Anda di halaman 1dari 11

http://cikgumadrid.blogspot.

com

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

LAPORAN
PENGALAMAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1
18000 Kuala Krai, Kelantan

NAMA

: MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI

NO. I/C

: 891207-03-5203

ANGKA GILIRAN

: 2010211310030

KURSUS

: PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010

NAMA PENSYARAH : USTAZAH KAMARIAH BT. HUSSIN


TARIKH HANTAR

: 12 SEPTEMBER 2011

http://cikgumadrid.blogspot.com

1.0 KONSEP DAN MATLAMAT MATA PELAJARAN MORAL


Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan
dan tingkah laku yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran
tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan,
sikap

atau cara

berkelakuan yang

sejajar dengan tatasusila dan peratuaran

masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang
berlandaskan

standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang

individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah
laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima.
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global.
Matlamat pengajaran pendidikan moral juga adalah untuk memastikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dirancang berjaya dicapai dengan
semaksimumnya.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
kehormanian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

http://cikgumadrid.blogspot.com

2.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL


Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama
Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran ini yang memberi
tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia yang bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi
mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.
Pengajaran pendidikan Moral di sekolah membolehkan murid memahami dan
menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia serta dapat meningkatkan amalan
budi pekerti mulia. Selain itu, pendidikan moral membolehkan murid menyedari dan
menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan
kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara
serta alam sekitar.
Pendidikan moral juga penting diajar di sekolah bagi mengembangkan
pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid dalam membuat sesuatu
pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup
yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu
masyarakat yang adil dan harmoni serta masyarakat yang progresif dan maju.
Dewasa ini, murid terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang
menguji pendirian dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari
kalangan ibu bapa tetapi

juga pihak sekolah.

Justeru, pendidikan Moral

di

sekolah dapat membantu pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau
masalah moral dengan lebih rasional dan berkesan.
Akhir sekali, pendidikan Moral juga dapat mengimbangi

nilai-nilai

tradisi

masyarakat Malaysia daripada terhapus disebabkan perubahan dalam masyarakat


hasil

daripada globalisasi yang banyak memberikan kesan negatif terhadap sistem

nilai masyarakat.

http://cikgumadrid.blogspot.com

3.0 NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN MORAL


Mengikut sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), terdapat 14 nilai
utama yang diajar iaitu : kepercayaan kepada Tuhan; baik hati; bertanggungjawab;
berterima kasih; hemah tinggi; hormat; kasih sayang; keadilan; keberanian;
kejujuran; kerajinan; kerjasama; kesederhanaan dan toleransi
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pula, nilai-nilai moral yang
diajar boleh dibahagikan kepada lima bidang pembelajaran iaitu nilai berkaitan dengan
Perkembangan Diri; nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga; nilai berkaitan dengan Diri dan
Masyarakat; nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar dan nilai berkaitan dengan Diri dan
Negara.
Nilai-nilai yang sama diulang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 pada setiap tahun tetapi skop
dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan
semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid.

Secara umum nilai-nilai murni dalam kurikulum merupakan kesepaduan


antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Pendidikan nilai adalah
sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Pendidikan nilai menjadi salah satu unsur yang penting setelah
Kementerian Pendidikan melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam
kurikulum.
Nilai-nilai murni ini dirancang untuk merentasi kurikulum dan kurikulm
tersembunyi. Justeru itu sukatan mata pelajaran yang dibentuk berdasarkan KSSR
dan KBSR telah mencadangkan nilai-nilai yang dianggap releven dan dapat
diserapkan ke dalam semua mata pelajaran.
Pendekatan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

nilai

murni

dalam

Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam


semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Kerasionalan pengajaran nilai dalam
merentasi kurikulum adalah kerana nilai-nilai murni ini menjadi teras penting dalam
semua mata kurikulum mata pelajaran di sekolah dan juga FPK menekankan
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan berpegang teguh kepada
agama.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.0 SOALAN ESEI BERDASARKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


4.1 PERANAN PIHAK PENGURUSAN DALAM MEMPERKEMBANGKAN ASPEK
PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL DAN AKHLAK MULIA
Aspek pembentukan insan bermoral dan akhlak mulia tidak akan dapat
dilaksanakan jika tidak ada pihak yang ingin memainkan peranan masing-masing.
Antara pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan di sekolah ialah guru
besar, ketua panitia dan guru kelas. Saya telah menemubual beberapa orang guru di
SK Sultan Yahya Petra 1 semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah.
4.1.1 GURU BESAR
Guru besar SK Sultan Yahya Petra 1 bernama Encik Roznan bin Mohd Noor.
Sebagai guru besar sudah tentunya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.
Antaranya peranannya adalah menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan
disiplin secara menyeluruh, mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh
Badan Disiplin.
Seterusnya, beliau juga berjumpa dengan ibu bapa dan penjaga semasa mesyuarat
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Dalam mesyuarat ini, beliau akan menjelaskan
prestasi dan sikap murid-murid di sekolah. Beliau turut membincangkan aktivitiaktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah.
Selain itu, beliau menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan
serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan.
Akhir sekali, beliau turut menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik
darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru . Memeriksa
buku kemajuan murid, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum
dari masa ke semasa.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.1.2 KETUA PANITIA


Ketua panitia moral memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
insan bermoral dan akhlak mulia. Guru yang telah saya temubual bernama Raja
Ismail bin Raja Ibrahim. Beliau juga bertugas sebagai pemimpin pengakap sekolah.
Antara tugas beliau adalah mengadakan mesyuarat bersama panitia-panitia mata
pelajaran moral yang lain bagi mebincangkan rancangan pengajaran tahunan,
rancangan pengajaran bulanan dan rancangan pengajaran mingguan. Beliau juga
membincangkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun bagi memastikan objektif pengajaran moral tercapai.
Beliau juga mengadakan usaha khidmat bimbingan kepada ahli-ahli panitia.
Beliau sentiasa bersedia untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh guru
subjek pendidikan moral dari masa ke semasa. Peranan ketua panitia ini amat
penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan
prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras
dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Selain itu, beliau juga sentiasa menghadiri kursus yang dijalankan oleh
Jabatan Pendidikan Negara (JPN) bersama ketua panitia sekolah lain bagi berkongsi
idea, masalah-masalah dan cadangan-cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan di sekolah bagi memastikan pembentukan nilai dapat dilaksanakan dengan
cara yang paling berkesan. Selepas menghadiri kursus, beliau akan memberi kursus
dalamam kepada guru-guru subjek pendidikan moral. selepas menghadiri kursus.
Seterusnya, beliau juga bertanggungjawab menyemak soalan-soalan ujian
sebelum dicetak bagi memastikan sukatan dan kandungan soalan menepati
kehendak

KSSR

ataupun

KBSR.

Selepas

ujian

dijalankan,

beliau

akan

mengumpulkan markah-markah ujian murid-murid yang diambil daripada guru-guru


subjek pendidikan moral. Selepas itu, beliau akan mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid serta cadangan
penambahbaikan ataupun aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid-murid.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.1.3 GURU PENDIDIKAN MORAL


Guru pendidikan moral di sekolah mempunyai tanggungjawab yang penting
dalam membentuk sahsiah murid. Sebagaimana yang kita maklum, murid-murid
pada zaman ini mudah terdedah dengan gejala-gejala yang kurang sihat. Justeru,
mereka memerlukan didikan moral iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan,
kefahaman, penghayatan, dan pengamalan nilai murni. Guru-guru pendidikan moral
harus mengambil inisiatif untuk menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran agar pelajar mengambil serius tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka.
Melalui temubual saya bersama seorang guru pendidikan moral, Pn. Sabariah
Bt Jusoh yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, beliau
mengatakan bahawa guru pendidikan moral perlulah sentiasa bersedia

untuk

mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran


moral yang sedia ada.

Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral

murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral


dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan
pengetahuan moral

kanak-kanak

ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk

melahirkan individu yang bermoral tinggi.


Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa guru Pendidikan Moral perlu
mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran supaya pembelajaran menjadi
lebih menarik. Sebagai contoh, beliau sering memilih aktiviti-aktiviti yang menarik dan
memberikan pengalaman langsung kepada murid. Beliau juga pernah membawa
murid-murid untuk melawat rumah orang tua dan rumah anak yatim yang berdekatan
Melalui pengalaman tersebut

mereka

akan

dewasa

dengan

jiwa

prihatin

yang kaya dengan nilai kemanusiaan.


Seterusnya, beliau juga berperanan membuat semakan buku latihan muridmurid. Beliau akan menanda buku latihan murid-murid sekurang-kurangnya sekali
seminggu bagi melihat perkembangan dan memperbaiki kelemahan murid-murid.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.2 STRATEGI DAN PERKAEDAHAN


Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas seorang guru pendidikan moral
yang juga merangkap sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SK Sultan Yahya Petra
1 pada 24 Ogos 2011 semasa beliau menjalankan proses P&P untuk murid Tahun 1.
Dalam kelas ini hanya terdapat dua orang murid sahaja. Beliau telah mengajar tajuk
keadilan. Beliau telah menggunakan strategi berpusatkan murid dan menggunakan
kaedah bercerita dan nyanyian. Pada walnya, beliau telah menceritakan kepentingan
sikap keadilan dalam masyarakat. Kemudian, beliau memberikan sebiji kuih kepada
setiap murid dan menanyakan murid sama ada apa yang beliau lakukan adalah adil
ataupun tidak bagi melihat kefahaman murid tentang konsep keadilan. Pada akhir
sesi pengajaran, beliau meminta murid untuk menyanyikan sebuah lagu yang
bertemakan keadilan.
Pada pandangan saya, guru tersebut boleh memulakan sesi pengajaran
dengan menayangkan sebuah video bagi memberikan gambaran awal tentang
konsep keadilan tanpa terus menceritakan kepentingan keadilan. Selepas tayangan
ini, barulah guru boleh bertanyakan kepada murid apa yang telah mereka lihat. Guru
perlu membimbing murid sehingga murid tersebut dapat menyatakan konsep
keadilan. Cara ini dapat meningkatkan daya kognitif murid-murid dan bersesuaian
dengan strategi berpusatkan murid.
Selain itu, saya mencadangkan agar guru tersebut menjalankan sedikit
penilaian seperti mengadakan kuiz ringkas kepada murid bagi memastikan murid
tersebut faham apa yang mereka telah pelajari sekali gus dapat memastikan sama
ada objektif pembelajaran tercapai atau sebaliknya.

