Anda di halaman 1dari 8

KURSUS:

PPPH30003 ILMU KALAM

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

SET 1

TUGASAN:

HUKUM MEMPELAJARI ILMU KALAM

PENSYARAH:

DR. WAN HASLAN KHAIRUDDIN

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD BIN SABRI (A180349)


PENGENALAN

Islam sebagai sebuah agama (addin) yang mempunyai dua aspek, satu yang
diyakini ('aqidah) dan satu yang diamalkan. Amal perbuatan merupakan perpanjangan
dan implementasi dari ‘aqidah tersebut. Islam adalah agama samawi yang
bersumberkan dari Allah swt, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. yang
menekankan keimanan dan tindakan.

Dalam sejarah tamadun Islam, sekurang-kurangnya terdapat empat ilmu yang


perkembangannya sangat mempengaruhi antara satu sama lain iaitu Ilmu Fiqh yang
membicarakan persoalan hukum dalam ibadah dan kemasyarakatan manakala Ilmu
Kalam membicarakan tentang Tuhan dan asal-usulnya dan Tasawuf pula merujuk
kepada penghayatan kewujudan Tuhan dan cara-cara untuk mencapainya dengan
sepenuhnya serta falsafah ialah kajian spekulatif asas tentang semua perkara,
terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan dan persekitarannya.

Kepercayaan dan keimanan kepada Islam adalah asas atau perkara yang utama
dalam menjadi landasan hukum Islam. Antara iman dan amal atau 'aqidah dan syari'ah,
kedua-duanya saling bertaut dan, tidak dapat dipisahkan seperti pokok dan dahannya.
Iman atau 'aqidah dalam dunia keilmuan (Islam) diterangkan dalam satu disiplin ilmu
yang biasanya dikenali sebagai Ilmu Tauhid, Ilmu Akidah, Ilmu Kalam, Ilmu
Usuluddin, Ilmu Amali, Ilmu Makrifat, dan sebagainya. Manakala aspek lain yang
berkaitan dengan Syariah yang terkandung dalam perundangan Islam termasuklah
Syariah dan Fiqh.

Masalah kontemporari kini timbul seiring dengan keperluan manusia dalam


kehidupan seharian untuk kehidupan yang lebih selesa. Keperluan ideologi yang jelas
di tengah-tengah pertempuran global antara pelbagai ideologi, kepentingan teologi baru
ini bukan sahaja pada sisi teori, tetapi juga terletak pada kepentingan praktikal untuk
merealisasikan ideologi sebagai satu gerakan dalam sejarah, salah satu daripada
kepentingan praktikal ideologi Islam.(dalam ilmu kalam) ialah menyelesaikan
kemiskinan dan keterbelakangan di negara-negara umat Islam dan kepentingan teologi
bersifat praktikal, iaitu dimanifestasikan dalam realiti melalui perwujudan tauhid dalam
dunia Islam.
Artikel ini akan membahas tentang hukum mempelajari ilmu kalam.
Pembahasan dan huraian yang jelas akan dilakukan dengan merujuk kepada ulama-
ulama atau tokoh-tokoh Islam mengenai penggunaan ilmu kalam dalam kehidupan. Apa
yang dikaji dan dibahas ini diharapkan mampu memberikan satu jawapan yang
signifikan kepada keperluan manusia dalam era sekarang dengan menjadikan
kehidupan kesehariannya bermakna dan dilandasi asas-asas keagamaan. Secara tidak
langsung, perkara ini akan dijadikan upaya internalisasi ajaran agama dalam kehidupan
seharian. Tentu, kebahagiaan abadi akan menjadi tuntutan yang utama kepada manusia
terutama dikaitkan dengan kehidupan manusia secara umum dalam hal ehwal agama.

2.0 SKOP PERBICANGAN

2.0.1 HUKUM MEMPELAJARI ILMU KALAM

Hukum Syarak terhadap Ilmu Kalam:

Ahli bid’ah atau golongan sesat yang berpenganut Syiah atau ahli al-Ahwa', al-
Khawarij, al-Murji'ah, al-Qadariyyah, al-Jabariah, khususnya Muktazilah,
mendominasi ilmu Kalam pada peringkat awalnya. Justeru penulisan ilmu
kalam ini telah menimbulkan reaksi daripada ulama yang menolaknya dan
ulama yang menerimanya.. Ibrahim Abu Bakar (2010: 73-88, 89-110) dalam
membicarakan isu ini mengistilahkan 'objeksi' sebagai maksud bantahan,
tentangan atau keberatan bagi membicarakan para ulama yang menolak dan
'vindikasi sebagai maksud mempertahankan, membela membicarakan para
ulama atau yang menerima. membenarkan bagi

Penolakan ilmu kalam ini adalah terhadap berdasarkan larangan


Rasulullah SAW yang membincangkan mengenai perkara akidah. Begitu juga
fenomena negatif yang timbul daripada ilmu kalam, seperti mengabaikan hujah
dalil-dalil naqli, mengkafirkan pihak lawan, dan menggunakan logik atau
mantik Yunani. Natijahnya, wujud dalam kalangan Muslim golongan yang
memulaukan ilmu kalam, mengharamkan pengkajian kitab-kitabnya dan
menjauhkan halakah-halakahnya (al-Shafi'i 1991: 35). Hassan Mahmud al-
Shafi'i mengkategorikan para ulama yang menolak Ilmu Kalam kepada dua iaitu
kumpulan yang menghukum haram secara total seperti al-Khattabi, Ibn
Qutaybah serta al-Harawi dan kumpulan yang menghukum makruh seperti Ibn
Taymiyyah, Ibn al-Wazir serta al-Ghazali (mendalam kepada awam) (al- Shafi'i
1991: 36).

Penolakan ilmu kalam dikukuhkan dengan riwayat pendirian para imam


mazhab seperti kata Abu Hanifah RH: "Hendaklah kamu berpegang kepada
athar dan jalan salaf. Berwaspadalah kamu dan setiap perkara baharu kerana
ianya bidaah". Malik RH berkata: "Kalam dalam masalah agama adalah perkara
yang aku benci dan ahli negara ini (Madinah) berterusan membenci serta
menegahnya". al-Shafi'i RH dilaporkan menghukum pukul dengan pelepah
tamar, ditanggung di atas unta dan diarak sekeliling atas alasan meninggalkan
al-Quran dan Sunah. Manakala Ahmad RH dilaporkan menegah duduk bersama
ahli kalam atas alasan bidaah dan bukan amalan para sahabat ("Umayrah 1998:
34- 40).

Seseorang mungkin berpandangan bahawa zaman ini tidak lagi


memerlukan ilmu Kalam, kerana tidak ada kumpulan yang dinamakan al-
Khawarij, al-Murji'ah, al-Qadariyyah, al-Jabariah, al-Jahmiyyah, dan khususnya
Muktazilah. Akan tetapi, tidakkah wujud pada hari ini fahaman serupa al-
Jahmiyyah dan Muktazilah seperti Orientalisme yang mengatakan al-Quran
bersifat kemanusiaan kerana ianya ditulis? Tidakkah wujud fahaman Sergey
fahaman persis al-Batiniyyah seperti fahaman Nechayev, Karl Marx, Sigmund
Freud, Charles Darwin yang mengatakan agama khurafat, agama candu, rasul
pendusta, Tuhan dongengan dan sebagainya? ("Umayrah 1998: 41-43) Hari ini
ateis secara terangan mengingkari kewujudan Tuhan, malahan turut
mempersendakan sifat dan perbuatan-Nya? Apakah yang dapat kita laksanakan?

Kaedah mengetahui ilmu kalam bukanlah satu perkara yang pelik dan
janggal. Dalil ilmu kalam tentang keesaan Allah SWT dinyatakan dalam al-
Quran, antaranya surah al-Anbiya’ 21: 22. Pensabitan kenabian yang dijelaskan
dalam surah al-Baqarah 2: 23 dan al-Isra' 17: 88 dan pensabitan hari kebangkitan
dalam surah Yasin 36: 79. Ilmu kalam adalah ilmu yang menyatakan hujah,
menuntut hujah dan perbahasan hujah. al-Quran mendatangkan hujah dan
menuntut hujah (al-Baqarah 2: 111; al-Naml 27: 64; al-Anfal 8: 42; Yunus 10:
68). akhirnya, al-Quran adalah penghujahan terhadap golongan kafir dan sesat
dari awal sehingga ke akhirnya (al-Ghazali 1985: 91-95).

