Anda di halaman 1dari 11

KENALI SENAMAN TUA

Senaman Tua merupakan senam atau pergerakan untuk meningkatkan kecergasan yang
diilhamkan oleh orang-orang Melayu dahulukala. mengapa senaman ini dinamakan TUA?
Secara ringkasnya, asal tua diambil dari perkataan PETUA dimana senaman ini bergerak
diatas petua. Petua merupakan suatu skala disiplin yang telah dipadatkan dan diringkaskan
lalu mampu menghasilkan pelbagai gerakan senaman.

Senama ini bertepatan sekali dikatakan TUA kerana usianya yang tua (lama) dan
diilhamkan oleh orang tua-tua (tua umur- tua pengalaman). Apa yang salah ialah senaman
ini adalah khusus untuk orang tua kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur.
Senaman Tua merangkumi senaman yang bersifat ringan, sederhana dan berat(extreme)
yang boleh dilakukan mengikut kemampuan pengamal masing-masing.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah orang Melayu dahulukala sudah mempunyai suatu
ilmu untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

Selain dari senaman, senaman tua akan menghidangkan kepada pengamalnya untuk
mengenali budaya Melayu dan silat Melayu. Ini kerana pergerakan senaman Tua
sebahagiannya adalah gerakan dari gerakan harian orang Melayu seperti bersila, bersimpuh
dan bersilat.

Hari ini setelah diperkenalkan ST selama lebih sepuluh tahun, pengasas Senaman Tua (ST)
dan para jurulatih ST telah mendapat pelbagai tindakbalas dan reaksi positif para pengamal
ST samada dari dalam atau luar negara... Senaman Tua sehingga ke hari ini telah
membuktikan keserasiannya untuk menjadi penyembuh kepada beberapa penyakit seperti
penyakit jantung, kencing manis, asma, leukemia, masalah pernafasan dan lain-lain lagi.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, oleh itu jom bersenam dengan senaman tradisi !!

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2009/07/kenallsenamanLuahLml)

!ENGASAS/!EMEGANG AMANAH UTAMA

Senaman Tua diasaskan oleh Guru Azlan Ghanie (gambar) yang juga pengasas Silat Melayu
Keris Lok 9.Senaman Tua adalah hasil daripada kajian beliau ke atas senaman tradisi
budaya Melayu yang dipelajari daripada ayahnya, Allahyarham Abdul Ghanie Abu
Bakar. Ayah beliau merupakan keturunan dari Datu Patinggi Abang Borhassan iaitu Raja
Melayu Sarawak - Merpati Jepang.
Bonda beliau Hjh Rogayah Jaafar pula dari keturunan Panglima Endut (salah seorang
Panglima Istana di Pahang) berdarah Bugis dan Maharaja Perba Jelai.

Dalam kerjayanya sebagai seorang wartawan dan pengasas majalah PENDEKAR dan SENI
BELADIRI, beliau meneruskan kajiannya dengan merisik kepada lebih 200 guru silat dan
pakar perubatan tradisi Melayu selama lebih 20 tahun.

Walaupun berpeluang mengkaji senaman ini dengan lebih mendalam, tetapi beliau hanya
nekad melakukannya setelah mengalami serangan angin ahmar sehingga lumpuh separuh
badan pada awal 1990-an. Menggunakan kaedah nafas yang diperturunkan Allahyarham
ayahnya, Azlan berjaya memulihkan dirinya sehingga disahkan sihat.

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2009/07/pengasashLml)



Senaman Tua...ia adalah asal dan asli
Pernah juga ada 'orang' tersilap mengumpamakan Senaman Tua (ST) sebagai senaman
baru..mungkin orang yg berkata itu belum kenal ST sepenuhnya.Mungkin betul juga ia baru
didengari ditelinga dan baru dilihat oleh mata sesetengah orang, tetapi sejarah ST tidak
baru. Nama 'Tua'...jadi ia bersifat tua usia dan pengalamannya..

Tidak boleh juga dipanggil ST sebagai produk Malaysia kerana ST adalah 'produk' Melayu
tulen.ST selain memberi nilai senaman dan kesihatan, ia juga turut menonjolkan resam
Melayu dan pasti sekali tidak ada resam 1Malaysia di dalamnya :D..

Jika ia terlihat beberapa geraknya seperti yoga, tai chi, aerobik dan sebagainya...mungkin
ianya sebagai kebetulan yang nampak sama, namun jika dihalusi seni dan petuanya ia jelas
berlainan dan istimewa!



Bulan ini dipaparkan senaman satu set Siku Temu Lutut (sudut berdiri)...ianya agak
ekstreme bagi pengamal yang baru atau orang yang kurang aktif. Lakukan sederhana
perlahan dalam kiraan 3-5 set sebagai permulaan. Mulakan dan akhirinya dengan Nafas
Melayu. Rujuk guru/jurulatih untuk dapatkan 'petua' nya.

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2011/07/senamanLualaadalahasaldanasllhLml)


Senaman Tua...bantu memulihkan kecederaan
Tajuk yang ditulis ni bukan bermakna pengamal senaman Tua (ST) tidak memerlukan
doktor atau rawatan hospital apabila sakit. Ia cuma memberi sedikit kelebihan yang ada
pada ST yang telah dibuktikan dengan banyak maklumbalas positif pengamal (dalam dan
luar negara) yang telah pulih dari kecederaan hasil dari ST yang berterusan.

