Anda di halaman 1dari 3

PENGERTIAN

Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di
dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.
Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah
kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.
* Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang
berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia
juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka
sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

Subhanakallah humma wabihamdika asyhadu anla ilaha illa antastaghfiruka


wa atubu ilaikl

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada
hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis.
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut
suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini.
Berkata (Rasulullah SAW): Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang
berlaku dalam majlis
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis,
baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?


Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di
ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini
hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna
dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan

beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran

serta berpesan-pesan dengan sabar.


Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin
diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:
At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: Dua orang
sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah
melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka
saling memberi salam antara satu sama lain

Anda mungkin juga menyukai