Anda di halaman 1dari 3

MAT LA AL-BADRAIN

Abdul Faqir AJ-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Fatani

KITAB AL-ADHIAH
INI SUATU KITAB PADA MENYATAJKAN ADHIAH
Bermula adhiah itu sunat muakkadah bagi orang-orang haji dan lainnya dan tiada wajib
melainkan apabila dinazarkan dia seperti katanya bagi Allah atasku bahawa aku perbuat adhiah
dengan ini, atau pada hukum nazar seperti aku jadikan ini adhiah bahkan manakala berkata ia
adhiah jadi wajiblah ia dan haramlah ia makan daripadanya tetapi tiadajadi wajib dengan umpama
katanya pada ketika sembelih e'^“1 o kerana diqasadkan 1
tabarruk dengan dia. Dan masuklah waktunya apabila naik matahari hari nahar, dan lalu masa dua
rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringan keduanya, tetapi afdal ditakkhirkan
dia kepada lalu masa yang tersebut daripada naik matahari kadar segalah dan berkekalanlah
waktunya hingga jatuh matahari akhir hari tasyriq yang tiga, maka dikerjakan dia dahulu daripada
masuk waktu atau kemudian daripada keluamya tiada memadai adhiahnya melainkan j ika dinazarkan
dia dan takkhirkan sembelihnya hingga keluar waktu wajib disembelihkan dia kemudian daripada
keluar waktunya, dan jadi ia qada’ dan haram ditakkhirkan sembelih adhiah yang wajib daripada
I

waktunya dengan ketiadaan uzur.

Syarat Sah Adhiah


Bermula yang sah dibuat adhiah itu unta dan lembu dan kerbau dan kibash atau kambing.
Maka syarat sah adhiah hendak ada ia daripada binatang yang tersebut dan daripada Ibnu Abbas
Radiallahu ‘anhuma dipadakan dengan menumpahkan darah jua dan jikalau daripada ayam atau
itik sekalipun seperti barang yang berkata oleh Midani dan Sheikh bagi al-Bajuri menyuruh taqlid
akan dia, dan ia qiaskan atas adhiah itu akikah dan menyuruh ia akan orang yang dapat anak
bahawa memperbuat akikah dengan ayam jantan atas mazhab Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhuma.
Maka yang afdalnya unta, kemudian lembu, kemudian kibash, atau kambing, dan tujuh kibash
terlebih afdal daripada satu unta. Dan memadai pada unta dan kerbau dan lembu tujuh orang
2
jikalau bersalah-salahan qasad sekaliannya sekalipun seperti setengahnya qasad adhiah, dan
setengahnya akikah, dan setengahnnya qasad hendak makan dagingnya, dan setengahnya kerana
hendak menjualkan dia, dan jikalau salah seorang daripada mereka itu kafir zimmi sekalipun tiada
memberi mudarat pada barang yang diqasadkan dia oleh yang lainnya daripada adhiah, dan
umpamanya kemudian maka dibahagikan dagingnya tujuh bahagian yang bersamaan antara
sekaliannya, dan memadai pada kibash atau kambing seseorang jua maka satu kibash seorang
afdal daripada bersekutu tujuh orang pada satu unta.

122
MAT LA AL-BADRAIN
Abdul Faqir AJ-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Fatani

Dan disyaratkan pada unta hendak ada umumya lima tahun masuk kepada enam, dan pada
lembu dan kerbau dan kambing umumya dua tahun masuk kepada tahun yang ketiganya, dan
pada kibash umumya setahun atau bersalin dua gigi hadapannya jika tiada sampai umumya
setahun sekalipun tetapi disyaratkan bersalinnya kemudian daripada enam bulan maka memadai
segaia binatang yang tersebut itu jantan, dan khunsanya, dan yang betinanya. __
Dan disyaratkan bahawa tiada ada aib yang mengurangkan sesuatu yang dimakan
daripadanya, maka tiada memadai yang tiada berteiinga dan yang terpotongnya jika sedikit
daripadanya sekalipun, dan yang terpotong ekomya atau lidahnya, dan yang gila yang tiada
makan rumput jadi kurus kurang dagingnya, dan yang berkudis jika sedikit sekalipun kerana
binasa dagingnya, dan yang baharu beranak kerana jahat dagingnya, dan yang sangat kurus, dan
yang buta sebelah yang nyata butanya, dan yang buta keduanya, dan yang nyata sakitnya dan
yang sangat tempang jika hasil tempangnya sebab dibaringkan dia kerana hendak sembelih atau
umpamanya sekaiipun, dan tiada memadai yang bunting seperti barang yang tersebut di dalam
Majmuk ialah yang muktamadnya kerana kurang dagingnya khilaf bagi Ibnu al-Rafah dipadakan
dengan yang bunting, maka segaia aib ini tiada memadai pada adhiah selama tiada ia bemazar
3
dengan binatang yang sudah ada aibnya, maka jika berkaia ia “bagi Allah atasku bahawa aku
perbuat adhiah dengan kambing ini”, atau “ini adhiah” atau “aku jadikan kambing ini adhiah”,
pada hal buta sakit atau barang sebagainya daripada segaia aib yang tersebut atau yang belum
sampai umumya nescaya memadai ia, dan wajib disembelihkan dia, dan memadai diperbuat adhiah
dengan yang tiada bertanduk dan yang patahnya, dan yang terbelah telinganya, dan yang
tebuknya jika tiada hilang sesuatu daripadanya, dan yang tiada berekor, dan tiada berambang
susunya, dan yang tiada bergigi, dan yang patah setengah daripada giginya, dan yang tiada
zakamya kerana tiada dimakan akan dia, dan yang dikhasikan dua bijinya kerana bertambah
dagingnya (tanbih) harus dikhasikan binatang yang dimakan pada ketika kecilnya dan haram
dikhasikan binatang yang tiada dimakankan dia.

Dan disyaratkan niat pada ketika sembelihnya maka jika dia wakilkan seseorang dengan
sembelih maka hendaklah ia bemiat tatkala diberi kepada wakilnya barang yang hendak
diadhiahkan dengan dia, jikalau tiada diketahui oleh wakil keadaannya adhiah sekalipun atau ia
bemiat pada ketika sembelihnya, dan harus baginya ia serahkan niat bagi muslim yang mumaiyiz
samada ia wakil pada sembelih atau lainnya melainkan pada yang dita'yin kan baginya dengan
nazar tiada disyaratkan niat baginya, dan haram ia makan sesuatu daripada adhiahnya yang
dinazarkan dia demikian lagi segaia orang yang wajib atasnya nafkahnya bahkan wajib ia bersedekah
lagi mentah dengan sekaliannya hingga kulitnya dan tanduknya maka apabila ia makan sesuatu
daripadanya wajib digantikan dia demikian lagi jika ia memperbuat adhiah bagi orang lain, atau
adhiahnya dan murtad ia tiada harus ia makan sesuatu daripada yang tersebut.
'Perkara Sunat, Wajib Dan Haram Pada Adhiah
Dan sunat makan daripada adhiahnya yang sunat dan afdalnya ia makan daripada hatinya

123
MAT LA AL-BADRAIN
Abdul Faqir AJ-Fatani Muhammad Bin Ismail C'aud Fatani

dan wajib bersedekah atas qaul yang ashahnya dengan daging yang rnentah lagi basah kepada
fakir dan miskin supaya boleh ditashrif kan dia dengan dijual dan lainnya dan rnemadai dengan
seorang miskin jua, dan jikalau sedikit sekalipun seperti setengah ritlun (dua betas tahil Mesir)
memadailah. Makajika tiada ia bersedekah dengan tersebut wajib ia beli daging dengan harganya
dan bersedekah dengan dia, maka jikalau bersedekah ia dengan kadar yang wajib dan diinakan
sekaliannya yang tinggalnya memadailah, dan yang muqabil bagi ashah tiada wajib bersedekah
dan rnemadai pada pahalanya semata-mata menumpahkan darah dan niat al-Qurbah jua dan
afdalnya ia bersedekah kepada fakir dan miskin dengan sekaliannya melainkan beberapa suap
mengambil tabarruk dengan dia maka jilea tiada diperbuat seperti yang tersebut maka hendaklah ia
bersedekah dengan satu sulus kepada fakir dan rniskin daripada muslimin, dan diberi hadiah satu
sulus kepada orang yang kaya-kaya daripada muslimin, dan ia akan satu sulus daripadanya maka
tiada harus diberi sesuatu daripada adhiah kepada fakir dan miskin kafir zimmi hingga jikalau
mengambil oleh fuqarak al-muslimin akan adhiah atas jalan sedekah, dan orang yang kayanya
atas jalan hadiah haram atas mereka itu bersedekah. Dan hadiah dengan sesuatu daripadanya
kepada kafir zimmi demikian lagi menjual kepada mereka itu dan haram lagi tiada sah menjual oleh
empunya adhiah sesuatu daripada dagingnya atau bulunya atau kulitnya dan haram pula dijadikan
dia pengupah bagi tukang menyembelih tetapi tiada haram jika diberikan dia atas jalan sedekah
bagi tukang menyembelihnya dan harus baginya dihadiahkan dia atau diperbuatkan timba atau
kaus atau lapik duduk dan beri pinjamkan dia ini pada adhiah yang sunat adapun yang wajib,
maka wajib bersedekah dengan sekaliannya hingga kulitnya dan tanduknya seperti barang yang
terdahulu sebutnya. ~
— Dan tiada sah diperbuat adhiah bagi orang yang hidup tiada dengan izinnya, tetapi harus
bagi wali iaitu bapa dan nenek tiada lainnya memperbuat adhiah dengan hartannya bagi
mawalinya. Dan tiada sah pula diperbuat adhiah bagi orang mati jika tiada ia wasiat dengan dia
adapun apabila berwasiat dengan dia maka sah diperbuatkan adhiah baginya dan wajib atas
orang yang memperbuat adhiah bagi mayat dengan izinnya ia bersedekah dengan sekaliannya
tiada bagi dirinya, dan tiada pula bagi orang yang wajib atasnya nafkahnya kerana bersuatu
qabadh (pegang) dan miqbadh (pemegang).

INI SUATU FASAL PADA MENYATAKAN AKIKAH


Ini suatu fasal pada menyatakan akikah. Adalah ia sunat muakkad bagi mereka yang wajib
atasnya nafkah furu’nya dengan hartanya, tiada dengan harta kanak-kanak, dan masuk waktunya
dengan bercerai kanak-kanak. Dan afdalnya disembelihkan dia pada hari yang ketujuhnya dikirakan
yang tujuh itu dengan hari yang diperanakkan dia padanya, dan afdal pada anak lelaki atau
khunsa dua kibash atau dua subu’ (dua pertujuh) uinpama unta dan hasillah sunat dengan satu
kibash atau satu subu' (satu pertujuh) yang tersebut. Dan jika perempuan satu kibash atau subu'
(satu pertujuh) yang tersebut.
Maka tiada luput akikah1 jikalau mati kanak-kanak dahulu daripada hari yang ketujuhnya
sekalipun, demikian lagi tiada luput dengan sebab ditakkhir akan dia, kemudian daripada hari

124

Anda mungkin juga menyukai