Anda di halaman 1dari 21

Segala

pengajaran yang
indah-indah
Hai segala anak Adam lelaki dan perempuan! Percayakan oleh kamu akan segala
pengajaran ini jangan engkau syak akan dia kerana segala pengajaran ini setengahnya aku
ambil daripada perkataan Allah Ta’ala dan setengahnya aku ambil daripada perkataan
Rasulullah S.A.W

(Dan setengahnya) aku ambil daripada perkataan sahabat Radiyallahu ‘anhum, (dan
setengahnya) aku ambil daripada perkataan auliya’ Allah Radiyallahu ‘anhum (dan
setengahnya) aku ambil daripada perkataan hukama’ dan ulama’ yang amilin
rahimahullah ‘alaihim.

(Hai anak Adam), taruhkan pada sisi kau jangan kamu beri jauh akan dia dan tilik akan
kamu kepadanya sehari sekali atau seJumaat sekali atau sebulan sekali, jangan kamu
takhirkan daripadanya mudah-mudahan jadi lembut hati kamu.

(Hai anak Adam), jika kamu percaya akan pengajaran ini serta diamal akan dia, maka
kamulah hamba pilihan dan jika kamu mungkar akan dia dan tiada kamu amalkan akan
dia, maka kamulah makhluk Allah yang kerugian dan jikalau ada kamu hafaz seribu kitab
sekalipun.

(Dan barangsiapa) berkehendak kemenangan di dalam dunia dan akhirat, maka hendaklah
menaruh akan kitab ini serta melazimkan menilik ke dalamnya kerana adalah di dalam
kitab ini bebarapa pengajaran..

Karangan Maulana As Syeikh Abdur Rauf Fanshuri Acheh


Pengajaran Yang Pertama

Berkata Allah S.W.T: Tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan
mati, maka betapa suka ia.
(Dan) tercengang Aku barangsiapa yang yakin ia akan hisab (yakni) kira-
kira pada hari kiamat, maka betapa menghimpunkan ia akan harta.
(Dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan kubur, maka
betapa tertawa-tawa ia dan `ajaiblah Aku, yakni hairanlah Aku bagi
barangsiapa yang yakin ia akan akhirat, maka betapa bersenang-senang di
dalam dunia.
(Dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan fana dunia dan
hilangnya betapa ia mengambil ketetapan ia di dalam dunia.
(Dan) tercengang Aku bagi orang yang `alim ia dengan lidahnya dan jahil
dengan hatinya.
Dan tercenganglah Aku bagi orang yang bimbang ia dengan keaiban
manusia padahal lupa ia akan keaiban dirinya.
Dan tercenganglah Aku bagi barang yang bersuci ia dengan air pada zahir
jua padahal ia tiada menyuci akan hatinya.

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya


Allah Taala itu Amat Melihat kepadanya, maka betapa ia derhaka akan dia.

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya


dirinya itu lagi akan mati padahal seorang dirinya dan masuk kubur ia
padahal seorang dirinya, maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala
manusia tiada Tuhan melainkan Allah padahal sebenarnya bermula
Muhammad itu hambaKu dan RasulKu.
Pengajaran Yang Kedua

Berkata Allah SWT: Aku naik saksi bagi diriKu bahawa tiada Tuhan
melainkan Aku jua. padahal EsaKu tiada sekutu bagiKu dan bahawasanya
Muhammad itu hambaKu dan RasulKu, dan barangsiapa tiada redha ia akan
segala hukumKu dan tiada sabar ia atas segala bala'Ku dan tiada syukur ia
akan segala ni'matKu dan tiada memadai ia dengan pemberianKu, maka
keluarkan oleh kamu daripada bumiKu dan langitKu, maka tuntut oleh kamu
akan Tuhan yang lain daripada Aku.

Dan barangsiapa pagi-pagi ia padahal ia dukacita akan dunia, maka


seolah-olah ia marah akan Daku. Dan barangsiapa mengadu-ngadu ia akan
kesakitan, maka sungguhnya mengadu-ngadu ia akan Daku.

Dan barangsiapa masuk kepada orang kaya atau bertemu ia dengan


dia, maka merendah ia akan dirinya baginya kerana kayanya nescaya
hilanglah dua sulus (satu pertiga) agamanya.

Dan barangsiapa menampar ia akan mukanya atau kepalanya kerana


kematian, maka seolah-olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia
akan Daku dengan dia.

Dan barangsiapa memecah ia akan kayu atas kubur mayat, maka seolah-
olah meruntuh ia akan pintu Ka'bahKu dengan tangannya.

Dan barangsiapa berkemeh (kencing) pada barang mana pintu yang


masuk ia padanya nescaya memasuk ia akan dia oleh Allah Ta'ala ke dalam
neraka jahannam.
Dan barangsiapa tiada ada ia bertambah pada agamanya, yakni
tiada bertambah takutnya akan Allah Ta'ala, maka iaitu di dalam
kekurangan.
Dan barangsiapa ada ia di dalam kekurangan, maka mati itu terlebih baik
baginya dan barangsiapa mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia
nescaya memberi akan dia oleh Allah swt akan ilmu yang tiada mengetahui
ia, dan barangsiapa panjang angan-angannya nescaya tiada hasil dengan dia
amalnya.

Pengajaran Yang Ketiga

Berkata Allah Tabaraka wa Ta'ala: Hai anak Adam, padakan oleh kamu
dengan yang sedikit supaya kayalah engkau dan tinggalkan olehmu dengki
supaya senanglah hatimu dan jauhkan olehmu akan segala yang haram
supaya ikhlaskan akan agama.
Dan barangsiapa meninggal ia akan mengumpat-umpat akan
seseorang nescaya zahirlah kasih baginya.
Dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada segala manusia nescaya
sejahteralah ia daripada fitnah mereka itu.
Dan barangsiapa sedikit perkataannya nescaya sempurnalah aqalnya.
Dan barangsiapa redha ia dengan barang yang sedikit, maka sungguh
percaya ia akan Allah Ta'ala.
(Hai anak Adam), engkau dengan barang yang engkau ketahui tiada engkau
amalkan, maka betapa engkau menuntut akan ilmu yang belum engkau
ketahui.
Hai anak Adam, engkau kerjakan di dalam dunia seolah-olah engkau tiada
mati selama-lamanya dan engkau himpunkan akan harta seolah-olah engkau
kekal selama-lamanya.
Hai dunia, dinding olehmu akan daku daripada orang yang loba
(tamak) akan dikau dan daripada orang yang mengkehendak
kelebihan daripadamu dan jadikan olehmu akan dirimu manis pada
mata segala orang yang menilik kepadamu dan segala orang yang gemar
kepadamu.
Pengajaran Yang Keempat

Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, barangsiapa berpagi-pagi padahal


dukacita ia akan dunia nescaya tiadalah bertambah daripada Allah Ta'ala
melainkan jauh dan tiada bertambah di dalam dunia melainkan penyakit
dan tiada bertambah di dalam akhirat melainkan murka dan melazim oleh
Allah Ta'ala akan hatinya dukacita yang tiada berkeputusan daripadanya
selama-lamanya dan melazim oleh Allah Ta'ala akan hatinya bimbang yang
tiada selesai daripadanya selama-lamanya dan akan papa yang tiada
merasai kaya selamanya.
(Hai anak Adam), pada tiap-tiap hari kurang ia daripada umurmu dan
engkau tiada tahu dan datang akan dikau pada tiap-tiap hari rezekimu
padahal engkau tiada memuji akan Daku, maka tiada engkau padakan
dengan yang sedikit dan tiada kenyang engkau dengan yang banyak.
(Hai anak Adam), tiada jua pada tiap-tiap hari melainkan datang akan
dikau rezekimu daripada pihakKu dan tiada daripada tiap-tiap malam
melainkan mendatang akan Daku oleh malaikat daripada pihakmu dengan
amal yang keji dan engkau makan akan rezekiKu padahal engkau derhaka akan
Daku dan engkau minta daripada Aku, maka Aku perkenankan bagimu.
(Bermula) kebajikanKu kepadamu turun la dan kejahatanmu
kepadaKu naik ia, maka sebaik-baik Tuhan dan sebaik-baik yang menolong
bagimu Aku dan sejahat-jahat hamba itu engkau bagiKu dan engkau pinta
daripadaKu, maka beri akan dikau dan Aku tutup atasmu akan suatu
kejahatan kemudian daripada suatu kejahatan dan satu aib kemudian
daripada satu aib.
Bermula Aku itu malu Aku daripadamu dan engkau itu tiada malu
daripadaKu dan engkau lupa akan Daku dan engkau ingatkan akan yang
lain daripadaKu dan engkau takut akan manusia dan tiada engkau
takutkan akan Daku dan engkau takut daripada marah manusia dan tiada
engkau takutkan akan murkaKu.
Pengajaran Yang Kelima

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), jangan ada engkau setengah
daripada orang yang taksir (menangguh) ia akan taubat dan panjang angan-
angan dan harap ia akan kebajikan akhirat dengan ketiadaan amal engkau.

Kata seperti kata orang yang soleh: Dan engkau perbuat seperti perbuatan
munafiq jika aku beri akan dikau tiada engkau padakan dan jika tiada aku
beri akan dikau tiada engkau sabar. Dan engkau suruhkan akan orang
dengan berbuat kebajikan padahal engkau tiada engkau perbuat akan dia.
Dan engkau tegahkan akan orang yang lain daripada berbuat kejahatan
padahal tiada engkau tegahkan aku akan dirimu daripadanya. Dan engkau
kasih akan segala orang yang soleh padahal engkau tiada daripada mereka
itu, yakni tiada engkau keriakan seperti amal mereka itu. Dan engkau
bencikan akan segala orang munafiq padahal engkau daripada mereka itu.
Engkau kata akan barang yang tiada engkau perbuat dan perbuat barang
yang tiada aku suruhkan. Dan engkau tuntut kesempurnaan dan tiada engkau
menyempurnakan.

(Hai anak Adam), tiada daripada tiap-tiap hari yang datang melainkan
bermula bumi itu berkata ia akan dikau dengan katanya berkata ia bagi mu.

(Hai anak Adam), engkau berjalan atas belakangku dan tempat kembalimu
kepada perutku jua dan tertawa-tawa engkau atas belakangku dan engkau
menangis di dalamperutku dan engkau memakan akan tiap-tiap yang
keinginanmu atas belakangku dan memakan akan dikau oleh ulat di
dalam perutku.

(Hai anak Adam), Akulah rumah yang liar tempat orang yang
duduk di dalamnya dan Akulah tempat menanyai Mungkar wa
(dan) Nakir dan Akulah tempat seorang dan Akulah tempat yang amat
kelam dan Akulah tempat berdagang dan Akulah tempat kesunyian
daripada segala kerabat dan segala sahabat, maka ramaikan olehmu akan
Daku dengan mengerjakan segala amal yang soleh dan jangan engkau
lupai akan Daku.
Pengajaran Yang Keenam

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: (Hai anak Adam), tiada Aku


jadikan akan kamu supaya banyak Aku dengan kamu daripada sedikit dan
tiada Aku jadikan akan kamu supaya bertaulan Aku dengan kamu daripada
safarKu dan liarKu dan tiada supaya minta tolong Aku dengan kamu
atas pekerjaan yang lemah Aku daripadanya dan tiada kerana
mengambil manfaat Aku daripadamu dan tiada kerana menolak
mudharat dengan kamu dan tetapi Aku jadikan akan kamu supaya jadi kamu
mengenal akan Daku dan kamu menyembah akan Daku dan kamu
perbuat segala suruhKu dan kamu tinggal akan tegahKu pada seumur
hidup kamu dan syukurkan akan ni'matKu akan sebagai syukur yang banyak
dan kerana kamu ucap tasbih akan Daku pada pagi-pagi dan petang-petang.

(Hai anak Adam), jikalau bahawasanya awal kamu dan akhir kamu
manusia kamu dan jin kamu dan orang yang mati kamu dan orang yang
hidup kamu dan yang kecil kamu dan yang besar kamu dan yang
muda kamu dan yang tua kamu dan yang merdeka kamu dan segala hamba
kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu semuanya atas berbuat taat
akan Daku nescaya tiada menambah oleh yang demikian itu pada
KebesaranKu dan KerajaanKu akan seberat zarrah jua pun dan
barangsiapa bersungguh ia berbuat taat akan Daku, maka hanyasanya
bersungguh ia mengasih ia faedah bagi dirinya dan bahawasanya awal
ka m u d a n a k h i r k a m u d a n h i d u p k a m u d a n m a t i k a m u
dan kecil kamu dan besar kamu dan merdeka kamu dan segala hamba
kamu dan manusia kamu dan jin kamu jika muafakat dan berhimpun mereka
itu atas berbuat maksiat akan Daku nescaya tiada mengurang ia daripada
demikian itu daripada KebesaranKu seberat zarrah jua pun.

(Dan) barangsiapa bersungguh-sungguh ia atas berbuat maksiat


akan Daku hanya bersungguh-sungguh ia atas berbuat mudharat ia bagi
dirinya jua bahawasanya Allah Ta'ala Amat Kaya daripada sekalian alam.

(Hai anak Adam), seumpama kamu sakitkan akan Daku, Aku


sakitkan akan kamu, yakni seumpama kamu derhakakan akan Daku, Aku
seksakan akan kamu seperti engkau perbuat akan Daku, Aku perbuat akan
dikau.

Pengajaran Yang Ketujuh

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Hai hambaKu, bermula dinar


dan dirham bahawasanya Aku jadikan keduanya bagi kamu supaya
kamu makan dengan keduanya akan rezekiKu dan kamu pakaikan
dengan keduanya segala kainKu dan supaya kamu ucap tasbih akan Daku
dan kamu ucap takdis (mensucikan) akan Daku, kemudian kamu
ambilkan akan kitabKu, maka kamu jadikan akan dia ke belakang
kamu dan kamu ambilkan akan dinar dan dirham, maka kamu jadikan akan
keduanya itu ke atas kepala kamu dan kamu tinggikan dengan dia akan
segala rumah kamu dan kamu rendahkan akan rumahKu dan kamu
hiaskan segala rumah kamu dan kamu runtuhkan akan rumahKu dan
kamu jinak akan rumah kamu dan kamu liarkan akan rumahKu, maka
bukanlah kamu itu orang yang baik dan pilihan dan bukanlah kamu itu
orang yang merdeka, tetapi kamu itu dinamai hamba dunia dan orang
yang menghimpunkan hartanya di dalam dunia.

Bermula umpama kamu itu seperti umpama kubur yang dilaburkan


dengan kapur dilihat pada zahirnya baik dan bathinya jahat seperti
demikianlah kamu berbaik akan diri kamu akan manusia dan kamu berkasih-
kasihan kepada manusia dengan segala lidah kamu yang manis dan segala
perbuatan kamu dan jauhkan diri kamu daripada Aku dengan segala
hati kamu yang keras dan segala kelakuan kamu yang khabis (keji).

(Hai anak Adam), ikhlaskan olehmu akan ilmu dan jangan engkau pinta
daripada Aku maka bahawasanya Aku beri akan dikau terlebih banyak dan terlebih
balk daripada orang yang menuntut akan dia oleh orang yang meminta.
Pengajaran Yang Kelapan

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: (Hai anak Adam), tiada Aku


jadikan akan kamu itu sia-sia dan tiada Aku jadikan akan kamu itu
bertempat dan tiada Aku lalai daripada barang yang kamu perbuat dan
bahawasanya Aku bagi kamu itu yang mengetahui dan tiada bagi
kamu peroleh akan barang yang daripada Aku melainkan dengan kamu
sabar atas barang yang kamu bencikan pada menuntut keredhaanKu.

Bermuda sabar bagi kamu atas berbuat taat akan Daku itu terlebih mudah
bagi kamu daripada sabar atas berbuat maksiat akan Daku.
Bermuda meninggalkan dosa itu terlebih mudah bagi kamu daripada
kamu rasai azab akhirat.
Bermula azab dunia itu terlebih mudah daripada azab akhirat.

(Hai anak Adam) semua hanya kamu sesat melainkan barangsiapa yang
Aku tunjuk akan dia dan sekalian kamu itu binasa melainkan barangsiapa
yang Aku lepaskan akan dia dan sekalian kamu itu jahat melainkan
barangsiapa yang Aku peliharakan dia, maka taubat oleh kamu akan Daku,
nescaya Aku kasih akan kamu dan jangan kamu binasakan akan segala
rahsia kamu daripada barangsiapa yang tiada bersembunyi rahsia kamu.
Pengajaran Yang Kesembilan

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), jangan engkau laknatkan akan
segala makhluk, maka kembalilah laknat itu atas kamu, yakni jangan kamu
katakan si fulan laknat Allah atau binatang ini laknat Allah, yakni jauh
daripada rahmat Allah.

(Hai anak Adam), berdirilah tujuh petala langit di dalam hawa',


yakni dalam lapang dan kosong dengan tiada tiang, dengan nama yang
satu daripada segala namaKu dan tiada betul hati kamu yang satu
dengan seribu pengajaran daripada kitabKu.

Hai segala manusia, seperti tiada lembut batu di dalam air demikianlah
tiada memberi balas pengajaran pada hati kamu yang keras.

Hai anak Adam, betapa kamu naik saksi bahawasanya kamu hamba Allah
kemudian kamu derhaka akan Dia dan betapa kamu dakwa akan
bahawasanya mati itu sebenarnya padahal kamu benci akan dia dan kamu
katakan dengan segala lidah kamu akan barang yang di dalam hati kamu
sangka akan yang demikian itu kecil padahal la pada Allah Ta'ala itu amat
besar.
Pengajaran Yang Kesepuluh

Berkata Allah Ta'ala: (Hai) segala manusia, telah datang akan kamu dalil
yang amat nyata.
Hai seg al a ma nu si a, t el ah dat ang akan kamu pengajaran
daripada Tuhan kamu dan ubat bagi penyakit yang di dalam hati kamu, maka
tiada kamu berbuat baik melainkan bagi barangsiapa yang buat baik
kepada kamu dan tiada kamu berhutang melainkan bagi orang yang
memperhutang ia akan kamu dan tiada kamu berkata melainkan
dengan orang yang berkata ia dengan kamu dan tiada kamu beri makan
melainkan bagi orang yang memberi makan ia akan kamu dan tiada kamu
permulia melainkan bagi orang yang mulia ia akan kamu.

(Maka) tiada bagi seorang itu kelebihan hanyasanya yang kelebihan itu
orang mu'min yang kamil (sempurna) mempercayai mereka itu akan
Allah Ta'ala dan akan RasulNya, iaitu orang yang mengasih mereka
itu akan orang yang berbuat jahat kepada mereka itu dan
berhubung mereka itu akan orang yang memotong ia akan mereka itu dan
memberi mereka itu akan orang yang tiada memberi ia akan mereka itu
dan menyentosa mereka itu akan orang yang menakut ia akan mereka itu
dan berkata mereka itu dengan orang yang tiada berkata ia dengan
mereka itu dan memulia mereka itu akan orang yang menghina ia akan
mereka itu dan bahawasanya Aku atas kamu itu yang amat
menghukumkan dengan barang perbuatan kamu.
Pengajaran Yang Kesebelas

Berkata Allah Ta'ala: Hai segala manusia, hanyasanya dunia itu kampung
bagi orang yang tiada kampung baginya dan harta bagi orang yang tiada
harta baginya, dan baginya menghimpunkan oleh orang yang tiada akal
baginya dan dengan dia beroleh kesukaan oleh orang yang tiada yakin baginya
dan atasnya loba oleh orang yang tiada tawakkal baginya clan menuntut
akan segala keinginannya oleh orang yang tiada ma'rifah baginya.

(Maka) barangsiapa berkehendak ia akan ni'mat yang hilang dan hidup


yang putus maka sanya menganiayai akan dirinya dan derhaka ia akan
Tuhannya dan lupa ia akan akhiratnya dan memperdaya akan dia oleh dunianya.

(Dan) tinggalkan olehmu hai segala manusia akan dosa yang zahir dan dosa
yang batin bahawasanya segala mereka itu yang mengerjakan dosa itu lagi
akan dibalas akan mereka itu dengan barang yang telah ada mereka itu
mengerjakan dia.

(Hai anak Adam), pohonkan olehmu daripada Aku dan berniaga olehmu
dengan Daku dan jual-beli olehmu dengan Daku dan pinta sempurna olehmu
daripada Aku, maka loba kamu padaKu barang yang tiada pernah
melihat oleh mata dan dada pernah mendengar oleh telinga dan tiada terbicara
atas hati manusia dan tiada habis perbendaharaanKu dan tiada kurang pun dan
Akulah yang banyak Pemberi lagi yang Amat Murah lagi hakim yang Maha
Besar lagi yang Menerima Taubat daripada hambaNya lagi yang Amat
Mengasih.
Pengajaran Yang Ke-12

Berkata Allah Ta'ala: Hai anak Adam, ingatkan oleh kamu akan segala
ni'matKu yang telah Aku beri ni'mat atas kamu dan sempurnakan oleh
kamu akan janjiKu yang Aku suruhkan kepada kamu supaya Aku
sempurnakan akan janji kamu dan kepadaKu jua kembali kamu dan
seperti tiada engkau tahu jalan melainkan dengan dalil yang
menunjuk demikianlah tiada jalan kepada syurga melainkan
dengan amal dan seperti tiada kamu himpunkan harta melainkan dengan
lelah dan payah.

Demikianlah tiada kamu masuk ke dalam syurga melainkan dengan


sabar atas ibadat akan Daku, maka hampir olehmu akan dirimu kepadaKu
dengan mengerjakan segala sunat dan tuntutkan olehmu akan keredhaanKu
dengan redha segala miskin dan gemarkan olehmu kepada rahmatKu
dengan kamu duduk serta segala ulama, maka bahawasanya
rahmatKu itu tiada menceraikan mereka itu sekejap mata jua pun.

(Hai anak Adam), dengar olehmu barang yang Aku kata dengan
sebenarnya bahawasanya barangsiapa takabbur ia atas segala orang
yang miskin nescaya Aku himpunkan akan dia pada hari kiamat atas
rupa semut yang kecil. Dan barangsiapa merendahkan diri bagi
orang yang alim nescaya Aku angkatkan akan dia di dalam dunia dan di
dalam akhirat. Dan barangsiapa mendatang ia bagi membukakan satu `aib
bagi orang Islam nescaya membukakan oleh Allah Ta'ala akan `aibnya tujuh
puluh kali 'aib.

