Anda di halaman 1dari 9

TAJUK

ESEI ILMIAH KUIZ 1

KUMPULAN PERLIS 05 ( A132 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA NOOR ASIAH BT RAMLI NO: ID D20112052454 NO: TELEPON 019-4785013

NAMA TUTOR E LEARNING TARIKH SERAHAN

: DR AHMAD YUNUS BIN. AHMAD YUNUS : 15.04.2014

1.0

Pendahuluan

Kedudukan al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diragui kerana terdapat banyak penegasan dalam al-Quran tentang al-Sunnah dan al-Hadith. Walaupun al-Quran menjadi sumber utama dan terpenting sebagai panduan melaksanakan syariat Islam, alSunnah tetap penting sebagai sumber kedua yang berperanan menerang, menghurai, memperkuat dan memperkukuh sesuatu hukum yang disebutkan dalam al-Quran. Namun demikian perkembangan masyarakat yang semakin moden dan kompleks telah

menyebabkan timbulnya pelbagai persolan berkaitan dengan al-Sunnah telah mendorong pemikir-pemikir Islam membuat penganalisaan baru terhadap hukum Islam dan cara berinteraksi dengan al-Sunnah. Antara Ulama yang mempelopori bidang ini ialah Dr. Yusuf al-Qardawi. 2.0 Riwayat dan latar belakang pendidikan Dr. Yusuf al-Qardawi

Nama penuhnya adalah Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilahirkan di Desa Shaft Turab di tengah Delta Sungai Nil, daerah Mahallah al-Kubra, Republik Arab Mesir pada 9 September 1926. Ayahnya bernama Abdullah. Pelajaran pertama yang dipelajarinya adalah al-Quran. Pada usia sepuluh tahun, beliau sudah hafal al-Quran dan dengan bacaan yang sangat baik. Dengan keahliannya itu ia dijadikan imam solat lima waktu di desa dan pada usia yang sangat muda. Pendidikan formalnya bermula di Universiti al-Azhar Mesir, kecuali tingkat Aliyah, ia tempuh di Mahad al-Buhus wa la-Dirasah al-Arbiyat al-Aliyah, sehingga mendapatkan ijazah tinggi dalam bidang bahasa dan sastera Arab. Namun, keahliannya yang menonjol adalah dalam bidang Usuluddin (aqidah, tafsir, dan hadis). Beliau telah menyelesaikan pelajarannya pada tahun 1960 dalam bidang Usuluddin. 3.0 Hadith dalam pandangan Dr. Yusuf al-Qardawi

Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi, sunnah nabi mempunyai tiga ciri, iaitu komprehensif (manhaj syumul), seimbang (manhaj mutawazzun), dan memudahkan (manhaj muyassar). Ketiga-tiga ciri ini akan mendatangkan pemahaman yang jelas terhadap sesuatu hadis. Atas dasar ini, Dr. Yusuf al-Qardawi menetapkan tiga perkara yang harus dihindari dalam berinteraksi dengan al-Sunnah iaitu:

a)

Pentafsiran yang dilakukan oleh golongan yang selaku berlebih-lebihan dalam

memahami teks agama yang sebenarnya tidak memahami bahawa agama Islam itu adalah agama yang sederhana dan penuh dengan kemudahan. b) Pentafsiran yang dilakukan oleh golongan yang memang sengaja melakukan

penyelewengan kerana benci dengan keutuhan Islam. Golongan ini sengaja melakukan demikian kerana mereka tidak mampu untuk menyerang Islam melalui teks-teks al-Quran lalu menggunakan al-Sunnah untuk menjayakan agenda mereka dengan mencipta hadithhadit palsu dan menyebarkannya. c) pentafsiran yang dilakukan oleh golongan yang melakukan pentakwilan secara

mengelirukan. Ini terjadi kerana kebodohan dan kecetakan mereka terhadap hukum hakam dalam agama. Oleh sebab itu pemahaman yang jelas dan tepat terhadap al-Sunnah perlu mengambil sikap wasatiyyah iaitu bersederhana dan tidak ekstrim, tidak menjadi kelompok yang sesat dan tidak menjadi kelompok yang bodoh. 3.0 Kaedah berinteraksi dengan hadith menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi

Menurut al-Qardawi untuk berinteraksi dengan hadith perkara yang paling utama perlu dilakukan oleh pengkaji ialah memahami hadith dan fungsinya. Hadith memiliki metod tertentu dalam memberi petunjuk kepada umatnya iaitu: Agama Islam itu bersifat komperhensiaf iaitu membahaskan semua aspek kehidupan manusia bermula dari alam kandungan hingga ke alam akhirat. Ajaran yang dibawa oleh Islam juga merupakan ajaran yang mudah dan penuh kesederhanaan disamping mengatur segala perjalanan hidup manusia dalam semua aspek kehidupan baik berkaitan dengan rohani, jasmani, hubungan sesam manusia dan alam. Antara prinsip-prinsip yang digariskan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi bagaimana berinteraksi dengan sunnah adalah seperti berikut: a) Mengenal pasti kedudukan sesebuah hadith dengan terperinci.

Meneliti dengan saksama tentang kesahihan hadis yang dimaksud sesuai dengan syarat-syarat yang telah ditepakan oleh ulama hadith yang meliputi sanad dan matannya, baik yang berupa ucapan Nabi saw., perbuatannya, ataupun persetujuannya.

b)

Cenderung melihat tahap Hadith.

Untuk berinteraksi dengan hadith seseorang terlebih dahulu perlu melihat kepada tahap hadith tersebut, sama ada tahap hadith tersebut berada pada tahap usul ( prinsip utama dalam Islam) atau Juzie atau Furu( perkara cabang atau khilaf). Sekiranya hadit h tersebut tidak melibatkan prinsip-prinsip utama dalam Islam iaitu berkaitan dengan ketuhanan atau kerasulan, perkara-perkara samiyyat, ibadat fardhu yang zahir dan batin atau perkara yang bersangkutan dengan halal dan haram dalam kehidupan manusia, beliau berpendapat jika seseorang tidak beramal dengan hadith tersebut tidak akan menjadi satu kekurangan dalam agamanya dan tidak akan meninggalkan kesan terhadap akidah atau ibadatnya serta akhlak peribadinya. Tetapi jika hadit tersebut bersangkutan dengan semua perkara yang berhubung dengan prinsip utama dalam Islam ia wajib diyakini dan diimani.

c)

Memastikan bentuk ilmu yang diperolehi daripada sesebuah hadith (ilmu Yakini atau Zanni)

llmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu yakini dan ilmu zanni. Hadith mutawatir mengandungi ilmu yakini, sebaliknya hadith Ahad mengandungi ilmu zanni. Ilmu zanni dapat

diklasifikasikan kepada tiga iaitu sahih, hasan dan dhaif. Ada sebahagian ulama al-Ummah berselisih berpendapat hadith yang bertaraf sahih tetapi berasal daripada hadith Ahad boleh mendatangkan ilmu yakini jika diriwayatkan oleh al-Syaykhan ( Bukhari dan Muslim) atau salah seorang daripada mereka. Pendapat pertama adakah hadith tersebut mengandungi ilmu yakini atau mengandungi zan yang kuat? Dan yang kedua berpendapat apakah ia mempunyai sebahagian ilmu yang berdasarkan syarat-syarat yang khusus.

Kekhilafan dikalangan ulama menunjukkan bahawa barang siapa yang menolak atau ingkar dengan hadith Ahad maka ia tidak terkeluar daripada agamanya. Hal yang sedemikian disebutkan kerana perkara yang beleh mengeluarkan seseorang daripada agamanya adalah mereka yang mengingkari perkara yang telah yakin dan tidak ada pertentangan dengannya.

4.0

Kaedah untuk memahami sunnah menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi

Dengan menggunakan kaedah diatas menjadi panduan untuk memahami sunnah dan seterusnya berinteraksi dengannya. Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi berikut adalah metod atau kaedah untuk memahami sunnah:

4.1

Memahami hadith sesuai dengan petunjuk al-Quran.

Untuk memahami al-Sunnah dengan baik dan jauh daripada penipuan, pemalsuan dan pentakwilan orang yang tidak berilmu, kita seharusnya memahami al-Sunnah selari dengan petunjuk yang terdapat didalam al-Quran. Ini kerana al-Quran diturunkan sebagai sumber panduan yang utama dan al-Sunnah berperanan sebagai menerang, menghurai, memperkuat dan memperkukuh sesuatu hukum yang disebutkan dalam al-Quran. Jika berlaku berlaku pertentangan hadith dengan al-Quran ini mungkin disebabkan hadith tersebut tidak sahih atau pemahaman yang tidak benar atau sesuai dengan maksud hadith tersebut. Apabila menghadapi perbezaan pemahaman dalam menyimpulkan makna-makna hadith, kita harus kembali kepada al-Quran kerana isi hadith itu adalah cabang daripada alQuran. Justeru, al-Sunnah berfungsi sebagai penjelas al-Quran tidak mungkin akan mengandungi makna yang berlainan dengan al-Quran sebagai sesuatu yang jelas berbeza dan bertentangan. 4.2 Menghimpunkan hadith-hadith yang sama tema. dengan baik, kita harus menghimpun hadis-hadis yang

Untuk memahami al-Sunnah

mempunyai tema yang sama. Hadith-hadith yang mutasyabih dikembalikan kepada yang muhkam, yang mutlaq dihubungkan dengan yang muqayyad, dan yang am ditafsirkan dengan yang khas. Dengan demikian, makna yang dimaksud akan semakin jelas dan tidak ada pertentangan dalam maksud hadith. Sebagaimana yang sudah disepakati, al-Sunnah berfungsi sebagai penafsir dan penjelas alQuran. Ertinya, al-Sunnah memerinci ayat-ayat yang global, menjelaskan yang masih samar, mengkhususkan yang masih umum, dan membatasi yang mutlak. Dengan demikian, ketentuan-ketentuan tersebut harus diterapkan dalam proses memahami hadith. 4.3 Penyelarasan atau tarjih di antara hadith-hadith yang bercanggah.

Prinsip asasnya, nas-nas syariat yang benar tidak mungkin bertentangan diantara satu sama lain. Sekiranya berlaku pertentangan, maka hal itu hanyalah merupakan keadaan luarnya saja, atau hanya kelihatan di luar saja bertentangan, tapi makna yang terkandung adalah sama. Dan kewajiban kita terhadap hal tersebut adalah menghilangkan pertentangan tersebut.

Apabila pertentangan tersebut dapat dihilangkan dengan cara menggabungkan atau menyesuaikan antara kedua-dua nas, sehinggalah kedua-duanya dapat diamalkan dan tidak berlaku percanggahan. Salah satu hal yang penting untuk memahami al-Sunnah dengan baik adalah menyesuaikan hadith-hadith sahih yang tampak bertentangan, dengan melakukan pentarjihan agar hadith yang bertentangan dapat dihuraikan dengan lebih jelas. 4.4 Memahami hadith melalui sebab berlakunya perkara yang berkaitan dan tujuan hadith. Di antara cara-cara yang baik untuk memahami hadis Nabi saw. ialah dengan

memperhatikan sebab-sebab khusus yang melatarbelakangi sebab diucapkan sesuatu hadith, atau kaitannya dengan suatu illah (alasan, sebab) tertentu, yang dinyatakan dalam hadis tersebut atau disimpulkan darinya, ataupun dapat difahami dari kejadian yang melatarbelakanginya. Untuk dapat memahami hadis dengan pemahaman yang benar dan tepat, haruslah diketahui sebab, keadaan dan tujuan apa hadith itu diucapkan. Dengan cara ini sesuatu maksud hadith dapat diketahui dengan jelas dan terhindar daripada maksud yang tidak tepat. Kita mengetahui bahawa para ulama bersepakat menyatakan bahawa untuk memahami al-Quran dengan benar, haruslah diketahui tentang asbab an-nuzul (sebab-sebab yang melatarbelakangi turunnya ayat-ayat al-Quran). Agar kita tidak terjerumus ke dalam kesalahan seperti yang terjadi atas sebahagaian kaum terlaku ekstrem dalam memahami hukum. Dalam konteks memahami al-Sunnah apa yang haruslah dilakukan pemilahan antara apa yang bersifat khusus dan yang umum, yang sementara dan yang abadi, serta antara yang particular dan yang universal. Semua itu mempunyai hukumnya masing-masing. Dan dengan memperhatikan konteks, kondisi lingkungan serta asbab an-nuzul dan asbab al-wurud, pasti akan lebih mudah mencapai pemahaman yang tepat dan lurus, bagi siapa saja yang beroleh taufik Allah SWT. 4.5 Membezakan di antara wasilah yang berubah dengan tujuan yang tetap bagi sesebuah hadith. Di antara penyebab kekacauan dan kekeliruan dalam memahami al-Sunnah, ialah sebahagian orang mencampuradukkan antara tujuan atau sasaran yang hendak dicapai oleh as-Sunnah dengan prasarana (bahan yang digunakan sama seperti yang digunakan nabi SAW) yang

kadangkala menunjang pencapaian tujuan. Mereka lebih mementingkan sarana ini, seolaholah itulah yang menjadi tujuan sebenarnya. Padahal, ia boleh digantikan dengan apa jua yang menyerupainya. Ini kerana prasarana, mungkin saja berubah dari suatu masa ke masa lain, dan dari suatu lingkungan ke lingkungan lainnya, bahkan semua itu pasti mengalami perubahan. Oleh sebab itu, apabila suatu hadith menunjuk kepada sesuatu yang menyangkut sarana atau prasarana tertentu, maka itu hanyalah untuk menjelaskan tentang suatu fakta, namun sama sekali tidak dimaksudkan untuk mengikat kita dengannya, ataupun membekukan diri kita disampingnya. Contohnya penggunaan siwak. Bagi negara-negara yang sukar memperolehinya ia boleh menggunakan berus gigi yang fungsinya sama untuk menjaga kebersihann 4.6 Membezakan di antara hakikat dengan majaz bagi memahami hadith

Teks-teks hadith banyak sekali yang menggunakan majaz atau metafora, karena rasulullah adalah orang Arab yang menguasai balaghah. Rasul menggunakan majaz untuk mengemukakan maksud beliau dengan cara yang sangat halus dan mengesankan. Contohnya Rasulluah SAW pernah berkata kepada isteri-isteri beliau: Yang paling cepat menyusulku di antara kalian sepeninggalanKu adalah yang paling panjang tangannya Isteri-isteri Rasullulah SAW mengira bahwa yang dimaksud oleh baginda, adalah yang benarbenar bertangan panjang. Karena itu, seperti dikatakan oleh Aisyah r.a.; mereka saling mengukur, siapa di antara mereka yang tangannya paling panjang. Bahkan, menurut beberapa riwayat, mereka mengambil sebatang bambu untuk mengukur tangan siapakah yang paling panjang. Padahal Rasulullah tidak bermaksud seperti itu. Yang dimaksud oleh baginda dengan tangan yang paling panjang ialah yang paling banyak kebaikannya dan paling dermawan. 4.7 Membezakan di antara yang ghaib dengan yang nyata.

Maksud membezakan di antara yang ghaib dengan yang nyata di sini adalah dalam hal memahami teks hadis. Di antara kandungan al-Sunnah, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan alam ghaib yang berkaitan dengan makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat di alam kita ini. Misalnya, malaikat, mereka adalah jenis makhluk spiritual (halus), tercipta dari cahaya, nur, dan tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia biasa. Namun demikian kita seharusnya memahami setiap kejadian makhluk telah ditetapkan tanggungjawabnya oleh

Allah. Apa yang dilakukan oleh malaikat mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh manusia biasa dan sebaliknya. Selain daripada itu ada juga hadith-hadith yang berkaitan dengan dengan kehidupan di alam
barzakh; yakni kehidupan setelah mati dan sebelum kebangkitan di hari kiamat. Termasuk di dalamnya, pertanyaan-pertanyaan malaikat ketika manusia berada dalam kuburnya; demikian pula tentang kenikmatan ataupun siksaan di dalamnya. Dan sebagiannya lagi berkaitan dengan kehidupan akhirat; iaitu kebangkitan dan pengumpulan manusia di padang mahsyar, peristiwa-peristiwa besar pada hari kiamat, syafaat (dari para nabi, khususnya dari Nabi Muhammad saw.), mizan (neraca amalan manusia), hisab, sirath, syurga serta pelbagai kenikmatan di dalamnya; baik yang bersifat material maupun spiritual, dan tingkatan-tingkatan manusia di dalamnya; dan juga neraka serta pelbagai siksaan di dalamnya. Kesemua ini tidak dapat disaksikan dengan pancaindera kecuali dengan memahami hadith-hadith yang menceritakan tentangnya.

4.8

Penelitian kepada makna lafaz hadith.

Dalam memahami suatu hadith kita haruslah dapat memastikan makna dan perkataan yang dimaksudkan dalam hadith.Ini kerana penggunaan atau pemaknaan perkataan dan istilah setiap masyarakat adalah berbeza-beza mengikut keadaan tempat dan latarbelakang masyarakat . Adakalanya sekelompok manusia menggunakan kata-kata tertentu untuk menunjuk kepada maknamakna tertentu pula. Akan tetapi apa yang ditakuti di sini adalah apabila golongan tertentu

menafsirkan kata-kata tersebut yang digunakan dalam as-Sunnah dan al-Quran dengan menggunakan istilah dan makna mengikut fahaman mereka sendiri. 5.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai