Anda di halaman 1dari 30

FATWA

PENGENALAN

Institusi fatwa adalah salah satu institusi


kerajaan yang amat penting dalam
pentadbiran agama dan mufti adalah
antara pegawai agama yang mendapat
tempat sebaris bersama-sama dai
muqri, Imam dan pengurus hal ehwal
haji pada zaman Rasullullah s.a.w.
Fatwa sangat penting dalam melayari kehidupan ini dan
kewujudan fatwa membolehkan perlaksanaan hukum-
hukum syarak ditegakkan berlandaskan kaedah-kaedah
syariah. Fatwa memainkan peranan yang sangat
penting dalam perkembangan undang-undang Islam
atau hukum syarak. Dengan kedudukan itu, institusi
fatwa diberikan perhatian yang utama oleh dunia Islam

Kepentingan fatwa semakin terserlah dalam kehidupan


manusia sejagat sebagai satu mekanisme utama bagi
menjelaskan hukum syarak dan penyebaran ajaranyan
merangkumi aspek akidah serta syariat di dalam
kehidupan manusia. Melihat kepentingan institusi fatwa
dan juga peranan mufti dalam Islam, maka mufti adalah
tokoh terpenting dalam masyarakat dan kerajaan Islam.
Al-Quran dan al-Sunnah pula menjadi sumber utama
dalam syariah Islam yang tidak mungkin difahami oleh
semua golongan muslim kecuali mereka mengkaji secara
mendalam tentang bidang dan ilmu agama. Justeru, para
ulama memainkan peranan yang amat penting dalam
merialisasikan tuntutan agama bagi memberi kefahaman
yang jelas.

Seperti yang diketahui, mengeluarkan fatwa merupakan


tugas yang mulia dan agung, tetapi mempunyai risiko
yang tinggi kerana seorang mufti seperti pendapat Imam
Al-Shatibi adalah pengganti kedudukan Nabi Muhammad
s.a.w dalam menyampaikan ajaran Allah, mengajar serta
memberi peringatan kepada mereka yang menyeleweng
(Zulkifli Mohammad al- Bakri 2008: 1).
DEFINISI FATWA

Definisi fatwa dari segi bahasa adalah


penjelasan atau memberi jawapan mengenai
sesuatu perkara yang musykil atau mempunyai
kesamaran tentang hukum oleh seseorang
yang faqih.
Fatwa boleh didefinisikan dari segi istilah
sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada
perkara yang berlaku apabila diajukan soalan
kepadanya (Usamah Umar al-Ashqar 2009: 11).
Manakala, menurut Muhammad Said,
pengarang kitab Mazaliq al-Fatwa, fatwa dari
segi istilah ialah penjelasan mujtahid
berkenaan hukum syarak pada perlaksanaan
atau masalah bagi menjawab setiap
persoalan yang diutarakan oleh seorang
mustafti sama ada secara jelas atau tidak
jelas, sama ada mustafti itu tunggal atau
ramai. (Muhammad Said Muhammad al-
Barawi 2009: 11).
Seperti yang dinukilkan daripada Ensiklopedia Islam, fatwa
ialah keputusan tentang sesuatu hukum agama yang
belum pernah diputuskan berdasarkan al-Quran, hadis dan
sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti atau
mereka yang berhak tentang membuat keputusan hukum
syarak (Abdul Samad Musa et.al 2006: 57).

Oleh yang demikian, fatwa ialah suatu keputusan yang


dibuat oleh mufti atau penjelasan hukum syarak oleh
sesuatu kumpulan yang terdiri daripada ulama iaitu
Jawatankuasa Fatwa atau Jawatankuasa Syariah bagi
sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang
bertanya sama ada secara bersendirian atau berjamaaah
(Abdul Samad Musa et al. 2006: 57).
SEJARAH FATWA

