Anda di halaman 1dari 33

MADRASAH TADABBUR TAZAKKUR AL QURAN

SURAH ALI ‘IMRAN


HALAMAN 50 [AYAT 1 - 9]

OLEH : USTAZAH MASIRAH BT MASLAN


TARIKH : 9 FEBRUARI 2022

‫هجرة‬١٤٤٣ ‫ رجب‬٧ 1
SINOPSIS AYAT

SURAH ALI ‘IMRAN


[KELUARGA ‘IMRAN]
HALAMAN 50 [AYAT 1 - 9]

 AYAT 1 – 6 : PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID) DAN PENURUNAN


KITAB AL-QUR’AN

 AYAT 7 – 9 : AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT

2
AYAT 1 - 6 : ALLAH SWT YANG MENURUNKAN AL-QUR’AN

‫الر ِح ِيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬
‫َّللا ه‬
ِ ‫س ِم ه‬
ْ ‫ِب‬

TERJEMAHAN:

1. Alif, Laam, Miim.

2. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.

3
SAMBUNGAN……….

3. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan


mengandungi kebenaran, yg mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yg telah diturunkan
dahulu daripadanya, dan Ia juga yg menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga
yg menurunkan Al-Furqaan (yg membezakan antara yg benar dengan yg salah).
Sesungguhnya orang-orang yg kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu,
bagi mereka azab seksa yg amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi
berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yg bersalah).

5. Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yg ada di


bumi dan juga yg ada di langit.

6. Dia lah yg membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yg
dikehendakiNya.Tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana

4
MUQADDIMAH

 SURAH ALI ‘IMRAN TERGOLONG SURAH MADANIYYAH

 SURAH ALI ‘IMRAN: SURAH KETIGA DALAM AL-QUR’AN

 SURAH INI MENGANDUNGI 200 AYAT

 SURAH ALI ‘IMRAN DITURUNKAN SETELAH SURAH AL-ANFAL

Kaitan Surah Ali ‘Imran dgn Surah Al-Baqarah terdapat beberapa aspek pertautan &
persamaan dan bandingan di antaranya :

1) Sikap manusia terhadap Al-Quran, kedua-dua Surah Al-Baqarah & Surah Ali „Imran
dimulai dengan menyebut : Alif, Laam, Miim – Al Quran (al-Kitab)

ۚ ‫ۤال ۤ ّم‬
5
SAMBUNGAN MUQADDIMAH…………

2) Surah Al-Baqarah disebut hal-hal yg berkaitan dgn hal-hal orang mukmin & bukan
mukmin. Manakala Surah Ali „Imran disebut sikap golongan orang-orang yg
terpesong seringkali menimbulkan fitnah & kesamaran & andaian yg salah.

Manakala orang yg beriman tetap teguh dan mendalam ilmunya, tetap beriman dgn
semua ayat-ayat Muhkamat ( yg asasi, tegas dan nyata maknanya) serta ayat-ayat
Mutasyabihat ( yg samar-samar tidak terang maksudnya).

3) Persamaan kejadian Adam dalam Surah Al-Baqarah dan nabi „Isa A.S dalam Surah
Ali „Imran dari segi kejadian yg luar biasa. Nabi Adam A.S dari tanah. Manakala nabi
„Isa A.S lahir tanpa bapa.

6
SAMBUNGAN MUQADDIMAH…………

4) Nama Surah: Surah Ali „Imran kerana terdapat kisah keluarga Imran – Ayah kepada
Maryam, ibu kepada nabi „Isa A.S. Kesediaan Maryam yg dinazarkan ibunya untuk
melakukan ibadah. Allah memberi khabar gembira dgn kehadiran „Isa A.S yg
dikurniakan mukjizat yg luar biasa.

Surah Al-Baqarah & Surah Ali „Imran – dinamakan Surah AL-ZAHRAWAIN (Dua yg
berkilau) cahaya yg sempurna yg akan diperolehi oleh mereka yg membacanya di
akhirat kelak.

Imam Muslim menukilkan- riwayat daripada Imam AL Nawawi bin Sam‟an – aku
mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda : Maksudnya “ Didatangi dengan AL-
Qur‟an bersama dengan orang yg mengamalkannya. – Permulaannya Surah Al-
Baqarah & Surah Ali „Imran‟

7
AYAT 1 : SURAH ALI ‘IMRAN

‫الر ِح ِيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬
‫َّللا ه‬
ِ ‫س ِم ه‬
ْ ‫ِب‬

TERJEMAHAN: Alif, Laam, Miim. [3:1]

HURAIAN : PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID) & PENURUNAN KITAB AL-QUR’AN

Alif, Laam, Miim adalah potongan huruf yg digunakan bagi mencabar bangsa Arab
supaya mengemukakan sesuatu yg seumpama dengan al-Qur‟an, selagimana ia
merupakan susunan bahasa mereka dan huruf-huruf yg mereka pertuturkan.