Dan barangsiapa menhina ia akan orang papa maka sungguhnya


menzahir ia akan Daku dengan berperang. Dan barangsiapa percaya ia akan
Daku nescaya berjabat tangan akan dia oleh malaikat di dalam dunia pada
batin dan di dalam akhirat itu pada zahir.
Pengajaran Yang Ke-13

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), beberapa daripada pelita sanya
memadam akan dia oleh angin.
Dan beberapa orang yang `abid sanya membinasakan akan dia oleh ujub.
Dan beberapa daripada orang yang kaya sanya membinasakan akan dia oleh
kayanya.
Dan beberapa daripada orang yang papa sanya membinasakan akan dia
oleh papanya.
Dan beberapa daripada orang yang sihat sanya membinasakan akan dia
oleh `afiat.
Dan beberapa daripada orang yang `alim sanya membinasakan akan dia
oleh ilmunya jika jikalau tiada orang tua yang rukuk dan orang yang khusyu'
dan kanakkanak yang menyusu dan binatang yang berlata-lata nescaya Aku
jadikan langit yang di atas kamu itu besi tiada turun daripadanya hujan dan Aku
jadikan bumi itu soffan - soffan tiada suatu pun tumbuh-tumbuhan atasnya
dan Aku jadikan tanah itu akan abu dan tiadalah Aku turun atas kamu
daripada langit akan setitik hujan pun tiadalah Aku tumbuhkan bagi kamu
pada bumi itu akan suatu biji jua pun dan Aku tuangkan atas kamu itu akan
azab.
Pengajaran Yang Ke-14

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), ikut olehmu akan Daku, yakni berbuat
taat oleh kamu akan Daku dengan sekadar hajat kamu kepada syurgaKu dan
berbuat maksiat oleh kamu akan Daku dengan sekadar kuasa kamu sabar atas
nerakaKu. Dan jangan kamu tilik kepada ajal kamu yang kemudian dan
kepada rezeki kamu yang hadir sekarang, dan jangan kamu tilik kepada dosa
kamu yang tersembunyi.
Bermula sesuatu itu binasa melainkan Dzat Allah Ta'ala baginya jua segala
hukum dan kepadaNya jua kamu kembali.

Pengajaran Yang Ke-15

Berkata Allah Ta'ala: Bermula agama kamu dan daging kamu dan darah
kamu itu, jika baik agama kamu nescaya baiklah amal kamu dan daging
kamu dan darah kamu; maka jika binasa agama kamu nescaya binasalah
amal kamu dan daging kamu dan darah kamu dan jangan ada kamu
seperti sumbu pelita yang menerang nur akan dirinya dan menerang ia segala
akan manusia.
(Hai anak Adam), keluarkan olehmu akan mengasih dunia daripada
hatimu, maka bahawasanya Aku tiada Aku himpunkan akan kasih akan
Daku dan kasih akan dunia pada hati yang satu selama-lamanya. Dan
pelahankan olehmu akan dirimu pada menghimpunkan rezekimu,
maka bahawasanya rezeki itu sudah terbahagi dan loba itu ditegahkan
dan kikir itu yang dicelakan dan ni'mat dunia itu tiada kekal dan
menghabis-habis pada menuntut rezeki itu celaka dan ajal itu berhad yang
diketahui dan yang sebenar itu yang diketahui.

Bermuda sebaik-baik ilmu hikmah itu takut akan Allah Ta'ala, dan
sebaik-baik kaya itu memadakan dengan yang sedikit, dan sebaik-baik bekal
itu takut akan Allah Ta'ala, dan sebaik-baik barang yang dikurniai pada hati
itu yakin akan Tuhan, dan sebaik-baik barang yang diberi akan kamu itu
afiat pada badan dan iman dan amal.
(Dan) sejahat-jahat perkataan kamu itu dusta, dan sejahat-jahat nasihat
itu namimah, yakni mengadu-ngadukab, yakni lalat merah, dan tiada
Tuhanmu itu menganiayai akan segala hambaNya.
Pengajaran Yang Ke-16

