Anda di halaman 1dari 12

KURSUS:

KRM 3063 ASAS BENTUK DAN RUANG


GROUP: UPSI 11 ( A121PJJ)

PENSYARAH: DR. RAJA NOOR FARAH BT. RAJA MAAMOR SHAH TUGASAN 1 TAJUK TUGASAN:

AKTIVITI PENGAJARAN
NAMA: ABDUL SAMAD BIN ISMAIL NO. MATRIK: D20102042132

ISI KANDUNGAN

Bil 1

Perkara Aktiviti Pengajaran 1 - Tema - Tajuk - Hasil Pembelajaran - Pengetahuan sedia ada - Langkah-langkah - Bahan Pengajaran - Refleksi

Muka Surat 3

Aktiviti Pengajaran 2 - Tema - Tajuk - Hasil Pembelajaran - Pengetahuan sedia ada - Langkah-langkah - Bahan Pengajaran - Refleksi

3. 4.

Contoh lembaran kerja Bibliografi

10 12

AKTIVITI PENGAJARAN 1 Mata Pelajaran : Matematik Tahun : 2 Tema : Bentuk dan Ruang Tajuk : Bentuk Dua Dimensi (2-D) Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat : i) Mengenal dan menyebut dengan betul bentuk- bentuk dua dimensi(2-D). ii) Menulis ejaan setiap bentuk dengan betul Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid pernah melihat bentuk-bentuk dua dimensi. ii) Murid pernah belajar nama bentuk dua dimensi semasa di tahun satu. Bahan Pengajaran :kad imbas, pinggan, biskut, buah tembikai dan lembaran kerja 1. 2. 3. 4.

Langkah-langkah : Set Induksi ( 5 minit) 1. Guru meminta seorang murid datang di depan dan cuba mencantumkan kepingan kertas. 2. Kemudian murid lain cuba meneka bentuk yang terhasil dari cantuman kepingan kertas tadi.(hasil cantuman menjadi bentuk segiempat sama) 3. Guru menerangkan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini iaitu bentuk-bentuk dua dimensi(2-D). Langkah 2 (10 minit) 1. Guru memberi penerangan dan menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid tentang jenis-jenis bentuk dua dimensi(2-D) iaitu segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan. 2. Guru menunjukkan biskut sebagai contoh bentuk segiempat sama, pinggan sebagai bentuk bulat, buah tembikai yang dipotong berbentuk segitiga sebagai bentuk segitiga dan buku sebagai contoh bentuk segiempat tepat. 3. Secara rawak guru meminta murid menyebut bentuk yang ditunjuk menggunakan kad Imbas dan mengejanya dengan betul. 3. Guru meminta murid-murid cuba memberi contoh benda-benda yang berada di sekeliling yang mempunyai persamaan seperti bentuk-bentuk dua dimensi (2-D).

Langkah 3 (15 minit) 1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan satu sampul yang mengandungi kepingan kertas untuk dicantum. 2. Murid berbincang dan cuba mencantum kepinga kertas menjadi bentuk dua dimensi(2-D). 3. Wakil kumpulan akan datang ke hadapan kelas dan menunjukkan hasil cantuman kepingan kertas tadi. Murid lain menyebut dan mengejanya dengan betul. 4. Seterusnya kumpulan kedua menunjukkan hasil cantuman dan murid lain menyebut dan mengejanya dengan betul. Begitu juga dengan kumpulan tiga dan kumpulan empat.

Penutup (10 minit) 1. Guru mengedarkan latihan penilaian dan berbincang jawapan bersama dengan muridMurid. 2. Guru membuat kesimpulan pengajaran dan pembelajaran hari ini iaitu jenis-jenis bentuk dua dimensi(2-D) ialah segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.

REFLEKSI 1. Kekuatan pengajaran Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya. Set induksi menjadikan murid memberi lebih perhatian kerana ingin mengetahui bentuk yang terhasil dari cantuman kepingan kertas. Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya memberi perhatian semasa guru memberi penerangan. Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas. Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan. Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan kad gambar jenisjenis bentuk yang berwarna-warni dan penggunaan bahan konkrit untuk menjelaskan kepada murid supaya dapat memahami dengan baik. Penyediaan aktiviti kumpulan yang menjadikan

murid lebih bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan persoalan. Penyediaan lembaran kerja akan menambahkan pemahaman murid-murid. Ketika melaksanakan pengajaran, guru bergerak aktif sedaya upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Di dapati juga guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan kendiri.

2. Kekurangan pengajaran Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah penggunaan masa yang berlebihan bagi setiap aktiviti yang dirancangkan. Ini akan menyebabkan masa yang tidak cukup bagi sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Dari segi penggunaan papan tulis, guru tidak menggunakan dengan sepenuhnya. Ini kerana kepingan kertas yang dicantum oleh setiap kumpulan itu boleh dilekatkan dipapan tulis supaya murid lain dapat melihat dengan lebih jelas. Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar. Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika melakukan perbincangan.

3. Langkah mengatasi Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan sangat memerlukan cara penambahbaikan ataupun cara mengatasi demi untuk mengingkatkan mutu pengajaran pada masa yang akan datang . Berdasarkan kekurangan dan kelemahan yang dapat saya kesan dalam pengajaran yang dijalankan, langkah mengatasi yang perlu dibuat ialah ketepatan penggunaan masa semasa penyampaian pelajaran , penggunaan bahasa ,penggalakan pelajar menanyakan soalan di dalam kelas . Sebagai seorang guru , adalah penting untuk saya menepati masa yang ditetapkan . ketetapan masa amat penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran . Ini adalah kerana ia akan memudahkan guru menyelesaikan setiap langkah pengajaran ataupun aktiviti sempat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan . Ini juga tidak akan menjejaskan pembelajaran murid daripada sesi permulaan hingga ke sesi tamat .

Saya juga harus menggalakan pelajar saya lebihkan menanya saolan . Ini adalah kerana, hanya melalui soalan yang ditujukan oleh mereka kepada saya , barulah saya tahu tahap pemahaman mereka sepanjang proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu , semasa sesi aktiviti kumpulan , saya juga harus menggalakkan pelajar pelajar lebih aktif semasa aktiviti kumpulan dijalankan . Susunan meja kumpulan yang sesuai akan memudahkan pergerakan murid dan juga guru semasa sesi perbincangan.

AKTIVITI PENGAJARAN 2 Mata Pelajaran : Matematik Tahun : 3 Tema : Bentuk dan Ruang Tajuk : Bentuk tiga Dimensi (3-D) Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat : i) Menyatakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi secara lisan dengan tepat dan betul. ii) Menandakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi dengan tepat dan betul. Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid pernah belajar bentuk-bentuk tiga dimensi semasa di tahun dua. ii) Murid memiliki bentuk-bentuk tiga dimensi seperti pemadam, bekas pensil dan sebagainya. Bahan Pengajaran :Power point, bongkah 3-D, dan lembaran kerja, permainan secara atas talian

1. laptop

2. Bongkah tiga dimensi(3-D)

Langkah-langkah : Set Induksi ( 5 minit) 1. Guru menayangkan gambar bentuk-bentuk tiga dimensi(3-D). 2. Guru meminta murid menyebut jenis bentuk-bentuk tiga dimensi yang ditayangkan. 3. Guru menerangkan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini iaitu ciri-ciri bentuk tiga dimensi(3-D). Langkah 2 (10 minit) 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan mengagihkan bongkah 3-D( kubus, kuboid, piramid, silinder, kon dan sfera) kepada setiap kumpulan. 2. Guru memperkenalkan ciri-ciri bagi setiap bentuk bongkah 3-D itu seperti muka, bucu dan sisi secara lisan dan sentuhan. 3. Guru menulis ciri-ciri bagi setiap bongkah 3-D di papan tulis. 4. Guru mempamerkan bentuk 3-D di slide power point bagi setiap bentuk. 5. Murid dikehendaki menandakan ciri-ciri bentuk pada gambarajah yang dipamerkan dengan arahan guru. 7

Langkah 3 (15 minit) 1. Guru mengedarkan gambarajah bentuk tiga dimensi kepada setiap kumpulan dan meminta murid berbincang sesama ahli kumpulan untuk mengenalpastikan ciri-ciri bentuk dalam gambarajah yang diberi dengan menanda dan menulis di dalam gambarajah tersebut. 2. Wakil kumpulan akan datang ke hadapan kelas dan mempamerkan hasil kerja mereka. 3. Guru bersama murid lain akan menyemak hasil kerja berkumpulan itu bersama-sama. 4. Guru menunjukkan satu permainan atas talian dan murid cuba bermain dengan gembira.http://www.primaryresources.co.uk/online/longshape3d.html

Penutup (10 minit) 1. Guru membuat kesimpulan dengan menyatakan semula ciri-ciri bagi setiap bentuk tiga dimensi dan meminta murid menyebut dengan jelas ciri-ciri bagi setiap bentuk itu. 2.Guru mengedarkan latihan penilaian dan berbincang jawapan bersama dengan muridMurid.

Refleksi 1. Kelebihan pengajaran Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kelebihan atau kekuatannya tersendiri iaitu dari segi cara berkomunikasi yang berkesan iaitu suara yang jelas semasa memberi arahan kepada murid. Dengan nada suara yang jelas memudahkan murid-murid memahami apa kehendak guru ketika di samping penekanan yang diberikan. Semasa memberi arahan, ada ketegasan yang bersesuaian untuk membantu melicinkan pembelajaran di samping sebagai teknik kawalan kelas secara langsung. Dalam pengajaran tersebut, penglibatan murid adalah baik kerana didapati murid-murid menunjukkan reaksi positif ketika guru memberi arahan kepada mereka. Di sini, kita dapat melihat kelancaran perlaksanaan peringkat set induksi. Pembelajarannya lebih berpusatkan murid. Guru berperanan hanya sebagai pembimbing kepada murid-murid. Seterusnya, penggunaan bahan bantu mengajar juga bersesuaian. Penggunaan bongkah 3-D memudahkan murid memahami ciri-ciri sesebuah bentuk tiga dimensi. Penggunaan power point menjadikan murid rasa lebih seronok dengan melihat slaid-slaid yang berwarna- warni. Dengan cara ini, memang ia sangat membantu di samping penyampaian maklumat kepada murid melalui penekanan komunikasi sahaja.

2. Kelemahan pengajaran Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang dapat dikesan. Antaranya ialah penyesuaian penggunaan warna bentuk bongkah 3-D yang kurang menyerlah dan kurang menarik perhatian murid. Murid juga kurang memberi tumpuan disebabkan bongkah 3-D tersebut agak kecil. Dari segi cara berkomunikasi ada kalanya tersekat-sekat walaupun tidak terlalu kerap. Jika keadaan begini berterusan ke langkah seterusnya boleh menyebabkan pembelajaran yang dijalankan kurang menarik walaupun mempunyai alat bantu mengajar yang menarik. Seterusnya ialah berkenaan dengan masa masih boleh diperbaiki kerana semasa murid bermain di atas talian, banyak masa terbuang yang sepatutnya dilaksanakan dalam lingkungan 5 minit dengan tepat. Ketepatan masa memang penting, jika tidak menetapi masa yang ditetapkan akan timbul masalah masa yang tidak mencukupi.

3. Langkah mengatasi Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari atau pun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan. Maka, dapatlah kita cuba untuk memperbaiki segala kekurangan pengajaran yang telah dilakukan dengan mempelbagaikan strategi dan teknik pengajar yang bersesuaian mengikut kebolehan murid kita. Sekiranya terdapat kelebihan atau kekuatan dalam pengajaran, elok kita kekalkan mana yang perlu untuk perhatian kita sendiri. Berdasarkan pengajaran yang telah dilaksanakan, ada kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki supaya pengajaran yang akan dilaksanakan pada masa seterusnya dapat menunjukkan peningkatan yang baik dan berkesan. Antaranya, memperbaiki cara berkomunikasi dengan baik dan berhati-hati apabila mengeluarkan ucapan yang bersesuaian ketika mengajar. Begitu juga dengan alat bantu mengajar mesti rancang dengan lebih baik dengan menggunakan saiz bentuk 3-D yang sesuai untuk murid-murid melijhat denga jelas. Pengurusan masa juga sangat penting yang perlu diambil perhatian. Ketepatan masa membolehkan kita melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Jadi, daripada sedutan pengajaran yang telah dilakukan perlu berhati-hati jangan sampai terlebih masa yang banyak sebab ia boleh menjejaskan perlaksanaan pengajaran langkah seterusnya. Penambaikan yang dibuat sedikit sebanyak membantu kita menyampaikan pelajaran kepada murid-murid dengan lebih berkesan.

Lembaran Kerja 1. Lembaran Kerja ( Bentuk 2D )

Nama : ________________

Kelas : 2 (

Tarikh : (

)-4-2012

13.3 Mengenal pasti bentuk dua dimensi. A. Perhatikan gambar di bawah, warnakan : (i) bulatan - merah, (ii) segi empat sama - hijau, (iii) segi tiga - kuning, (iv) segi empat tepat - biru.

B. Hitungkan bilangan bentuk-bentuk 2D yang terdapat di dalam gambar di atas.

1. Bulatan = (

2. Segi empat sama = (

3. Segi tiga = (

4. Segi empat tepat = (

10

2. Lembaran kerja ciri-ciri bentuk 3 Dimensi

11

BIBLIOGRAFI 1. Wan Yusuf bin Wan Ngah, Mohd Marzuki bin Maulud (2002). Mathematics Year 2 Dewan Bahasa Dan Pustaka (M) Sdn. Bhd. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia(1998) pengajaran pembelajaran matematik: Wang, Ukuran dan Sukatan. Kuala Lumpur DBP. 3. Abdul Razak Othman, Daud Zakaria & Abdullah Md. Isa. (2004) Integrated curriculum for Primary Schools Mathematics year 3 Textbook Part 2, Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai