Anda di halaman 1dari 9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian.

Setiap institut pendidikan guru (IPG) menggalakkan penglibatan pelajarnya dalam

bidang sukan. Begitu juga di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)

yang sentiasa menggalakkan pelajarnya menyertai pertandingan sukan di dalam

mahupun di luar IPG. Pelajar yang mewakili IPGKIK inilah yang digelar sebagai atlet

sukan membawa nama IPGKIK semasa menyertai pertandingan sukan masing-

masing seperti pertandingan bola sepak, ragbi, badminton, bola tampar, hoki dan bola

jarring. Terdapat beberapa pertandingan yang sering dijalankan sepanjang tahun,

antaranya ialah Pertandingan Tertutup IPG Piala Pengarah, Pertandingan Tertutup

IPG Piala Timbalan Pengarah, Karnival Sukan Siswa IPG (KASUS) dan Kejohanan

Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).

Para atlet yang mewakili IPG Kampus Ilmu Khas dalam apa-apa bidang sukan

perlulah cemerlang dalam sukan yang mereka ceburi dan wakili. Hal ini kerana,

sekiranya mereka memperoleh kemenangan, sudah pasti nama IPGKIK juga akan

menjadi bualan mulut bersama-sama nama pemenang tersebut. Bagi memperoleh

kemenangan, para atlet perlulah menjaga prestasi mereka di dalam bidang sukan

mereka. Sekiranya tidak dijaga, prestasi mereka tidak akan konsisten dan sering

menjadi turun naik. Kesannya, mereka tidak dapat memberikan yang terbaik semasa

pertandingan terutamanya.

13
2.1.1 Definisi Pemakanan Seimbang

Pemakanan seimbang adalah pemakanan yang mengandungi tujuh kelas gizi

makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam mineral, pelawas dan air

yang diambil dengan sukatan yang betul (Wong Chee Ping, 2006). Hal ini kerana

kekurangan ataupun lebih dalam pengambilan sesuatu kelas makanan akan

menyebabkan pelbagai jenis penyakit (Johana, 2000). Pengambilan pelbagai jenis

sumber makanan adalah digalakkan kerana tidak ada satu jenis makanan yang dapat

membekalkan semua zat makanan yang diperlukan (Barker, 2002).

Oleh yang demikian, panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet

yang seimbang. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid

makanan berdasarkan kepada nutrien utama (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2011). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan,

manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak

piramid makanan. Oleh itu pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang

dinyatakan dalam panduan piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2011). Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan. Piramid

makanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

14
Rajah 2.1 : Piramid Makanan

Sumber : (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)

2.1.2 Amalan Pemakanan Secara Sihat.

Sebuah masyarakat dan generasi yang sihat bermulanya daripada seorang individu

yang mengamalkan perkara yang sihat seperti amalan pemakanan yang baik untuk

kesihatan (Nur Hidayat, 2011). Ini sejajar dengan harapan Falsafah Pendidikan

Negara untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi fizikal,

emosi, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Adalah menjadi harapan kepada kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan

pendidikan kesihatan dan gaya hidup yang sihat bagi melahirkan rakyat yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

15
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

2.2 Teori/model kajian

Terdapat beberapa teori dan model yang boleh diambil sebagai panduan bagi

melaksakan kajian ini, antara ialah Model Kap.

Rajah 2.2 Model pengetahuan, sikap dan amalan

Model KAP merujuk kepada pengetahuan, sikap, amalan, dan tingkah laku.

Pengubahsuaian ini telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain yang mengutamakan

pengetahuan sebagai pembolehubah kepada sikap dan tingkah laku (Flamm, 2006).

Berdasarkan model ini, pengetahuan merupakan asas kepada penentuan sikap, niat

dan tingkah laku. Tanpa pengetahuan, seseorang itu tidak boleh bertindak terhadap

sesuatu maklumat atau isu yang diperoleh. Dalam teori KAP, pertambahan

pengetahuan seseorang akan membawa kepada perubahan sikap dalam dirinya.

