Anda di halaman 1dari 34

PENGLIBATAN

KOMUNITI
DEFINISI KOMUNITI
◦ (Keseluruhan) Orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, Negara
dan sebagainya
Kamus Pelajar Edisi Kedua
Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah,
ibu bapa serta masyarakat yang menyokong program kesihatan sekolah bagi
meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah.

• Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan.


• Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran/bahan/kewangan.
• Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid.
• Menjadi role mode amalan cara hidup sihat.
Untuk mencapai matlamat PKS,
aktiviti yang dijalankan untuk
memenuhi fungsi penglibatan
komuniti adalah seperti berikut:
• PROSTAR
• Bebas Denggi di Sekolah
• Anti Merokok
• Kempen Cara Hidup Sihat
(a) PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)

◦PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS


untuk Remaja. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam
usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja.
Contoh aktiviti:
◦ Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen
kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
◦ Sesi kaunseling remaja.
◦ Menerbit dan mengedarkan newsletter / risalah

+ maklumat ÷ tanggungjawab x usaha – risiko =


hidup sihat tanpa AIDS
(b) BEBAS DENGGI DI SEKOLAH

◦ Aktiviti meningkatkan kefahaman, kesedaran dan


kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam
denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti.
Menyemai pengetahuan dan amalan baik dalam kawalan
denggi kepada peringkat umur yang rendah

Harapan agar warga sekolah ini akan dapat menjadi agen


perubahan kepada bebas denggi di rumah, kampung/taman
dan seterusnya kepada masyarakat umum
(c) ANTI MEROKOK

◦ Aktiviti promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai


kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti.
(d) KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

◦ Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema


tahunan.
KEMAHIRAN
KESIHATAN DIRI
Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif
ke arah amalan cara hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan pembelajaran dan


pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan
kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling
ke arah amalan cara hidup yang sihat.
Beberapa aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, samada melalui
pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut
adalah seperti berikut:
◦ Kebersihan diri
◦ Kesihatan pergigian
◦ Senaman dan kecergasan
◦ Makan secara sihat
◦ Anatomi dan fisiologi tubuh badan
◦ Pertolongan cemas
(i) Kebersihan diri

• Murid-murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan di dalam kurikulum
sekolah.

• Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui kaedah
pemeriksaan oleh guru, latihan amali dan demonstrasi.

• Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sepanjang masa seperti berpakaian kemas
dan bersih, rambut kemas dan bersih, kuku pendek dan bersih serta gigi dan mulut/hidung yang bersih.
(ii) Kesihatan pergigian

•Sekolah perlu memastikan supaya


aktiviti kesihatan pergigian diajar dan
diamalkan di sekolah.

• Sekolah perlu mengadakan


kemudahan untuk latihan amali
kebersihan gigi.
(iii) Senaman dan kecergasan
• Sekolah perlu
memperuntukkan
sekurang-kurangnya dua
masa pelajaran dalam
seminggu untuk senaman
dan kecergasan.

• Sekolah perlu
• Murid dikehendaki
mengadakan
melibatkan diri
kemudahan dan
secara aktif dalam
peralatan untuk
aktiviti senaman dan
senaman dan
kecergasan.
kecergasan.
(iv) Makan secara sihat

• Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap


murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal.

• Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin


sekolahadalah bersih, selamat dan berzat.

• Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat,


bersih dan selamat.
(v) Anatomi dan fisiologi tubuh badan

• Guru dan murid perlu diberi pengetahuan


asas mengenai strukturdan fungsi tubuh
badan melalui pendidikan formal.

• Guru dan murid perlu didedahkan kepada


pengetahuan tentang perkembangan dan
pertumbuhan fizikal.

• Guru dan murid perlu didedahkan kepada


masalah yang berkaitan dengan
perkembangan dan pertumbuhan fizikal.
(vi) Pertolongan cemas
• Sekolah perlu melatih guru
dan warga sekolah berkaitan
pertolongan cemas.

• Sekolah perlu menyediakan


sekurang-kurangnya satu peti
kecemasan dalam setiap bilik
darjah.

• Murid perlu mempelajari


kaedah pertolongan cemas.
PERKHIDMATAN
KESIHATAN SEKOLAH
Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan
pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di
dalam kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian,
kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan
optimum warga sekolah.
Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan
untuk:
· Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi
membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.
· Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat.
· Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu
sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.
· Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan
kepada warga sekolah.
· Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes
yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.
· Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-
aktiviti kesihatan sekolah.
· Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan
sekolah adalah:
(a) Penilaian Status Kesihatan

◦ Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal


masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap
kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan
lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang
perlu dijalankan adalah:
a. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk
pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid.
b. Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1
hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut
tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1
hendaklah dihantar ke sekolah baru.
c. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.
d. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6,
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
e. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.
(b) Rujukan dan Tindakan Susulan

a. Pemerhatian atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk.


b. Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan

(c) Khidmat Kaunseling

Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru


kaunselor yang terlatih di setiap sekolah.
(d) Pemakanan

Aktiviti pemakanan meliputi:

a. Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan


dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan
Murid.
b. Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti,
beguk, anemia dan lain-lain.
c. Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.
d. Ceramah dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga
sekolah.
e. Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti
Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis
panduan yang ditetapkan.
f. Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan
video dan lain-lain.
(e) Pergigian

Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan:


a. Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk
rawatan pergigian murid oleh sekolah.
b. Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi
pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan dentofacial oleh
pergigian atau jururawat pergigian.
c. Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas.
d. Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan
promosi kesihatan pergigian.
e. Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan
komprehensif kepada murid.
f. Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian
dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.
(f) Pertolongan Cemas

Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan


serangan penyakit boleh berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi
dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan
adalah diperlukan.
Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:
◦ Sebuah bilik khas kesihatan yang dilengkapi juga dengan peti
pertolongan cemas. Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih
dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardio-pulmonari.
(g) Pendidikan Kesihatan

Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi:


a. Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan
tidak formal
b. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan
amalan kesihatan dalam kalangan warga sekolah
c. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di
sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
(h) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas

Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah


normal mengikut umur atau kehilangan keupayaan fisikal, penglihatan dan
pendengaran meliputi:
a. Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.
b. Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.
c. Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota,
pemulihan cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan
komuniti kepada agensi berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai