Anda di halaman 1dari 17

GPM 1083

Pembentukan Insan
Moral Terpimpin
Menghormati Orang Lain

Tan Yong Tien


Apakah Insan Moral Terpimpin?
• Insan Bermoral merupakan seseorang yang
berkelakuan yang boleh diterima oleh
masyarakatnya dengan cara mematuhi segala
set peraturan yang telah ditetapkan oleh
autoriti.
Orang yang bermoral mempunyai
hemah tinggi seperti:
• a. Bebudi pekerti, bertingkah laku mulia
serta berbudi bahasa
• b. Tidak sombong, tidak menunjuk-
nunjuk dalam pergaulan seharian.
• c. Bergaul mesra, tidak mengasingkan diri
serta sedia mengakui kelemahan dan
kekurangan diri.
• d. Jujur- niat baik, amanah, ikhlas tanpa
mengharapkan balasan.
Orang bermoral juga mempunyai sifat
hormat-menghormati terhadap:

• Raja dan negara


• Orang yang lebih tua, guru, rakan, dan jiran
• Ibu bapa
• Hak asasi manusia
• Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
• Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu
• Undang-undang
• Maruah diri
Ciri-ciri Insan Bermoral
• 1. Menghormati autoriti (ibu bapa, guru,
pemimpin negara dan agama) yang
menunjukkan contoh teladan serta amalan
yang bermoral. Menghormati agama dan
kepercayaan orang lain serta menghargai
nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang
bermoral juga akan membuat keputusan
moral secara autonomous setelah
menimbangkan segala fakta, alternatif dan
kesannya.
Ciri-ciri Insan Bermoral
• 2. Mempunyai emosi atau motivasi moral
untuk melakukan sesuatu yang benar selepas
keputusan moral diambil. Seseorang akan
sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak
bermotivasi untuk melakukannya.
Ciri-ciri Insan Bermoral
• 3. Mempunyai iltizam untuk melakukan
sesuatu yang patut dilakukan secara
berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan
peraturan yang asas.
Definisi Menghormati orang lain
• Menghargai dan memuliakan
seseorang dan institusi sosial dengan
memberi layanan yang bersopan.
Ciri-ciri Menghormati Orang Lain
• Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum,
agama, darjat, harta dan pangkat.

• Memberi layanan mesra, sopan dan memberi


penghormatan kepada orang lain.

• Menghargai budi, jasa, pendapat dan


kebolehan orang lain
Ciri-ciri Mengamalkan Nilai
Menghormati Dengan Orang Lain
• Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan
kebolehan orang lain.
• Mewujudkan persefahaman dan kerjasama
dengan orang lain.
• Melatih dari supaya berkelakuan sopan
dengan orang lain.
• Melatih diri supaya tidak emosional dengan
orang lain.
Kepentingan insan mengamalkan nilai
menghormati orang lain

• Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan


masyarakat sangat penting sebagai satu
wadah untuk mewujudkan masyarakat yang
hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera.
• Masyarakat akan mempunyai hasrat dan
bekerjasama untuk membangunkan negara
tanpa mengira bangsa dan agama masing-
masing.
Kepentingan insan mengamalkan nilai
menghormati agama orang lain
• penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan
wajar diamalkan oleh setiap insan bagi
membentuk masyarakat yang berpegang teguh
kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama
dapat membentuk insan mulia dalam diri
seseorang di samping memberi kebaikan kepada
negara.
• Nilai-nilai murni yang berasaskan agama amat
penting untuk menjana mentaliti tahap pertama
dalam jiwa masyarakat.
Kepentingan insan mengamalkan nilai
menghormati orang lain

• Dapat menyemai rasa cinta akan Negara sekaligus


menghargai keamanan yang dikecapi.
• Masyarakat akan menjadi lebih berjiwa murni di
samping tidak dengki antara satu sama lain dan
seterusnya kesejahteraan masyarakat akan
tercapai serta membentuk insan moral yang
terpimpin melalui penerapan menghormati orang
lain.
Kesan Tidak Mengamalkan Nilai
Menghormati Orang Lain
• Munculya perpecahan dan terjadinya
ketidakstabilan dalam berbagai aspek
khususnya aspek sosial dan menjadikan
negara semakin huru-hara.
• Bangsa akan berpecah belah dan perpaduan
kaum tidak akan tercapai.
• Hubungan diplomatik akan terjejas.
• Berlaku campur tangan kuasa luar dalam
pentadbiran.
Kesimpulan
• Kesimpulannya, penerapan nilai menghormati orang lain
dalam kalangan masyarakat di Malaysia amat penting
kerana perkara ini dapat memberi banyak kemaslahatan
demi kesejahteraan sejagat dan dapat membentuk insan
moral yang terpimpin.
• Masyarakat yang mengamalkan nilai menghormati orang
lain juga akan menghargai keamanan dan yang
dikecapisekiranya masyarakat Malaysia saling bertegur
sapa tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit
malah mempraktikkan lirik lagu “senyum tak perlu kata
apa-apa”, maka secara automatik mereka dapat
menzahirkan rasa hormat dalam diri masing-masing dan
seterusnya melahirkan insan moral yang terpimpin.
Rujukan
• Norina Hasan (2013) Kongsi Ilmu Anugerah Ilahi
dipetik daripada http://amelan2013.blogspot.my/
pada 23 Februari 2017
• wikiHow Cara Menghormati Orang Lain dipetik
daripada http://id.wikihow.com/Menghormati-
Orang-Lain pada 23 Februari 2017
• Aaron Avit (2016) Kepentingan penerapan nilai-nilai
murni dalam kalangan masyarakat Dipetik daripada
https://aaronnavit.blogspot.my/2015/12/kepentinga
n-penerapan-nilai-nilai-murni.html pada 23 Februari
2017
Sekian, Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai