Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 9

FATWA KONTEMPORARI DAN SAINS

BAHAGIAN 1
(INSTITUSI FATWA)

CTU 087 ISLAM & SAINS


HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat menghayati
nilai kepatuhan terhadap
fatwa yang dikeluarkan oleh
institusi fatwa.
2. Pelajar dapat mengamalkan
nilai tabayyun dalam
menerima atau berkongsi
sesuatu berita.
PENDAHULUAN
Kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan perkembangan dan
kemajuan yang dialami. Perubahan ini menyebabkan ilmu fiqh juga turut
berkembang dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Hal
ini disebabkan oleh akal manusia yang bersifat kreatif dan inovatif dan
sentiasa berkembang dengan idea-idea baru.

Daripada cetusan idea ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk


penghasilan produk, kaedah atau teknik baru dalam pelbagai aspek
kehidupan yang memudahkan aktiviti manusia termasuklah pertanian,
penternakan, pemakanan, pembiakan, kesihatan, rawatan dan lain-lain.

Setiap penghasilan baru ini semestinya berbentuk amali dan amat berkait
rapat dengan perbuatan mukallaf. Oleh itu, ia memerlukan penjelasan
hukum dari sudut pandang syarak. Penjelasan ini merupakan penetapan
status sama ada ianya suatu yang dituntut, diharuskan atau dilarang di sisi
agama. Penetapan status di sisi agama inilah dikenali sebagai fatwa.
DEFINISI FATWA

MENURU Perkataan fatwa terdiri daripada tiga perkataan yang


T BAHASA hampir sama iaitu Fatwa, Futya Dan Futwa.

Pertama, FATWA ialah


memberi penjelasan tentang
Kedua,
sesuatu perkara oleh
FUTYA ialah Terakhir, FUTWA
seseorang yang faqih. Dalam
penerangan ialah memberi
hal ini, mereka yang
perkara yang jawapan bagi
bergelar faqih akan
musykil dan sesuatu masalah
menerangkan dan oleh seorang
kesamaran
menjelaskan masalah atau faqih.
tentang
sesuatu perkara sama ada
hukum.
yang telah berlaku mahupun
yang belum berlaku.
Asal ketiga- Ada juga pendapat yang
Fatwa dari segi
tiga sebutan mengatakan bahawa
bahasa bermaksud
di atas perkataan fatwa itu
PERBUATAN
adalah seperti pemuda yang
MENERANGKAN
daripada berusia muda. Lantaran
HUKUM,
perkataan itu, seseorang mufti yang
PERMASALAHAN
fatwa yang mengeluarkan fatwa
ATAU MEMBERI
bermaksud tentang sesuatu hukum
JAWAPAN
pemuda akan turut memberi
TERHADAP
yang sihat, maksud telah
SESUATU
cergas dan memperbaharui hukum
KEMUSYKILAN.
gagah. tersebut.
MENURUT ISTILAH

Fatwa merupakan hasil ijtihad. Hal ini kerana apabila mufti ingin mengeluarkan sesuatu
hukum maka perlu kepada usaha ijtihad bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Fatwa juga didefinisikan sebagai jawapan kepada soalan terhadap perkara yang berlaku.

Ibn Manzur menerangkan bahawa fatwa ialah SATU PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH
MUFTI MENGENAI SESUATU HUKUM ATAU SATU KEPUTUSAN HUKUM YANG
DIKELUARKAN OLEH FAQIH. Fatwa dari sudut ini difahami sebagai perbuatan
menerangkan hukum.

Fatwa menurut al-Qaradhawi adalah PENJELASAN MENGENAI HUKUM SYARAK DALAM


SESUATU ISU SEBAGAI JAWAPAN KEPADA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PIHAK
YANG BERTANYA, sama ada diketahui orangnya ataupun tidak diketahui atau daripada
individu perseorangan mahupun masyarakat.
INSTITUSI FATWA
1.0 Majlis Fatwa Negeri
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri melainkan Wilayah
Persekutuan untuk mengurus tadbir hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing.

Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri yang berfungsi untuk membantu dan menasihati
Yang Dipertuan Agong atau Sultan-sultan dalam perkara berkaitan agama Islam.

Undang-undang yang digubal memberi kuasa kepada kerajaan negeri masing-masing untuk
menubuhkan sebuah jawatankuasa yang membantu Jabatan Mufti mengeluarkan fatwa bagi
pihak kerajaan negeri. Antara nama bagi jawatankuasa ini ialah:

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

Jawatankuasa Syariah

Majlis Fatwa

Lembaga Fatwa

Lujnah Fatwa

Jama’ah Ulama

Jawatankuasa Fatwa
Sebagai contoh;
Perlantikan jawatankuasa majlis fatwa negeri Selangor di
bawah Seksyen 46 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Selangor 2003 memperuntukkan :

Maka hendaklah ada satu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa yang terdiri daripada :

Mufti; - Pengerusi

Timbalan Mufti

Penasihat Undang-undang negeri

Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis

Seorang Pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor yang mahir dalam hukum syarak yang dilantik
oleh Majlis

Tidak kurang daripada dua orang atau tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai, yang
dinamakan oleh Majlis

Seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai setiausaha
2.0 Majlis Fatwa Kebangsaan
 
Di peringkat persekutuan pula ditubuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengikut Peraturan Majlis
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Pelaksanaan tugas Majlis Fatwa Kebangsaan dijalankan melalui dua kaedah iaitu :
 
# Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Diadakan hanya dengan perintah Majlis Raja-
Raja untuk melihat sesuatu perkara atau isu yang berlaku. 
# Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berjalan dari semasa ke semasa dan tidak
memerlukan perintah dari Majlis Raja-Raja
 
Keanggotaan Majlis Fatwa Kebangsaan terdiri daripada :
Pengerusi

Mufti-mufti negeri

Lima orang ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja

Seorang ahli yang beragama Islam yang dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-
undang atau dari profesyen undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-raja
PERANAN FATWA

Memberikan penjelasan
hukum hakam untuk pegangan Membuat penyeragaman dan Menyelesaikan masalah dan
mustafti (orang yang penyelarasan hukum untuk pertikaian di kalangan
memohon fatwa) dan kepentingan umum. masyarakat dan ummah.
masyarakat.

Fatwa yang telah diputuskan


Mewujudkan suasana
Memperlihatkan imej dan dan diwartakan merupakan
perpaduan, kesatuan dan
maruah Islam serta ummahnya suatu peraturan dan undang-
persaudaraan di dalam
yang tinggi pada pandangan undang yang mengikat orang
kehidupan seharian di
masyarakat bukan Islam. ramai terutama kepada
kalangan umat Islam.
mustafti untuk memahaminya.

Fatwa menjadi rujukan di


dalam sesuatu hal berhubung
dengan hukum hakam dan hal
ehwal Islam yang timbul dari
semasa ke semasa.
KAEDAH MENGELUARKAN FATWA
• Mufti perlu memahami dengan jelas mengenai isu atau persoalan yang
diajukan supaya dapat mengelakkan salah faham terhadap kehendak soalan
Tasawwur
tersebut.
• Penentuan akan dibuat sama ada isu yang dibangkitkan merupakan isu yang
sudah ada rujukan yang qat’i atau isu baru yang memerlukan ijtihad.
• Sekiranya isu tersebut telah ditemui jawapannya secara qat’i dalam nas al-
Quran dan al-Sunnah, maka persoalan tersebut tidak boleh menerima hukum
ijtihad baru kerana hukumnya telah disabitkan secara jelas daripada al-Quran
Takyif
dan al-Sunnah.
• Sebaliknya, jika isu tersebut merupakan isu yang zanni atau isu baru dikenali
sebagai isu ijtihad yang memerlukan kepakaran dan kebijaksanaan mufti
dalam menentukan hukum mengikut keperluan semasa.

• Pihak mufti akan menetapkan hukum bagi isu yang memerlukan jawapan
Tanzil Al- fatwa. Langkah ini dilakukan setelah mufti memahami secara mendalam
Hukm berkaitan isu yang diajukan kepadanya dan memadankan isu tersebut dengan
sumber-sumber dalil yang sahih.
• Keputusan Fatwa berdasarkan analisis yang mendalam yang menghasilkan
Al-Ifta’ kesimpulan yang dibuat oleh Mufti
RUKUN FATWA
AL-SA’IL - Juga Dipanggil Mustafti Adalah

1 Orang Yang Meminta Fatwa Atau Orang


Yang Bertanyakan Soalan Yang Berkaitan
Dengan Masalah Dalam Agama.

AL-MAS’UL - Juga Dipanggil Mufti


Merupakan Orang Yang Memberi
Fatwa Atau Orang Yang Menjawab 2
Soalan Bagi Permasalahan Tersebut.

AL-‘AMALIYYAH - Fatwa
3 Yang Dikeluarkan Oleh
Mufti.

AL-MADHMUN -
Kebenaran Sesuatu Fatwa
Yang Terjamin. 4
HUKUM FATWA

Hukum mengeluarkan fatwa adalah FARDU KIFAYAH.

Namun adalah HARAM ke atas orang yang tidak mempunyai


kelayakan mengeluarkan fatwa.

Apabila hukum fatwa adalah fardu kifayah, maka hukum


perlantikan mufti juga adalah fardu kifayah kerana antara
keduanya berkait rapat antara satu sama lain.