Para ulama menerima fatwa sebagai salah satu


sumber terpenting dalam perundangan Islam
kerana semasa hayat Rasulullah s.a.w, Baginda
sendiri pernah melakukan ijtihad dan juga
membenarkan para Sahabat melakukannya untuk
mengeluarkan fatwa. Rasulullah akan berijtihad
untuk mendapatkan hukum sekiranya wahyu tidak
diturunkan lebih-lebih lagi jika keadaan
memerlukan hukum dengan segera (Kassim
Salleh 1989: 7).
Pada zaman Rasulullah s.a.w, mufti yang pertama adalah
Rasulullah s.a.w sendiri kerana Baginda adalah penerang
dan penjelas yang pertama kepada hukum Islam. Apabila
dilihat amalan fatwa pada zaman ini, ia bukanlah hanya
dilakukan oleh Baginda secara peribadi bahkan para
Sahabat juga diberi keizinan untuk berfatwa dan berijtihad
dalam menyelesaikan kes-kes yang dihadapi oleh Baginda
(Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008: 101). Berhubung dengan
ini Allah telah berfirman:
Maksudnya:
Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
mereka..
( Surah Ali Imran, 3: 159 )
Berdasarkan ayat ini jelas
menggambarkan bahawa kegiatan
fatwa bukan sahaja didokong oleh
Baginda, namun turut melibatkan
para Sahabat yang diyakini
kemampuan ilmiahnya. Selepas
kawafatan Baginda, tugas berfatwa
diamanahkan pula kepada para
ilmuan di kalangan para Sahabat
(Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:
Para sahabat mengeluarkan fatwa sendiri ketika tidak terdapat hukum di
dalam al-Quran dan hadis mengenai sesuatu masalah, dan fatwa yang
dikeluarkan oleh mereka itu adalah menjadi hukum bagi masalah-masalah
yang timbul. Begitu juga apabila berlaku perubahan zaman atau tempat,
maka sudah semestinya timbul pelbagai masalah baru di kalangan
masyarakat yang berbeza dan memerlukan kepada ijtihad sendiri untuk
mengeluarkan fatwa mengenai sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam
al-Quran atau hadis.

Ini dapat dilihat ketika zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau telah
mengeluarkan fatwa supaya kuda dikeluarkan zakat. Beliau berpendapat
bahawa ketika pada zaman Rasulullah tidak terdapat banyak kuda bahkan
kuda sangat diperlukan untuk peperangan, maka sebab itu Rasulullah tidak
mewajibkan zakat ke atas kuda. Namun demikian, ketika zaman beliau
memerintah, didapati kuda telah banyak dan dijadikan barang perniagaan,
maka sebab itulah beliau mengeluarkan fatwa supaya kuda dikenakan zakat
(Othman bin Hj Ishak 1981: 3).
Kesemua fatwa yang dikeluarkan oleh sahabat-
sahabat tersebut difahami dan dipegang oleh tabiin
dan kemudiannya dipegang pula oleh tabi tabiin.
Mereka ini berpegang teguh dengan fatwa-fatwa yang
dikeluarkan oleh ulama tempatan sebelum mereka di
samping mereka juga berijtihad sendiri sekiranya
tidak terdapat hukum di dalam al-Quran, hadis dan
fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Maka fatwa-fatwa
yang telah dikeluarkan tersebut menjadi pegangan
bagi umat Islam yang terkemudian sama ada di
Madinah atau di Kufah (Othman bin Hj Ishak 1981: 3).
RUKUN FATWA
Terdapat empat rukun fatwa iaitu al-sail, al-masul, al-amaliyyah
dan al-madhmun.

Rukun pertama, al-sail atau juga dipanggil Mustafti adalah orang
yang meminta fatwa atau orang yang bertanyakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan masalah-masalah dalam agama.
Seterusnya rukun kedua, al-masul yang juga dipanggil Mufti
merupakan orang yang memberi fatwa atau orang yang
menjawab soalan-soalan bagi permasalahan tersebut.
Manakala rukun yang ketiga, al-amaliyyah adalah Fatwa-fatwa
yang dikeluarkan oleh Mufti.
Rukun terakhir iaitu al-madhmun yang merupakan kebenaran
sesuatu fatwa yang terjamin. (Muhammad Said Muhammad al-
Barawi 2009:11)
KATEGORI DAN AUTORITI
FATWA

Fatwa yang dikeluarkan sama ada


oleh mufti atau Majlis Agama melalui
Jawatankuasa Syariah boleh
dibahagikan kepada tiga kategori.
Kategori pertama ialah fatwa rasmi
yang dikeluarkan sama ada oleh
mufti sendiri atau majlis melalui
Jawatankuasa Syariah yang
diwartakan di dalam Warta Kerajaaan
Negeri. Fatwa yang diwartakan ini
merupakan fatwa yang diakui oleh
mahkamah dan semua pihak dalam
negeri tersebut. (Hasnan Kasan
2008:80).
Kategori yang kedua pula ialah fatwa yang dikeluarkan oleh
majlis sama ada melalui Jawatankuasa Syariah atau melalui
pendapat yang diberikan oleh mufti secara perseorangan
atau fatwa yang dikeluarkan sendiri oleh mufti tanpa
melalui Jawatankuasa Syariah tetapi fatwa itu tidak
diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri.