Disamping itu, menurut Imam al-'Asy'ari golongan bid’ah atau sesat


akan membincangkan perkara ilahiyat, nubuwah dan sam’iyat sehinggalah
apabila mereka kehabisan hujah mereka akan berkata bahawa perkara tersebut
adalah ditegah untuk dibincangkan. Sebenarnya perbuatan mereka tersebut
adalah satu bentuk taklid tanpa sebarang hujah dan penjelasan.

Demikian juga Baginda s.a.w tidak menulis kitab sebagaimana yang


dilakukan oleh Malik, al-Thawri, al-Shafi'i dan Abu Hanifah. Adakah mereka
ini dianggap pembuat bid'ah kerana melakukan perkara yang tidak dibuat oleh
Rasulullah s.a.w.

Sememangnya apa yang dikemukakan oleh Imam al-'Asy'ari adalah


memadai untuk menjelaskan tentang kebaikan mempelajari dan mendalami 'ilm
al-Kalam. Penjelasan ini turut membuktikan bahawa 'ilm al-Kalam merupakan
ilmu yang sah dalam hieraki epistemologi Islam.

Dalam pada itu, terdapat para ulama yang menerima ilmu kalam
antaranya ialah al-Muhasibi, al-Qalansi, Ibn Kullab, al-Karabisi, al- Ash'ari, al-
Maturidi, al-Nasafi, al-Ghazali, al-Razi, al- Shahrastani, al-Amidi, al-Iji, al-
Taftazani, al-Jurjani, al- Baqillani dan lain-lain (Amuh t.th.: 89-10). Hukum
mempelajari ilmu kalam secara ijmal (ringkas) adalah wajib atau fardu ain ke
atas tiap-tiap orang mukalaf lelaki atau perempuan. Manakala mempelajarinya
secara tafsil (huraian atau satu persatu) adalah fardu kifayah (i.i. tuntutan
bersama bagi orang Islam yang apabila dilaksanakan oleh seseorang antara
mereka maka yang lain bebas daripada tanggungjawab tersebut). Bagi individu
yang berkelayakan dan berkemampuan maka hukumnya adalah fardu ain
apabila tiada individu lain yang berkeupayaan mensabitkan akidah dan menolak
sebarang keraguan (Amuh t.th.: 8; al-Bayjuri 2014: 40)

Selain itu, tujuan mempelajari Ilmu Kalam juga sebagaimana yang


dimaksudkan, dapat dirujuk kepada penjelasan Abu Hamid al-Ghazali (w. 505
H) dalam kitab “al-Munqidz min al-Dhalal”, iaitu:
.‫حفظ عقيدة أهل السنة وحراستها عن تشويش أهل البدعة‬

Maksudnya: Menjaga akidah ahli al-sunnah dan melindunginya dari pemikiran-


pemikiran ahli bid’ah.

Majoriti ulama, baik mazhab Syafi'i, Maliki, dan Abu Hanifah


berpendapat bahawa hukum mempelajari Ilmu Kalam adalah fardhu kifayah,
begitu juga mempelajari usul fiqh, musthalah hadis, ulum al-Qur'an dan
sebagainya. Hal ini disebabkan oleh kaitan antara objek kajian teologi Islam
dengan prinsip-prinsip ucapan Islam

Usaha pencegahan di sini sudah tentu berdasarkan penaakulan logik


terhadap ajaran Islam. Inilah sebaik-baik bentuk konfrontasi (wajadilhum billati
hiya ahsan) menentang pemikiran yang menyimpang tentang kalam. Dari segi
sejarah, dapat diketahui bahawa Ali r.a (wafat 40H) melakukan konfrontasi
intelektual terhadap gerakan Qadariyah yang menyatakan bahawa perbuatan
manusia itu tidak ada campur tangan Tuhan sama sekali. Beliau juga
menghantar Ibn Abbas (wafat 78H) untuk membahaskan salah satu kumpulan
pelampau elit iaitu Khawarij. Abdullah bin Mas'ud (wafat 652 M) berdialog
dengan Yazid bin ‘Amirah mengenai Iman (al-Buthi, al-Madzahib al-
Tauhidiyah).

Secara lebih terperinci, Muhammad al-Zuhaili dalam kajiannya “al-


Imam al-Juwayni Imam al-Haramain”, menjelaskan bahawa tujuan mempelajari
Ilmu Kalam ialah:

1. Mempelajari perkara yang utama di dalam agama (usuluddin).


2. Menanggapi segala bentuk penyelewengan akidah yang
dilakukan oleh golongan Batiniyah dan mazhab sesat yang lain.
3. Menolak keraguan yang ditimbulkan oleh "ahli falsafah"
4. Memecahkan hujah orang kafir yang menyerang pokok-pokok
akidah dalam Islam
5. Mengukuhkan pegangan agama secara logik sebagai bentuk
kecintaan kepada Islam.
Oleh itu, karya penulisan dalam bidang kalam merupakan penyelesaian
akademik kepada permasalahan umat masa kini. Dimaksudkan sebagai
penyelesaian kerana ilmu ini berasaskan kepada mempertahankan,
mempertahankan dan menjaga perkara-perkara utama agama daripada segala
keraguan (syubhat). Inilah yang mendorong Ulama dahulu dan sekarang untuk
meneliti pelbagai bentuk keraguan dan kontroversi yang wujud dalam ahlul
bidaah dan mazhab di luar Islam.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hukum mempelajari ilmu kalam adalah wajib bagi


setiap muslim. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembelajaran mengenai ilmu
kalam ini akan memandu manusia mengenal pencipta dan akan memberi
pendedahan dengan lebih mendalam lagi tentang hal-hal agama Islam. Ilmu
kalam juga merupakan proses dalam menjiwai agama islam itu sendiri. Tanpa
ilmu kalam, manusia akan sukar dalam mengenal apa itu erti islam? Apakah itu
tuhan? Apakah yang dimaksudkan kenabian? Bagaimanakah mengenal perkara
samiyyat? Dan sebagainya. Kita sebagai umat Islam seharusnya lebih mendalam
lagi belajar tentang ilmu agama kerana dengan ilmu agama seperti ilmu kalam
akan mendedahkan kepada manusia itu sendiri mengenai erti sebenar Islam

Oleh yang demikian, kewajipan mempelajari ilmu kalam seharusnya


dipupuk dan dipelajari sejak peringkat kanak-kanak dan remaja agar mereka
secara perlahan-lahan dapat meminati ilmu agama seterusnya dapat
mendedahkan mereka dengan erti sebenar Islam.
RUJUKAN

H. Abuddin Nata. 2021. Ilmu Kalam, Filsafat, dan Tasawuf. Jakarta: Imprint Bumi
Aksara

IAIN Walisongo Semarang, 2012. Dari ILMU Tauhid/Ilmu Kalam Ke Teologi:


Analisis Epistemologis
https://eprints.walisongo.ac.id/id/eprint/9568/1/1_Safii_Tauhid_teologi_Jurnal_Theol
ogia.pdf [1 Januari 2023]

Mohd Radhi Ibrahim & Rawiyah Mohd Junoh. 2003. RISĀLAH FĪ AL-ISTIḤSAN AL-
KHAWD FI 'ILM AL-KALĀM KARANGAN IMAM AL-'ASY ARĪ: TERJEMAHAN TEKS
https://ukmfolio.ukm.my/pluginfile.php/3331876/mod_resource/content/1/AFKAR%2
0Bil04%202003%2001%20Al-Istihsan%20Al-
Khawd%20terj.%20Mohd%20Radhi%20Ibrahim%20%20Rawiyah%20Mohd%20Jun
oh.pdf [ 2 Januari 2023]

Wan Haslan Khairuddin. 2017. Abu al-Hassan al-Ash'ari Mujaddid Ilmu Kalam.
https://ukmfolio.ukm.my/pluginfile.php/3331883/mod_resource/content/1/Imam%20
Abu%20Hasan%20al-Ashari%20Mujaddid%20Ilmu%20Kalam.pdf [2 Januari 2023]

Wan Suhaimi Wan Abdullah. 2004 . Hakikat Ilmu Kalam: Definisi, Matlamat,
Metode, Topik Perbincangan Dan Kedudukannya Dalam Ilmu-ilmu Islam.
https://ukmfolio.ukm.my/pluginfile.php/3331875/mod_resource/content/1/AFKAR%2
0Bil05%202004%2001%20Hakikat%20Ilmu%20Kalam%20HM%20Al-
Shafii%20terj.%20Wan%20Suhaimi%20Wan%20Abdullah.pdf [2 Januari 2023]

Anda mungkin juga menyukai