Anda di halaman 1dari 18

4.0 Hormat-Menghormati ? Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

CIRI-CIRI

? Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat ? Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain ? Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain

Cara Amalkan

? Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain ? Mewujudkan persefahaman dan kerjasama ? Melatih dari supaya berkelakuan sopan ? Menyedari hidup dilingkumi undang-undang ? Melatih diri supaya tidak emosional

4.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa

? Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa

Cara amalkan

? Menolong ibu bapa ? Bercakap dengan sopan ? Tidak melawan cakap

? Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi ? Menghargai dan menyanjungi ? Mengenang jasa dan pengorbanan ? Meminta pandangan

4.2 Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin.

? Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik

CIRI-CIRI

? Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan ? Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta ? Tidak menyinggung perasaan ibu bapa ? Menerima nasihat dan tunjuk ajar

Cara Amalkan

? Menjaga pertuturan ? Memberi penghormatan kepada pemimpin ? Sentiasa memberi senyuman, bertanya khabar, atau ucap selamat ? Berkelakuan baik dan bersopan ? Tidak mementingkan diri ? Tidak syak wasangka ? Membantu jiran jika perlukan pertolongan

4.3 Hormat kepada Raja & Negara

? Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan

CIRI-CIRI

? Mempunyai perasaan taat setia ? Mengetahui perkembangan dalam pentadbiran negara ? Mengharumkan nama negara ? Mendukung dan mengamalkan prinsip rukun negara ? Sanggup berkorban jiwa dan harta benda ? Tidak mengeluarkan tomahan,ancaman dan kata-kata yg mengugat keamanan

Cara amalkan

? Sedia berusaha dan sanggup berjuang mempertahankan tanah air ? Menyangjung tinggi pemerintah dan pemimpin ? Bekerjasama memajukan negara ? Bangga jadi rakyat dan berdira tegak ketika Negaraku dinyanyikan

4.4 Hormat kepada Hak Asasi

? Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia

CIRI-CIRI

? Seseorang berhak melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang negara ? Setiap individu mempunyai hak berucap, mengeluarkan fikiran berkumpul, beragama, berpendidikan, mengundi, berpesatuan dan berpolitik ? Mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman ? Menghormati hak diri dan orang lain ? Bersikap terbuka tanpa melampau ? Menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas ? Sanggup menerima hukuman

Cara Amalkan

? Meminta kebenaran sebelum mengambil barang orang lain ? Tidak ganggu kawan ketika belajar ? Menghormati kebudayaan orang lain ? Tidak mententuh soal peribadi ? Menggunakan kemudahan awam bersama-sama ? Berhati-hati dalam pertuturan ? Menghapuskan diskriminasi jantina,agama dan bangsa

4.5 Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan

? Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia

CIRI-CIRI

? Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri ? Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain

? Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan

4.6 Hormat kepada keperibadian individu

? Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama golongan yang kurang bernasib baik

CIRI-CIRI

? Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran ? Menjaga perasaan orang lain ? Menghormati golongan yang kurang bernasib baik ? Tidak memandang rendah orang lain ? Mempertimbangkan pendapat orang lain

4.7 Patuh kepada undang-undang

? Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang berada

CIRI-CIRI

? Memahami pentingnya undang-undang ? menerima hukuman setimpal ? berhati-hati dalam tindakan supaya tidak melanggar undang-undang ? mengetahui hak sendiri

4.8 Patuh kepada ketepatan masa.

? Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah

CIRI-CIRI

? Menepati janji ? Mengurus masa ? Bahagi dan suna masa sepenuhnya ? Guna jadual waktu ? Tidak berlengah-lengah siapkan kerja ? Tidak menangguh kerja

4.9 Menghargai kebijaksanaan,pengalaman dan jasa

? Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan

CIRI-CIRI

? Menghargai jasa pekerja yang beri khidmat, ilmu dan tenaga ? Menghargai pengorbanan ibu bapa ? Memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh

4.10 Menghargai Tenaga Pekerja

? Menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja

Cara Amalkan

? Hari pekerja ? KWSP ? Bonus, ganjaran & insentif

4.11 Menghargai maruah diri

? Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan

CIRI-CIRI

? Mengamalkan sifat-sifat murni seperti baik hati, bercakap benar, berhemah tinggi ? Tidak merosakkan nama baik sendiri ? Menjaga perbuatan, tingkahlaku dan pertuturan ? Berpakaian secara sopan

Istilah hormat membawa maksud pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan dan berhemah kepadanya.

Hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk agar ia sentiasa segar dan terus diamalkan. Jika hilang rasa hormat, tidak mustahil negara kita akan menjadi kacau bilau dengan pergaduhan di sana sini. Oleh itu, bagi mengelakkan suasana seperti ini berlaku, sikap menghormati sesama kita harus diterapkan dalam kehidupan seharian.

Sikap hormat-menghormati ini perlu dipupuk daripada usia kecil agar ia menjadi budaya dalam kehidupan seseorang. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan menerapkan nilai murni seperti ini dalam diri mereka.

Tabiat ibu bapa menjadi pengaruh paling kuat untuk membentuk tingkah laku dan personaliti anakanak. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan insan yang banyak meluangkan masa bersama anak-anak, iaitu semenjak mereka kecil sehingga dewasa.

Sekiranya pada waktu kecil mereka diasuh dengan sikap hormat-menghormati ini, maka tidak akan timbul masalah apabila anak-anak ini mula melangkah untuk meneruskan hidup dalam dunia luar.

Rasa hormat juga boleh diterjemahkan dalam sikap bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, harta, dan pangkat. Misalnya, golongan pemimpin menghormati hak orang yang dipimpin.

Pemimpin juga harus mempunyai fikiran yang positif kepada yang dipimpin serta sentiasa membina hubungan baik dalam kalangan mereka agar tidak wujud jurang antara pemimpin dan yang dipimpin.

Dalam kata yang lain, sikap hormat-menghormati ini sangat penting dalam semua situasi. Namun begitu, mentaliti masyarakat kita pada hari ini merasakan sikap hormat hanya merupakan satu perbuatan yang muda kepada tua yakni orang muda perlu dan mesti menghormati orang tua, sedangkan istilah yang tua perlu menghormati yang muda seolah-olah tidak wujud.

Seharusnya, kita perlu mengubah mentaliti masyarakat seperti ini. Hal ini kerana, sikap hormatmenghormati melibatkan semua pihak dan bukannya sekadar golongan muda kepada tua. Malah golongan tua juga harus untuk menghormati golongan muda. Keadaan ini mampu untuk menimbulkan rasa harmoni dalam kalangan masyarakat.

Hormat menghormati ialah berpandangan tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang sopan dan hormat. Kita sentiasa memberi penghargaan dan bersikap saling menghargai kepada sesiapa sahaja.

Menghormati ibu bapa:

1. 2. 3. 4.

Menghormati dan menyayangi ibu bapa kita. Hormat ibu bapa kawan / murid lain. Patuh kepada arahan ibu bapa. Menjaga maruah diri dan nama baik keluarga.

Menghormati guru: 1. 2. 3. 4. 5. Menghormati pengetua dan guru-guru. Patuh kepada peraturan dan menepati masa belajar. Sentiasa menganggap sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bangga dan sentiasa menjaga nama baik sekolah. Mengenang jasa guru-guru.

