Anda di halaman 1dari 16

BAB 2

2.1 PENGENALAN ILMU TAFSIR


1

1. Dari sudut Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata
-
Menurut Ibn Manzur:

Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.


2. Istilah:


Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw
dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang
dipetik dari al-Quran







1
http://mytafsirquran.wordpress.com/2009/03/14/bab-1-ilmu-tafsir-satu-pengenalan/
2.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir:

1. al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru
memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama
2. Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat
3. Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.
4. Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau
menyeleweng dari maksud yang sebenar.
2.3 Syarat pentafsir


Mereka yang ingin menafsirkan al-Qur'an harus memenuhi syarat-syarat sebagai
berikut :
1. Memiliki kepercayaan yang benar dan mematuhi segala ajaran Islam.
2. Mempunyai tujuan yang benardan mengharap keredhaan Allah.
3. Berpegang teguh kepada dalil-dalil naqal dari Nabi, para Sahabat, para tabi'in
serta menghindari segala sesuatu yang tergolong sebagai bid'ah.
2.4 Adab pentafsir
1. Ikhlas
2. Beramal
3. Berakhlak mulia.

2.5 Ilmu-ilmu yang diperlukan oleh seorang pentafsir.
2

Berikut adalah ilmu-ilmu yang perlu ada pada seorang pentafsir al-Quran:-
1. Ilmu bahasa Arab. Hanya dengan ilmu ini erti dan maksud perkataan itu dapat
diketahui.
2. Ilmu nahu kerana erti sesuatu kosakata selalu berubah dan berbeza-beza
menurut perbezaan statusnya di dalam struktur kalimah, maka ilmu nahu ini penting
difahami dan diperhatikan.
3. Ilmu tasrif atau saraf kerana dengan ilmu ini bentuk kosakata dan kalimat
dapat diketahui.
4. Ilmu al-isytiqaq (asal usul kosakata) sebab sesuatu nama kata benda itu
mempunyai erti yang berbeza-beza apabila pengambilannya berasal dari dua akar
kata yang berbeza.
5. Ilmu al-ma'ani kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat
diketahui dari segi indikasi maknanya.
6. Ilmu bayan kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui
dari segi perbezaannya berdasarkan kejelasan dan ketidakjelasan indikasinya.
7. Ilmu badi' kerana dengan ilmu ini segi-segi keindahan kalimat dapat
diketahui. Ketiga-tiga ilmu al-maani, ilmu bayan dan ilmu badi dinamakan ilmu al-
Balaghah.

2
http://www.mindamadani.my/content/view/167/2/
8. Ilmu al-qiraat kerana melalui ilmu ini dapat diketahui cara-cara mengucap
ayat-ayat al-Qur'an dan dengan ilmu ini bacaan-bacaan yang masih mengandungi
beberapa kemungkinan dapat ditarjihkan.
9. Ilmu usuluddin kerana di dalam al-Qur'an itu ada ayat-ayat yang ertinya
zahirnya tidak boleh ditujukan kepada Allah. Oleh sebab itu, para ahli usuluddin
mentakwilkan erti ayat tersebut dan mengemukakan hujah atau dalil mengenai hal
yang mustahil, yang wajib dan yang harus.
10. Ilmu usul fiqh kerana melalui ilmu ini arah istidlal dan istinbat hukum dapat
diketahui.
11. llmu asbab al-nuzul kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat dapat
diketahui sesuai dengan peristiwa yang melatari turunnya ayat tersebut.
12. Al-nasikh wa al-mansukh untuk mengetahui dan membezakan antara lafaz
muhkam dari lainnya.
13. Ilmu Fiqh
14. Hadith-hadith Nabi yang menjelaskan penafsiran hal-hal yang mujmal dan
mubham
15. Ilmu al-mauhibah iaitu suatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada
orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui.

2.6 Definisi ilmu tafsir.
3

) (


Ilmu yang dengannya diketahui maksud kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi-
Nya, Muhammad Saw. Makna-makna al-Quran dapat dijelaskan Hukum-hukum dan
hikmah-hikmahnya dapat diketahui.

2.7 Kaedah pentafsiran.
4

Para ulama membahagikan kaedah tafsir kepada empat jenis iaitu :

1. Tafsir al-Ijmali (Tafsir Secara Ringkas). Tafsir jenis ini hanya mengupas
makna-makna ayat secara ringkas seperti Tafsir al-Jalalayn oleh al- Sayuti dan
Safwah al-Bayan li Maani al-Quran oleh Husayn Makhluf.

2. Tafsir al-Tahlili (Tafsir Secara Analisa). Tafsir jenis ini membuat analisa dari
satu surah ke satu surah atau dari satu ayat ke satu ayat dengan memberi penerangan
yang lebih mendalam dalam pelbagai tajuk seperti akidah, bahasa dan perundangan.
Antara tafsir jenis ini ialah Tafsir al-Zamakhshari, Tafsir al-Baydawi, Tafsir Ibn
Kathir, Tafsir Ibn Atiyyah, Tafsir al-Qasimi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Razi, Tafsir
al-Biqaiyy dan Tafsir Ibn Ashur.


3
http://ansorimuhammad.wordpress.com/2011/09/25/pengertinan-ilmu-tafsir/
4
Ibid hal no.2
3. Tafsir al-Muqaran (Tafsir Secara Perbandingan). Tafsir jenis ini membuat
perbandingan antara beberapa tafsir dan manhaj. Melalui tafsir ini dapat diketahui
manhaj setiap tafsir tersebut serta membuat perbandingan di antaranya. Peneliti juga
berusaha membandingkan arah dan kecenderungan masing-masing penafsir dan
menganalisis tentang sebab yang melatari seorang penafsir menuju arah dan memilih
kecenderungan aliran tersebut.

4. Tafsir al-Mawduiyy ialah menghimpun ayat-ayat dalam satu tajuk secara
lafaz atau hukum dan menafsirkannya mengikut tujuan-tujuan al-Qur'an.

2.8 Pembahagian ilmu tafsir.
5

Pentafsiran yang mengikut manhaj akidah terbahagi kepada 4 bahagian utama :
1. Tafsir ahli Sunnah wa al-Jamaah
2. Tafsir mengikut manhaj Muktazilah
3 .Tafsir mengikut mazhab Syiah
4. Tafsir mengikut aliran kesufian

Pembahagian mengikut keilmuan dan sumber-sumber terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu :
1. Tafsir al-Ma'thur atau tafsir riwayat.
2. Tafsir al-Ra'yi
3. Tafsir al-Fiqhi
4. Tafsir al-Isyari/Tafsir al-Sufi

5
Ibid hal no.2
2.9 Pengenalan kitab Tafsir al-Munir.
6

Tafsir ini membahas seluruh ayat al-Qur'an dari awal surah al-Fatihah sampai
akhir surah an-Nas. Muhammad Ali Iyazi dalam bukunya, Al-Mufassirun Hayatuhum
wa Manhajuhum, mengatakan bahwa pembahasan kitab tafsir ini menggunakan
gabungan antara corak tafsir bi al-Ma'tsur dengan tafsir bi ar-ra'yi, serta
menggunakan gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, yakni gaya bahasa kontemporari
yang mudah difahami bagi generasi sekarang ini. Oleh sebab itu, beliau
membhagikan ayat-ayat berdasarkan topik untuk memelihara perbahasan dan
penjelasan di dalamnya.
Tentang tafsirnya ini, Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan: "Tafsir al-Munir ini bukan
hanya sekedar kutipan dan kesimpulan dari beberapa tafsir, melainkan sebuah tafsir
yang ditulis dengan dasar pemilihan yang lebih shahih, bermanfaat, dan mendekati
ruh (intisari) kandungan ayat al-Qur'an, baik dari tafsir klasik mahupun moden dan
tafsir bi al-matsur ataupun tafsir rasional. Di dalamnya juga telah diusahakan untuk
menghindari perbezaan teori atau pandangan teologi yang tidak diperlukan dan tidak
berfaedah.
Tafsir ini ditulis setelah beliau selesai menulis dua buku lainnya, yaitu Ushul Fiqh al-
Islamy (2 jilid) dan al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu(8 Jilid). Sebelum memulai
penafsiran terhadap surah pertama (al-Fatihah),Dr Wahbah az-Zuhaili terlebih dahulu
menjelaskan gambaran yang berhubungan dengan ilmu al-Qur'an.

6
Persatuan Ulama Malaysia, http://bit.ly/ykY87e akses terakhir 13 Feb 2011 3.06a.m.
Dalam Muqaddimah, beliau mengatakan bahwa tujuan dari penulisan tafsir ini adalah
menyarankan kepada umat Islam agar berpegang teguh kepada al-Qu'ran secara
ilmiah.
Dalam hal ini, Ali Iyazi menambahkan bahwa tujuan penulisan Tafsir al-Munir ini
adalah menggabungkan keaslian tafsir klasik dan keindahan tafsir kontemperori,
kerana menurut Dr Wahbah az-Zuhaili ramai orang yang menyudutkan bahawa tafsir
klasik tidak mampu memberikan solusi terhadap masaalah kontemporari, sedangkan
para mufassir kontemporari banyak melakukan penyimpangan perbandingan terhadap
ayat al-Quran dengan alasan pembaharuan. Oleh kerana itu, menurutnya, tafsir klasik
harus dikemaskini dengan gaya bahasa kontemporari dan metod yang konsisten dan
sesuai dengan ilmu pengetahuan moden tanpa ada penyimpangan perbandingan.
Secara metod, sebelum memasuki perbahasan ayat,Dr Wahbah az-Zuhaili pada setiap
awal surah selalu mendahulukan penjelasan tentang keutamaan dan
kandungan surah tersebut, dan sejumlah tema yang terkait dengannya secara garis
besar. Setiap tema yang diangkat dan dibahas mencakup tiga aspek, iaitu: Pertama,
aspek bahasa, iaitu menjelaskan beberapa istilah yang termaktub dalam sebuah ayat,
dengan menerangkan bentuk-bentuk balaghah dan seni bahasanya.
Kedua, tafsir dan bayan, iaitu penerangan yang komprehensif terhadap ayat-ayat,
sehingga dapat menjelaskan tentang makna-makna yang terkandung di dalamnya dan
keshahihan hadis-hadis yang terkait dengannya. Dalam bahagian ini, beliau
meringkaskan penjelasannya jika dalam ayat tersebut tidak terdapat masaalah, seperti
terlihat dalam penafsirannya terhadap surat al-Baqarah ayat 97-98. Namun, jika ada
permasalahan, akan diulaskan secara terperinci, seperti permasalahan nasakh dalam
ayat 106 dari surat al-Baqarah.
Ketiga, fiqh al-hayat wa al-ahkam, iaitu perincian tentang beberapa kesimpulan yang
dapat diambil dari beberapa ayat yang berhubungan dengan realiti kehidupan
manusia.
Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri menilai bahwa tafsirnya adalah model tafsir al-Quran
yang didasarkan pada al-Quran sendiri dan hadis-hadis shahih, mengungkapkan
asbab an-nuzul dan takhrij al-hadis, menghindari cerita-cerita Israiliyat, riwayat yang
buruk, dan polemik, serta bersikap kesederhanaan.
Sedangkan dalam masalah teologi, beliau cenderung mengikuti fahaman ahl al-
Sunnah, tetapi tidak terjebak pada sikap fanatik dan menghukum mazhab lain. Ini
terlihat dalam perbahasannya tentang masalah "Melihat Tuhan" di dunia dan akhirat,
yang terdapat padasurat al-An'am ayat 103.
(Keterangan ini merujuk pada kitab Al-Mufassirun Hayatuhum wa
Manhajuhum karya Sayyid Muhammad Ali Iyazi; kitab Tarjamah al-Mufassir fi
Kutaeb Shadr Haul at-Tafsir al-Munir; dan kitab Tafsir al-Munir sendiri).




