Anda di halaman 1dari 8

Permasalahan Sujud Sahwi

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sujud sahwi merupakan satu daripada pelengkap rahmat dan nikmat yang tidak terhingga dari Allah Subhanahu
wa ta‘ala ke atas umat Islam seluruhnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga adalah manusia biasa seperti kita yang pernah melakukan
kesilapan  dalam amal perbuatannya. Akan tetapi Allah Subhanahu wa ta‘ala tidak menjadikan kesilapan dan
keterlalaian Baginda itu sebagai yang sia-sia, bahkan ada hikmah disebaliknya. Dari kesilapan tersebutlah
disyariatkan sujud sahwi ke atasnya untuk menjadi ikutan umat Islam kemudian.

Dari Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu, telah berkata ia:

ِ َّ ‫ث يف‬ ِ ِ َّ ِ ‫ قَ َال إِبر ِاهيم الن‬، ‫صلَّى النَّيِب صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم‬
َ ‫صلَّْي‬
‫ت َك َذا‬ َ :ْ‫ َو َما َذ َاك؟ قَالُوا‬:‫الصالة َش ْيءٌ؟ قَ َال‬ َ ‫َح َد‬َ ‫ يَا َر ُس ْو َل اللَّه أ‬:ُ‫ َفلَ َّما َسلّ َم قْي َل لَه‬، ‫ص‬ َ ‫ الَ أ َْد ِر ْي َز َاد أَو َن َق‬:‫َّخعي‬ َ ُ َْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُّ َ
ِ‫الصالَة‬
َّ ‫ث يِف‬ ‫د‬ ‫ح‬ ‫و‬‫ل‬
َ ‫َّه‬
‫ن‬ ِ
‫إ‬ : ‫ال‬
َ ‫ق‬
َ ِ
‫هه‬ ‫ج‬ ‫و‬ِ
‫ب‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ي‬َ‫ل‬‫ع‬ ‫ل‬‫ب‬ ‫ق‬
ْ َ
‫أ‬ ‫ا‬ ‫م‬
َّ ‫ل‬
َ ‫ف‬
َ . ‫م‬َّ
‫ل‬ ‫س‬ َّ‫مُث‬ ِ ‫ت‬ ‫د‬ ‫ج‬ ‫س‬ ‫د‬ ‫ج‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫ل‬
َ ‫ب‬ ِ
‫ْق‬‫ل‬ ‫ا‬ ‫ل‬‫ب‬ ‫ق‬ْ ‫ت‬ ‫اس‬ ‫و‬ ِ
‫يه‬َ‫ل‬‫ج‬ ِ
‫ر‬ ‫ث‬ ‫ف‬
َ .‫ا‬ ‫ذ‬
َ ‫ك‬
َ ‫َو‬
َ ََ ْ ُ ْ َ َْ َ َ َ َ َ ‫َىَن ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َنْي‬
ِ ِ
‫ مثَّ يَ ْس ُج ُد‬،‫ َفْليُت َّم َعلَْيه مُثَّ لَيُ َسلِّ ْم‬،‫اب‬ ِ ‫يِف‬ ِ ‫يِن‬
َّ ‫ َوإذَا َش‬، ‫ت فَ َذ ِّكُرو‬ ِ ِ ِ ‫مَّن‬ِ ِ ِ ِ
َ ‫الص َو‬
َّ ‫صالَته َفْليَتَ َحَّر‬ َ ‫َح ُد ُك ْم‬ َ‫كأ‬ ُ ‫ فَإذَا نَسْي‬،‫ أَنْ َسى َك َما َتْن َسو َن‬،‫ َولَك ْن إ ا أَنَا بَ َشٌر مْثلُ ُك ْم‬،‫َش ْيءٌ لَنَبَّأْتُ ُك ْم به‬
                       .‫ني‬ ِ َ‫َس ْج َدت‬
(‫)رواه مسلم‬

Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersembahyang, berkata Ibrahim An-Nakha‘i


Radhiallahu ‘anhu: "Aku tidak pasti sama ada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  telah menambah
ataupun mengurangkan raka‘at sembahyangnya". Maka setelah selesai Baginda memberi salam, lalu dikatakan
kepadanya: "Ya Rasulullah, adakah telah berlaku sesuatu ketika Tuan bersembahyang tadi?". Lalu Baginda
pun bersabda: "Apakah yang telah berlaku tadi?". Mereka menjawab: "Sesungguhnya Tuan telah melakukan
sembahyang begini dan begini".

 Lalu Baginda pun melipatkan kedua belah  kakinya seraya menghadap qiblat lalu bersujud sebanyak dua kali
sujud kemudian Baginda pun memberi salam. Apabila Baginda berpaling menghadap kami (setelah selesai
memberi salam), Baginda pun bersabda: "Seandainya terjadi sesuatu (perubahan) dalam sembahyang, nescaya
aku akan mengkhabarkannya kepada kamu. Akan tetapi aku hanyalah manusia biasa seperti kamu (yang boleh
lupa sebagaimana halnya kamu). Andainya aku terlupa, maka ingatkanlah aku. Apabila seseorang daripada
kamu merasa ragu-ragu dalam sembahyangnya, maka berusahalah untuk mencari kepastian (meyakinkan diri),
lalu sempurnakanlah (sembahyang tersebut). Kemudian hendaklah  dia bersujud sebanyak dua kali sujud
(sujud sahwi)".
(Hadits riwayat Imam Muslim)

Dengan sujud sahwi inilah umat Islam dapat memperbaiki sembahyang mereka seandainya berlaku sesuatu
kekurangan dalam sembahyang mereka tanpa perlu untuk bersembahyang semula.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sujud Sahwi?


Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan manakala terlupa atau tertinggal sesuatu yang disuruh atau melakukan
sesuatu yang ditegah dalam sembahyang sama ada dengan senghaja atau sebaliknya, iaitu sebagai penampal
terhadap kelalaian-kelalaian tersebut, sama ada ianya berlaku dalam sembahyang fardhu mahupun sembahyang
sunat.

Dari Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

ِ َ‫ت نَاقِصة ً َكان‬ ِ َّ ‫الر ْكعةُ نَافِلَةً و‬ ِ ِ ‫َّك ولْيَنْب ِ َعلَى الْيَ ِق‬ ِ ِِ َ ‫أح ُد ُك ْم يِف‬
‫ت‬ َ ْ َ‫ َوإ ْن َكان‬،‫الس ْج َدتَان‬ َ َ َّ ‫صالَتُهُ تَ َّامةً َكانَت‬ ْ َ‫ فَِإ ْن َكان‬، ِ ‫َّم َام َس َج َد َس ْج َد َتنْي‬
َ ‫ت‬ َ ‫اسَتْي َق َن الت‬
ْ ‫ فَإذَا‬،‫ني‬ َ َ ‫صالَته َفْلُيْلق الش‬ َ ‫ك‬ َّ ‫إذَا َش‬
                       .‫ان‬ ِ َ‫ان َتر ِغيم ِ الشَّيط‬ ِ َ‫السج َدت‬ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫ْ َ ىَت‬ ْ َّ َ َ َ َ َ ً َ‫الر ْك َعةُ مَت‬
‫ت‬ ‫ن‬ ‫ا‬‫ك‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫ص‬‫ل‬ ‫ا‬ ‫ام‬ َّ
)‫(رواه أبو داود‬ 

Maksudnya: "Jika seseorang daripada kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, maka hendaklah membuang
dan meninggalkan keraguan tersebut dan tetapkanlah bilangan raka‘at yang diyakini (yang paling
sedikit). Maka apabila dia telah yakin akan kesempurnaan sembahyangnya itu, hendaklah dia melakukan dua
kali sujud (sujud sahwi). Jika ternyata  sembahyangnya adalah sempurna (empat raka‘at), maka raka‘at
tambahan (yang kelima) dan sujud sahwi tersebut adalah sebagai nafilah (amalan sunat). Dan jika ternyata
sembahyangnya kurang, maka raka‘at keempat itu adalah sebagai pelengkap sembahyangnya, dan dua sujud
sahwi pula sebagai pengajaran (tamparan) bagi syaitan".
(Hadits riwayat Imam Abu Daud)  

Penyebab Sujud Sahwi

Menurut mazhab as-Syafi‘e, penyebab sujud sahwi ada dua, iaitu terlupa sesuatu yang disuruh atau melakukan
sesuatu yang ditegah dalam sembahyang sama ada dengan senghaja atau sebaliknya, walaupun hanya syak
terhadap perkara-perkara tersebut.

Adapun penyebab yang pertama iaitu terlupa sesuatu yang disuruh dalam sembahyang terbahagi kepada dua
perkara:

1) Terlupa rukun-rukun sembahyang.


Rukun-rukun sembahyang itu ada tigabelas perkara:
1.    Niat.
2.    Berdiri betul.
3.    Takbiratul ihram.
4.    Membaca surah al-Fatihah.
5.    Ruku‘ serta thuma'ninah padanya.
6.    I‘tidal serta thuma'ninah padanya.
7.    Sujud serta thuma'ninah padanya.
8.    Duduk di antara dua sujud serta thuma‘ninah padanya.
9.    Membaca tahiyyat akhir.
10.  Duduk membaca tahiyyat akhir.
11.  Membaca shalawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasaallam ketika tahiyyat akhir.
12.  Memberi salam.
13.  Tertib. 

Jika yang tertinggal itu sesuatu rukun daripada rukun-rukun di atas, maka tidaklah memadai dengan hanya
melakukan sujud sahwi sahaja, bahkan mestilah menyempurnakan rukun-rukun yang tertinggal tersebut
mengikut tertib sembahyang sebelum melakukan sujud sahwi.

2) Terlupa sunat-sunat ab‘adh.
Sunat-sunat ab‘adh dalam sembahyang ada enam perkara:
1. Tasyahhud awal dan duduknya.
2. Qunut subuh dan qunut witir, dan berdirinya.
3. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika tasyahhud awal.
4. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika qunut.
5. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  ketika tasyahhud akhir.
6. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  ketika qunut.
Jika yang tertinggal itu sunat-sunat ab‘adh, maka memadailah menggantikannya dengan sujud sahwi sahaja.

Adapun perkara-perkara sunat dalam sembahyang selain daripada sunat-sunat ab‘adh seperti doa Iftitah,


membaca surah-surah selepas surah al-Fatihah dan membaca Isti‘azah
 (‫الر ِجي ِم‬ ِ َ‫اهلل ِمن الشَّيط‬
َّ ‫ان‬ ِ
ْ َ ِ‫َعوذُ ب‬ ُ ‫)أ‬, jika terlupa untuk mengerjakannya tidaklah disunatkan untuk bersujud sahwi menurut
pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafi‘e. Bahkan ianya boleh membatalkan sembahyang jika
senghaja melakukan sujud sahwi sedangkan dia mengetahui akan hukumnya kerana ianya seolah-olah
menambah sujud dalam sembahyang tanpa sebab-sebab yang dituntut oleh syara‘.

Dalam kitab al-Majmu‘ ada disebutkan bahawa tidak diharuskan untuk melakukan sujud sahwijika
meninggalkan sunat-sunat sembahyang yang bukan sunat ab‘adh sama ada  secara senghaja ataupun tidak
kerana perkara ini tidak sabit dari Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Penyebab kedua pula juga terbahagi kepada dua bahagian:


1) Perkara yang jika dilakukan dengan senghaja tidak akan membatalkan sembahyang seperti menoleh, berfikir
dalam sembahyang, melangkah tidak sampai tiga langkah berturut-turut dan lain-lain. Perkara-perkara sebegini
tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sama ada membuatnya secara senghaja ataupun tidak.
Dikecualikan dalam perkara ini jika sekiranya menukarkan suatu rukun qauli selain daripada salam
dan takbiratul ihram ke tempat lain yang bukan tempatnya, misalnya terbaca surah al-Fatihah ketika tahiyyat
akhir, ataupun terbaca bacaan tahiyyat akhir ketika ruku‘.

Jika perkara ini berlaku, ia tidaklah membatalkan sembahyang walaupun disenghajakan menurut pendapat yang
paling rajih sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni al-Muhtaj. Ini adalah kerana memindahkan rukun
qauli kepada yang lain dari tempatnya tidaklah mengubah rupa sesuatu sembahyang. Maka dalam hal ini, adalah
disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Berlainan pula halnya jika memindahkan rukun fi‘li kerana ianya
mengubah rupa sesuatu sembahyang, dan akan  membatalkan sembahyang jika ianya disenghajakan.

Demikian juga sunat hukumnya melakukan sujud sahwi jika terpindah bacaan-bacaan yang lain seperti zikir-
zikir ruku‘, sujud, i‘tidal dan bacaan duduk di antara dua sujud ke tempat yang bukan tempatnya. 

Mengenai hal ini, Imam Ibnu Hajr al-Haitami pernah ditanyakan, adakah perlu untuk melakukan
sujud sahwi jika terbaca zikir ruku‘ ketika sujud ataupun bacaan sujud ketika ruku‘? Imam Ibnu Hajr al-Haitami
memfatwakan, jika terbaca mana-mana zikir ruku‘, sujud, i ‘tidal dan duduk di antara dua sujud pada tempat
yang bukan tempat asalnya, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sama ada disenghajakan ataupun tidak, ini
adalah kerana kesalahan tidak mengikut perkara yang disuruh dalam sembahyang, iaitu kegagalan untuk
menjaga tatatertib bacaan.

Akan tetapi jika memindahkan salam ataupun takbiratul ihram dengan senghaja, ini boleh membatalkan
sembahyang jika ianya diniatkan untuk memberhentikan ataupun untuk memulakan sembahyang.
Bagaimanapun, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi jika ianya tidak disenghajakan.

2) Perkara yang jika dilakukan dengan senghaja akan membatalkan sembahyang, antaranya makan, berkata-
kata, memindahkan rukun fi‘li, menambah ataupun mengurangkan ruku‘ dan sujud.

Dalam hal ini, jika sekiranya sembahyang tersebut belum lagi batal, misalnya hanya tercakap sedikit sahaja
(tidak melebihi enam patah perkataan menurut Imam Sayyid al-Bakri), maka sunatlah baginya untuk melakukan
sujud sahwi.

Akan tetapi jika dia bercakap-cakap yang boleh membatalkan sembahyang, maka tidaklah perlu  baginya  untuk
melakukan sujud sahwi lagi kerana sembahyangnya memang sudah batal.

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi

Dalam mazhab as-Syafi‘e, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi
salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan
di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.

Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

‫ُسْب َحا َن َم ْن الَ َينَ ُام َوالَ يَ ْس ُهو‬


Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"

Adakah Memadai Dua Kali Sujud Sahaja Jika Banyak Berlaku Kesalahan Dalam Sembahyang?