Perubahan sikap seseorang pula akan membawa perubahan dalam amalan

seseorang (Isa, 2016). Pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pendedahan terhadap

maklumat baru melalui ceramah, kelas, media, syarahan dan lain-lain aktiviti yang

bersikap ilmiah. Dari aspek sikap pula, seseorang selalunya bertindak berdasarkan

16
sikap yang terbina daripada pengetahuan. Oleh itu, perubahan pada sikap membawa

kepada perubahan tingkah laku. Amalan atau tingkah laku seseorang adalah

berdasarkan pengetahuan yang diperoleh.

Kebanyakan kajian lepas yang dijalankan dalam bidang kesihatan banyak

menggunakan Model KAP khususnya dalam bidang pemakanan sukan. Kajian lepas

yang mengkaji pengetahuan, sikap dan tingkah laku menggunakan Model KAP

misalnya kajian yang dibuat oleh Nazni et al. (2010) menggunakan Model KAP untuk

mengkaji pengetahuan pemakanan, sikap dan amalan ahli sukan kolej. Hubungan

pengetahuan dengan amalan menunjukan bahawa pengetahuan yang bertambah

boleh menyebabkan sikap seseorang itu berubah menjadi positif serta bertindak

mengikut pengetahuan yang diperolehi. Apabila seseorang itu memahami

pengetahuan dengan lebih mendalam, sikap dan amalan membolehkan tindakan yang

lebih baik dilakukan bagi mewujudkan proses kesedaran (Kaliyaperumal, 2004).

Setelah tahap pengetahuan seseorang itu bertambah, maka sikap dan amalan juga

akan berubah menjadi positif.

2.3 Dapatan Kajian Lalu

Heydenreich et al. (2014) dalam kajian pengetahuan nutrisi dan pemilihan makanan

oleh atlet muda menunjukkan bahawa atlet muda menunjukkan pilihan makanan yang

tidak sesuai dan pengetahuan pemakanan yang kurang baik. Fokus harus ditetapkan

kepada program pendidikan pemakanan untuk meningkatkan pengetahuan

pemakanan dan pilihan makanan atlet. Bagi atlet muda, diet yang optimal adalah

penting untuk pertumbuhan, kesihatan dan prestasi sukan. Pengambilan produk bijirin,

sayur-sayuran dan produk tenusu perlu ditingkatkan untuk memenuhi karbohidrat dan

17
keperluan mikronutrien dan untuk memastikan pertumbuhan dan prestasi yang

optimum. Pengambilan makanan yang mencukupi adalah penting untuk atlet untuk

mengekalkan kesihatan dan prestasi sukan.

Pengetahuan pemakanan yang betul dapat mempengaruhi amalan

pemakanan yang seimbang bagi seseorang. Individu yang mempunyai pengetahuan

dan mempunyai status sosioekonomi lebih tinggi akan cenderung mengamalkan

pemakanan yang baik berdasarkan tabiat pemakanan mereka. Pengambilan sarapan

pagi dan kekerapan mengambil sayur-sayuran serta buah-buahan dapat menjadi

sumber vitamin dan pelawas yang amat penting. Individu yang kurang pengetahuan

dalam pemakanan yang betul lebih cenderung mengamalkan gaya pemakanan yang

tidak sihat (Wahid & Ida, 2010) .

Sami Ullah Khan et al. (2017) dalam kajian mereka mengatakan bahawa

pelaksanaan diet yang betul sebelum, semasa dan selepas pertandingan dapat

meningkatkan prestasi sukan seseorang atlet. Diet tersebut adalah pengambilan

pelbagai jenis makanan yang dapat meningkatkan keadaan fizikal, mengawal berat

badan, menyembuhkan penyakit dengan membina sistem imunisasi yang kuat dalam

badan. Kajian ini juga mendedahkan bahawa pengambilan karbohidrat, protein, lemak,

vitamin, mineral dan air dalam jumlah yang betul juga penting dalam peningkatan

prestasi sukan.

