Anda di halaman 1dari 22

PANDUAN MUDAH UNTUK UMRAH & ZIARAH BACAAN DAN DOA DALAM IBADAH UMRAH

DISEDIAKAN OLEH : Unit Bimbingan Umrah & Ziarah JAGONG MAS TRAVEL SDN. BHD.

NIAT UMRAH

LAFAZ TALBIAH

DOA MULTAZAM, MAKAM NABI IBRAHIM, HIJR ISMAIL

Doa di Multazam

Doa di Makam Nabi Ibrahim

Doa di Hijr Ismail/ Pancuran Emas

Saie Di Antara Safa dan Marwah Naik ke bukit Safa melalui bukit Safa, sebolehbolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca: Kemudian dia membaca: : , )(Sebanyak tiga kali

Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca: Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja). Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah: ,

Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah. Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah: Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaikbaiknya di dalam Masjidil haram. Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie: Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)). Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.

DOA MINUM AIR ZAMZAM


Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) :
Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Doa Ketika Meminum Air ZamZam

Doa Tahalul

Doa Tawaf Wida


Maksudnya Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) AI-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah daku ya Allah, Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah daku. Ya Allah Tuhan yang mengembalikan sesuatu, kembalikanlah daku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya. Ya Allah! selamatkanlah kami, kurniakan kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, sama ada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya.Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah daku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah daku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah! Janganlah Engkau jauhkan daku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.Ya Allah ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.Ya Allah ya Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi daku menziarahi Baitullah, Ya Allah ya Tuhanku! cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi pertunjuk kepadaku. Daku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah daku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan daku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat daku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.Ya Allah ya Tuhanku! kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteruku. Tolonglah daku daripada mereka yang menganiayai daku. Ya Allah ya Tuhanku! Daku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, takut menghadapi segala dugaan, kikir, kedekut, bergelumang di dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.Ya Allah ya Tuhanku! daku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan didalam perjalanan kami serta keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh. Engkaulah Ya Allah! menolong kami di dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami, Ya Allah! daku berlindung denganMu daripada segala kesusahan di dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan harta benda, keluarga dan anak. Ya Allah! sertakanlah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.Ya Allah Ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan dan permudahkan serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami, lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, sertailah kami dalam perjalanan kami , gantilah kami dan berilah pertolonganMu untuk memelihara keluarga-keluarga kami.Ya Allah! Peliharakanlah didalam perjalanan kami dan gantikanlah kami di dalam memelihara keluarga kami, daku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Pesanan Buat Para Jamaah


Bahawa kami JAGONG MAS TRAVEL SDN. BHD mengucapkan tahniah di atas peluang dan kesempatan tuan / puan menjadi DHUYUFURRAHMAN (Tetamu ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang) kali ini dengan harapan agar ibadah UMRAH tuan / puan diterima ALLAH sebagai UMRAH MABRURAH.

Ingatlah bahawa anda sedang dalam persiapan / perjalanan yang penuh berkat, persiapan / perjalanan menuju ILAHI dengan berpaksikan AQIDAH TAUHID YANG PENUH MURNI dan ikhlas kepadaNYA. Waspadalah anda sekalian dari tipu daya dan godaan syaitan yang sentiasa berusaha untuk merosakkan anak ADAM. Jalinkanlah hubungan persaudaraan Islam, di mana orang-orang mukmin adalah bersaudara. Bertanyalah kepada mereka yang berilmu tentang masalahmasalah agama, lebih-lebih lagi mengenai IBADAH UMRAH. ALLAH berfirman yang bermaksud: Bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya.

Lipat gandakanlah dalam melakukan IBADAH-IBADAH SUNAT semasa di tanah suci, kerana ganjaran pahalanya adalah berlipat ganda. Berazamlah bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan berteraskan ISLAM sebagai Aqidah, Syariat dan Akhlak. Jauhilah dari melakukan perkara-perkara yang tidak disyariatkan oleh ALLAH SWT. Semoga semua amalan anda diterima ALLAH. Amin, YaRabbal Alamin.

DISEDIAKAN OLEH : Unit Bimbingan Umrah & Ziarah JAGONG MAS TRAVEL SDN. BHD.

Anda mungkin juga menyukai