http://cikgumadrid.blogspot.com

4.3

PERSEKITARAN

SEKOLAH,

PROGRAM

DAN

AKTIVITI

DALAM

PEMUPUKAN NILAI
Di SK Sultan Yahya Petra 1, persekitaran sekolah sangat baik dalam
memupuk nilai murni. Hal ini demikian kerana, tahap kebersihan di sekolah ini sangat
baik. Tambahan pula, guru-guru sentiasa menggalakkan murid-murid untuk menjaga
kebersihan dan menjaga alam semula jadi dalam kawasan sekolah. Terdapat
lanskap yang sangat menarik di sekolah ini.
Budaya hormat-menghormati kurang jelas diwujudkan di sekolah ini. Sebagai
contoh, budaya memberi salam apabila murid bertemu dengan guru. Melalui
pemerhatian saya,murid-murid di sekolah ini jarang memberikan salam kepada guru
apabila berjumpa dengan guru.
Selain itu, semangat patriotik juga dapat dilihat di sekolah ini. Sebagai contoh,
banyak bendera telah dipasang di kawasan sekolah sempena kedatangan bulan
kemerdekaan pada 31 Ogos 2011. Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah
pula akan disambut pada minggu pertama selepas cuti hari raya. Dalam sambutan
ini, terdapat banyak aktiviti yang dirancang seperti mendeklamasikan sajak, nyanyian
lagu bertemakan kemerdekaan, kuiz kemerdekaan dan sebagainya.
Selain itu, semasa sesi perhimpunan pagi pada setiap hari, guru-guru silih
berganti untuk menyampaikan tazkirah pendek selama 10 minit untuk menerapkan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Seterusnya, terdapat program solat hajat dan
bacaan surah yasin pada setiap hari khamis sebelum memulakan pembelajaran bagi
murid Tahun 6. Nilai keagamaan ini dapat mendekatkan murid kepada penciptaNYA.
Aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum ini
bermula pada pukul 2.30 petang. Antara jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah ini adalah sukan, aktiviti badan beruniform serta aktiviti kelab
dan persatuan. Kegiatan kokurikulum dapat melahirkan murid yang seimbang dari
segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan FPK. Selain itu, aktiviti
ko-kurikulum juga dapat mengembangkan potensi dan bakat murid dalam pelbagai
aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk menerapkan
nilai-nilai murni melalui perkembangan diri individu ke dalam diri murid-murid.

http://cikgumadrid.blogspot.com

5.0 RUMUSAN/CADANGAN
Semua pihak perlu berganding bahu dalam pembentukan nilai murid-murid di
sekolah. Tanggungjawab ini bukanlah semata-mata diserahkan kepada guru-guru di
sekolah bahkan ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membentuk nilainilai kepada anak-anak mereka. Ini akan memudahkan tugas guru di sekolah jika ibu
bapa dapat memberi kerjasama yang jitu dalam menerapkan nilai-nilai kepada muridmurid.

Setiap masalah murid yang berlaku, guru perlu menyelesaikannya dengan


berhemah supaya murid teus minat untuk hadir di sekolah. Guru juga perlu
membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu
memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya
rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Selain itu, guru juga perlu menjadi role model kepada murid-murid di sekolah
supaya murid-murid lebih bermotivasi dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru.
Guru yang baik akan melahirkan murid yang baik.

Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalankan PBS ini, saya mencadangkan


beberapa perkara yang boleh dilaksanakan di sekolah ini. Antaranya, pihak sekolah
boleh melaksanakan program 3 S (Senyum, Salam dan Sapa) bagi menangani
masalah kurangnya kesedaran murid terhadap budaya memberi salam kepada guru.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap pemupukan nilai bagi
membentuk insan bermoral dan akhlak mulia di sekolah ini.

http://cikgumadrid.blogspot.com

6.0 LAMPIRAN

Subjek : Pendidikan Moral


Tahun : 1 Cerdas
Bilangan murid : 2 orang
Masa : 11.00 pagi-11.30 pagi
Tarikh : 24 Ogos 2011
Tajuk : Keadilan

Gambar 1 : Guru dan


murid murid pendidikan
moral Tahun 1

Gambar 2 : Guru memberikan sebiji kuih kepada muridmurid bagi menerangkan konsep keadilan.

Anda mungkin juga menyukai