2.10 Latar belakang pengarang kitab Tafsir al-Munir.
Beliau dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir
Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq.
Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu Ubadah. Ini
kerana salah seorang anaknya bernama Ubadah. Ayahnya bernama al-Haj Mustafa
al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang banyak
membaca siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan
memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga.
Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Saadah. Seorang ibu yang dihiasi
dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syariat dan beramal dengannya.

2.10.1 Pendidikan
Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya.
Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum
berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya. Kemudian syaikh menyambung
pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Beliau pernah menceritakan
bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang
terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi.
Seterusnya beliau menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut
merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, beliau telah belajar
hampir 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz Thanawi Syariyyah pada tahun 1952.
Kemudian beliau menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa
Kuliah dan di beberapa universiti pada waktu yang sama. Namun secara khususnya,
beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syariah dan
Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti
Ain Syams.
7
Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
1. Sijil Syahada Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti
al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.
2. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah
Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957.
3. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun
1959 beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana (Master) dalam Syariah Islamiah dari
Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-ZaraI Fi al-Siasah al-
Syariyyah wa al-Fiqh al-Islami.
4. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun
1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian
Perbandingan. Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur.
Akhirnya syaikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datangqararnya
dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain.




7
Suyyld Muhummud All Ayuzl, Al-Mufusslrun Huyutuhum wu Munuhl|uhum, (Teherun: Wlzunuh ul-
Tslqufuh wu ul-Insyuq ul-Islum, th. 1993), h. 684-685.
Pada tahun 1963 M, beliau diangkat sebagai pensyarah di fakulti Syariah Universiti
Damsyiq dan secara berturut-turut menjadi wakil Dekan, kemudian Dekan dan Ketua
Jurusan Fiqh Islami wa Madzahabih di fakulti yang sama. Beliau berkhidmat selama
lebih dari tujuh tahun dan dikenali alim dalam bidang Fiqh, Tafsir dan Dirasah
Islamiyyah.
8


Adapun guru-guru beliau adalah Muhammad Hashim al-Khatib al-Syafie, (1958M)
seorang khatib di Masjid Umawi. Beliau belajar darinya fiqh al-Syafie; mempelajari
ilmu Fiqh dari Abdul Razaq al-Hamasi (1969M); ilmu Hadis dari Mahmud Yassin
(1948M); ilmu faraid dan wakaf dari Judat al-Mardini (1957M), Hassan al-Shati
(1962M), ilmu Tafsir dari Hassan Habnakah al-Midani (1978M); ilmu bahasa Arab
dari Muhammad Shaleh Farfur (1986M); ilmu usul fiqh dan Mustalah Hadits dari
Muhammad Lutfi al-Fayumi (1990M); ilmu akidah dan kalam dari Mahmud al-
Rankusi.

Selama di Mesir, beliau berguru dengan Muhammad Abu Zuhrah, (1395H), Mahmud
Shaltut (1963M) Abdul Rahman Taj, Isa Manun (1376H), Ali Muhammad Khafif
(1978M), Jad al-Rabb Ramadhan (1994M), Abdul Ghani Abdul Khaliq (1983M) dan
Muhammad Hafiz Ghanim. Di samping itu, beliau amat terkesan dengan buku-buku

8
http://bit.ly/yOcXca diakses pada 13 Feb 2011.
tulisan Abdul Rahman Azam seperti al-Risalah al-Khalidah dan buku karangan Abu
Hassan al-Nadwi berjudul Ma dza Khasira al-alam bi Inkhitat al-Muslimin.
9


2.10.2 Karya-Karya Dr Wahbah az-Zuhaili
Dr Wahbah al-Zuhaili menulis buku, kertas kerja dan artikel dalam berbagai ilmu
Islam. Buku-bukunya melebihi 133 buah buku dan jika dicampur dengan risalah-
risalah kecil melebihi lebih 500 makalah. Satu usaha yang jarang dapat dilakukan
oleh ulama kini seolah-olah ia merupakan as-Suyuti kedua (as-Sayuti al-Thani) pada
zaman ini, mengambil contoh seorang Imam Shafiiyyah iaitu Imam al-Sayuti.
diantara buku-bukunya adalah sebagai berikut :
1. Atsar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami Dirasat Muqaranah, Dar al-Fikr, Damsyiq,
1963.
2. Al-Wasit fi Usul al-Fiqh, Universiti Damsyiq, 1966.
3. Al-Fiqh al-Islami fi Uslub al-Jadid, Maktabah al-Hadithah, Damsyiq, 1967.
4. Nazariat al-Darurat al-Syariyyah, Maktabah al-Farabi, Damsiq, 1969.
5. Nazariat al-Daman, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1970.
6. Al-Usul al-Ammah li Wahdah al-Din al-Haq, Maktabah al-Abassiyah, Damsyiq,
1972.
7. Al-Alaqat al-Dawliah fi al-Islam, Muassasah al-Riisalah, Beirut, 1981.

9
Ibid hal no.8
8. Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh, (8 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1984.
9. Usul al-Fiqh al-Islami (dua Jilid), Dar al-Fikr al-Fikr, Damsyiq, 1986.
10. Juhud Taqnin al-Fiqh al-Islami, (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1987.
11. Fiqh al-Mawaris fi al-Shariat al-Islamiah, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987.
12. Al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987.
13. Al-Islam Din al-Jihad La al-Udwan, Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa,
Tripoli, Libya, 1990.
14. al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariat wa al-Manhaj, (16 jilid), Dar al-
Fikr, Damsyiq, 1991.
15. al-Qisah al-Quraniyyah Hidayah wa Bayan,Dar Khair, Damsyiq, 1992.
16. Al-Quran al-Karim al-bunyatuh al-Tasyriiyyah aw Khasaisuh al-Hadariah,
Dar al-Fikr, Damsyiq, 1993.
17. al-Rukhsah al-Syariat Ahkamuha wa Dawabituha, Dar al-Khair, Damsyiq,
1994.
18. Khasais al-Kubra li Huquq al-Insan fi al-Islam, Dar al-Maktabi, Damsyiq,
1995.
19. Al-Ulum al-Syariat Bayn al-Wahdah wa al-Istiqlal, Dar al-Maktab, Damsyiq,
1996.
20. Al-Asas wa al-Masadir al-Ijtihad al-Musytarikat bayn al-Sunnah wa al-Syiah,
Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.
21. Al-Islam wa Tahadiyyat al-Asr, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.
22. Muwajahat al-Ghazu al-Thaqafi al-Sahyuni wa al-Ajnabi, Dar al-Maktabi,
Damsyiq, 1996.
23. al-Taqlid fi al-Madhahib al-Islamiah inda al-Sunnah wa al-Syiah, Dar al-
Maktabi, Damsyiq, 1996
24. Al-Ijtihad al-Fiqhi al-Hadith, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.
25. Al-Uruf wa al-Adat, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.
26. Bay al-Asham, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.
27. Al-Sunnah al-Nabawiyyah, Dar al-Maktabi Damsyiq, 1997.
28. Idarat al-Waqaf al-Khairi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.
29. al-Mujadid Jamaluddin al-Afghani, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.
30. Taghyir al-Ijtihad, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
31. Tatbiq al-Syariat al-Islamiah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
32. Al-Zirai fi al-Siyasah al-Syariyyah wa al-Fiqh al-Islami, Dar al-Maktabi,
Damsyiq, 1999.
33. Tajdid al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.
34. Al-Thaqafah wa al-Fikr, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
35. Manhaj al-Dawah fi al-Sirah al-Nabawiyah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
36. Al-Qayyim al-Insaniah fi al-Quran al-Karim, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
37. Haq al-Hurriah fi al-Alam, Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.
38. Al-Insan fi al-Quran, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.
39. Al-Islam wa Usul al-Hadarah al-Insaniah, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001
40. Usul al-Fiqh al-Hanafi, Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.
10



10
Ibid hal no.8

Anda mungkin juga menyukai