Share

Hormat Menghormati Antara Satu Sama Lain Hormat Menghormati Sesama Manusia Alhamdulillahi Rabbil Alamin, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat sekelian. Syukur ke hadrat Ilahi yang mana dengan limpah kurnianya dapatlah sama-sama kita mengikuti siri e-dakwah pada hari Jumaat yang berbahagia ini. Dewasa ini, kita melihat banyaknya gejala sosial yang berlaku di segenap lapisan masyarakat kita. Terlalu banyak sebab yang dapat dikaitkan sebagai punca berlakunya gejala-gejala tersebut. Salah satu dari sebab-sebab ini ialah terhakisnya nilai-nilai murni yang disemaikan agama dan budaya sejagat. Artikel kali ini akan menyentuh hanya satu aspek budaya dan agama yang semakin hari semakin luput iaitu sikap saling menghormati sesama manusia. Hormat didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan, menerima dan mematuhi. Secara ringkas, menghormati seseorang bererti melayani dengan penuh sopan, memandang tinggi kepadanya dan menghargai kebaikannya. Sikap sebegini telah lama digariskan di dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan melalui contoh-contoh sikap Rasulullah SAW yang ditonjolkan kepada kita sejajar dengan maksud sebuah hadis yang berbunyi: Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu ialah sepertimana yang terdapat dalam al Quran (Riwayat Bukhari Muslim). Allah SWT menyuruh kita memandang kepada Nabi

Muhammad SAW sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita sebagaimana firmanNya di dalam surah al Qalam ayat 4: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad SAW) mempunyai akhlak yang amat mulia. Agama suci Islam telah memberi panduan yang jelas dalam aspek menghormati sesama makhluk Allah sama ada menghormati sesama manusia mahupun makhluk-makhluknya yang lain. Ini khususnya untuk memelihara hubungan yang baik kerana keberadaan kita di muka bumi ini menuntut kerjasama yang telus buat penakatan. Bahkan, lebih jauh lagi, menghormati sesama manusia mencakupi hormat kepada yang tidak seusia iaitu antara yang muda kepada yang tua dan yang tua kepada yang muda sebagaimana maksud hadis: Barangsiapa tidak menaruh hormat kepada orang yang lebih tua diantara kami atau tidak mengasihani yang lebih muda, tidaklah termasuk golongan kami (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad dan disepakati yang lain). Begitu juga ia meliputi penghormatan antara yang berilmu dengan yang masih menuntut, kaya atau miskin, besar atau kecil, kuat atau lemah kerana setiap dari kita mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana maksud firman Allah SWT: Jangan Kau lupakan kelebihan di antara kamu (Surah Al Baqarah ayat 237) dan sebagaimana maksud hadis: Berikan pada manusia sesuai dengan kedudukan mereka. (Riwayat Muslim dan disahihkan oleh al Hakim dalam Kitab Marifat Ulum Hadis) melalui dalil-dalil diatas ini, dapat kita rumuskan bahawa menghormati satu sama lain adalah sesuatu yang dituntut walaubagaimanapun darjah penghormatan itu berbeza-beza bergantung kepada kedudukan, kelebihan dan kontribusi manusia. Adapun cara dan bentuk penghormatan pula tidak ditetapkan. Inilah keunikan agama sejagat, Islam, yang mana dapat diubah sesuai konteks masyarakat, keadaan, tempat, budaya dan masa yang pelbagai. Sebaliknya, telah digambarkan dengan lebih terperinci amalan-amalan yang dapat membuahkan rasa hormat sehingga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Antara amalanamalan yang dianjurkan ialah: 1. Bersangka Baik Bersangka baik membawa maksud rasa muhibbah. Ia bertentangan dari sikap bersangka buruk iaitu menaruh rasa yang negatif terhadap seseorang. Ini termasuk mencari-cari kesalahan dan keaibanya, hasad dengki dan menaburkan berita yang tidak benar tentangnya sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Hujurat ayat 12: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Untuk bersangka baik, Imam Syeikh Abdul Kadir Al Jailani menetapkan tips-tips berikut: Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu: Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku Jika engkau bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih

baik dariku Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): Orang ini memperoleh kurnia yang belum kuperolehi, telah mencapai kedudukan yang belum ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan jika dia mengamalkan ilmunya tentu lebih baik dariku Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu): Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku tahu akibatnya sedangkan aku mungkin mengakhiri hidupku dalam maksiat (sedangkan dia disebabkan kejahilannya akan tidak dibebani dosa). Dia tentu lebih baik dariku Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak. Mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin di akhir usiaku, diriku kufur dan berbuat buruk 2. Bersalam-salaman Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk menebarkan salam iaitu ucapan salam sejahtera: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dalam sabdanya: Kalian tidak akan masuk kedalam syurga hingga kalian beriman dan tidaklah kalian dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Ketahuilah, aku akan memberitahu kalian sesuatu yang apabila kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai iaitu tebarkanlah salam diantara kalian.Susulan kepada ucapan salam sejahtera ini ialah dengan berjabat tangan antara satu sama lain (yang mahram & sejenis). Walaubagaimanapun, cara untuk berjabat tangan boleh diperlakukan sesuai budaya sesuatu kaum. Galakkan untuk menyampaikan salam turut mencakupi penerimaan salam sebagaimana maksud firman Allah SWT: Dan apabila disalami, maka jawablah dengan ucapan salam yang lebih baik atau balasan salam dengan yang semisalnya. Sesungguhnya Allah akan menghitung segala sesuatu. Dapatlah dirungkaikan di sini bahawa pemberian salam yang ikhlas dengan nada dan mimik muka yang manis akan memancing jawapan yang baik atau malah lebih baik lagi sehingga terjadilah komunikasi dua hala yang disenangi. Amalan ini bahkan disenaraikan sebagai antara amalan yang paling baik di dalam Islam sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Ash Shahihain dan selainnya dari Abdullah bin Amar RA bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalan yang paling baik di dalam Islam? Rasulullah SAW menjawab: Memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun yang tidak dikenali. Oleh kerana bermanfaatnya amalan ini, ia turut dianjurkan kepada kanak-kanak sehingga mereka juga akan membesar dengan kebiasaan memberi dan menerima salam. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkanbahawa Anas bin Malik RA telah mengkhabarkan kepada kami dengan berkata: Aku berjalan bersama Rasulullah SAW dan kami melewati anak-anak yang sedang bermain kemudian beliau mengucapkan salam kepada mereka. Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Ibnu Masud bahawasanya beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat adalah jika ucapan

salam disampaikan hanya terhadap orang yang dikenali sahaja. Begitulah pentingnya menjaga salam. 3. Sentiasa Menasihati Antara Satu Sama Lain Lanjutan dari sikap suka memberikan salam ialah sikap suka bertukar-tukar khabar. Terdapat ruang untuk saling menasihati dan ingat mengingati akan prinsip agama antara satu sama lain dalam kita bertukar-tukar khabar. Ini kerana agama Islam ialah agama yang menghargai kasih sayang sesama manusia dan salah satu cara berkasih sayang ialah dengan mengalakkan amalan yang baik dan menegur serta menegah sikap yang kurang baik. Hal ini juga merupakan hak seorang Muslim sesama Muslim sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Hak seorang Muslim terhadap Muslim ada enam iaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam. Bila ia memanggilmu penuhilah, bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, bila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah jawablah yarhamukallah (Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), bila dia sakit jenguklah dan bila dia meninggal dunia, hantarkanlah jenazahnya. (Riwayat Muslim) 4. Menjaga Hati Orang Lain Kesihatan hati berkait rapat dengan kesihatan iman dan rohani. Hati ialah seketul daging yang amat mudah berubah dan senang terluka. Ia malah lebih sukar dijaga dari sebiji telur. Bersabda Rasulullah SAW: Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, ketahuilah segumpal daging tersebut ialah hati Oleh kerana rentannya hati ini, kita disuruh menjaga sebaik mungkin dari bisikan syaitan, rasa was-was, bersyak wa sangka, berdendam, berhasad dengki, mengumpat, mengeji dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya hati yang baik melahirkan niat yang baik sedangkan niat sahaja sudah mampu menjana pahala. Bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang mencari-cari aib saudaranya yang lain maka Allah akan membuka aibnya Menyakiti hati orang lain termasuk menyeksanya, Sesungguhnya Allah SWT akan menyeksa orang-orang yang menyeksa manusia di dunia (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi) Begitu juga perbuatan fitnah iaitu menabur berita palsu berkenaan seseorang ialah satu dosa besar. Malah diumpamakan seperti membunuh sebagaimana maksud firman Allah SWT: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." Sebaliknya kita digalakkan memaafkan kesalahan orang lain untuk membersihkan hati sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memaafkan (kesalahan) seorang Muslim, maka Allah SWT akan memaafkan kesalahannya. (Hadis Riwayat Abu Daud) Begitu juga, kemaafan yang diberikan akan meraih kemaafan Allah SWT: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Selain sentiasa memaafkan orang lain, bantu membantu dan bersikap lemah lembut sesama yang lain amat disukai Allah SWT. Bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa dari kalian yang mampu untuk memberikan manfaat bagi saudaranya maka lakukanlah (Hadis Riwayat Muslim). Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Akan diharamkan untuk masuk neraka setiap

orang yang berlemah lembut, ramah dan mempermudah (masalah) dari manusia. Dalam menjaga hati manusia, wajarlah kita mendengar sudut pandangan mereka yang mungkin berbeza dari kita dan sekiranya perlu menolak, lakukanlah dengan sebaik-baiknya. Ini termasuk menjaga intonasi suara, mimik muka, pemilihan perkataan dan bahasa tubuh. 5. Menjaga Hak Orang Lain Wajib bagi kita menjaga hak saudara kita seperti maksud hadis diatas. Ditambah lagi dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang Islam sesama Islam adalah bersaudara tidak boleh menzaliminya dan membeban sesuatu yang memberatinya dan siapa yang menunai sesuatu hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan sesuatu bala orang Islam, Allah akan melepaskan segala bala kesusahannya di akhirat, dan sesiapa yang menutup keaiban mana-mana orang Islam Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat. (Riwayat Bukhari) Apabila kita menyedari hak kita dan hak orang lain dan berusaha untuk memenuhi hak-hak mereka, akan tenanglah kehidupan kita, timbullah rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati. Itulah yang diharapkan agama. Walaupun terdapat beberapa perkara yang menyekat umat Islam dari melakukan sewenang-wenangnya sehingga diumpamakan seperti hidup di dalam penjara, peringatan-peringatan dan galakkan-galakkan inilah yang membantu memberikan satu kehidupan yang tenang lagi bermakna di dunia ini sehingga terlaksana tujuan kita berada dimuka bumi ini. Marilah kita menjaga hak saudara kita, InsyaAllah, hak-hak kita akan dijaga oleh saudara kita dan Allah SWT sendiri. Lebih dituntut lagi, menjaga rasa hormat yang mendalam kepada mereka yang disekeliling kita. Ini kerana mereka disekeliling kita adalah orang yang paling hampir dan paling banyak mengajar kita sama ada secara langsung ataupun tidak. Justeru, disebabkan pengaruh dan pengajaran mereka dalam kehidupan kita, wajarlah kita menzahirkan penghargaan yang berterusan dengan menunjukkan rasa hormat dan sopan selain ucapan terima kasih. Pepatah Inggeris berbunyi: Action speaks louder than words. Wallahualam. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ditulis oleh: Ustazah Azeemah Mustafa, BA (Hons) Pengajian Islam (Perbandingan Agama), MA Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ustaz Rafiuddin Ismail, BA Syariah, Universiti Al Azhar, Mesir.

KARANGAN : LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN MASYARAKAT Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini terjadi demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri anak-anak

mereka.Jika nilai-nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak dibangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui bantuan pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayamkerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatahapi kecil baik dipadam.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana belakang parang jika diasah tajam juga.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di rumah.Dalam mengatasi masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita semakin kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tunggak negara pada masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilainilai moral dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara.Seperti yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen.JIka pihak media massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat di luar sana.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata pepatahyang berpayung yang ditembak

Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam mengadakan program kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti gotong-royong membersihkan kampung,menolong keluarga miskin dan sebagainya.Program seperti ini dapat mengajar penduduk kampung tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang harmonis.Program seperti ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini yang hanya mengejar kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti katak dibawah tempurung yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu,program seperti ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara ini.

Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatahBersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga.

Soalan 3 Nilai-nilai murni boleh menjadi asas kepada pembentukan sahsiah seseorang individu.

Bincangkan langkah-langkah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormatmenghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsa istiqamah yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan? Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak anak-anak merah tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi haiwan. Mereka mestilah memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tidak bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Malah, mereka harus mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah orang. Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi, bak rangkap sajak berikut,

Hikayat Melayu disanjungi warisan, Menjadi wahana penglipur nestapa, Anak bersopan tonggak wawasan, Berkat usaha ibu dan bapa.

Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam sukma kanakkanak tidak harus kita kesampingkan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi, berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan menghargai alam sektiar, hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan undang-undang wajar diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Kendatipun, untuk mencapai misi yang komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni haruslah diamalkan secara berkesan. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah boleh menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan memberi anugerah Pelajar Sopan kepada pelajar yang bersikap sopan santun, menghormati guru-guru dan berhemah tinggi sepanjang berada di sekolah supaya boleh menjadi suri teladan kepada pelajar lain. Tambahan pula, para pendidik harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang

adab sopan ketika berada di dalam kelas, adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan. Hal ini kerana misi pendidikan negara kita bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, malah juga untuk melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, bermoral dan bertatasusila, sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni Kesopanan dan Kesusilaan. Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan merupakan senjata yang dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius masalah yang berkaitan sahsiah kanakkanak bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Pihak kerajaan sepatutnya bersendel bahu dengan pihak media massa dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan Karyawan Malaysia dan lain-lain lagi untuk menggerakkan kempen Budi Bahasa Budaya kita secara menyeluruh di tanah air kita kerana bersatu teguh bercerai roboh. Barangkali, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan tidak berkesan kerana tidak disokong oleh banyak pihak, termasuklah syarikat-syarikat swasta yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buktinya, kempen Kami Prihatin gagal mengurangkan kemelut sosial yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita, iaitu isu pembuangan bayi. Berikutan itu, kempen Budi Bahasa Budaya kita hanya akan berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri dalam pelaksanaannya. Dalam pada itu, kempen ini perlu disempurnakan di peringkat awal persekolahan, iaitu tadika untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah, pertandingan menulis esei, melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh dilaksanakan sempena kempen ini. Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan muridmurid dalam kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah, bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat. Selain itu, kempen tersebut haruslah disokong oleh artisartis tempatan dan luar negara yang menjadi idola masyarakat, seiring dengan trend pemudapemudi kini yang suka mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek. Jelaslah menunjukkan bahawa kempen-kempen yang mendapat sokongan semua pihak mampu mencapai matlamat melahirkan kanak-kanak yang bersahsiah mulia. Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak. Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-kanak pada era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka akan tergila-gila kepada media baru. Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanakkanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat barang amat berkesan kepada penonton. Malahan, drama-drama seperti Precious Babies, Three Pads, One Mom, Hwang Jin Yi, Next Stop, Happiness dan lain-lain lagi mengandungi babak-babak yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kanak-kanak. Akhirulkalam, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak langkah yang afdal bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak agar memacu pembangunan negara untuk

memakbulkan hasrat mencapai Wawasan 2020. Kita sedia maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam diri individu akan menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat. Selaras dengan peribahasa Melayu yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak, bak rangkap sajak yang dipetik daripada sajak Seuntai Kata Untuk Dirasa karya A. Samad Said,

Sekarang singkirkan semua bicara, Sekarang kumpulkan tenaga raksasa, Tiba saat berbunga merah, Serentak kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai