Anda di halaman 1dari 42

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI & UMRAH

Rukun Haji dan Umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji dan Umrah. Sekiranya salah satu daripada rukun Haji dan Umrah itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat Haji dan Umrahnya tidak sah. Adapun perkara-perkara wajib Haji dan Umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan keduadua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka Haji dan Umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja

PENGERTIAN RUKUN HAJI/UMRAH

RUKUN HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh Jemaah Haji/Umrah. Jika tidak ditunaikan, haji/umrahnya bagaikan tergantung. Maksud tergantung ialah haji/umrah seseorang itu masih belum sempurna dan ia masih berada dalam ihram, wajib menjaga pantang-larang dalam ihram sehingga semua rukun itu dilaksanakan. Jika mana-mana Rukun Haji/Umrah dikerjakan tidak mengikut syarat-syarat sahnya, rukun itu tidak sah maka haji/umrahnya tergantung.

SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH ISLAM Tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad BALIGH ( CUKUP UMUR ) Tidak wajib mengerjakan Haji ke atas kanak-kanak dan jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak menggugurkan haji fardhunya. BERAKAL Tidak wajib bagi yang tidak siuman dan tidak sah hajinya jika dilakukan. MERDEKA Hamba abdi tidak wajib mengerjakan haji, tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukan.

BERKUASA Tidak wajib ke atas mereka yang tidak mampu. Berkuasa terdiri daripada dua bahagian : Berkuasa membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan bahi mengerjakan Haji hingga selesai dan balik ke tempatnya. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah b. tanggungannya. c. Ada kenderaan pergi dan balik Aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tidak ada peperangan, perompak, penyamun dan musuh yang mengancam keselamatan diri atau d. hartanya, atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang membahayakan tubuh badan. e. Sihat tubuh badan f. Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji dan Umrah. g. Bagi wanita ditambah 2 syarat lagi : a. i. ii. Dengan izin suami atau wali Hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ( orang yang haram dinikahi dengannya ) atau yang thiqat ( perempuan yang dipercayai )

1.

h. Mahram dalam Ibadat Haji sunat atau umrah Sunat : Harus bagi seorang perempuan menunaikan Haji Sunat atau Umrah sunat tanpa ditemani mahram dengan syarat-syarat tertentu mengikut Qaul Muqabilul Asah. Antara syarat-syaratnya :i. ii. Memastikan tidak adanya fitnah dan keselamatan diri terjamin. Sekiranya bernazar, bukan mengada-ngada alasan nazar untuk menunaikan Haji ( Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji -TH / Pusat Islam pada 16 April, 2001 )

2.

Berkuasa dengan pertolongan orang lain adalah : Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan oleh uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya, yang telah putus asa tidak dapat pergi menunaikan fardhu haji maka bolehlah digantikan dengan orang lain untuk mengerjakan haji itu bagi dirinya, dengan upah yang berpatutan atau dengan sukarela. Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak mengerjakan haji maka terhutanglah fardhu haji ke atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menyelenggarakan hutang hajinya itu dengan upah yang berpatutan atau sukarela.

NIAT IHRAM

HAJI IFRAD

HAJI TAMATTU'

HAJI QIRAN

Mengerjakan UMRAH dahulu dalam Cara 1 : Mengerjakan HAJI dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian Berniat ihram HAJI dan bulan-bulan haji kemudian menunaikan HAJI di tahun yang UMRAH serentak pada bulan mengerjakan UMRAH. sama. haji kemudian melaksanakan NIAT MENGERJAKAN HAJI NIAT MENGERJAKAN HAJI semua rukun dan wajib haji. IFRAD TAMATTU' Umrah pula dikira selesai sebaik sahaja selesai Lafaz niat HAJI : Lafaz niat UMRAH: menunaikan HAJI " Nawaitul hajja wa ahramtu " Nawaitul u'mrata wa ahramtu bihi lillahi ta'ala " biha lillahi ta'ala " Cara 2 : Berniat mengerjakan UMRAH Niat dalam hati : Niat dalam hati : " Sahaja aku mengerjakan Haji " Sahaja aku mengerjakan Umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan HAJI dan aku berihram dengannya dan aku berihram dengannya kemudian melaksanakan kerana Allah ta'ala " kerana Allah Ta'ala " semua rukun dan wajib HAJI Seterusnya laksanakan rukun dan Seterusnya laksanakan rukun Lafaz niat HAJI : wajib Umrah sehinggal tahallul. dan wajib haji hingga Tahallul " Nawaitul hajja wal u'mrata Thani. Berihram semula untuk Bila hendak mengerjakan HAJI, wa ahramtu biha lillahi ta'ala " mengerjakan UMRAH. berihram semula dan berniat mengerjakan HAJI ( 8 Zulhijjah Lafaz niat UMRAH: Niat dalam hati : " Nawaitul u'mrata wa ahramtu Hari Tarwiyah ) " Sahaja aku mengerjakan biha lillahi ta'ala " Haji dan Umrah dan aku Lafaz niat HAJI : " Nawaitul hajja wa ahramtu bihi berihram dengan keduaNiat dalam hati : duanya kerana Allah Ta'ala " lillahi ta'ala " " Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah ta'ala " Niat dalam hati : " Sahaja aku mengerjakan Haji Seterusnya laksanakan rukun dan aku berihram dengannya dan wajib Umrah sehinggal kerana Allah Ta'ala " tahallul. Seterusnya laksanakan rukun dan wajib haji hingga Tahallul Thani.

WUQUF DI ARAFAH

Maksud Wuquf :

Berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dalam keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah Waktu Wuquf : Bermula dari gelincir matahari pada hari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari 10 Zulhijjah. Waktu Afdhal Wuquf : Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah. Syarat-syarat sah Wuquf : Telah berihram Haji Ahli ibadat ( seorang yang tidak gila/ mabuk/ hilang akal/ murtad sepanjang masa wuquf ) Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf Amalan-amalan sunat Wuquf : Solat berjemaah Bertalbiah Berdoa, berselawat dan beristighfar Berzikir Membaca Al-Quran Solat-solat sunat

TAWAF Mengelilingi Kaabah 7 pusingan dengaa mematuhi syarat-syarat sahnya

SYARAT-SYARAT SAH TAWAF

JENIS-JENIS TAWAF

SUNAT-SUNAT TAWAF

Suci daripada hadas TAWAF RUKUN Suci badan/ pakaian/tempat tawaf daripada najis TAWAF QUDUM Menutup aurat TAWAF ALBAIT Bermula pada sudut Hajar Aswad dan berniat Tawaf, jika Tawaf Wada' / Sunat/ Nazar TAWAF SUNAT Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan TAWAF NAZAR Berjalan bertujuan tawaf TAWAF WIDA' Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin Dilakukan dalam Masjidil haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan TAWAF ( RUKUN )

Berjalan kaki

Ber'ittiba'a bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ie ( Lelaki )

Melakukan ramal ( berlari-lari anak ) bagi Tawaf yang diiringi Sa'ie ( Lelaki )

Isti'lam Hajarul aswad dan mengucupnya / isti'lam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.

Membaca zikir dan doa

Berturut-turut 7 kali pusingan

Tawaf dengan kusyuk dan tawadhuk

Solat sunat tawaf

Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad. Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat : " Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala " ( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. ) Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :

" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin " Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.

Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa. Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAF BATAL TAWAF AMALAN-AMALAH MAKRUH DALAM TAWAF

Terbuka Aurat

Makan / Minum

Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah

Bercakap-cakap semasa tawaf khususnya percakapan yang kurang sopan

Terpesong niat seperti mencari kawan/ isteri / suami Menyentuh Syazarwan ( tapak Kaabah )

Baca doa dengan nyaring

Bercakap dengan telefon bimbit ( Handphone )

Melakukan ramal pada semua pusingan

PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF ( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam ) Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan ) Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :-

Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat ( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie ) Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf )

LAIN-LAIN TIPS SEMASA TAWAF : Menyentuh Kaabah atau Hijr Ismail semasa tawaf Jika disentuh dengan sengaja maka akan terbatal pusingan tawaf tersebut. Jika tidak sengaja maka tidak batal pusingan tawaf, boleh teruskan tawaf seperti biasa. Jangan sekali-kali menyentuh Kaabah ketika tawaf walaupun jemaah amat hampir dengan Kaabah semasa tawaf. Terdapat kes jemaah yang begitu teruja untuk menyentuh Kaabah ketika tawaf disebabkan kedudukannya amat hampir dengan Kaabah. Sabar, ini mungkin ujian Allah, jika berhasrat hendak menyentuh Kaabah pastikan telah selesai tawaf dengan sempurna. Begitu juga dengan Hijr Ismail. Menyentuh Makam Ibrahim semasa tawaf Jika disentuh Makam Ibrahim tidak membatalkan pusingan tawaf. Begitu juga berjalan melaluinya semasa tawaf. Keraguan berkaitan bilangan tawaf selepas tawaf Jika perasaan keraguan yang timbul selepas selesai amalan haji atau umrah maka keraguan tersebut tidak boleh ambil kira. Sila abaikan keraguan yang datang setelah sempurna amalan haji atau umrah kita, banyakkan baca surah al-Nas dan berdoa. Sekiranya keraguan datang semasa tawaf, contohnya berapakah bilangan tawaf yang dilakukan? Maka berpegang pada kiraan bilangan yang kecil, contoh tujuh atau enam. Maka hendaklah berpegang pada enam dan hendaklah tawaf dengan satu pusingan lagi untuk cukupkan tujuh dengan yakin. Begitu juga semasa saie. Mula tawaf pada bukan penjuru Hajarul Aswad Tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah tidak sah, jemaah perlu membuat tambahan pusingan tawaf, ini kerana tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah batal dan tidak diambil kira. Masuk dalam Hijr Ismail ketika tawaf Semasa sedang tawaf jemaah haji tidak dibenarkan menyentuh, masuk atau hanya melalui laluan dalam Hijr Ismail kerana ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Begitu juga semasa tawaf tidak boleh menyentuh Kaabah (termasuk kelambu Kaabah) dan Syazarwan. Sekiranya berhajat hendak memasuki Hijr Ismail untuk bersolat atau berdoa dalamnya atau menyentuh Kaabah atau Syazrawan pastikan telah sempurna tawaf dengan yakin. # Peringatan untuk jemaah haji atau umrah bahawa kelambu Kaabah adalah wangi pastikan sekiranya masih dalam larangan ihram pastikan tidak terlalu asyik dengan bau wangian pada kelambu Kaabah. Jika berbuat demikian dikira berdosa dan dikenakan dam. Tawaf menggunakan kerusi roda Jika tidak berupaya tawaf dengan berjalan kaki maka jemaah diboleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda. Orang yang sihat juga boleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda, ini kerana tawaf dalam keadaan berjalan kaki adalah termasuk dalam kategori amalan sunat semasa tawaf.