Berkata Allah Ta'ala: Hai segala mereka itu yang membawa iman akan
Allah Ta'ala. Mengapa kamu kata barang yang tiada kamu kerjakan, dan
kerana apa kamu suruhkan padahal kamu tiada kamu kerjakan, dan kerana apa
kamu himpunkan akan barang yang tiada kamu makan akan dia, dan kerana apa
kamu tegahkan daripada suatu yang tiada kamu tegahkan diri kamu itu
daripadanya, dan beberapa daripada taubat sehari kemudian sehari dan kamu
lambatkan setahun kemudian setahun kerana apa tiada kamu bicarakan.
Adakah kamu terpelihara daripada mati atau adakah kamu lepas daripada
neraka atau adakah sudah kamu tahqiqkan akan kemenangan dengan syurga
atau adakah antara kamu dan antara Tuhan itu janji.
Akan tetapi mendustakan akan kamu oleh nikmat dan
membinasakan akan kamu oleh orang dan mendayakan akan kamu daripada
dunia ini oleh panjang angan-angan, maka tiada kamu beroleh sihat dan
sejahtera. Dan takutkan olehmu akan diri kamu daripada panjang angan-
angan, maka bahawasanya ajal kamu itu maklum lagi berhad. Dan segala rahsia
kamu semua hanya itu lagi akan terbuka, dan segala tirai kamu itu pun
dibinasakan, maka takut olehmu akan Allah Ta'ala, hai yang mempunyai
bicara, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan dan dahulukan
olehmu, yakni belanjakan oleh kamu kepada yang memberi manfaat bagi diri
kamu pada akhirat akan barang yang ada daripada tanganmu.

(Hai anak Adam), bahawasanya engkau didatangkan serta ilmu jua


jika baik ilmumu baiklah datangmu kepada Tuhanmu. Dan jika jahat ilmumu
nescaya jahatlah datangmu kepada Tuhanmu. Dan pada tiap-tiap hari itu
kuranglah umurmu hari daripada yang engkau keluar daripada perut ibumu
dan daripada sehari kepada sehari bertambahlah hampirmu kepada kuburmu
hingga masuklah engkau kepadanya.

(Hai anak Adam), bermula umpama kamu di dalam dunia ini


seumpama lalat ketika jatuh ia ke dalam manisan, lalai ia di dalamnya seolah-
olah kekal ia di sana. Demikianlah engkau di dalam dunia ini, maka janganlah
ada kamu seperti pelita yang menawan ia akan dirinya dan menerang ia bagi
lainnya.
Pengajaran Yang Ke-17

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), perbuat olehmu akan barang
yang Aku suruhkan akan kamu. Dan jauh olehmu daripada barang yang
Aku tegahkan akan kamu daripadanya nescaya Aku jadikan akan kamu
hidup yang tiada merasai mati selama-lamanya. Dan Aku itu hidup
yang tiada merasai mati selama-lamanya. Apabila Aku kata bagi suatu itu
‘kun’ ertinya jadilah engkau, maka jadilah ia.
(Hai anak Adam), apabila adalah katamu itu baik dan ilmumu itu jahat,
maka engkau penghulu munafiq, dan apabila adalah zahirmu itu baik
dan batinmu itu jahat. maka engkau daripada segala orang yang
binasa lagi menipu mereka itu akan Allah Ta'ala padahal Allah Ta'ala itu
menipu akan mereka itu, maka tiada menipu mereka itu melainkan diri
mereka itu jua padahal mereka itu tiada. tahu.

(Hai anak Adam), tiada kamu masuk syurga melainkan orang yang
merendahkan diri kerana membesarkan akan Daku. Dan serta siang dan
malam itu ingat la akan Daku: dan menegah ia akan nafsunya daripada
segala keinginan nya kerana membesar akan Daku, maka Aku pulangkan
akan orang yang dagang. dan Aku sentosakan akan orang yang fakir
dan Aku muliakan akan anak vatim, dan adalah Aku bagi anak yatim itu
seperti bapa yang penyayang, Dan adalah Aku bagi perempuan yang
bujang itu seperti, suaminya yang penyayang.

Maka barangsiapa adalah segala perkara itu sifatnya nescaya adalah Aku
itu yang mengasih baginya apabila meminta ia daripada Aku suatu
nescaya Aku beri akan dia, dan Akulah yang Memberi lagi yang Amat
Murah.
Pengajaran Yang Ke-18

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), kepada beberapa perkara yang
engkau mengadu-ngadu akan Daku pada tiada seorang yang
seumpama Aku yang engkau dakwakan, dan manakala engkau pinta
daripada Aku dan Aku perkenankan daripadamu.

Demikian itu dan beberapa engkau mungkar akan nikmatKu padahal


tiada Aku tegahkan dan manakala engkau kufurkan akan Daku padahal
Aku tiada Aku aniayai bagi segala hamba dan manakala engkau ringan-
ringan akan kitabKu pada tiada Aku beratkan akan dikau barang yang tiada
kuasa engkau dan kepada beberapa masa yang engkau benci akan Daku
padahal tiada aku benci akan dikau dan kepada beberapa masa engkau
mungkar akan Daku padahal tiada bagimu Tuhan yang lain daripada Aku,
maka apabila sakit engkau, maka bahawasanya Aku tabib yang
menyembuhkan akan Dikau.

Bermula sembuhmu itu daripada Aku tiada daripada yang lain


daripada Aku, maka sungguhnya engkau mengadu-ngadukan akan Daku dan
amarah engkau akan hukumKu. Dan apabila Aku turunkan hujan dari langit
atasmu dengan turun yang sempurna., maka kamu kata dihujankan dengan
bintang anu, maka sanya kufurlah kamu akan Daku. Dan percayalah kamu
akan bintang yang tiada percaya kamu akan Daku.

Bahawa Aku jua menurunkan rahmat atasmu kadar yang


ditaqdirkan sukatan lagi dibilangkan lagi ditimbang lagi dibahagikan
dan apabila mendapat oleh seorang kamu darurat lebih atas tiga hari
nescaya berkata akan seorang manusia padahal tiada Aku rasakan akan
kebajikan, maka sanya mungkar ia akan ni'matKu.

Dan barangsiapa menegah ia akan zakat daripada hartanya, maka


sanya meringan-ringan iia akan kitabKu.
Dan apabila mengetahui telah masuk waktu sembahyang padahal
tiada bersegera ia akan sembahyang, maka sanya lalai ia akan Daku.
Pengajaran Yang Ke-19

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), sabar olehmu dan rendahkan
olehmu akan dirimu, nescaya Aku tinggikan akan dikau, dan syukur
olehmu akan ni'matKu, nescaya Aku tambah bagimu. Dan minta ampun
olehmu daripada Aku nescaya Aku ampun bagimu dan apabila engkau
minta daripada Aku nescaya Aku perkenankan bagimu dan taubat
olehmu kepadaKu nescaya Aku terima akan taubatmu dan pohon olehmu
kepadaKu nescaya Aku berikan akan dikau dan beri sedekah olehmu
daripada Aku nescaya Aku beri berkat bagimu pada rezekimu dan
,sebutkan olehmu akan kasihmu nescaya Aku tambah akan u m ur m u d an
t u n t u t o l e h m u d a r i p a d a A ku ak an sembahyangmu nescaya Aku
lanjutkan akan sihatmu.

Bermula sejahtera itu di dalam seorang, bermula ikhlas itu di dalam


warak dan gemar itu di dalam taubat dan kaya itu di dalam memadakan
dengan yang sedikit.

(Hai anak Adam), betapa engkau tamak akan ibadat serta penuh
perutmu dengan makanan dan betapa tamak pada mengasih akan Allah
Ta'ala serta engkau kasih akan harta dan betapa engkau tamak pada terang
hatimu serta banyak engkau tidur dan betapa engkau tamak pada takut akan
Allah Ta'ala serta engkau takut akan papamu dan betapa engkau tamak
akan warak serta loba akan dunia dan betapa engkau tamak akan
keredhaan Allah Ta’ala dengan tiada engkau kasih akan segala orang yang
miskin

dan lagi betapa engkau tamak akan keredhaan Allah Ta’ala serta kikirmu
dan bertapa engkau tamak akan ilmu serta engkau kasih dunia dan kasih
akan puji dan betapa engkau tamak akan bahagia serta sedikit ilmu mu
dan betapa engkau tamak akan negeri yang baqa' (akhirat) serta engkau
tamak kepada negeri yang fana (dunia) dan betapa engkau tamak akan
kebajikan padahal engkau berbuat jahat dan betapa engkau tamak akan
sejahtera daripada seksa padahal engkau yang dimurkai oleh Allah Ta'ala
dan betapa engkau tamak akan sembuh padahal engkau yang sakit.
Pengajaran Yang Ke-20

Berkata Allah Ta'ala: (Hai) segala manusia, tiada jenis kehidupan serta
tadbir, yakni perintah dan bicara dan tiada wara' seperti menahan diri
daripada menyakiti suatu jikalau binatang sekalipun.
Dan tiada bicara yang terlebih tinggi daripada baik adab, yakni
sopan serta Allah Ta'ala.
Dan tiada syafa'at seperti taubat.
Dan tiada ibadat seperti ilmu.
Dan tiada sembahyang seperti takut akan Allah Ta'ala.
Dan tiada kemenangan seperti sabar.
Dan tiada bahagia seperti taufiq, yakni menolong oleh Allah Ta'ala akan
hambaNya atas berbuat taat.
Dan tiada pakaian yang terlebih indah daripada akal.

Dan tiada taulan yang terlebih jinak daripada ilmu

Anda mungkin juga menyukai