Menurut Manore et al. (2000), aktiviti fizikal, prestasi atlet dan pemulihan

daripada latihan dapat dipertingkatkan melalui pemakanan yang optimum. Pemilihan

makanan dan bendalir yang sesuai perlu dirangcang dalam setiap pengambilan

makanan atlet-atlet sebelum, semasa dan selepas sesuatu latihan atau pertandingan.

18
Jumlah pemakanan mestilah berdasarkan jumlah guna tenaga seseorang atlet

berdasarkan bidang sukan yang diceburinya atau faktor jantina serta usia. Ini

membuktikan jumlah pengambilan makanan seseorang atlet adalah berbeza keranan

ia bergantung kepada seseuatu acara sukan yang diceburinya seperti selain faktor

jantina dan usia.

Piramid makanan merupakan panduan asas untuk atlet memilih makanan dan

jumlah yang perlu diambil setiap hari untuk mencapai prestasi yang terbaik. Prestasi

cemerlang atlet dapat dicapai apabila kesemua jenis makanan yang dicadangkan

diambil dengan kuantiti yang betul. Atlet digalakkan mengambil air dalam kuantiti yang

banyak dan mengelakkan pengambilan makanan berlemak, bergula dan berminyak.

Pyramid ini merupakan satu cara terbaik untuk pengambilan diet atlet bagi memenuhi

tenaga dan nutrient yang diperlukan (Juekendrup et al., 2010).

Penilaian pengetahuan pemakanan dan kesan pengambilan makanan yang

sihat atau seimbang penting untuk pembangunan dan penilaian pendidikan nutrisi

atlet. Program pendidikan pengetahuan nutrisi ini dapat mendedahkan atlet dengan

pengambilan makanan yang sesuai dan menggalakkan kesihatan yang optimum bagi

menjaga prestasi mereka. Pendidikan ini boleh diberikan oleh pelbagai pihak termasuk

jurulatih, pakar diet sukan, saintis sukan dan pengamal perubatan. Atlet juga

mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber lain yang termasuk sekolah atau

pengajian tinggi melalui program pendidikan, buku, majalah sukan khusus, dan media

massa. Tahap pengetahuan pemakanan atlet memberi kesan positif terhadap

pengambilan makanan yang sesuai bagi seseorang atlet (Susan Heaney et al. 2011).

19
2.4 Kerangka Konseptual

Kerangka konsep kajian dibina untuk membantu penyelidik menjalankan kajian serta

mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kerangka konsep ini mempunyai

tiga komponen utama iaitu masukan, proses dan keluaran dan bertujuan untuk

merangka secara grafik atau dalam bentuk cerita tentang kajian dijalankan. Kajian ini

menggunakan kerangka konsep seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.3.

Rajah 2.3 : Kerangka konsep

Sumber : Ahmad (2011) dalam Noorsyarzielah (2013)

Kompenan utama kerangka konseptual ini terdiri daripada atlet IPG Kampus

Ilmu Khas. Kompenan kedua merupakan pengetahuan pemakanan asas,

pengetahuan pemakanan sukan, dan amalan pemakanan. Kompenan ketiga ialah

hubungan di antara pengetahuan dan amalan

20
2.5 Rumusan

Kajian literatur merupakan salah satu bab yang penting kepada seseorang penyelidik

untuk menjalankan kajian. Oleh itu, bab ini telah memberi ulasan mengenai segala

bahan bacaan yang berkaitan menerusi penghasilan buku berunsur ilmiah, rencana,

sumber dari internet dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan aktiviti

fizikal dan amalan pemakanan seimbang. Hasil dapatannya dicatatkan sebagai

rujukan penyelidikan. Sumber-sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan

kepada penyelidik agar setiap penyelidikan dan kajian yang dijalankan seharusnya

mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyokong hujah yang diperbincangkan.

21

Anda mungkin juga menyukai