Rasulullah SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang binatang. Melakukan tawaf dalam keadaan menunggang tanpa uzur, hukumnya harus. Pastikan sorongan yang dibuat hendaklah cukup tujuh pusingan. Keadaan tawaf adalah tidak sah jika orang yang disorong tidur dalam keadaan papan punggung yang tidak tetap dan tidak pula mengetahui bilangan sorongan yang dibuat. Pastikan orang yang akan membantu untuk sorongan tawaf tersebut boleh dipercayai dan dibuat urusan dengan jelas antara kedua belah pihak, ini bagi mengelak berlaku penipuan. Pastikan aurat juga dijaga semasa tawaf menggunakan kerusi roda, khususnya jemaah wanita, pastikan tidak menampak aurat kaki atau betis semasa duduk di atas kerusi roda, pastikan stoking panjang dan sesuai untuk menutup aurat kaki. Tawaf dengan yakin cukup tujuh pusingan Pastikan tawaf yang dilakukan adalah diyakini cukup tujuh pusingan. Sekiranya tidak yakin hendaklah membuat tambahan pusingan. Sering berlaku jemaah tawaf tidak cukup tujuh pusingan kerana bimbang di tinggalkan kawan, atau suami/isteri maka jemaah terus meninggalkan tempat tawaf walaupun dalam keadaan ragu-ragu mengenai bilangan tawaf yang telah dilakukan. Suami/isteri dan sahabat handai hendaklah bertolak ansur dalam perkara ini, jangan mementingkan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan ibadat orang lain. Untuk memberi keyakinan mengenai bilangan tawaf, jemaah dinasihatkan mencari kaedah atau formula memudahkan mereka mengingati bilangan tawaf yang dibuat. Berdasarkan pengalaman penulis ada jemaah yang menggunakan kaedah lipatan pada buku doa yang dibawa semasa tawaf, ada yang menggunakan biji tasbih dan sebagainya. Walaupun nampak remeh tetapi ia dapat membantu kita membina keyakinan terhadap bilangan tawaf yang dibuat. Terpisah daripada sahabat selepas tawaf Sebaiknya sebelum bergerak di tempat tawaf, jemaah dinasihatkan membuat perancangan di manakah tempat yang paling mudah bertemu jika terpisah dengan rakan dan keluarga. Dinasihatkan carilah tempat yang mudah untuk berjumpa. Contohnya seperti di bawah kawasan lampu hijau yang bertentangan dengan penjuru Hajarul Aswad atau mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan dipersetujui oleh ahli keluarga atau rakan, tetapkan had masa menunggu dan bincang serta dapatkan persetujuan bersama. Makan dan minum ketika tawaf Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Tidak membatalkan pusingan tawaf. Rasulullah SAW pernah minum air ketika tawaf kerana sangat dahaga. Bercakap-cakap ketika tawaf Tidak membatalkan pusingan tawaf. Sebaiknya elakkan, ini penting untuk mendatangkan ketenangan dan kekhusyukan semasa sedang beribadat . Inilah antara isu-isu berkaitan tawaf dan beberapa tips sebagai panduan tetamu Allah sekalian. Walaupun adakalanya nampak remeh dan telah disentuh berulang kali dalam siri kursus haji dan sebagainya tetapi ia jugalah yang sering menjadi perkara yang berbangkit berkaitan tawaf pada saban tahun.