8
AYAT 2 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap
Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. [3:2]

9
HURAIAN AYAT 2: PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID) & PENURUNAN KITAB AL-QUR’AN

Hanyasanya Allah yg sebenar-benarnya disembah, bukanlah selainNya. Dialah


yg mencipta, yg menguasai alam semesta & diri manusia. Dialah yg memberi
kebaikan & juga yg menolak kemudharatan.

Dialah yg hidup selama-lamanya. Dia hidup tanpa awal dan tanpa akhirnya.
Dialah yg mentadbir & menguruskan makhlukNya termasuk apa yg di langit &
di bumi sebelum „Isa dijadikan. Oleh yg demikian, bagaimana pula semua itu
boleh berlaku & ditadbir sebelum kewujudan & selepas kematian baginda?

10
AYAT 3 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan


mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat
dan Injil. [3:3]

11
AYAT 3 : PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID)
& PENURUNAN KITAB AL-QUR’AN

HURAIAN:

Dialah Allah yg menurunkan al-Qur‟an kepada Muhammad dgn sebenar-


benarnya, tiada syak & tiada keraguan padanya. Al-Qur‟an mengesahkan &
menyokong kitab-kitab yg diturunkan terdahulu kepada para nabi.

Pengesahannya adalah dari segi keseluruhan pada dasar wahyu & juga
dasar risalah yg menyeru supaya mengesakan Tuhan, memurnikan akhlak,
memberi perkhabaran & berita gembira. Ia mengesahkan perkara yg
dimaklumkan & diramalkan di dalam Kitab terdahulu.

Al-Qur‟an juga selari dgn apa yg diberitahu & diberikan khabar gembira
berhubung janji Allah untuk mengutuskan Muhammad s.a.w & menurunkan
al-Qur‟an yg mulia.

12
SAMBUNGAN …….

Allah SWT menurunkan Taurat kepada Nabi Musa „a.s, dan menurunkan Injil
kepada Nabi „Isa „a.s sebelum diturunkan al-Qur‟an. Ia menjadi petunjuk &
panduan kepada manusia yg sezaman dgn baginda.

Allah SWT menurunkan wahyu & syariat sebelum kewujudan „Isa &
selepasnya. „Isa bukanlah sumber wahyu tetapi baginda adalah seperti nabi-
nabi lain yg menerima wahyu.

Maka bagaimana pula baginda boleh menjadi Tuhan?!.

13
AYAT 4 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga
yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan
yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah),
Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan
yang bersalah). [3:4]

14
HURAIAN AYAT 4 :
PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID) &
PENURUNAN KITAB AL-QUR’AN

Allah SWT menurunkan al-Furqan: yg membezakan antara petunjuk & kesesatan,


hak & batil (sesuatu yg palsu) dan yg menjadi panduan berdasarkan dalil &
keterangan yg jelas & bukti yg kukuh.

Orang-orang yg kufur, mereka membantah, ingkar & mengada-adakan dakwaan


batil terhadap ayat-ayat Allah yg jelas membuktikan keesaan & kesempurnaan
Allah dari perkara yg tidak layak dengannya.

Mereka yg kufur akan terima balasan azab yg dahsyat pada hari kiamat. Allah
Maha Perkasa & Maha Berkuasa. Allah SWT akan mengenakan balasan terhadap
orang yg mendustakan ayat-ayatNya & menyanggah Rasul-rasulNya yg mulia.
Dgn kemuliaan & keperkasaanNya, Allah SWT melaksanakan kemahuanNya &
mengenakan balasan terhadap orang yg menyanggah wahyuNya.

15
AYAT 5 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada


di bumi dan juga yang ada di langit. [3:5]

16
HURAIAN AYAT 5 : PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID)
& PENURUNAN KITAB AL-QUR’AN

Tiada suatu pun yg terselindung daripada Allah di alam semesta ini.


Dia mengetahui keadaan orang yg tulus dalam keimanan & juga
keadaan orang kafir & munafik serta orang yg dipaksa dengan
kekufuran, sedangkan hati mereka tetap dengan keimanan .

“Isa dan yg selain baginda tidak mengetahui sedikit pun tentang hal itu,
maka bagaimana ia boleh jadi Tuhan?

17
AYAT 6 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana
yang dikehendakiNya.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [3:6]

18
HURAIAN AYAT 6 : PENGOKOHAN AKIDAH (TAUHID)
& PENURUNAN KITAB AL-QUR’AN

Allah yg menjadikan insan mengikut kehendakNya, sama ada lelaki /


perempuan, bertabiat baik / buruk termasuk lain-lain jenis tabiat, rupa,
ketentuan takdir padanya, sempurna anggota ataupun cacat.