Imam Khatib as-Sharbini menyatakan dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, adalah memadai dengan dua sujud
sahaja walaupun berlaku berbagai-bagai jenis kelalaian, sama ada tertambah, terkurang atau kedua-duanya
sekali. Ini berdasarkan hadits riwayat Imam Bukhari, bahwasanya Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah
berkata:

ِِ ‫الصالَةُ يا رسو َل اللّ ِه أَنَ َقصت؟ َف َق َال النَّيِب صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم ِأل‬ ِ
:ْ‫َح ٌّق ما َي ُق ْو ُل؟ قَالُوا‬
َ ‫ أ‬:‫َص َحابه‬ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُّ ْ َ ْ ُ َ َ َّ :‫ َف َق َال لَهُ ذُوالْيَ َديْ ِن‬،‫صَر فَ َسلَّ َم‬ َ ُّ ‫صلَّى بِنَا النَّيِب‬
ْ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم الظُّ ْهَر أَ ِو ال َْع‬ َ
ِ ‫ مُثَّ َس َج َد َس َج َدَتنْي‬، ِ ‫ُخريَنْي‬
َْ ‫صلَّى َر ْك َعتَنْي ِ أ‬
َ َ‫ ف‬.‫نَ َع ْم‬
 (‫)رواه البخاري‬
Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersembahyang fardhu Zuhur ataupun ‘Asar bersama
kami, lalu Baginda memberi salam. Kemudian berkata kepadanya Zul Yadain: "Wahai Rasulullah! Adakah
sembahyang telah dikurangkan?". Lalu Baginda pun bertanya kepada sahabat-sahabatnya: "Benarkah apa
yang dikatakannya?"  Para sahabat lalu menjawab: "Benar ya Rasulullah". Lalu Baginda pun menyambung
dua raka‘at terakhir sembahyangnya tadi kemudian Baginda pun melakukan sujud dua kali sujud (sujud
sahwi)".
(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Berdasarkan hadits tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hanya melakukan sujud sahwi sebanyak


dua kali sujud sahaja sedangkan Baginda telah terlupa dua raka‘at penuh termasuk rukun-rukun serta sunat-
sunat ab‘adh yang ada dalam kedua-dua raka‘at tersebut.

Hukum Melakukan Sujud Sahwi Selepas Salam

Menurut pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafi‘e, waktu untuk mengerjakan sujud sahwi itu ialah
setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam, ini berdasarkan beberapa hadits
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abdullah bin
Buhainah Radhiallahu ‘anhu telah berkata:

ِ ِ َ‫صالتَهُ َس َج َد َس ْج َدت‬ ِ ِ ُّ ِ ِ ِ َّ ِ ِ ‫إِ َّن رسو َل‬


َ ‫ مُثَّ َسلَّ َم َب ْع َد ذَل‬،‫ني‬
       ‫ك‬ َ ‫ضى‬
َ َ‫ َفلَ َّما ق‬.‫س َبْيَن ُه َما‬ َّ َ ‫اهلل‬
ْ ‫صلى اهللُ َعلَْيه َو َسل َم قَ َام م ِن اثْنَتَنْي م َن الظ ْهر مَلْ جَيْل‬ ُْ َ
(‫)رواه البخاري‬

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah berdiri setelah dua raka‘at bersembahyang


fardhu Zuhur tanpa duduk untuk membaca tahiyyat awal. Setelah selesai Baginda bersembahyang (sebelum
memberi salam), Baginda pun melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) lalu memberi salam".
(Hadits riwayat Imam Bukhari)  

Bagaimanapun, disunatkan juga untuk melakukan sujud sahwi selepas salam jika terlupa untuk mengerjakannya
sebelum salam dengan syarat belum jauh jarak waktu pada kebiasannya di antara salamnya tadi dengan waktu
teringat dan juga tidak terkena najis, sekalipun seseorang itu telah bercakap-cakap sedikit (kira-kira tidak
membatalkan sembahyang) ataupun telah membelakangi qiblat sepertimana yang dijelaskan dalam kitab
Mughni al-Muhtaj. Ini berdasarkan hadits dari Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata:

              ِ ‫ فَ َس َج َد َس ْج َد َتنْي‬.ً‫مَخْسا‬  ‫ت‬ ِ َّ ‫ أَ ِز َيد يِف‬:‫ َفلَ َّما سلَّم قِيل لَه‬.ً‫َن النَّيِب صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم صلَّى الظُّهر مَخْسا‬
َ ‫صلَّْي‬
َ :ْ‫ َو َما ذَ َاك؟ قَالُوا‬:‫الصالَة؟ قَ َال‬ ُ َ َ َ َْ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ َّ ‫أ‬
)‫(رواه مسلم‬ 

Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersembahyang Zuhur bersama kami


sebanyak lima raka‘at. Setelah Baginda memberi salam, lalu ditanyakan kepadanya: "Adakah telah ditambah
(raka‘at) sembahyang?" Lalu Baginda bertanya kembali: "Apa yang ditambah?" Lalu para sahabat pun
menjawab: "Tuan telah bersembahyang lima raka‘at". Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun
melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi)".
(Hadits riwayat Imam Muslim)

Dari Shahih Imam Bukhari pula meriwayatkan, bahwasanya Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhutelah berkata:

‫ َوفِْي ِه ْم أَبُو بَ ْك ٍر‬،‫ض َع يَ َدهُ َعلَْي َها‬ ِِ ٍ


َ ‫ مثَّ قَ َام إِىَل َخ َشبَة يِف ُم َقدَِّم ال َْم ْسجد َف َو‬،‫ مثَّ سلَّ َم‬، ِ ‫صُر َر ْك َعتَنْي‬
ِ ِ‫صلَّى النَيِب صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم إِح َدى صالَيَت‬
ْ ‫ َوأَ ْك َثُر ظَيِّن أَن ََّها ال َْع‬:‫ قاَ َل حُمَ َّم ٌد‬.‫العش ِّي‬
َ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُّ َ
-‫ت؟‬ ‫ر‬‫ص‬ َ‫ق‬ ‫َم‬
‫أ‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫س‬ِ ‫ن‬َ
‫أ‬ : ‫ال‬
َ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ن‬ِ ‫ي‬ ‫د‬ ‫ْي‬
‫ل‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ذ‬
َ ‫م‬َّ
‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ ِ
‫ه‬ ‫ي‬َ‫ل‬‫ع‬ ‫اهلل‬ ‫ى‬ َّ
‫ل‬ ‫ص‬ ِ
‫ه‬ ‫ل‬
ّ ‫ال‬ ‫ول‬ُ ‫س‬ ‫ر‬ ‫وه‬ ‫ع‬ ‫د‬ ‫ي‬ ‫ل‬‫ج‬ ‫ر‬ ‫و‬ ،‫؟‬ ‫ة‬
ُ ‫ال‬ ‫الص‬ ِ
‫ت‬ ‫ر‬ ِ
‫ص‬ ُ‫ق‬َ
‫أ‬ : ‫ا‬
ْ ‫و‬ ‫ل‬
ُ ‫ا‬‫ق‬ ‫ف‬ ، ِ
‫َّاس‬ ‫ن‬‫ال‬ ‫ن‬ ِّ َ
ُ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ُ َْ ُ َ َ ُ َ ُ ‫َو‬
‫ا‬‫ع‬ ‫ر‬ ‫س‬ ‫ج‬ ‫ر‬ ‫خ‬ ‫و‬ ، ‫اه‬‫م‬ ‫ل‬ ‫ك‬
َ ‫ي‬ ‫ن‬
ْ ‫أ‬ ‫ا‬‫اب‬ ‫ه‬ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬‫ع‬ ‫ه‬ ‫ل‬
ّ ‫ال‬ ‫ي‬ ‫ض‬ِ ‫ر‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ع‬
ْ َُ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ َ ُ ُ َْ ٌ ُ َ َ َ َ َ ََ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
‫ْسهُ فَ َكَّبَر فَ َس َج َد مثْ َل ُس ُج ْوده أ َْو‬ َ ‫ض َع َرأ‬ َ ‫ مُثَّ َرفَ َع َرأ‬،‫ مُثَّ َكَّبَر فَ َس َج َد مثْ َل ُس ُجوده أ َْو أَطْ َو َل‬،‫صلَّى َر ْك َعتَنْي مُثَّ َسلَّ َم‬
َ ‫ مُثَّ َو‬،‫ْسهُ فَ َكَّبَر‬ َ َ‫ ف‬.‫ت‬َ ‫ َبلَى قَ ْد نَسْي‬:‫ قَ َال‬.‫صْر‬ َ ‫س َومَلْ تُ ْق‬ َ ْ‫ مَلْ أَن‬:‫َف َق َال‬
  ‫ْسهُ َو َكََّبَر‬َ ‫ مُثَّ َرفَ َع َرأ‬،‫أَطْ َو َل‬
)‫(رواه البخاري‬ 

Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengerjakan satu daripada dua sembahyang siang


(kemungkinan besar ianya adalah sembahyang fardhu ‘Asar mengikut pendapat Muhammad bin Sirin)
sebanyak  dua raka‘at lalu  Baginda memberi salam. Kemudian Baginda pun bangun lantas menuju ke arah
sebatang kayu (tiang) yang terletak di muka masjid lalu meletakkan tangan Baginda pada kayu tersebut
(bersandar padanya). 
Antara kalangan para sahabat yang hadir pada ketika itu ialah Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar al-
Khattab Radhillahu ‘anhuma. Kedua-dua sahabat itu merasa segan untuk menghadapkan perkara tersebut
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka jemaah yang berada dalam masjid pun keluar cepat-
cepat lalu bertanya: "Adakah sembahyang‘ Asar itu tadi telah diqasharkan? Kemudian bertanya pula seorang
sahabat yang digelarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai Zul Yadain: "Adakah Tuan tadi
terlupa ataupun shalat itu tadi telah diqasharkan?". Baginda pun menjawab: "Aku tidak terlupa dan shalat itu
tadi pun tidak diqasharkan" Lalu Zul Yadain berkata lagi: "Betul, Tuan tadi telah terlupa". 

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menyambung kembali sembahyangnya sebanyak dua


raka‘at, lalu memberi salam, kemudian bertakbir, lalu melakukan sujud sebagaimana sujud yang biasa ataupun
lebih lama dari itu. Selepas itu Baginda pun bertakbir kemudian sujud lagi sebagaimana sujud yang biasa
ataupun lebih lama dari itu. Sesudah itu Baginda mengangkat kepalanya dan bertakbir."
(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Kedua-dua hadits di atas menerangkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan


sujud sahwi selepas Baginda memberi salam sedangkan Baginda telahpun berkata-kata, berjalan dan berpaling
dari arah qiblat. Akan tetapi, jarak masa di antara salam dan waktu Baginda diingatkan oleh para sahabat itu
tidak panjang yakni belum lagi lama. 

Sebaliknya, jika jarak masanya sudah jauh maka luputlah sujud sahwi tersebut berdasarkan pendapat yang
paling rajih dalam mazhab as-Syafi‘e. Begitu juga jika sekiranya seseorang itu  terkena najis ataupun telah
bercakap-cakap dengan banyak.

Bagaimanapun, jika seseorang itu dengan senghaja memberi salam sebelum melakukan sujud sahwi, maka
luputlah sujud sahwi tersebut kerana tempat sujud sahwi itu asalnya ialah sebelum salam sedangkan dia telah
dengan senghaja menutup sembahyangnya dengan memberi salam.

Pendapat Ulama Mengenai Kadar Jangka Masa Pendek Ataupun Panjang Dalam Permasalah
Sujud Sahwi.

Diibaratkan oleh para ulama, kadar jangka masa pendek itu seperti apa yang dinukil tentang Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam daripada kisah Zul Yadain. Dalam kisah tersebut, digambarkan bahawa Baginda bangkit dan
pergi ke suatu penjuru masjid, lalu ditanya oleh Zul Yadain dan pertanyaan Baginda kepada sahabat serta
jawapan mereka. Sementara  kadar masa panjang pula ialah apa yang melebihi daripada kadar masa yang
digambarkan dalam khabar Zul Yadain tersebut.

Menurut al-Buwaithi dan Abu Ishaq pula, bahawa kadar jangka masa panjang itu ialah apa yang melebihi kadar
masa seraka‘at. 

Sementara menurut Abu Hurairah, bahawa kadar jangka masa panjang itu ialah kadar sembahyang yang sedang
dilakukan sama ada dua, tiga atau empat raka‘at.

Hukum Jika Teringat Ada Kekurangan Dalam Rukun Sembahyang Selepas Memberi Salam

Menurut pendapat Imam Nawawi, jika seseorang itu teringat bahawa dia telah terlupa sesuatu rukun dalam
sembahyangnya selain daripada niat dan takbiratul ihram sesudah memberi salam, misalnya terlupa untuk
ruku‘,  sujud, membaca surah al-Fatihah dan sebagainya dalam sembahyangnya tadi, jika jarak waktu teringat
akan kelalaian tersebut masih belum lagi jauh pada adat kebiasaannya selepas memberi salam, maka wajiblah ke
atasnya menyempurnakan sembahyang itu mengikut tertib sembahyang, kemudian melakukan
sujud sahwi sebelum memberi salam.

Bagaimanapun, jika jarak waktu di antara keduannya sudah jauh, maka wajiblah ke atasnya mengulangi
sembahyang tersebut.

Umpamanya jika dia terlupa untuk membaca surah al-Fatihah pada raka‘at yang terakhir, wajib ke atasnya untuk
berdiri betul dan membaca surah al-Fatihah kemudian menyambung sembahyangnya itu mengikut tertib dalam
raka‘at akhir kemudian melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. 

Akan tetapi jika yang tertinggal itu adalah niat ataupun takbiratul ihram, wajib ke atasnya mengulangi
sembahyang tersebut.
Waswas Selepas Memberi Salam

Jika seseorang ragu-ragu atau waswas selepas memberi salam bahawa dia mungkin terlupa suatu rukun selain
niat ataupun takbiratul ihram, maka tidaklah dituntut ke atasnya untuk menyempurnakan rukun tersebut dan
tidak juga dituntut melakukan sujud sahwi  atas keraguannya terhadap sesuatu rukun itu, kerana pada zahirnya
dari segi syara‘ dia dikira sudah menyempurnakan sembahyangnya.

Ini kerana jika keraguan tersebut memberi kesan ke atas sembahyangnya tadi, maka ini akan menjadi bebanan
yang berat khususnya bagi orang yang menghidap penyakit waswas.

