Anda di halaman 1dari 3

Rabu, 05 Februari 2014

1

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH

1. Maksud ahli sunnah wal-jamaah
Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa
oleh para sahabat serta menentang perkara bida'ah.
Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.

2. Kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam
Nama Ahli sunnah wal jamaah dimasyhurkan oleh Abu Hasan Al-Asy'ari Dan Abu Mansur Al-
Maturidi
Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan al-jamaah
Dinamakan ahli as-sunnah kerana
i. mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah
Dinamakan al-jamaah kerana mereka
i. berkumpul diatas kebenaran dan
ii. bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
iii. menghidupkan sunnah dan
iv. menentang perkara bid'ah

3. Prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih

4. Pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu
Al-quran bukan makhluk
i. Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu
bersifat baru.
Melihat Allah
i. Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari
qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
Pelaku dosa besar
i. Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih
ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar
Iman bertambah dan berkurang
i. Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
ii. Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
iii. Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri
dan menipu

5. Menghurai kepentingan berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah
Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan
i. Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-quran dan as-
sunnah
Rabu, 05 Februari 2014

2

Asas kepada penerimaan sesuatu amalan - Kerana amalan seseorang hanya diterima jika
bersandarkan akidah yang betul
Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar

SYIAH
1. Pengenalan;
Mereka ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan saidina ali sebagai khalifah
rasulullah
Mereka berpendapat bahawa saidina ali sahajalah yang layak dilantik menjadi khalifah
selepas kewafatan rasulullah

Syiah imamiah
dinamakan demikian kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam ( imam )
hanya layak disandang oleh ahli al-bait
mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah
seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.
Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan ahli al-bait
mengikut urutan
Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahli al-bait
Mereka percaya bahawa imam kedua belas merka iaitu muhammad al-mahdi al-qaim bilhujjah
akan muncul sebagai imam al-mahdi
Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila
berhadapan dengan orng yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan
mereka
Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu

Syiah zaidiah
nama tersebut diambil sempena pengasasnya iaitu zaid bin ali zainal abidin, cicit kepada ali
bin abi talib
mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
mereka berpendapat bahawa perbuatanmanusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah
mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti; kemaksuman para imam kecuali saidina ali,
fatimah, al-hasan dan al-husain
mereka menolak kepercayaan taqiah

Syiah al-batiniah
dinamakan demikian kerana pandangan mereka yang menganggap al-quran mampunyai
makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka
mereka merupakan kumpulan syiah yang paling radikal dan sesat
berpendapat bahawa saidina ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan
berpendapat bahawa imam mereka muhammad bin al-hanafiah masih hidup
menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.





Rabu, 05 Februari 2014

3

KHAWARIJ
mereka ialah golongan penyokong saidina ali yang berjuang menentang muawiah tetapi tidak
menerima majlis tahkim
mereka belot menyokong saidina ali kerana memprotes kesediaan saidina ali menerima
keputusan majlis tahkim yang memihak kepada muawiyah.
mereka berpendapat bahawa pelaku dosa besar adalah kafir
mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat islam yang berbeza kepercayaan /
iktikad dengan mereka
membataskan sumber syariah hanya kepada al-quran sahaja

7. Langkah-langkah memelihara akidah;
Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab ahli sunnah wal jamaah yang muktabar, kerana ia
dapat membantu seseorang membezakan antara kebenaran dan kesesatan
Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan dalam bidang akidah
Membina ketahanan akidah dengan berdoa
Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat
Menunaikan perintah allah dan meninggalkan larangan-Nya kerena ia dapat memantapkan
iman dan akidah

8. Maksud istilah-istilah penting dalam ilmu akidah
a. Kafir;
Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-
quran dan al-hadis

b. Musyrik
Orang yang menyekutukan allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan allah
pada zat, sifat atau perbuatan

c. Munafik
Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran didalam hati

d. Fasik
Orang yang tidak taat kepada alllah dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau
berterusan malkukan dosa kecil

e. Murtad
Orang yang keluar daripada agama islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad

f. Mulhid ( atheis )
Orang yang tidak beragama

Anda mungkin juga menyukai