„Isa dan yg lainnya tidak membentuk sesiapapun di dalam rahim & tidak
menjadikan apa-apapun!. Malah bagindalah yg dibentuk menjadi makhluk
dalam rahim ibunya. Maka bagaimana pula baginda boleh menjadi Tuhan?.

Tiada Tuhan melainkan Dia (Allah), Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana;
yakni Dialah yg mencipta, yg mengadakan & satu-satunya yg layak dgn sifat
ketuhanan. Tiada sekutu bagiNya. Dialah yg satu, yg esa, yg tunggal &
tempat bergantung. Maha Suci daripada bapa dan anak. Maha Kuasa yg tidak
dapat dikalahkan. Maha Bijaksana dan Maha Suci daripada segala yg sia-sia.

19
SAMBUNGAN …..

Allahlah yg meletakkan setiap perkara sesuai pd tempatnya yg serasi dgn hikmah.


Inilah dalil yg terang & nyata bahawa „Isa adalah hamba yg dijadikan sebagaimana
Allah menjadikan semua manusia. Justeru Allah telah membentukkan diri baginda di
dalam rahim. Dengan kehendak Allah SWT juga, baginda dijadikan, maka
bagaimana baginda wajar menjadi tuhan sebagaimana dakwaan golongan Nasrani?

Kejadian baginda adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu, dari satu keadaan


kepada keadaan yg lain, sebagaimana firman Allah SWT:

ۚ ۢۢ ‫ون أ ُ هم َه ٰـ ِت ُك ْم َخ ْل ًۭقا ِ ّم ۢن بَ ْع ِد َخ ْل ۢق ِفى ُظلُ َم ٰـ ۢت ثَلَ ٰـث‬


ِ ‫ط‬ُ ُ‫يَ ْخلُقُ ُك ْم ِفى ب‬
(Bermaksud): “ Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-
peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana
yg gelap-gelita.” (al-Zumar,39:6)

20
AYAT 7 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas
dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu
(atau pokok) isi Al-Quran.

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya).

21
SAMBUNGAN AYAT 7 ……..

SAMBUNGAN TERJEMAHAN………

Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati
masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang
samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya
(memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang


sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam
pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya,
semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil
pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. [1:7]

22
HURAIAN AYAT 7 :

Dalam Al-Qur‟an terdapat ayat MUHKAMAT (Tetap, tegas, nyata & jelas
maksudnya) dan terdapat ayat MUTASYABIHAT (yg samar-samar &
tidak nyata maksudnya) hanya Allah SWT sahaja yg mengetahuinya.

AYAT MUHKAMAT: Contoh 1: [AL-A’NAM: 6:151]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yg telah diharamkan oleh Tuhan kamu kpd kamu
iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah kamu membuat baik
kpd ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya)
Kamilah yang memberi rezeki kpd kamu & kpd mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-
kejahatan (zina) - yg terang daripadanya & yg tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh
jiwa yg telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dgn jalan yg hak (yg dibenarkan oleh
Syarak). Dengan yg demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya
23
SAMBUNGAN ……
Contoh 2: PERINTAH SOLAT & PERINTAH PUASA

AYAT MUTASYABIHAT : Contoh 1: Firman Allah SWT :

ْ ‫علَى ا ْلعَ ْر ِش ا‬
‫ستَ ٰوى‬ ‫اَ ه‬
َ ‫لر ْح ٰم ُن‬
Maksudnya: Allah AL Rahman yang bersemayam di atas „Arsy. [TAHA 20 (5)]

24
SAMBUNGAN ……

Di dalam Kitab Akidah kaum terselamat (‫)عقيدةالناجين‬ oleh Zainal Abidin bin
Muhammad AL FATANI [m/surat 264]. Imam Kharasyi telah menukil daripada
Abu Hasan, bahawa Al Quran terhimpun didalamnya sejumlah 6666 ayat :

i. 1,000 Ayat AMR‟ (Perintah)


ii. 1,000 Ayat NaHI (Larangan)
iii. 1,000 Ayat WA‟AD (‫ [ ) َوعَد‬Janji memberi Pahala ]

iv. 1,000 Ayat WA‟ID (‫ [ ) وعيد‬Janji memberi Siksa]


v. 1,000 Ayat contoh perbandingan antara satu dengan yg lain
vi. 1,000 Ayat mengenai cerita-cerita dan berita
vii. 500 Ayat mengenai Halal & Haram
viii. 100 Ayat mengenai Doal & Tasbih
ix. 66 Ayat Nasikh & Mansokh

25
PETIKAN AYAT 7 …

………

PETIKAN TERJEMAHAN :
Adapun orang-orang didalam hati mereka cenderung kepada kesesatan, maka mereka
selalu menurut ...........yg samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah & takwil ……
Dan tiadalah yg mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berakal.