Fatwa kategori ini tidak wajib diperakui oleh pihak-pihak lain


dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mana-mana
individu, badan atau mahkamah. Ia hanyalah sebagai
jawapan atau penjelasan kepada orang yang masih tidak
jelas mengenai sesuatu hukum secara peribadi. (Hasnan
Kasan 2008:80).
Manakala kategori ketiga pula ialah penjelasan
hukum yang dilakukan oleh mufti atau
pembantunya. Pada hakikatnya ia hanyalah
merupakan penjelasan hukum yang telah sedia
ada di dalam syariah Islam dan tercatat dalam
kitab-kitab agama tetapi tidak diketahui oleh
orang yang bertanya mengenainya. Fatwa
kategori ini tidak wajib diterima oleh orang yang
bertanya dan ia tidak boleh diproses untuk
diwartakan dalam Warta Kerajaan (Hasnan Kasan
2008:80).
HUKUM FATWA DAN MUFTI
Mengikut pandangan kebanyakan ulama, hukum fatwa adalah
fardu kifayah. Hal ini adalah kerana fatwa termasuk dalam
keperluan-keperluan agama yang sepatutnya wujud bagi
manfaat dan maslahat umum. Disebabkan wujudnya fatwa,
maka gugurlah dosa ummah terhadapnya. Jika sebaliknya,
maka semua ummah akan menanggung dosa kerana
menolaknya (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008: 13).

Seperti yang diketahui, amalan fatwa dikeluarkan oleh


golongan mufti. Apabila hukum fatwa adalah fardu kifayah,
maka hukum mufti juga adalah fardu kifayah kerana antara
keduanya berkait rapat antara satu sama lain. Namun
demikian, jika tiada yang layak melainkan seorang sahaja,
maka ketika itu hukum mufti adalah wajib atau fardu ain
(Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008: 14).
Fatwa yang dikeluarkan juga hendaklah kerana
Allah demi menyelesaikan masalah dan menjawab
kemusykilan. Hanya individu yang berilmu dan
berwibawa dan didorong oleh niat yang benar
boleh mengeluarkan fatwa. Tanpa ilmu dan niat
yang benar maka boleh menyebabkan hukum yang
dikeluarkan tidak berlandaskan atau bertentangan
dengan syarak. Seterusnya, perbincangan ini akan
dilanjutkan dengan menyentuh tentang mufti dan
yang berkaitan dengannya.
DEFINISI MUFTI
Perkataan mufti dalam bahasa Arab sebagai isim fail yang
bermaksud pembuat atau pelaku. Ini bermaksud mufti adalah orang
yang memberikan jawapan kepada persoalan atau perkara yang
dikemukakan oleh seseorang (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008: 10).

Manakala dari segi istilah pula terdapat banyak perselisihan


pendapat di kalangan ulama mengenai takrif mufti. Setelah
ditarjihkan daripada perselisihan tersebut mufti adalah seorang ahli
ijtihad yang faqih dan berwibawa dari segi ilmu agama sehingga
tidak perlu bertaqlid. Selain itu, mufti juga adalah seorang yang alim
dan warak sehingga fatwanya diterima dan mampu memahami
hukum waqie yang berlaku secara berdalil dalam menjawab
persoalan-persoalan yang timbul (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:
11).
Menurut ahli usul mufti adalah seorang mujtahid
atau faqih iaitu orang yang mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam ilmu fiqh
dan memahami Islam. Syeikh Muhammad al
Muhllawiyy berkata mufti adalah mujtahid yang
mutlak. Manakala Ibnu Hamdan Al Hanbali pula
berpendapat mufti adalah orang yang
menyampaikan hukum Allah dengan
pengetahuan tentang dalil-dalilnya. (Muhammad
Ibrahim al-Hafnawi 1995: 319-320).
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa
takrif mufti dari segi syarak membawa maksud gelaran
yang diberikan kepada orang yang menerangkan
kepada manusia tentang urusan-urusan agama mereka,
benar-benar mengetahui dan memahami tentang ilmu-
ilmu yang memerlukanya mengeluarkan hukum agama
atau berfatwa. Mufti hendaklah mengetahui tentang am
dan khusus al-Quran, mutlak dan muqayyad, arif
tentang sebab nuzul ayat, alim tentang ayat-ayat
hukum dan sebagainya seperti yang akan diterangkan
dalam subtopik syarat-syarat mufti nanti. (Usamah
Muhammad Sulaiman al-Ashqar 2004: 53).
SYARAT MUFTI

Berdasarkan pendapat Imam Syafie, tidak harus bagi


seseorang memberi fatwa dalam agama Allah melainkan
seorang yang arif tentang Kitab Allah berkenaan dengan
nasikh mansukhnya, muhkan dan mutasyabihatnya, tawil
dan tanzilnya dan setiap yang berkaitan dengannya
(Asamah Umar al- Ashqar 2009: 26).

Selain itu, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu yang


sangat mendalam berkenaan hadis Rasulullah s.a.w,
tentang nasikh mansukhnya dan mengetahui mengenai
hadis sama seperti pengetahuan yang perlu dimiliki
mengenai al-Quran dan juga pengetahuan yang mendalam
tentang bahasa Arab (Asamah Umar al-Ashqar 2009: 26).
Apabila seseorang itu telah benar-benar bersedia dengan
ilmu pengetahuan di samping akal yang tajam, maka
bolehlah beliau mengeluarkan fatwa berkenaan dengan
perkara-perkara halal dan haram dalam syariat berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah. Apabila sebaliknya, maka beliau
tidak boleh mengeluarkan fatwa (Abdul Samad Musa et al
2006: 8).

Mufti mestilah mengetahui hukum sama ada secara yakin


atau zan rajih iaitu sangkaan yang kuat dan jika tidak maka
dia mestilah tawaqquf dalam mengeluarkan sesuatu fatwa.
Beliau mestilah mendapat gambaran menyeluruh tentang
sesuatu soalan supaya dapat mengeluarkan hukum yang
jelas.
Seorang Mufti juga tidak dibenarkan berfatwa
semasa berfikiran kusut sama ada disebabkan
marah, sedih, bosan dan lain-lain. Oleh itu,
beliau hendaklah berfikir dalam keadaan tenang
tanpa sebarang gangguan ketika mengeluarkan
fatwa bagi memastikan hukum yang dikeluarkan
tidak dipengaruhi daripada mana-mana unsur
yang melibatkan emosi. Selain mufti, fatwa juga
berkait rapat dengan mustafti yang akan
dijelaskan dengan lebih lanjut lagi di bawah ini.
DEFINISI MUSTAFTI

Al-Mustafti adalah orang yang meminta fatwa dan


bertanya tentang hukum syarak . Apabila terdapat
permasalahan-permasalahan baru yang
memerlukan hukum, maka Al-Mustafti akan
meminta fatwa daripada mufti (Muhammad
Jamaluddin al-Qasimi 1986: 101). Selain itu, Al-
Mustafti adalah mereka yang tidak layak untuk
mengeluarkan fatwa dan tidak mencapai taraf
sebagai seorang mufti (Wahbah al-Zuhayliyy
1986: 1159)
ADAB MUSTAFTI

Dalam bermuamalah kebiasaannya kita


memerlukan adab dan panduan untuk berhubung
atau berkomunikasi dengan manusia lain. Secara
ringkasnya di sini akan diterangkan berkenaan
dengan adab-adab yang perlu dijaga bagi seorang
mustafti. Mustafti hendaklah menjaga adab ketika
bertanyakan soalan kepada mufti sama ada dari
segi perkataan, gaya bahasa atau gerak tubuh
yang digunakan ketika berhadapan dengan mufti
(al-Hafnawi Muhammad Ibrahim 1995: 307).
Sebagai contoh, Apakah pandangan menurut imam mazhab anda
berkenaan dengan masalah ini?

Antara adab-adab lain ialah mustafti tidak sepatutnya berada dalam


keadaan jemu, dukacita, marah atau dalam keadaan berdiri ketika
dia bertanya. Ini adalah kerana dibimbangi hatinya dalam keadaan
yang tidak tenteram ketika itu.

Di samping itu, sekiranya mustafti masih mempunyai keraguan atau


ingin bertanya lebih lanjut tentang persoalanya maka tidak
sepatutnya dia bertanya pada ketika itu.

Mustafti hendaklah berbuat demikian pada majlis yang lain atau


sekiranya ingin bertanya pada majlis yang sama hendaklah setelah
dia menerima fatwa beserta dalil dan hujah daripada mufti (al-
Hafnawi Muhammad Ibrahim 1995: 307).
PENUTUP

Secara kesimpulannya, fatwa merupakan ijtihad ulama dan


salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan
hukum. Apabila terdapat permasalahan-permasalahan baru
yang tidak terdapat hukumnya melalui sumber-sumber hukum
yang ada, maka di sinilah peranan fatwa bagi mengatasi setiap
masalah yang timbul.

Seperti yang diketahui, dalam proses mengeluarkan fatwa untuk


menentukan sesuatu hukum, ia hanya dilakukan oleh Mufti yang
telah dilantik di dalam sesebuah negara berdasarkan syarat-
syarat yang ditetapkan. Manakala setiap fatwa yang dikeluarkan
hendaklah berlandaskan syarak kerana hukum-hukum yang
dikeluarkan adalah bersifat menjaga kemaslahatan umum.
Oleh yang demikian, institusi fatwa
sebagai salah satu tempat proses
fatwa yang ia perlu dipertahankan
dan dihormati kerana dengannya
umat Islam dapat memelihara
maslahat syariah dan kepentingan
manusia sejagat berserta mampu
untuk mengatasi cabaran masa kini.

Anda mungkin juga menyukai