Adapun jika sekiranya keraguan tersebut pada niat ataupun takbiratul ihram, misalnya dia keliru adakah dia
telah berniat untuk sembahyang fardhu ataupun sunat, atau adakah dia telah berniat untuk sembahyang Zuhur
ataupun ‘Asar, maka wajib ke atasnya mengulangi sembahyang tersebut sepertimana penjelasan mengenai hal
ini dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Jika Ragu-Ragu Pada Bilangan Raka‘at

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj ada dijelaskan  beberapa permasalahan jika berlaku syak pada bilangan raka‘at
dalam sembahyang. Permasalahan tersebut adalah seperti berikut:

1) Jika seseorang itu sudah berdiri untuk mengerjakan raka‘at keempat, kemudian dia ragu-ragu sama ada
raka‘at tersebut adalah raka‘at yang ketiga ataupun keempat, hendaklah dia memilih bilangan raka‘at yang
paling sedikit, iaitu menganggap raka‘at tersebut adalah raka‘at yang ketiga kemudian disunatkan dia
melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam oleh sebab keraguan tersebut, walaupun keraguannya itu tadi
telah hilang sebelumnya memberi salam.

Ini kerana pada asalnya dia dikirakan belum lagi masuk ke dalam raka‘at yang keempat ketika itu, sungguhpun
raka‘at tersebut sebenarnya adalah raka‘at yang keempat kerana dia merasa ragu-ragu mengenainya. 

Ini berdasarkan hadits dari Abu Sa‘id Al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

ِِ
َ ‫ فَِإ ْن َكا َن‬.‫ مُثَّ يَ ْس ُج ُد َس ْج َد َتنْي ِ َقْب َل أَ ْن يُ َسلِّ َم‬،‫اسَتْي َق َن‬
ُ‫ َش َف ْع َن لَه‬،ً‫صلَّى مَخْسا‬ ْ ‫َّك َولْيَنْب ِ َعلَى َما‬ َ ‫صالَته َفلَ ْم يَ ْد ِر َك ْم‬
َّ ‫صلَّى؟ ثَالَثاً أ َْم أ َْربَعاً؟ َفْليَطَْر ِح الش‬ َ ‫َح ُد ُك ْم يِف‬
َ‫كأ‬َّ ‫إِ َذا َش‬
                        ُ‫صالَتَه‬ َ
)‫(رواه مسلم‬

Maksudnya: "Apabila ragu-ragu seseorang daripada kamu di dalam sembahyangnya, lalu dia tidak pasti
sudah berapa raka‘at dia bersembahyang, sama ada tiga raka‘at ataupun sudah yang keempat, maka
hendaklah dia membuang dan meninggalkan keraguan tersebut, dan tetapkanlah bilangan raka‘at yang
diyakini (mengambil bilangan raka‘at yang paling sedikit). Kemudian hendaklah dia melakukan sujud sebanyak
dua kali sujud (sujud sahwi) sebelum dia memberi salam. Jika sebenarnya dia telahpun bersembahyang
sebanyak lima raka‘at, maka disempurnakan sembahyangnya itu dengan sujud sahwi tersebut (dikira
sempurna empat raka‘at) ". 
(Hadits riwayat Imam Muslim)

2) Jika seseorang itu berada pada raka‘at yang ketiga, kemudian berasa ragu terhadap raka‘at tersebut sama ada
raka‘at yang ketiga ataupun keempat, lalu dia teringat bahawa raka‘at tersebut adalah raka‘at yang ketiga
sebelumnya berdiri semula untuk mengerjakan raka‘at yang seterusnya (yang keempat), maka tiadalah perlu
untuknya melakukan sujud sahwi kerana apa yang dibuatnya selepas itu (berdiri untuk menyambung raka‘at
keempat) memang dituntut (tepat) dan dia yakin dan tidak ragu-ragu lagi akan kedudukan raka‘at tersebut,
walaupun sebelum itu dia waswas.

Lainlah halnya jika dia baru teringat sesudahnya berdiri untuk mengerjakan raka‘at keempat. Ini kerana dia telah
menyambung raka‘at keempat tersebut dengan keadaannya yang masih lagi ragu-ragu, iaitu raka‘at tersebut
mungkin yang keempat ataupun boleh jadi sudah yang kelima, kemudian barulah dia teringat sesudah
mengerjakan raka‘at tersebut bahawa raka‘at tersebut sememangnya adalah raka‘at yang keempat.

Maka di dalam hal ini disunatkan ke atasnya untuk melakukan sujud sahwi kerana mengerjakan raka‘at keempat
tersebut dalam keraguan pada mulanya.      
Jika Senghaja Meninggalkan Sunat Ab‘adh Bolehkah Melakukan Sujud Sahwi? 
Sujud sahwi disunatkan apabila tertinggal rukun sembahyang atau sunat ab‘adh dengan tidak senghaja.
Persoalannya, bagaimanakah kedudukan sujud sahwi tersebut jika seseorang itu senghaja meninggalkan rukun
sembahyang ataupun sunat ab‘adh dengan niat untuk melakukan bersujud sahwi? 

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu‘  ada menyebutkan bahawa jika seseorang itu dengan senghaja
meninggalkan rukun sembahyang maka sembahyangnya akan batal.

Manakala sunat ab‘adh pula jika senghaja ditinggalkan dengan niat untuk senghaja melakukan sujud sahwi,
umpamanya senghaja untuk tidak membaca doa qunut semasa bersembahyang Subuh, menurut pendapat yang
paling rajih adalah juga disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.