Namun demikian, jika tiada yang layak melainkan seorang


sahaja, maka ketika itu hukum mufti adalah wajib atau fardu
ain.
KATEGORI DAN AUTORITI FATWA
2) Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis sama ada melalui
Jawatankuasa Syariah atau melalui pendapat yang diberikan
1) FATWA RASMI oleh mufti secara perseorangan atau fatwa yang dikeluarkan
yang dikeluarkan sendirian oleh mufti tanpa melalui Jawatankuasa Syariah tetapi
sama ada oleh mufti fatwa itu TIDAK DIWARTAKAN DI DALAM WARTA KERAJAAN
sendiri atau majlis NEGERI. Fatwa kategori ini tidak wajib diperakui oleh pihak-
melalui pihak lain dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mana-mana
Jawatankuasa individu, badan atau mahkamah. Ia hanyalah sebagai jawapan
Syariah yang atau penjelasan kepada orang yang masih tidak jelas mengenai
diwartakan di dalam sesuatu hukum secara peribadi.
Warta Kerajaan
Negeri. Fatwa yang
diwartakan ini
merupakan fatwa
3) PENJELASAN HUKUM YANG DILAKUKAN OLEH MUFTI atau
yang diakui oleh
pembantunya. Pada hakikatnya ia hanyalah merupakan
mahkamah dan
penjelasan hukum yang telah sedia ada di dalam syariah Islam
semua pihak dalam
dan tercatat dalam kitab-kitab agama tetapi tidak diketahui
negeri tersebut.
oleh orang yang bertanya mengenainya. Fatwa kategori ini
tidak wajib diterima oleh orang yang bertanya dan ia tidak
boleh diproses untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan.
• Fatwa Ialah Apabila Pernyataan Itu
Dari Segi Disiarkan Dlm Warta Kerajaan
Undang2 Negeri Masing2 Yg Melibatkan
Kepentingan Awam Dan Kerajaan.

Fatwa Rasmi
Yang Telah • Mempunyai Autoriti Ke Atas
Diwartakan Di Individu Dan Mahkamah
Negeri
Malaysia
AUTORITI FATWA KEBANGSAAN
Keputusan Hukum Yang Dikeluarkan Oleh Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan BUKAN Fatwa Mengikut Peruntukan Undang-undang.
Ia Merupakan Pandangan Hukum Terhadap Sesuatu Isu Yang
Dibincangkan Dan Ia Merupakan Keputusan Bersama Sesama Mufti
Dari Setiap Negeri Yang Menganggotai Jawatankuasa Tersebut.

KeputusanTersebut TIDAK MENGIKAT NEGERI-NEGERI, Tetapi Sebaliknya


Ia Hanya Boleh Dikuatkuasakan Di Peringkat Negeri Jika Negeri
Berkenaan Mengambil Tindakan Atau Menerima Pakai Keputusan/
Pandangan Tersebut Mengikut Kaedah Pembuatan/ Pengeluaran Fatwa
Negeri Masing-masing.
Ini bermakna status fatwa kebangsaan…
Dari Sudut Pentadbiran UNDANG-UNDANG, Hukum/Fatwa Yang
Dikeluarkan Oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan TIDAK
MEMPUNYAI KUATKUASA UNDANG-UNDANG.
 Ia bersifat pandangan hukum/fatwa dalam sesuatu isu yang melibatkan
kepentingan seluruh umat Islam.

Walaubagaimanapun, Dari SUDUT SYARAK, IA SUDAH MENJADI


HUKUM/FATWA YANG PERLU DIPATUHI, Cuma Dari Sudut Teknikal
Undang-undang Ia Tidak Mengikat (Binding) Selagi Tidak Diwartakan
Oleh Pihak Berkuasa Negeri.
 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa perkara Agama
terletak di bawah bidang kuasa negeri.
 Semua keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan akan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Fatwa  Negeri
untuk difatwa dan diwartakan.
APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM SAINS
Maqasid syariah juga bermaksud objektif yang ditentukan oleh syariat Islam
bagi menjaga kepentingan manusia yang meliputi aspek dharuriyyah, hajiyyah
dan tahsiniyyah.

Ia berasaskan hakikat bahawa kedatangan Islam adalah bertujuan menjamin


kebaikan bagi umat manusia dan menjauhkan keburukan daripada mereka.

Satu lagi persoalan asas yang tidak kurang pentingnya dalam perbincangan
maqasid syariah ialah maslahah (keperluan ummah) dan mafsadah (membawa
kerosakan).

Maslahah bermaksud sesuatu yang menghasilkan kebaikan dan menolak


keburukan

Mafsadah adalah sesuatu yang memberikan keburukan dan kesakitan serta


punca yang mengakibatkannya.
Ijtihad dijadikan
mekanisme utama • Meninjau nas al-Quran dan
bagi melaksanakan sunnah serta hukum berasaskan
prinsip maqasid perspektif objektif syariah
syariah. Antara • Kompromi antara prinsip umum
prinsip metode
dan dalil khusus
ijtihad ialah
• Menghasilkan maslahah atau
kepentingan umum serta
menolak sebarang bentuk
mafsadah (keburukan)
• Mempertimbangkan natijah
atau impak kepada masyarakat

Anda mungkin juga menyukai