Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Dr Suhaimi bin Mohamed Ali, Pengarah IPG

Kampus Ilmu Khas,Yang Berusaha, Dr Norherani bt Moning, Timbalan Pengarah. Yang dihormati, Dr
Abdul Hameed bin Abdul Majeed, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Yang dihormati, ketua ketua
jabatan dan ketua unit. Seterusnya pensyarah-pensyarah, barisan staf serta rakan-rakan
seperjuangan yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati,


Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjayakan majlis ini
secara langsung dan tidak langsung. Seperti yang kita tahu, Majlis Tautan Kasih, Sekalung Budi ini
diadakan bagi kita meraikan Dr Suhaimi yang telah dinaikkan pangkat kepada Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Perak. Sesungguhnya kejayaan Dr. merupakan kebanggaan kami.

Saya tak berniat untuk bercakap panjang. Saya sebagai wakil siswa guru ingin memohon maaf atas segala
salah dan silap kami. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjadikan kami lebih
berdisiplin. Terima kasih juga kerana memperkenalkan konsep stress-free campus, kami, siswa guru lebih
selesa berkongsi masalah dan berurusan dengan pengarah sendiri. Kami sangat menghargai segala usaha
dan jasa Dr. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan IPG Kampus Ilmu Khas
sebagai Institut yang terbaik.

Akhir sekali, saya mewakili semua siswa guru berdoa agar DR berjaya dan meneruskan
kecemerlangan dr apabila bertugas di tempat baharu nanti.

DR,
Goodbyes are not forever,
Goodbyes are not the end.
They simply mean I’ll miss you,
Until we meet again.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai