Anda di halaman 1dari 5

Bacaan doa selepas solat fardhu

BACAAN DOA SELEPAS TAHAYAT AKHIR

Sabda Rasulullah s.a.w. Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, hendaklah kamu berdoa
memohon perlindungan kepada Allah terhadap empat perkara : Berlindung daripada azab jahannam,
daripada azab kubur, daripada ujian hidup dan mati; serta berlindung daripada kejahatan al-masih addajjal. (HR Muslim)...
Dalam riwayat lain : Apabila kamu selesai bertasyahhud, hendaklah memohon perlindungan dengan
Allah daripada empat perkara, baginda membaca : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu
daripada azab jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati, dan daripada
keburukan fitnah masih ad-dajjal. (HR al-Bukhari dan Muslim)...
Daripada Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW berdoa di dalam solat :




Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu
daripada fitnah masih ad-dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya
Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada hambatan dosa dan hutang. (HR al-Bukhari
dan Muslim)...
Daripada Ali RA, katanya : Rasulullah SAW, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan
salam :





Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa
yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah
yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau. (HR Muslim)....
Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, daripada Abu Bakar as-Siddiq RA : Abu Bakar berkata kepada
Rasulullah SAW : Ajarlah kepadaku satu doa, yang aku akan berdoa di dalam solatku. Baginda
menjawab :

Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak;
oleh itu tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan
dariMu, rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (HR al-Bukhari
dan Muslim)....

BACAAN DOA QUNUT

Anda mungkin juga menyukai