Ini adalah kerana sujud sahwi disyariatkan ke atas mereka yang dengan tidak senghaja melakukan kecacatan
dalam sembahyang, maka orang yang dengan senghaja mencacatkan sembahyangnya adalah lebih perlu dan
lebih dituntut untuk melakukan sujud sahwi.

Adakah Sah Sembahyang Jika Tidak Melakukan Sujud Sahwi?


Sujud sahwi disyariatkan untuk menampal kekurangan-kekurangan yang berlaku dalam sembahyang seseorang
supaya  kekurangan-kekurangan tersebut dapat ditutup  kembali.
Bagaimanakah pula kedudukannya jika seseorang itu tidak melakukan sujud sahwi sedangkan dia sudah
mengetahui bahawa terdapat kekurangan dalam sembahyangnya?

Bagi menjawab persoalan ini, adalah perlu untuk kita merujuk kembali hukum mengerjakan
sujud sahwi tersebut, adakah ia wajib ataupun sunat?

Menurut mazhab as-Syafi‘e, sujud sahwi hukumnya sunat mu'akkad, ianya disyariatkan untuk memperbaiki


sembahyang dan bukannya salah satu daripada syarat sah sembahyang berdasarkan hadits riwayat Abu Daud
dari Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

ِ َ‫ت نَاقِصةً َكان‬ ِ َّ ‫الر ْكعةُ نَافِلَةً و‬ ِ ِ ‫َّك ولْيَنْب ِ َعلَى الْيَ ِق‬ ِ ِِ َ ‫أح ُد ُك ْم يِف‬
‫ت‬ َ ْ َ‫ َوإ ْن َكان‬،‫الس ْج َدتَان‬ َ َ َّ ‫صالَتُهُ تَ َّامةً َكانَت‬ ْ َ‫ فَِإ ْن َكان‬، ِ ‫َّم َام َس َج َد َس ْج َد َتنْي‬
َ ‫ت‬ َ ‫اسَتْي َق َن الت‬
ْ ‫ فَإذَا‬،‫ني‬ َ َ ‫صالَته َفْلُيْلق الش‬ َ ‫ك‬ َّ ‫إذَا َش‬
                         .‫ان‬ ِ َ‫ان مر ِغم ِ الشَّيط‬ ِ َ‫السج َدت‬ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫ُ ْ َ يَت‬ ْ َّ َ َ َ َ َ ً َ‫الر ْك َعةُ مَت‬
‫ت‬ ‫ن‬ ‫ا‬‫ك‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫ص‬‫ل‬ ‫ا‬ ‫ام‬ َّ
)‫(رواه أبو داود‬ 

Maksudnya: "Jika ragu-ragu seseorang daripada kamu dalam sembahyangnya, maka hendaklah membuang
dan meninggalkan keraguan tersebut dan tetapkanlah bilangan raka‘at yang diyakini (yang paling
sedikit). Maka apabila dia telah yakin akan kesempurnaan sembahyangnya itu, hendaklah dia melakukan sujud
dua kali sujud (sujud sahwi). Jika ternyata bahawa sebenarnya sembahyangnya itu tadi adalah sempurna
(empat raka‘at), maka raka‘at tambahan (yang kelima) dan dua sujud sahwi tersebut adalah sebagai nafilah
(amalan sunat). Dan jika ternyata bahawa sembahyangnya tadi sebenarnya kurang, maka raka‘at keempat itu
adalah sebagai pelengkap sembahyangnya, dan dua sujud sahwi tersebut adalah sebagai pengajaran
(tamparan) bagi syaitan".
(Hadits riwayat Imam Abu Daud)  

Dalam hadits ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan jelas menyatakan bahawa


sujud sahwi tersebut adalah nafilah (amalan sunat) dan juga mengibaratkannya sebagai pengajaran bagi syaitan.

Untuk menguatkan lagi pendapat ini, dalam kitab Hasyiatan Qalyubi dan ‘Umairah ada disebutkan, bahawa
sujud sahwi adalah merupakan sebagai pengganti atau penampal sunat-sunat ab‘adh yang ditinggalkan dalam
sembahyang, sedangkan sesuatu pengganti atau penampal mestilah yang sama taraf ataupun yang kurang sedikit
daripada yang diganti. Adalah tidak munasabah jika amalan-amalan sunat tersebut ditampal dengan sesuatu
yang wajib, maka jelaslah di sini bahawa hukum sujud sahwi adalah sunat. 

Maka berdasarkan hadits tersebut, para ulama mazhab as-Syafi‘e telah bersepakat menghukumkan
sujud sahwi sebagai sunat mu'akkad. Oleh yang demikian, meskipun sujud sahwi tersebut ditinggalkan,
sembahyang seseorang itu tetap sah, walaupun ianya ditinggalkan dengan senghaja.

Mudah-mudahan dengan maklumat mengenai permasalahan dan persoalan sujud sahwi ini maka akan
bertambah pula pengetahuan kita tentang sembahyang. 

Anda mungkin juga menyukai