Anda di halaman 1dari 11

AL RAHNU

NAMA: KHAIRUNNISA BT ZAMRI


KELAS: 6 IBNU SINA
4.1 Konsep al-Rahnu
4.2 Hukum berkaitan barang al-Rahnu
4.3 Pembatalan al-rahnu
4.4 Persoalan semasa berkaitan al- rahnu

Huraikan konsep muamalah al-rahn dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun,
syarat dan hikmatnya.

Pengertian al-rahn : Menjadikan sesuatu barang sebagai suatu cagaran bagi


suatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang
itu nanti
Hukum al-rahn Hukum gadaian adalah harus pada asalnya baik ketika
perjalanan (musafir) atau bukan perjalanan (mukim atau mastautin)

Rukun
1) Penggadai dan pemegang gadaian:
2) Barang yang digadai:
3) Bayaran atau barang –barang yang diberi kepada penggadai
4) Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai
5) Sighah
Syarat

Fuqaha menetapkan beberapa syarat dalam soal ini antaranya ialah:


1) Penggadai dan pemegang gadaian:
 Kedua duanya mestilah akil baligh dan tidak sah bagi kanak kanak dan orang gila
 Bukan dipaksa, serta dengan kerelaan sendiri dan bukan kerana terpaksa.
 Tahu menguruskan harta atau l mempunyai kelayakkan dalam menguruskan harta.
2) Barang yang digadai:
 Barang mempunyai manfaat
3) Bayaran atau barang –barang yang diberi kepada penggadai:
 Kedua duanya tahu tentang keadaan barang tersebut
 Bayaran yang diberi kepada penggadai itu dikira hutang
 Tidak sah dari barang yang dirampas atau dipinjam
4) Sighah:
 Tidak boleh diselangi di antara ijab dan qabul dengan perkataan lain
 Tidak diselangi diam yang lama
 Tidak sah bertaklik atau ada jangka waktu

5) Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai


 Mestilah boleh dinilai atau boleh digunakan seperti wang, emas dan perak.
 Jumlah hutang mesti diketahui kedua belah pihak.
 Hutang mesti tetap – tidak kurang atau bertambah apabila membuat
pembayaran
Dalil firman Allah SWT:
‫وان كنتم على سفر ولم تجدوا كاتبا فرحان مقبودة‬
dan jika kamu berada Dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi
hutang Yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka
hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang
Hikmat Gadaian:
 Membolehkan orang yang memerlukan mendapatkannya dengan
memberi hutang

 Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak


dapat membayar hutang

 Menyakinkan orang yang memberi hutang


2. Jelaskan kedudukan dan hukum menggunakan barang gadaian.
i. Pemilikan barang al-rahn:
Jika penggadai muflis atau meninggal dunia maka pemegang gadaian lebih berhak
ke atas brang gadaian daripada pemiutang yang lain
ii. Penggunaan barang al-rahn:
Pemegang gadaian tidak boleh menggunakan atau mengambil faedah dari barang
gadaian. Dia dianggap sebagai pemegang amanah. Pemegang gadaian hanya boleh
menggunakan atau mengambil faedah dari barang gadaian jika dia menanggung kos
perbelanjaan dan penjagaan. Mengambil dalam kadar perbelanjaan sahaja tidak
melebihi dari itu.
iii. Kehilangan barang al-rahn :
Barang yang digadai merupakan amanah. Oleh itu pemegang gadaian hendaklah
menjaganya. Jika sebab kelalaian pemegang gadaian maka ia wajar diganti Jika
tidak sengaja maka tidak wajar diganti.
iv. Kerosakan barang al-rahn:
Jika barang itu rosak dengan sebab kelalaian pemegang gadaian maka ia wajar
diganti .Jika tidak sengaja maka tidak wajar diganti.
v. Penyelesaian hutang barang al-rahn :
Jika sampai tempoh pembayaran hutang, penggadai tidak mampu untuk membayar
hutangnya maka pemegang gadaian berhak menjual barang gadaian itu .Dan
mengambil hutangnya dan jika ada lebihan hendaklah dipulangkan.
3. Bilakah kontrak gadaian akan berakhir (terbatal)

 Menyerahkan balik barang gadaian kepada penggadai


 Apabila penggadai menyelesaikan hutangnya
 Barang gadaian terpaksa dijual dengan perintah kadi
 Pemegang gadaian terpaksa memfasakhkan gadaian walaupun tanpa
pengetahuan penggadai
 Untuk membayar hutang
 Barang gadaian disewa ,dihibahkan ataupun disedekahkan sama ada
perkara itu dilakukan oleh pemegang gadaian atau penggadai,
 Barang gadaian rosak teruk
4. Analisakan beberapa persoalan semasa berkaitan al-Rahnu. i.
Perincian Gadaian Secara Konvensional
- Kadar faedah yang tinggi
- Sekiranya penggadai gagal menebus pada waktunya, barang gadaian
boleh dilupuskan.
- Faedahnya sebagai sumber hasil mereka sedangkan faedah itu adalah
riba’
- Nilai barang yang digadai akan berkurangan atau merosot kerana tidak
adanya ketelusan menjaga barang tersebut.
- Barangan gadaian tidak dijamin selamat
- Dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi.
c) Bincangkan prosedur lelongan barang gadaian dalam Islam

Prosedur perlelongan barang gadaian dalam Islam bermula apabila pemegang


gadaian memberi notis perlelongan.Penggadai akan diberi notis terlebih dahulu apabila
tempoh gadaian sudah tamat.
Seterusnya, pemegang gadaian membenarkan penggadai atau wakil penggadai untuk
menyelesaikan hutangnya terlebih dahulu.Penggadai atau wakilnya berhak
menyelesaikan hutangnya sebelum barang gadaian dilelongkan oleh pemegang gadaian.
Selain itu, pemegang gadaian perlu memastikan maklumat dan masa yang
mencukupi telah diberikan kepada penggadai.Hal ini adalah supaya,penggadai dapat
menyelesaikan hutangnya pada waktu yang ditetapkan.
Disamping itu, pemegang gadaian hanya mengambil bahagian hutangnya sahaja.
Baki daripada barang gadaian tersebut diserahkan semula kepada penggadai.
Kesimpulannya, prosedur perlelongan perlulah berjalan dengan lancer mengikut
kaedah-kaedah yang tepat dari segi syarak dan haruslah dilakukan dengan adil dan
saksama.

Anda mungkin juga menyukai