Anda di halaman 1dari 11

PERKONGSIAN ILMU

Penulisan Haji dan Umrah ini adalah hasil dari pembelajaranku selama beberapa tahun
dibeberapa buah masjid dan surau. Dibimbing oleh beberapa orang ustaz. Isi penulisan juga
dirujuk daripada beberapa buah buku panduan haji dan umrah, disamping pengalaman sendiri
sewaktu mengerjakan haji. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua teman-
teman di luar sana yang berkesempatan singgah dilaman blogku ini. Harapan saya semoga
saudara/saudari mendapat haji yang mabrurINSYAALLAH

TALBIAH

PERBEZAAN HAJI DAN UMRAH

UMRAH:

Mengikut sebutan orang adalah haji kecil. Umrah juga adalah mengunjungi Baitullahil Haram di
Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

HAJI:

Mengikut kebiasaan sebutan orang adalah haji besar. Dari segi syarak pula ianya adalah
mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.
RUKUN HAJI DAN UMRAH

Erti rukun dalam ibadat haji dan umrah ialah sesuatu yang mesti dilakukan. Jika salah satunya
ditinggalkan maka tidak boleh digantikan oleh orang lain atau diwakilkan dan tidak boleh
digantikan dengan dam. Maka tidak sah haji dan umrahnya dan kemungkinan besar 13 larangan
dalam ihram akan dibawa balik ke Tanah Air (Malaysia).

WAJIB HAJI DAN UMRAH

Wajib haji dan umrah adalah pekerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan
kedua-dua ibadat tersebut. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, haji atau umrahnya itu
tetap sah tetapi wajib keatasnya membayar dam. Walau bagaimanapun jika jemaah itu sengaja
tidak melakukan pekerjaan tersebut, hukumnya ia berdosa.

SUNAT HAJI DAN UMRAH

Seperti yang diketahui perkara sunat jika dilakukan mendapat pahala dan jika ditinggalkan sebab
apa sekali pun tidakberdosa dan tidak dikenakan dam.

ADAB-ADAB HAJI DAN UMRAH

Perkataan adab dan beradab itu dengan sendiri memberi maksud perilaku yang terhormat dan
mulia. Ianya sebagai kayu pengukur kepada akhlak yang mulia bila mana seseorang bersopan
santun dikatakan ia beradab dan berakhlak. Sabda S.A.W. yang bermaksud sesungguhnya aku
diutuskan oleh ALLAH untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

JENIS-JENIS HAJI

Haji Ifrad Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan
umrah

Haji Tamattuk Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian


mengerjakan haji di tahun yang sama

Haji Qiran Wajah 1 Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam Bulan-
bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja

Haji Qiran Wajah 2 Berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf ia
berniat mengerjakan haji

RUKUN UMRAH

Niat
Tawaf
Saie
Bercukur / Bergunting
Tertib

WAJIB UMRAH

Niat Ihram Di Miqat


Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram

NIAT MENGERJAKAN UMRAH

LAPAZNYA

NIAT DALAM HATI Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana
Allah Taala

BERCUKUR ATAU BERGUNTING SEMASA MENGERJAKAN UMRAH

CARA MELAKSANAKANNYA Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting


rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan

MASA DAN TEMPAT Selepas selesai saie umrah di marwah

AMALAN BERCUKUR ATAU BERGUNTING SELEPAS SAIE DINAMAKAN `TAHALLUL


UMRAH

PERJALANAN IBADAT UMRAH

1. Mandi sunat ihram


2. Melaksanakan kerja-kerja sunat ihram
3. Pergi ke Miqat di Tanaim atau Jaranah
4. Solat sunat ihram dalam masjid
5. Niat umrah
6. Jaga pantang larang dalam ihram ( 13 pantang larang )
7. Balik ke Mekah
8. Banyakkan talbiah sepanjang dalam ihram
9. Tawaf Umrah di Baitullah 7 keliling
10. Bacalah apa-papa doa yang termampu
11. Solat sunat di Multazam, Maqam Ibrahim dan lain-lain
12. Berdoa ditempat mustajab
13. Minum air Zam-Zam sepuas-puasnya dan niat
14. Saie antara Safa dan Marwah 7 kali ulang alik
15. Berdoa dengan apa saja doa yang termampu
16. Bertahlul (bercukur / bergunting) di Marwah
17. Berdoa semasa bertahlul
18. Maka gugurlah 13 pantang larang dalam ihram
19. Maka selesailah pekerjaan umrah

TAHALUL UMRAH

Setelah berniat umrah di Miqat dan pantang larang yang 13 pun terkena pada kita, lalu balik
ke Baitullah lalu tawaf 7 keliling dengan sempurna dan saie dengan sempurna antara bukit Safa
dan Marwah, apabila tamat lalu bergunting / bercukur maka gugurlah semua 13 pantang larang
tadi. Maka seleailah kerja-kerja umrah. (umrah tiada tahalul awal terus tahalul thani)

TAWAF

PENGERTIAN TAWAF Mengelilingi kaabah dengan syarat-syaratnya

JENIS-JENIS TAWAF

1. TAWAF RUKUN a. haji b. Umrah


2. TAWAF QUDU Selamat datang
3. TAWAF WADA Selamat tinggal
4. TAWAF SUNAT
5. TAWAF NAZAR

SYARAT-SYARAT SAH TAWAF:

Suci daripada hadas dan dalam keadaan berwuduk


suci badan / pakaian / tempat tawaf daripada najis
Menutup aurat seperti mana dalam sembahyang
Bermula daripada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf jika tawaf Wada /
Sunat/ Nazar
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Berjalan bertujuan tawaf bukan bertujuan lain
Cukup 7 kali keliling dengan yakin
Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan

SUNAT-SUNAT TAWAF

Berjalan kaki
Memakai pakaian berwarna putih
Berittiba bagi tawaf diiringi dengan saie (lelaki)
Melakukan ramal (berlari-lari anak) bagi tawaf yang diiringi dengan saie (lelaki)
Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya. Istilam rukun Yamani dan tidak mengucupnya
Membaca zikir dan doa
Berturut-turut 7 kali pusingan
Tawaf dengan khusyuk / tawadhuk
Sembahyang sunat tawaf

Ittiba ialah perbuatan seorang lelaki yang berihram meletakkan pertengahan kain
selepangnya di bawah ketiak kanannya dan dua hujung kain itu di atas bahu kirinya. Perbuatan
ini adalah sunat bagi orangorang lelaki mengikut pendapat mazhab Imam As-Shafie, Hanafi,
Ahmad dan jumhur ulama. Ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Yali bin
Umaiyah yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bertawaf dalam keadaan ittiba
dan memakai burad. Burad pula adalah sejenis kain bulu berwarna hitam. (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darini, AlBaihaqi dan At-Tirmidzi, disahihkan hadis ini oleh At-
Tirmidzi)

SAIE

PENGERTIAN SAIE Berjalan ulang alik di antara bukit Safa dan Marwah

SYARAT-SYARAT SAIE

Dilakukan selepas tawaf rukun / tawaf qudum


Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
Cukup 7 kali dengan yakin dikira daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah
ke Safa
Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah
Hendaklah saie di Batnu Al-Wadi (tempat yang termaklum)
Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SAIE

Keluar ke tempat saie melalui Bar As-Safa


Menaiki bukit Safa / Marwah hingga sampai batu-batu bukit
Mengadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanpa lampu hijau atau tiang
hijau
Muwalat (berturut-turut)
Suci dari hadas kecil dan besar
Berjalan kaki
Berdoa

RUKUN-RUKUN HAJI

Niat
Wuquf
Tawaf
Saie
Bercukur atau bergunting
Tertib pada kebanyak rukun
Jika tertinggal salah satu atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH
(BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram
(pantang larang)

WAJIB-WAJIB HAJI

Niat ihram di miqat


Meninggalkan larangan dalam masa ihram
Bermalam (mabit) di Muzdalifah
Melontar Jamrah Aqabah
Bermalam (mabit) di Mina
Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari tasyriq

Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam

Hari Nahar: 10 Zulhijjah (hari raya haji pertama)

Hari Tasyrik: 11, 12, 13 Zulhijjah (hari raya kedua, ketiga dan keempat)

Musim Haji: 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji)

NIAT IHRAM HAJI DI MIQAT

PENGERTIANNYA Berniat ihram haji di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak

HAJI TAMATTUK

Di Mekah berniat di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah

HAJI IFRAD ATAU QIRAN

Berniat di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat seperti di Kompleks atau dalam
kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah atau Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di
tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.
WUQUF DI ARAFAH

Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan

WAKTU WUQUF Bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga fajar hari 10 Zulhijjah

WAKTU AFDAL WUQUF Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian
dari malam 10 Zulhijjah

SYARAT BERWUQUF

Telah berihram dengan niat haji


seorang yang ahli beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf
AMALAN-AMALAN SUNAT BERWUQUF

Sembahyang berjemaah
Bertalbiah
Berdoa
Berzikir
Membaca Al-Quran
Sembahyang-sembahyang sunat

BERMALAM (MABIT) DI MUZDALIFAH

PENGERTIAN MABIT Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga padi atau
berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam

WAKTU MABIT Pada malam 10 Zulhijjah

AMALAN-AMALAN SUNAT

Berdoa
Berzikir
Sembahyang sunat
Mengutip anak-anak batu

PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR

Takut terancam keselamatan diri atau harta


Menjaga atau menemani orang sakit
Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
Berpenyakit dan sukar bermalam
Terpaksa

MELONTAR JAMRAH

Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah (hari Nahar) di Mina

WAKTU AFDAL Pada waktu duha 10 Zulhijjah

WAKTU DIHARUSKAN Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13


Zulhijjah

SYARAT-SYARAT MELONTAR

Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah


Hendaklah melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta
dan diakhiri di Jamratul Aqabah
Hendaklah melontar tidak terpesong daripada tujuan lain
Hendaklah melontar batu atau jenis-jenisnya
Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin
Hendaklah melontar dengan gaya melontar
Hendaklah melontar dengan tangan
Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar
Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari
yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari
ke 12
Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk
dirinya sendiri

MELONTAR JAMRATUL AQABAH PADA 10 ZULHIJJAH (HARI NAHAR)

Waktu afdal
pada waktu duha 10 Zulhijjah

Waktu diharuskan Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13


Zulhijjah

MELONTAR JAMARAT PADA 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH DI MINA

(HARI-HARI TASYRIQ)

Waktu afdal Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah

Waktu diharuskan Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenammatahari 13 Zulhijjah


Waktu afdal Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah

Waktu diharuskan Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

Waktu afdal Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah

Waktu diharuskan Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

TAHALUL HAJI DAN UMRAH

Setelah para jemaah mendapat MABIT DI MUDZALIFAH dan keluar dari sempadan yang akhir
di Muzdalifah melebihi jam 12.00 tengah malam, para jemaah boleh membuat pilihan samada
hendak terus ke Mina atau terus balik ke Makkah

CARA PERTAMA (CARA INI DIURUSKAN OLEH TABUNG HAJI)

Jika para jemaah terus ke Mina, maka bolehlah terus melontar Jamratul Aqabah sahaja dengan 7
biji batu yang dikutip di Mudzalifah lalu terus bergunting/bercukur (di Mina) maka terjadilah
TAHALUL AWAL dan gugurlah pantang larang 10 cuma tinggal lagi 3. Kemudian jemaah perlu
bermalam di Mina dan seterusnya melontar pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Setelah bermalam
dan melontar selesai pada hari-hari Tasyrik, para jemaah dibawa ke Mekah pada 13 Zulhijjah
untk tawaf dan saie haji dan tidak payah bergunting/bercukur lagi, maka gugrlah 3 lagi baki
pantang larang. Maka terjadilah TAHALUL THANI dan selesai pekerjaan haji

PANDUAN:

Pantang larang 10 gugur di Mina pada 10 Zulhijjah dan 3 lagi gugur di Makkah pada
13 Zulhijjah
Tahalul Awal (bergunting dan bercukur) Mesti selesai melontar dengan yakin di
Jamratul Aqabah, maka gugurlah 10 pantang larang
Tahalul Thani Mesti selesai tawaf dengan yakin dan saie, maka gugur 3 lagi pantang
larang
Tawaf haji Berpakaian biasa (tutup aurat), bersarung tangan dan boleh bertutup
sebahagian muka

CARA KEDUA

1. Cara inilah yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


2. Dapat menghabiskan kerja haji dalam musim haji (10 Zulhijjah)

Para jemaah terus ke Mina dan melontar Jamratul Aqabah pada waktu dhuha lalu
bercukur/bergunting di Mina (TAHALUL AWAL) maka gugur 10 pantang larang. Balik ke
Mekah pada hari yang sama iaitu 10 Zulhijjah dan lakukan tawaf serta saie haji pada hari itu juga
(TAHALUL THANI) maka gugur lagi 3 pantang larang. Kemudian balik ke Mina semula untuk
mendapatkan mabit (bermalam) di Mina dan melontar pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan
balik ke Mekah pada 13 Zulhijjah dan tidak payah tawaf dan saie lagi. Maka selesai lah kerja haji
tersebut

Anda mungkin juga menyukai