Allah SWT berfirman orang yg hatinya cenderung kepada kesesatan , maka Allah akan
simpangkan ke arah itu – Manusia itulah yg memulakan ke arah kesesatan, bukan Allah
yg menyesatkan mereka. Mereka lebih cenderung kepada ayat-ayat Mutasyabihat, dari
situ mereka akan melakukan perkara-perkara berikut:

Fitnah/kekacauan cara berfikir. Contoh: Dalam Surah Ali „Imran, mereka memfokuskan
Ayat 1: Alif, Laam, Miim. ۢۚ ‫ۤال ۤ ّم‬ Mereka akan mempersoalkan apa maksud di
sebalik huruf-huruf tersebut. Sedangkan Allah telah menjelaskan – hanya Allah SWT
yang Maha Mengetahui “ Alif ” itu apa? Padahal setiap pentafsiran itu tidak berasaskan
kepada ilmu yg benar.

26
AYAT 8 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau


memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [1:8]

27
HURAIAN AYAT 8 :

Bagi mengelakkan kita tergolong dlm golongan yg hatinya cenderung ke arah


kesesatan kita diseru agar berdoa sepertimana Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami…” (Ali „Imran,3:8).

Yakni orang yg memiliki ilmu dgn mantap; di samping mengimani Mutasyabihat ,


dgn meminta kpd Allah SWT agar menetapkan hidayat, memelihara diri kita dpd
kegelinciran, dianugerahkan rahmat & kelebihan daripada Allah, mendapat taufik
kpd kebaikan & kebenaran. Sesungguhnya Allah SWT Maha Memberi.

Kata „Aisyah r.‟a: Rasulullah SAW sering berdoa:

َ ‫ب ثَ ِبّتْ قَ ْل ِبي‬
‫علَى ِد ِينِ َك‬ ِ ‫ب ا ْلقُلُو‬
َ ّ‫يَا ُمقَ ِل‬

Maksud: “Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas


agamaMu.” Kemudian aku mengatakan: Wahai Rasulullah kenapa tuan sering
berdoa demikian? Baginda menjawab: Tiada hati selain ia berada di antara dua „jari‟
al-Rahman. Jika Dia mahu, nescaya Dia akan meluruskannya & jika Dia mahu,
nescaya Dia akan memesongkannya.”
28
AYAT 9 : SURAH ALI ‘IMRAN

TERJEMAHAN:

“ Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan


sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang
tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. [1:9]

29
HURAIAN AYAT 9 :

Allah SWT juga berfirman, maksudnya: “Wahai Tuhan kami!


Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian
manusia..…”(Ali „Imran,3:9). Maknanya , wahai Tuhan kami, sesungguhnya
Engkau menghimpunkan manusia untuk pembalasan pada hari yg tidak
diragui, janji Engkau adalah benar & tidak Engkau mungkirinya.

Pengajaran dari doa tersebut mencetuskan rasa takut tehadap


pemesongan yg akan mencabut rahmat pada hari tersebut. Ini merupakan
pengakuan tehadap kebangkitan pada hari kiamat.

30
KESIMPULAN :
Waspadalah :

 Apa yang Allah kurniakan di Dunia adalah merupakan ujian


atau dugaan bagi kita hadapi dengan sabar, redha, tawakkal
serta berdoa sebagai bekalan untuk Akhirat.

 Apa yang Allah kurniakan di Akhirat adalah merupakan


balasan!!!
‫وهللا أعلم‬

31
RESOLUSI SURAT ALI ‘IMRAN [AYAT 1 - 9]

 Allah Maha Berkuasa dan Tiada Sekutu BagiNya, Allah Maha Kuasa,
Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

 Ingatlah kita bahawa Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi


Muhammad SAW Kitab Al-Qur’an itulah yg benar , membenarkan
kitab-kitab sebelumnya iaitu Zabur, Taurat & Injil.

 Elakkan diri daripada menjadi kafir (mendustakan) ayat-ayat Allah


kerana Allah menyediakan siksa atau azab yg berat bagi kesalahan ini.

 Jangan memilih jalan yg sesat dan ingatlah kita semua akan


dihimpunkan di hari kiamat untuk menerima balasan atas setiap amal
perbuatan kita di Dunia.

32
‫‪PENUTUP : DOA‬‬

‫سأَلُ َك ا ْل َجنهةَ َونَعُوذُ ِب َك ِم َن النه ِار‬


‫الله ُه هم ِإنها نَ ْ‬

‫سالَ ُم َو َر ْح َمةُ ِ‬
‫هللا َوبَ َر َكاتُهُ‬ ‫علَ ْي ُك ْم ال ه‬
‫َو َ‬
‫شكرا جزيال‬

‫‪33‬‬

Anda mungkin juga menyukai