Ada pengamal dari luar negara merasai pemulihan daripada kecederaan yang bertahun-
tahun di pangkal bahu (akibat latihan lasak beladiri) dengan satu sesi ST sahaja...setiap
gerakan / senaman dalam ST, ada peminatnya...ada seorang sahabat ST mengatakan suka
dengan senaman Naga Berlabuh kerana dia merasakan kekuatan dipinggang, lutut dan
bukulali.

Senaman Tua yang dipaparkan di atas ini adalah salah satu daripada koleksi yang
membantu individu yang terseliuh pinggang, urat belikat,bahu dan tengkuk...
kadar pemulihan sebenarnya bergantung kepada ketepatan melakukannya dan juga
bergantung kepada fizikal seseorang. Kadang-kadang kecederaan pulih semudah 1-2-3 dan
adakala kes yang mengambil masa untuk pulih.
Secara mudah kaedah Melayunya penulis bandingkan, jika sakit/lenguh pinggang-kita
jumpa pakar urut + RM++...atau jika sakit/lenguh pinggang belikat - kita buat ST +
kesungguhan diri.

* kaedah ST diatas perlukan bimbingan jurulatih yang bertauliah dan mahir...Gambar diatas
hanyalah 'kulit' kepada senaman sebenar. Dinasihatkan berguru di kelas-kelas ST untuk
mendapatkan PETUAnya.

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2011/03/senamanLuabanLumemullhkankecederaanhLml)

Senaman Tua....masih belum panas dalam negara sendiri
Melihat kesungguhan beberapa peminat yang datang dari Eropah untuk mempelajari
Senaman Tua (ST), mengambil sendiri ilmu ini dari tangan pengasas membuatkan hati
'tercuit'....

Beza orang putih dengan orang kita belajar dapat kita perhatikan. Mereka kalau belajar,
bukan sekadar ikut tapi mereka ingin faham kalau boleh hingga ke akar sesuatu ilmu.
Apabila faham, mereka mencuba rasa ST sendiri untuk lebih faham....kesimpulannya
mereka bersungguh-sungguh.


Kenapa??kerana mereka 'tidak memiliki' seumpama ST ini dalam erti kata sebagai hak
milik pusaka yang berharga walaupun bangsa Eropah kita tahu berjaya mencipta tamadun
teknologi yang tinggi.
Mereka meminta izin dari Guru Azlan (pengasas) untuk mengembangkan ilmu Melayu ini di
negara mereka. Keizinan Guru Azlan bukanlah 'membuka' rahsia ilmu Melayu kepada
dunia/bangsa luar, tetapi mungkin ingin melihat bagaimana sambutan di luar negara
terhadap ST.

Ini kerana nama ST di negara sendiri dan dimata bangsa sendiri masih 'belum cukup panas'
seperti produk import seperi Yoga, Tai Chi, Aerobik......





- gambar atas :
ringkasan senaman Tari Inang yang dibawa bersama senaman Tapak Lima. Lakukan ia 4
penjuru -
rujuk jurulatih Senaman Tua untuk mendapat 'rasa' dan gerak yang sebenar.

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2011/01/senamanLuamaslhbelumpanasdalamhLml
ASAS ST 2
Renang Anak

Dongak Langit


Gulung Ekor Naga (senaman tangan)



Petik Teratai



Junjung Bakul


* nda dinasihatkan berguru dengan yang tahu petua dan langkah-langkahnya..

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2009/07/asassL2hLml)












ASAS SENAMAN TUA 1

Berikut merupakan contoh gerakan dalam Senaman Tua. Ada 1001 gerakan senaman
berdasarkan petua. Blog ini hanya memberikan gambaran asas sahaja. Perlu berguru untuk
mendapat 'rasa' sebenar berdasarkan petua. Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku
kesakitan kepada badan anda tanpa merujuk kepada yang tahu ttg petua senaman ini.




Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis berdiri statik
Nama Senaman : Senaman Jengket


Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Sederhana (antara berdiri & duduk)
Nama Senaman : Senaman Naga Berlabuh

Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Bersila
Nama Senaman : Senaman Silang Siku



Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Duduk Berlunjur
Nama Senaman : Senaman Tegang !usat

Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis
Meniarap
Nama Senaman : Senaman Geliat Anak Harimau

(hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/2009/07/conLohconLohgerakandldalamsenamanhLml)









Artikel :
hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/search/label/L1uA
hLLp//LeraLalmelayublogspoLcom/search/label/A81lkLL20S1
hLLp//bllanagaberlabuhblogspoLcom/
hLLp//wwwsenamanLuaorg/
hLLp//wwwsenamanLuaorg/2009/01/senamanLuapeLuaasashLml
hLLp//resammelayucom/2010/03/bllagurupondokmulaberladahsLsenamanLuahLml
hLLp//wwwsenamanLuaorg/2010/03/adakahsenamanLuamerbahayahLml
hLLp//freddy94186blogspoLcom/2010/03/faedahfaedahsenamanhLml

Anda mungkin juga menyukai