Anda di halaman 1dari 25

KERTAS KERJA PROGRAM

SUBJEK:
Sosiologi Pendidikan Islam

PENSYARAH:
Encik Samsuddin Bin Abd Hamid

PEMBENTANG:
Khairul Amilin Bin Nordin (M20191000404)
Shahrir Fahmi Bin Mohamad (M20191000026)
Muhammad Safwan Bin Roslan (M20191000407)
GAYA
HIDUP
SIHAT
ISU / PERMASALAHAN
1. Malas Bersenam
2. Tidak Menjaga Kesihatan
3. Tidak Menjaga Pemakanan
4. Tidak Tahu Teknik Bersenam Yang Betul
PENDAHULUAN
• Remaja pada hari ini semakin lalai serta memandang remeh isu kesihatan.
Penjagaan kesihatan dilihat seolah-olah menjadi satu perkara yang dianggap
ringan dan tidak perlu dititikberatkan.
• Kesihatan merupakan antara faktor penting bagi menjamin kehidupan yang
lebih baik terhadap semua individu dan juga dapat mengurangkan risiko
seseorang itu menghidapi masalah kesihatan.
• Penjagaan kesihatan juga mempunyai garis panduan yang betul bagi menjamin
keberkesanan dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
• Namun, kurangnya pendedahan tentang cara penjagaan kesihatan dengan
betul dan sifat malas dalam penjagaan kesihatan menyebabkan ramai yang
mengambil jalan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti
menghabiskan masa bermain ‘video game’ dan tidak menjaga pemakanan
menyebabkan mereka berisiko menghidap obesiti ataupun kegemukan.
• Justeru, kertas kerja ini dibangunkan dengan kerjasama pensyarah ingin
mengambil inisiatif sebagai sebuah komuniti yang menitik beratkan tentang
penjagaan kecergasan kepada mahasiswa dan mahasiswi khususnya di IPG
Kampus Ipoh bagi mengubah gaya hidup mereka kepada gaya hidup yang
sihat dan proaktif.
OBJEKTIF
• Memberikan garis panduan tentang cara dan teknik senaman bebanan
yang betul dan selamat.
• Memberikan peluang kepada para guru pelatih untuk merasai dan
mempelajari teknik-teknik kecergasan yang baharu.
• Mendedahkan serta memberi pengetahuan kepada warga IPG tentang
kemahiran dan pengetahuan tentang kepentingan menjaga dan
mengekalkan kecergasan diri.
• Memberi peluang serta mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri
warga kampus.
• Memperkenal dan mempromosikan Gaya Hidup Sihat kepada semua warga
IPG Kampus Ipoh.
• Mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga IPG Kampus Ipoh.
• Memberi pendedahan tentang latihan bebanan.
• Mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan mahasiswa.
TEMPAT
• INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TEMA

• Kecergasan Menjamin Kecemerlangan


SASARAN

• Warga IPG Kampus Ipoh


ANJURAN
• Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris
CADANGAN AKTIVITI
• Mengadakan aktiviti kecergasan.
• Tutorial mengenai cara-cara melakukan senaman ringan mahupun
menggunakan beban dengan betul dan selamat.
• Kelas mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan pemakanan
secara sihat dan betul.
AHLI JAWATANKUASA INDUK
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
• Seperti di Lampiran B
PERINCIAN AKTIVITI
Mengadakan aktiviti kecergasan.
• Setiap hari pada waktu petang akan diadakan aktiviti kecergasan di
gimnasium.
Tutorial mengenai cara-cara senaman.
• Kelas pembelajaran tentang cara-cara senaman ringan mahupun
menggunakan bebanan dengan betul dan selamat.
Kelas mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan pemakanan.
• Pengajaran dan pembelajaran tentang cara pemakanan dan diet yang
betul dan seimbang bagi mengekalkan kesihatan diri.
• Senaman aerobic dan jogging beramai-ramai pada hujung minggu.
IMPLIKASI KEWANGAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1.
Treadmill 2 RM 7000

2.
Stationary Bicycle (Ergometer) 2 RM 6000

3.
Cermin Dinding 3 RM1500
(6’x6’)

4.
Multistation gym 1 RM10000

5.
Printing poster (A3) 10
(RM10/seunit) Rm100

JUMLAH RM24600
PUNCA MALAS BERSENAM
1. Workaholic
2. Cuaca yang tidak menentu
3. Badan tidak cukup ‘fit’ untuk bersenam
4. Tiada sport attire yang lengkap
5. Low-self esteem untuk bersenam
6. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan
7. Malas untuk keluar rumah
8. Tidak suka berpeluh
9. Mentaliti
KAJIAN BERKAITAN KESIHATAN
• Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih suku
penduduk dunia - iaitu 1.4 bilion penduduk tidak melakukan senaman fizikal
yang mencukupi dan hampir tiada peningkatan pada perangkaan itu sejak
2001.
• Para penyelidik WHO meneliti data mengenai kegiatan daripada tinjauan
yang dijalankan di 168 negara, termasuk 1.9 juta orang sebagai sebahagian
daripada kajiannya bagi The Lancet Global Health.
• Mereka mendapati bahawa bagi negara-negara berpendapatan tinggi,
termasuk Britain dan Amerika Syarikat, jumlah penduduk yang kurang aktif
meningkat dari 32 peratus pada 2001 kepada 37 peratus pada 2016,
manakala jumlah penduduk yang kurang aktif dari negara-negara
berpendapatan rendah kekal stabil pada 16 peratus.
SAMBUNGAN…
• Menurut laporan BBC, golongan wanita dari seluruh dunia, kecuali Asia
Timur dan Asia Tenggara, didapati kurang aktif berbanding golongan lelaki.
• Para penyelidik mengatakan ini mungkin disebabkan oleh gabungan faktor
termasuk tanggungjawab tambahan bagi menjaga anak-anak dan amalan
budaya yang membuatkannya sukar untuk mereka bersenam.
• ketua penyelidik kajian WHO, Dr Regina Guthold, sebagai berkata bahawa:
"Tidak seperti risiko kesihatan sejagat utama, tahap kegiatan fizikal yang
kurang mencukupi secara purata tidak merosot di peringkat seluruh dunia
dan lebih suku daripada semua golongan dewasa belum mencapai tahap
kegiatan fizikal yang disarankan bagi memelihara kesihatan yang baik.
KESAN TIDAK BERSENAM
 2 minggu tidak bersenam:
• kekuatan otot berkurangan
• kekuatan jantung untuk mengepam darah sedikit menurun

 2 bulan tidak bersenam:


• otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan
• kekuatan jantung untuk mengepam darah menurun

 2 tahun tidak bersenam:


• terdapat pengumpulan lemak didalam badan
• kekuatan jantung untuk mengepam darah berkurangan sebanyak 50 %
• kekuatan otot menurun. sakit sendi menyerang.
OBES…ANDA BERMINAT??
LANGKAH MENGATASI
• Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), terdapat empat
langkah utama dalam proses penyelesaian masalah:

1. Mengenal Pasti Masalah


2. Membentuk Strategi Penyelesaian Masalah Yang Betul
3. Menilai Penyelesaian Masalah
4. Memikir dan Mendefinisikan semula masalah serta melakukan
penyelesaian dari semasa ke semasa.
LANGKAH PENYELESAIAN
• Menurut Clarke dan Gillet (1997), terdapat dua strategi lain yang boleh
diambil dalam penyelesaian masalah iaitu strategi percubaan hipotesis dan
celik akal.
• Percubaan hipotesis diambil dengan melakukan andaian tentang
bagaimana masalah boleh diselesaikan kemudian melihat sama ada ia
berjalan seperti yang diharapkan atau tidak. Jika hipotesis yang dilakukan
terbukti betul maka masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dan
sebaliknya jika hipotesis yang dilakukan terbukti tidak betul maka ini
bermaksud masalah tersebut belum dapat diselesaikan.
• Satu lagi strategi ialah celik akal, lazimnya tidak semua masalah boleh
diselesaikan secara sistematik ataupun dengan cara berturutan.
Kebanyakan masalah sebenarnya diselesaikan melalui celik akal. Strategi ini
boleh diambil dengan melatih diri menyatukan pengalaman lepas dan
mengenalpasti bagaimana penyelesaian masalah daripada pengalaman
lalu tersebut dapat diaplikasikan dalam masalah yang berbeza, iaitu
masalah semasa yang dihadapi (Clarke & Gillet, 1997).
PENYELESAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI

 TEORI PERUBAHAN TINGKAH LAKU KESIHATAN


• Intipati Model: Perubahahan sesebuah organisasi berlaku disebabkan
tujuan-tujuan tertentu antaranya untuk meningkatkan pencapaian
organisasi berkenaan
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai