangat untuk
pembelajaran mereka sendiri dan pelajar serta berkongsi tanggungjawab untuk mencapai
tujuan.

Pembelajaran: Aktiviti di mana khidmat profesional terlibat dalam usaha untuk


meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Komuniti: Individu yang datang bersama-sama dalam satu


kumpulan bagi berinteraksi dalam aktiviti bermakna untuk
mempelajari secara mendalam dengan rakan sekerja tentang topik yang dikenal
pasti, untuk membangunkan makna bersama, dan mengenal pasti
tujuan yang dikongsi yang berkaitan dengan topik.
Konsep
Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan
pembelajaran pelajar. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara
bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah
sekolah.(Zulkifli Hashim,2011)

Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional bermakna guru-guru berkongsi, berbincang tentang


amalan pengajaran mereka demi meningkatkan pemerolehan ilmu dalam kalangan murid
mereka. Pengetua juga berkongsi kuasa dengan guru-gurunya. Ini bermakna fokus sekolah
berganjak daripada berpusatkan pengajaran iaitu bagaimana guru menyampaikan pengajaran,
pedagogi dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, kepada pembelajaran iaitu bagaimana aktiviti
dalam bilik darjah mempromosikan pembelajaran. Dengan kata lain,komuniti dalam mana masa
mereka sentiasa tertumpu kepada pembelajaran (baik dalam kalangan mereka sendiri) mahupun
dalam kalangan murid mereka. Budaya sekolah adalah budaya belajar dan peningkatan
profesinalisme mereka sendiri (Rahimah Hj Ahmad ,2008).

Konsep Komuniti pembelajaran profesional adalah merupakan suatu komuniti, tidak kira besar
atau kecil, yang boleh berfungsi secara efektif untuk berkolaborasi, menimba pengalaman dan
mengumpul serta berkongsi hasil pembelajaran sesama ahli-ahli dalam komuniti keseluruhannya
dan mengaplikasikan pembelajaran baru untuk membaikpulih komuniti dan ahli-ahlinya( Menurut
DuFour dan Eaker ,1998)

Konsep Komuniti pembelajaran profesional menggabungkan tiga tanggapan penting iaitu:

i. Profesionalisme yang berorientasikan pelanggan dan berasaskan pengetahuan.


ii. Pembelajaran di semua peringkat di sekolah (individu, pasukan, sekolah) melalui
kritikal refleksi diri dan inkuari dengan tujuan untuk peningkatan profesionalisme
.
iii. Masyarakat sebagai kualiti hubungan antara profesional pembelajaran membuat
pembelajaran dan penambahbaikan berpotensi (Toole & Louis, 2002; Bredeson
2003, Bolam et al, 2005; Stoll & Louis, 2007; Hord & Hirsch, 2008).
Strategi Pelaksanaan PLC
DIALOG REFEKTIF (REFLECTIVE DIALOGUE)

Menggunakan Protokol Perbincangan (Using Discussion Protocols)

Mesyuarat bulanan untuk membincangkanartikel mengenai pelbagai aspek pengajaran


dan pembelajaran.

Kelab Buku (Book Clubs)

Sekumpulan guru membaca dan membincangartikel atau buku setiap bulan.

Kumpulan Belajar (Study Groups)

Belajar atau berbincang suatu topik yangkhusus. Sebagai contoh, kemahiran


berfikir,pelbagai kecerdasan.

Kritikan Video Pengajaran Guru (Video Critiques of Teaching Moments)

Menonton dan berbincang klip videopengajaran guru. (Gunakan kaedah placemat)

PERKONGSIAN AMALAN (DE-PRIVATIZATION OF PRACTICE)

Jelajah Pembelajaran (Learning Walks)

Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik
darjahdengan menggunakan protokol atau fokus yangspesifik.

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atauPembimbing Instruksi (Peer Coaching/ Instructional


Coaches)

Memerhatikan pengajaran guru lain secara sistematik dengan menggunakan kitaran


prakonferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-
conference cycle).

Belajar menggunakan RancanganPengajaran Harian (Lesson Study)

Sekumpulan guru secara usaha sama membinasatu rancangan pengajaran; diikuti


denganpengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi
pengajaran.
Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)

Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

FOKUS SECARA KOLEKTIF TERHADAP PEMBELAJARAN MURID


Analisis Data (Data Analysis)

Secara kolektif mengkaji dan membincangkan dataagregat murid. Tujuannya adalah


untuk mencaripola atau tema agar dapat membuat keputusantentang penambahbaikan
dalam bidang kurikulumatau mengkategorikan kembali dalam kumpulanyang berbeza

Pemetaan Kurikulum (Curriculum Mapping)

Membangunkan peta kurikulum mengikut topik, standard dan aktiviti untuk setiap mata
pelajaranuntuk dijadikan panduan instruksi serta untukberkongsi dengan murid dan ibu
bapa.

Pentaksiran Serentak (Common Assessments)

Guru yang mengajar dalam tahun atau tingkatanyang sama menyediakan pentaksiran
serentakyang diselaraskan dengan standard dan indikator. Misalan dalam bidang
kurikulum.

Kumpulan Rakan Kritikal (Critical Friends Groups)

Menggunakan protokol untuk mengkaji dan membincangkan hasil kerja murid.

KOLABORATIF (COLLABORATION)
Pasukan Melintang & Menegak (Horizontal and Vertical Teams)

Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau tingkatan untuk perancangan bersama. Di


samping itu mengendalikan mesyuarat mengikut panitia agar koordinasi dan
kesinambungan antara tahun dan tingkatan dapat dicapai.

Induksi Guru Baharu/Pementoran (New Teacher Induction/Mentoring)


Memastikan sokongan dan panduan berbentuk pedagogi, prosedur dan peribadi untuk
staf baharu dalam profesion atau organisasi.

Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang (Interdisiciplinary Units and Projects)

Merangka unit dan projek antara pelbagai disiplin dan mata pelajaran.

Kumpulan Penyelesai Masalah (Problem Solving Groups)

Satu kumpulan guru yang bersama-samamembincangkan suatu masalah. Seorang guru


member deskripsi tentang suatu masalah. Guru-guru yang lain pula meminta
penjelasandan mengemukakan cadangan.

NORMA DAN NILAI DIKONGSI BERSAMA


Aktiviti Visi (Vision Activity)

Melibatkan staf dalam aktiviti untuk membangunkan gambaran masa depan organisasi
seperti bagaimanakah keadaan bilik darjah dan sekolah lima tahun dari sekarang.

Panduan Berasaskan Prinsip (Guiding Principles)

Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk dijadikan panduan dalam membuatkeputusan
dan mengambil tindakan.

Aktiviti Nilai (Value Activities)

Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil untukmembincangkan nilai organisasi.

Strategi & Tradisi yang Dikongsi Bersama (Common Rituals and Strategies)

Bersetuju dengan strategi dan tradisi yangdikongsi bersama agar dapat menumpukan
fokus dan mengukuhkan matlamat sertasasaran Sebagai contoh, meraikan kejayaan
dan peningkatan prestasi secara kerap.

Kesimpulan
Maka, dilihat bahawa pelaksanaan komuniti pengajaran professional ini mampu meningkatkan
lagi kualiti Pendidikan di sekolah umumnya dan memberikan impak kepada Pendidikan negara
khasnya. Guru perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang professional
yang berkhidmat kepada pelanggannya iaitu murid-murid dengan sebaik mungkin. Dengan
melaksanakan segala strategi-strategi dalam melaksanakan komuniti pengajaran professional ini,
sudah pasti, insan guru yang terbina akan menjadi seseorang yang hebat dalam bidangnya dan
mampu menjadi pendidik yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
RUJUKAN

Chichibu, T. (2013). How Japanese schools build a professional learning community by lesson
study. International Journal for Lesson and Learning Studies, 2(1), 12–25.

Dufour, R. (2004). What Is a “ Professional Learning Community ”. USA.

Anda mungkin juga menyukai