Anda di halaman 1dari 2

Kesan cukai dan barangan perkhidmatan GST

Anatara kesan utama dapat dilihat dalam perkara ini dari sudut sosial. Golongan masyarakat
yang berpendapan rendah akan terasa dalam kos sara hidup. Kos sara hidup akan meningkat
dalam pembelian barangan keperluan harian terutama kepada golongan yang berkeluarga.
Walaupun cukai tidak dikenakan kepada 40 kategori barangan asas tidk akan dikenakan cukai
langsung, ini termasuk beras, gula, susu, tepung dan gandum. Dari aspek tersebut memang kita
dapat merasakan bahawa perkara kategori barangan asas terkecuali dikenakan cukai. Tetapi apa
yang kita dapat dilihat dari sudut lain ialah pelaksnaan GST akan meningkatkan beberapa kos
urus niaga. Ini kerana skop GST melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos
menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembukusan, elektrik dan lain-lain semuanya
akan dikenakan GST. Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung
kenaikan kos akibat GST ini walaupun ia melibatkan keperluan barangan asas. Justeru ini terus
melibatkan penduduk negara setempat kerana kenaikan ini amat berkait rapat terhadap kos hidup
penduduk seterusnya ia memberi kesan negatif kepada masyarat terutama kepada golongan
berpendapatan rendah.

Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan
dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian
yang dikenakan cukai dan hanya 1015 barangan harian yang digunakan dikenakan cukai.
Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan
cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin
tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.

Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain)
dianggarkan mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan
dimasukkan di dalam kos yang akan menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada
peningkatan harga sesuatu barang.

Selain itu, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai
kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka
juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka
rendah.Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa
menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia
ada.Berdasarkan perbincangan di atas, tidak hairanlah kenapa wujud perbedaan pendapat
berkenaan sama ada GST akan meningkatkan kos kehidupan rakyat atau tidak.

Walau bagaimana pun pendapat bahawa pandangan yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST
tidak akan menghasilkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah tidak meyakinkan.
Sebaliknya kenaikan harga asas masih akan pasti berlaku akibat fenomena kenaikan kos
pengeluaran barang dan perkhidmatan yang menyeluruh di dalam pasaran. Cuma kadar kenaikan
harga mungkin tidak berapa tinggi buat masa terdekat memandangkan kadar cukai yang
ditetapkan adalah hanya 6% buat masa ini.

Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti
oleh peniaga akan menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka.
Masalah kurang ketelitian cukai input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga
lebih sukar untuk menganggar kos sebenar perbelanjaan perniagaan mereka dan ini
menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka. Tambahan
pula kos hal pentadbiran bagi mengurus pelaksanaan GST akan bertambah dan ini juga akan
meningkatkan harga barang dan perkhidmatan. Akhir sekali, jika kadar cukai GST dinaikkan lagi
(dari kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka
kos kehidupan rakyat sudah tentu akan meningkat lagi.

Anda mungkin juga menyukai