Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2012 ( SMP AMBILAN KHAS ) HBQE 1103 ULUM AL-QURAN

NAMA NO MATRIKULASI NO KAD PENGENALAN NO TELEFON E-MAIL E-TUTOR RAHMAN PUSAT PEMBELAJARAN : AZIZAH BINTI SOHAIMI : 770710015954001 : 770710015954 : 017-7110513 : zizahazie@yahoo.com : MOHD ASRI BIN ABDUL : BATU PAHAT

Page | 1

DAFTAR KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1.1 Pengertian Muhkam dan Mutasyabih 1.2 Perbezaan pendapat para ulama 2.0 Metodologi Ulama Salaf dan Khalaf dan keperluannya pada masa kini 2.1 Metodologi Ulama Salaf 2.2 Metodologi Ulama Khalaf 2.3 Keperluan Zaman Terhadap Kedua-dua Metode 3.0 Kajian Ayat-ayat Mutasyabih di dalam Al-Quran berhubung akidah ketuhanan Kesimpulan 9 9 10 12 16 3 6

Rujukan dan Bibliografi

18

MUHKAM DAN MUTASYABIH


Page | 2

1.0 Pengenalan Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi petunjuk serta pedoman bagi mereka yang beriman dan mengakui keEsaan Allah S.W.T. Kitab yang sarat dengan pelbagai lapangan dan cabang ilmu ini bukan hanya membicarakan tentang hukum-hakam, cara bacaan, halal haram dan sebagainya, bahkan terdapat perbahasan ilmu yang sangat mendalam dan berkembang. Para ulama telah membahagikan pelbagai pengkhususan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam al-Quran bagi memudahkan dan memberi kefahaman kepada kita semua. Salah satu daripadanya adalah bahagian ulum al-Quran. Terdapat pelbagai pecahan dan cabang perbincangan yang diletakkan di bawah pembahagian Ulum al-Quran ini. Antaranya ilmu makkiah dan madaniah, asbab al-nuzul, nasikh wa al-mansukh, mujmal wa al-mubayyin sehinggaah terdapat satu cabang yang di namakan muhkam dan mutasyabih. Sebelum kita membahaskan dengan lebih ditil, kefahaman asas berkenaan ilmu ini perlulah dititikberatkan terlebih dahulu. Para ulama telah banyak mengeluarkan pendapat hasil kajian dan penemuan mereka bagi menjelaskan kepada umum tentang bidang ilmu ini.

1.1 Pengertian Muhkam dan Mutasyabih.

1.1.1

Dari segi bahasa:

Muhkam berasal dari kata hakama. Kata hukm bererti memutuskan antara dua hal atau lebih perkara, maka hakim adalah orang yang mencegah yang zalim dan memisahkan dua pihak yang sedang bertikai. Manakala muhkam adalah sesuatu yang dikukuhkan, jelas, fasih dan membezakan antara yang hak dan batil. Mutasyabih pula berasal dari kata syabaha yang bermaksud serupa dengan yang lain. Syubhah ialah dua keadaan yang tidak dapat dibezakan kerana adanya keserupaan di antara kedua-duanya.

1.1.2 Dari segi istilah :


Page | 3

Memetik karangan al-Imam al-Suyuthi, para ulama berbeza pendapat tentang pengertian muhkam dan mutasyabih dari segi istilah. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Muhkam bermakna petunjuk ayat yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh.Mutasyabih pula ialah makna yang tersembunyi tanpa diketahui samada akal atau naqli. Ia adalah apa yang disimpan dalam ilmu Allah Swt seperti berlaku kiamat,huruf-huruf muqataah di permulaan surah dan lain. 2) Muhkam ialah apa yang diketahui kehendaknya samada secara zahir atau

takwil.Mutasyabih pula ialah tersembunyi dalam ilmu Allah S.W.T seperti kiamat, keluar Dajjal, huruf di permukaan surah.

3) Muhkam ialah apa yang memadai dalam memenuhi tanpa memerlukan keterangan lain. Mutasyabih pula ialah yang tidak memadai dengan ayat tersebut dan memerlukan kepada keterangan. 4) Muhkam ialah apa yang diamalkan dengannya. Mutashabih pula ialah apa yang beriman dengannya dan tidak diamalkan.1

Di dalam Al-Quran telah disebutkan perkataan muhkam dan mutasyabih. Ayat-ayat berkenaan itu dinyatakan samada kedua-dua perkataan tersebut di datangkan secara berasingan mahupun disebut kedua-dua perkataan itu di dalam satu ayat yang sama. Antara ayat-ayat yang berkaitan dengan perbahasan muhkam dan mutasyabih adalah seperti berikut : 1) Lafaz muhkam pada satu ayat. Firman Allah S.W.T di dalam Surah Hud (11:1)
1

Al-Suyuthi. Al-Itqan Fi Ulum al-Quran.

Page | 4

Maksudnya : Alif, Laam, Raa'. al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatNya Dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. 2) Lafaz mutasyabih pada satu ayat. Firman Allah S.W.T di dalam Surah alZumar ( : 23 ) Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), 3) Lafaz muhkam dan mutasyabih pada ayat yang sama.Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali- Imran ( 3: 7 ) :

Maksudnya : Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) kitab suci al-Quran. sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi alQuran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masingmasing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Page | 5

Berdasarkan tiga ayat tersebut, Imam Ibn Habib al-Naisaburi menceritakan adanya tiga pendapat tentang perkara ini : 1. Pertama : pendapat yang mengatakan bahwa al-Quran seluruhnya muhkam berdasarkan ayat pertama. 2. Kedua : pendapat yang mengatakan bahwa al-Quran seluruhnya mutasyabih berdasarkan ayat kedua. 3. Ketiga : pendapat yang mengatakan bahwa sebagian ayat al-Quran muhkam dan lainnya mutasyabih berdasarkan ayat ketiga. Inilah pendapat yang sahih. Yang dimaksudkan dengan muhkam-nya al-Quran pada ayat pertama diatas adalah kesempurnaan dan tidak adanya pertentangan antara ayat-ayatnya. Manakala yang dimaksudkan dengan mutasyabih pada ayat kedua adalah menjelaskan dari segi kesamaan ayat-ayat Al-Quran dalam kebenaran, kebaikan dan kemukjizatannya.2 Manakala ayat yang ketiga diatas yang bermaksud sebahagian dari al-Quran adalah muhkam dan sebahagian yang lain adalah mutasyabih, maksudnya sebahagian ayat al-Quran memberi makna petunjuk yang jelas mengikut kehendak Allah S.W.T. Sebahagian ayat-ayatnya lagi petunjuk ayatnya tersembunyi. Ini bermakna ayat-ayat yang jelas maksudnya adalah muhkam manakala ayatayat yang tersembunyi maknanya adalah mutasyabih. Secara keseluruhannya tidak ada pertentangan antara keseluruhan al-Quran adalah muhkam atau keseluruhan al-Quran adalah mutasyabih atau sebahagian al-Quran muhkam dan sebahagiannya lagi adalah mutasyabih.

1.2 Perbezaan pendapat para ulama

Para ulama banyak membahaskan ilmu muhkam dan mutasyabih ini berdasarkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali-Imran ( 3:7 ) iaitu :
2

Al-Suyuthi. Al-Itqan Fi Ulum al-Quran.

Page | 6

Melalui ayat di atas, timbul pendapat ulama yang pelbagai dengan menyatakan hujah hasil kefahaman yang di dasari dengan asas-asas ilmu yang kukuh. Perbezaan yang ketara ini dapat di simpulkan kepada dua golongan iaitu golongan salaf dan golongan khalaf. Keduadua golongan ini mempunyai hujah yang tersendiri. Sebahagian mereka menyatakan ayatayat mutasyabih ini boleh di ketahui dan difahami manakala sebahagian pula lebih senang dengan bersikap diam. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menukilkan di dalam karyanya, pendapat yang menyatakan ayat-ayat mutasyabih ini tidak boleh diketahui adalah pendapat jumhur (majoriti). Menurutnya, Imam al-Khatabi berkata bahawa para ulama banyak berpendapat waqaf yang tepat dalam ayat di atas adalah pada kalimah Allah. Seterusnya sambungannya adalah pada ayat yang bermaksud Dan orang-orang yang dalam ilmunya. Menurut kaedah bahasa, huruf waw pada kalimah tersebut adalah istinaf. Hujah pendapat ini adalah bersandarkan pelbagai riwayat antaranya daripada Ibn Masud, Ubay bin Kaab, Ibn Abbas, dan Aisyah3. Pendapat ini memberi faham kepada kita bahawa, mereka-mereka yang telah dianugerahkan dengan kefahaman yang tinggi akan berada diatas batasan dan tidak mahu mengeluarkan pendapat tentang sesuatu yang mereka tidak jelas dan ketahui. Ini juga membuktikan bahawa, diatas ketinggian dan amanah ilmu yang dimiliki, mereka mengambil sikap berdiam diri tanpa mentakwilkan dengan sesuatu perkara. Manakala pendapat yang menyatakan ayat-ayat ini boleh diketahui dan difahami adalah pendapat yang tidak majoriti. Namun begitu, pendapat yang dikemukakan ini juga mempunyai asas dan hujah tertentu. Al-Imam al-Suyuthi juga menukilkan di dalam kitabnya al-Itqan Fi Ulum al-Quran iaitu beberapa ulama telah berpendapat bahawa huruf waw tersebut adalah waw athaf dan bukan waw istinaf. Pendapat ini disokong oleh hujah yang diriwayatkan oleh Mujahid, Muhammad bin Jaafar juga di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Ibn Abbas juga berpendapat sedemikian. Golongan ini juga berpendapat, Alah S.W.T tidak akan berbicara dengan makhluknya tentang sesuatu yang mereka tidak akan memahaminya4.

3 4

Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Akidah Salaf dan Khalaf. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Akidah Salaf dan Khalaf

Page | 7

Konklusi ringkas yang dapat diambil diawal perbincangan ini, walaupun terdapat pelbagai pendapat dan hujah yang berbeza telah dikemukakan oleh para ulama, namun mereka tetap menjaga keutuhan aqidah dan pegangan mereka dengan sempurna. Perbezaan yang berlaku hanyalah berkisar kaedah bahasa serta kefahaman masing-masing dan tidak sekali-kali melakukan penyelewengan terhadap isi al-Quran.

2.0 METODOLOGI ULAMA SALAF DAN KHALAF DAN KEPERLUANNYA PADA MASA KINI

Sepertimana yang kita ketahui, telah menjadi kebiasaan para ulama mempunyai metodologi dan manhaj tersendiri dalam memberikan pandangan terhadap setiap perbahasan. Metedologi yang diguna pakai oleh ulama tersebut menjadi satu kajian dan perbincangan dikalangan ahli ilmu. Ini kerana, sebahagian ahli ilmu akan mengkaji dan menilai pendapat dan fatwa seseorang terlebih dahulu sebelum memberikan ulasan terhadapnya.

2.1 Metodologi Ulama Salaf

Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya Aqidah Salaf dan Khalaf memetik pendapat daripada Sheikh Mari iaitu mazhab Salaf tidak mengertikan ayat-ayat Mutasyabihat, terutamanya di dalam masalah nama-nama dan sifat-sifat Allah S.W.T. Ini kerana hal ini merupakan satu prasangka sedangkan prasangka kadang kala salah dan kadangkala betul. Hal ini adalah sama dengan membicarakan tentang Allah S.W.T tanpa ilmu. Golongan Salaf berpegang dengan tidak memberikan tafsiran dan pendapat tentang ayat-ayat yang mutasyabih. Mereka juga berpendapat bahawa, bertanya dan membincangkan hal-hal seperti ini adalah termasuk di dalam perkara yang bidah. Oleh itu, seringkali tatkala
Page | 8

membicarakan hal ini, maka mereka akan menjawab kami tidak tahu makna tersebut. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Sikap tidak memberikan ulasan dan tafsiran oleh golongan Salaf ini adalah dengan cara samada tafwidh5 mahupun ithbat6. Bahkan, jelas menunjukkan banyak riwayat yang menyebutkan bahawa kebanyakkan golongan Salaf melakukan tafwidh dan tidak tenggelam dalam membahaskan persoalan ini.7

2.2 Metodologi Ulama Khalaf

Setelah mengetahui sikap dan pegangan golongan Salaf, seharusnya kita juga perlu mengetahui sikap dan metode yang dipegang oleh golongan Khalaf. Sepertimana yang telah dijelaskan diatas, metode generasi ulama pada kebiasaanya adalah berubah-ubah dengan generasi ulama terdahulu. Para ulama Khalaf berbeza pendapat dengan ulama Salaf dalam perbahasan ayat-ayat mutasyabih ini. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hal ini berlaku sebagai jawapan Islam terhadap bangsa-bangsa yang masuk Islam dan bercampur baur umat Islam dengan agamaagama dari bangsa tersebut8. Iniah yang menjadi alasan utama kepada golongan Khalaf. Justeru, pentakwilan yang dilakukan oleh golongan ini adalah sebagai penjelasan bagi menolak fahaman dan kepercayaan karut dan sesat yang berlaku. Ini juga merupakan satu cara bagi menjaga aqidah agar tidak diselewengkan oleh sesiapapun. Namun, penjelasan yang dilakukan ini tidak terkeluar dan jauh daripada unsur-unsur yang penyerupaan Allah S.W.T dengan sesuatu. 2.3 Keperluan Zaman Terhadap Kedua-dua Metode Setelah mengetahui metodologi yang digunapakai oleh kedua-dua generasi ulama tersebut, ianya memperlihatkan hujah dan alasan tertentu yang bersesuaian dengan keadaan dan zaman

5 6

Tafwidh ialah tidak mentafsirkannya dan mnyerahkan maknanya semata-mata kepada Allah S.W.T Ithbat ialah hanya membiarkan sifat-sifat tersebut dalam erti yang literal tanpa berlakunya sebarang penyerupaan. 7 Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Akidah Salaf dan Khalaf. 8 Ibid.

Page | 9

masing-masing. Sikap mencaci dan mengkritik mana-mana metode ini bukanlah satu perkara yang memberi manfaat kepada agama kecuali telah jelas penyelewengan dan kesesatannya. Kecenderungan terhadap salah satu metode ini samada Salaf mahupun Khalaf perlulah di dasari dengan kefahaman yang benar dan hujah ilmiah yang jitu. Para ulama terdahulu meletakkan metodologi masing-masing setelah melihat keperluan dan tuntutan zaman pada waktu itu. Contoh ringkas, golongan Salaf yang juga disebut sebagai Salaf alSoleh tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabih kerana takut kepercayaan mereka tergugat. Pada ketika itu, aqidah yang mereka dokongi terpelihara dan terhindar daripada segala fahaman serta kepercayaan luar. Namun, perubahan generasi dan ancaman fahaman yang timbul menjadi titik tolak kepada golongan Khalaf untuk mewujudkan metode yang baru. Melihat kepada realiti dan suasana pada zaman kini, masalah keruntuhan aqidah umat Islam sangat meruncing. Semua lapisan masyarakat samada generasi tua, muda mahupun seawal usia remaja tidak terlepas daripada virus yang membarah ini. Kefahaman aqidah seolah-olah tidak menjadi dasar dan tunjang utama dalam membentuk masyarakat. Malah lebih malang, penganjuran dan kelongaran pihak berwajib dalam isu aqidah ini sangat berleluasa. Justeru, menerusi kedua-dua metode ini, beberapa perkara yang dapat diambil sebagai keperluan dalam menangani permasalahan ini antaranya : 1) Kerelevanan metode Salaf pada zaman ini dilihat perlu kerana terlalu banyak individu yang mengulas persoalan aqidah tanpa ada kelayakkan dan meragukan. Seharusnya kita sedar dan mengetahui bahawa lemah dan terbatasnya akal manusia. Hal ini menjadikan perbincangan aqidah sangat terbuka dan longgar. Dengan demikian, pastinya timbul pelbagai kesilapan dan kekeliruan. Selain itu, masyarakat pada hari ini lebih gemar untuk menumpukan perkaraperkara sampingan. Kesannya, perkara yang lebih utama ditinggalkan dan hanya sibuk dengan perkara-perkara remeh. Justeru itu, di dalam aspek dan isu ini, metode Salaf di rasakan lebih sesuai digunapakai bagi menjaga dan memberi focus kepada masyarakat keseluruhannya agar lebih mengutamakan keteguhan aqidah. 2) Metode Khalaf diwujudkan dengan factor perkembangan dan perubahan generasi. Selain itu, factor utama kepada timbulnya satu metode baru ini adalah kerana
Page | 10

pencampuran fahaman hasil kemasukan bangsa-bangsa lain kepada Islam. Para ulama ketika itu mengambil satu langkah efektif bagi membendung gejala penyelewengan aqidah. Pertembungan teori dan falsafah Yunani serta barat juga merupakan penyebab kepada timbulnya metode baru yang di kenali sebagai Khalaf. Kronologi dan pertembungan yang berlaku pastinya memberi kesan kepada masyarakat di zaman ini. Realiti semasa jelas menunjukkan percambahan fahaman-fahaman luar yang menerjah masuk ke dalam kefahaman aqidah umat Islam. Justeru itu, metode Khalaf juga dirasakan mempunyai kesesuaian bagi membendung krisis aqidah yang membarah ini. Jawapan balas terhadap fahaman menyeleweng ini hendaklah disandarkan dengan dalil yang kukuh bagi menyanggah ideology sesat itu.

3.0 AYAT-AYAT MUTASYABIH DI DALAM AL-QURAN Terdapat pelbagai pendapat dalam membincangkan ayat-ayat mutasyabih ini. Menurut Muhammad bin Shalih di dalam kitabnya al-Usul al-Tafsir, ayat-ayat yang samar (mutasyabih) terbahagi kepada dua iaitu kesamaran yang hakiki ( sebenar ) dan kesamaran yang nisbi ( tertakluk )9. 3.1 Kesamaran yang hakiki : iaitu apa yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti hakikat sifat-sifat Allah S.W.T. Walaupun kita mengetahui erti sifat itu, kita masih tidak mengetahui hakikat dan bentuknya. 3.2 Kesamaran nisbi : iaitu apa yang samar ( mutasyabih ) bagi sesetengah manusia sahaja namun dapat diketahui oleh golongan yang teguh ilmunya. Kesamaran ini boleh ditanya tafsirannya dan penerangannya. Ini menunjukkan terdapat beberapa ayat al-Quran yang dapat disingkap maksud dan rahsianya.
9

Muhammad Shalih Bin Uthaimin. Pengenalan Ilmu Usul al-Tafsir.

Page | 11

Antara ayat-ayat Mutasyabih yang berkaitan dengan akidah ketuhanan ialah : 1) Firman Allah S.W.T di dalam Surah Taha ( 20 :5 ) Maksudnya : Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Ayat diatas juga boleh dikaitkan dengan Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Araf (7 : 54) :

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

M.Quraish Shihab di dalam Tafsir al-Misbah menyatakan lafaz yang bermaksud lalu ia bersemayam di atas Arasy juga menjadi perbahsan ulama. Ada yang enggan mentafsirkannya dengan maksud hanya Allah sahajalah yang tahu sebagaimana pegangan ulama-ulama salaf. Lafaz istawa dapat dikenali melalui bahasa,namun kaifiat (caranya) tidak dapat di ketahui, mempercayainya adalah wajib dan menanyakanya adalah bidah10. Ungkapan ini adalah sebagaimana ungkapan Imam Malik ketika persoalan ini diajukan kepadanya. Walaubagaimanapun, ulama-ulama selepas Abad ketiga menjelaskan makna tersebut dengan mengalihkan makna istawa daripada bersemayam kepada makna secara majazi
10

M.Quraish Shihab. Tafsir al-Misbah.

Page | 12

iaitu berkuasa11. Dengan ini, ia memberi faham kepada tentang kekuasaan Allah S.W.T dan mengatur dan mengendalikan alam ini. Namun begitu, menurut Ibn kathir di dalam pentafsirannya, jalan yang paling selamat dalam hal tersebut adalah manhaj salaf. Iaitu menetapkan apa yang terdapat di dalam alQuran tanpa menanyakan bagaimana, tanpa penyelewengan dan penyerupaan, juga tanpa penolakkan serta persamaan12.

2) Surah al-Rahman ( 55 : 27) Maksudnya : Dan akan kekalah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Menurut al-Imam Ibn Kathir, ayat ini senada dengan Firman Allah S.W.T iaitu : Maksudnya : Dan janganlah Engkau menyembah Tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

Ayat ini Allah S.W.T menyifati sifatnya yang mulia, bahawa Allah mempunyai keagungan dan kemuliaan. Allah sahajalah tuhan yang layak diagungkan. Dan Allah sahaja yang layak ditaati dan tidak diselisihi. Pentafsiran ini juga disambung dengan beberapa ayatayat yang berkaitan di dalam surah-surah yang lain13.

3) Surah al-Fath ( 48 : 10 )

11 12

M.Quraish Shihab. Tafsir al-Misbah. Ibn Kathir. Tafsir Ibnu Kathir. 13 Ibn Kathir. Tafsir Ibnu Kathir.

Page | 13

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. Bagi membincangkan ayat ini, Ibn Kathir di dalam tafsirnya mentafsirkan bahawa maksud tangan Allah diatas tangan mereka adalah Allah S.W.T ada bersama mereka, mendengar perkataan mereka, melihat tempat mereka dan mengetahui lahir batin mereka. Dan Allah S.W.T lah yang membaiah mereka melalui perantara Rasulullah s.a.w14. Tafsiran ini juga merujuk kepada Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Taubah ( : 111 ) :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 4) Surah al-Fajr ( : 22 )

14

Ibid.

Page | 14

Maksudnya : Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah).

Di dalam mentafsirkan ayat ini, Ibn kathir di dalam tafsirnya menyatakan bahawa, pengertian datang telah diketahui. Namun, cara Allah S.W.T datang tidak dapat diketahui. Ini memberi maksud, Allah S.W.T akan benar-benar datang secara hakiki tetapi kedatanganNya itu adalah tidak sama dengan kedatangan sebagaimana makhluk15.

Kesimpulanya, dengan merujuk kepada beberapa ayat yang telah dinyatakan diatas, terdapat beberapa ayat mutasyabihat yang berkaitan dengan aqidah dan pegangan kepada Allah S.W.T. Melalui pentafsiran para ulama samada golongan Salaf mahupun Khalaf, dapat disimpulkan bahawa walaupun pentafsiran mereka berbeza namun kedua-dua golongan ini tetap dan utuh bersepakat tentang kesucian zat Allah S.W.T. Kesucian ini adalah dari segi penyerupaan dengan makhluk. Kedua-dua golongan ini dengan tegas menafikan penyerupaan Allah S.W.T dengan sesuatu berdasarkan hujah masing-masing.

4.0 KESIMPULAN Perbezaan dan perbahasan ulama yang pelbagai merupakan satu perkara yang bermanfaat jika ianya diambil serta dinilai dengan cara yang benar. Sebaliknya, jika hanya melihat jurang dan mengkritik secara melampau, pastinya ia tidak akan mendatangkan kebaikan kepada umat. Sikap bermudah dan ringan lidah dalam mengkafirkan orang lain kerana berlainan pendapat mestilah dijauhi kerana ianya menimbulkan perbalahan yang sangat merugikan. Seharusnya, dengan timbul banyak metode dan pendapat ini menjadikan ia ruang yang lebih luas untuk mendalami dan menambah kefahaman terhadap aqidah. Perkara cabang janganlah dijadikan satu dasar sebaliknya asas utama aqidah yang perlu ditekankan.

15

Ibn Kathir. Tafsir Ibnu Kathir.

Page | 15

Keyakinan yang kuat terhadap al-Quran dan al-Sunnah adalah benteng utama bagi mendepani kecelaruan dan penyelewengan terhadap aqidah. Walaupun perbahasan ini dilihat sebagai perbincangan ilmiah dan ditil, tetapi ianya bukanlah satu perkara yang sesuai untuk dibahaskan secara terbuka dan umum. Keutamaan kepada masyarakat awam adalah dibentangkan dan diterangkan kepada mereka kepentingan menjaga aqidah. Seterusnya semua institusi samada keluarga mahupun masyarakat akan sentiasa segar dan sensitive terhadap pegangan aqidah. Maka akan lahirlah umat yang kuat dan bersatu atas dasar aqidah yang benar. Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali Imran ( 3: 103) :
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Page | 16

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI Al-Quran al-Karim beserta terjemahannya. Al-Suyuthi, Jalaluddin, al-Itqan Fi Ulum al-Quran,2006, Darul Hadith, Kaherah. Al-Uthaimin,Muhammad Bin Shalih. Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir (Trjmhn : Fadlan B. Mohd Othman), 2005, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Al-Qaradhawi, Dr. Yusuf, Akidah Salaf Dan Khalaf (Trjmhn : Arif Munandar Riswanto), 2005, Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur. Al-Jauziyah, Ibn Qayyim, Belajar Mudah Ulum al-Quran: Studi Khazanah Ilmu al-Quran (Sukardi K.D.), 2002, PT. Lentera Basritama, Jakarta. Al-Mubarakfuri, Syafiyyurrahman, al-Misbahul Munir fi Tahdzibi Tafsir Ibn Kathir ( Tjmhn : Tim Pustaka Ibnu Kathir), 2008, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor Indonesia. Drs. HM. Sonhadji, Mukadimah a-Quran dan Tafsirnya, 1990, PT. Dana Bhakti Wakaf, Yogyakarta. M. Quraish Shihab, Tafsir al-Mishbah- Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran, 2010, Penerbit Lentera Hati, Jakarta. Muhammad Jamil Zainu, Kayfa Nafham al-Quran (Trjmhn : Ahmad Azzam), 1999, Pustaka Ilmi, Selangor.

Page | 17

Anda mungkin juga menyukai