SA'IE

PENGERTIAN Berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya. SYARAT-SYARAT SAH SA'IE SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE Keluar ke tempat Sa'ie melalui BabusSafaa Menaiki Bukit Safa/ Marwah hingga sampai batu-batu bukit. Mengadap Qiblat dan melambai Kaabah dengan kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah Berlari-lari anak apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau.

Dilakukan selepas Tawaf Rukun/ Tawaf Qudum Bermula di Bukit Safa, Berakhir di Bukit Marwah Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Safa dan di Marwah Hendaklah Sa'ie di Batnulwadi ( Kawasan Sa'ie ) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ie

Dalam keadaan berwuduk.

Berjalan kaki

Berturut-turut

Ittiba' pada semua pusingan

Berdoa

SAI'E ( RUKUN ) Pengertian Sai'e : - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e. Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah ( Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat : " Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala " Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e jika berkemampuan. Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud : " Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah " Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa sai'e yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).

BERCUKUR ATAU BERGUNTING PENGERTIAN Menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya : 1. Masuk waktu 2. Rambut di kepala 3. Tidak kurang dari 3 helai rambut.

----------------------------------------------------------------------------------TAHALLUL Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan dalam masa ihram. -------------------------------------------------------------------------------------------------Khusus kepada yang berihram haji : TAHALLUL HAJI Tahallul Haji terbahagi kepada dua :Tahallul Awal dan Tahallul Thani TAHALLUL AWAL - Tahallul awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan 2 dari 3 perkara berikut :Melontar Jamrah Kubra Tawaf Rukun dan Sa'ie Bercukur / Bergunting - Jemaah haji yang telah Tahallul Awal, boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali 3 perkara : Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakli kahwin. Mukaddimah persetubuhan Bersetubuh

TAHALLUL THANI - Tahallul Thani terhasil apabila selesai mengerjakan semua amalan berikut :Melontar Jamrah Kubra Tawaf rukun dan Sa'ie Bercukur / Bergunting - Dengan Tahallul Thani, semua larangan dalam ihram boleh dilakukan.

TERTIB Tertib pada kebanyakan rukun Haji Rukun Haji dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu :Didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain, didahulukan Wuquf dari Tawaf Ifadah dan didahulukan Tawaf dari Sa'ie.

Sa'ie Haji boleh mendahului Wuquf dan Tawaf jika telah melakukan Tawaf Qudum.

Begitu juga Bercukur/Bergunting boleh mendahului Tawaf jika telah masuk waktunya

PENGERTIAN WAJIB HAJI/UMRAH

WAJIB HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji/Umrah. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, Haji/Umrah tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya. Dia juga menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

NIAT IHRAM DI MIQAT Bakal-bakal haji/ umrah yang menuju ke Tanah Suci Makkah kerana menunaikan ibadat

Haji atau Umrah apabila sampai di miqatnya iaitu tempat yang ditentukan untuk berniat ihram atau had sempadan yang menyamainya, maka wajiblah ia berniat ihram. Sekiranya mereka masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di miqatnya maka wajiblah ia kembali semula ke tempat miqatnya untuk berniat ihram. Sekiranya tidak berbuat demikian boleh juga berniat ihram di situ tetapi berdosa dan dikenakan dam. MIQAT Ertinya ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat terbahagi kepada dua : 1- Miqat Zamani ( ketentuan masa ) MIQAT ZAMANI BAGI HAJI Firman Allah yang bermaksud: " Masa untuk mengerjakan haji iru ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ( dengan niat mengerjakan ) ibadat haji itu maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri dan tidak boleh berbuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat Haji." ( Al-Baqarah : 197 ) Miqat zamani bagi Haji ialah bermula dari 1 haribulan Syawal hingga terbit fajar hari yang kesepuluh Zulhijjah. Ininah yang dinamakan bulan-bulan Haji. Tidak sah ihram Haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah ihram Umrah. MIQAT ZAMANI BAGI UMRAH Miqat Zamani bagi Umrah ialah sepanjang masa selain dari masa ia sedang berihram haji.

2- Miqat Makani ( ketentuan tempat ) Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang bermaksud Rasulullah s.a.w telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah, bagi penduduk Syam ialah Juhfah, bagi penduduk Najd ialah Qarnul Manazil, bagi penduduk Yaman ialah Yalamlam. Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang-orang yang datang melaluinya dari negeri-negeri lain yang hendak menunaikan Haji dan Umrah. Bagi mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari kawasan miqatnya yang ditentukan itu maka miqat mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk Makkah miqat mereka ialah di Makkah juga.

MIQAT MAKANI BAGI HAJI DAN UMRAH BAGI PENDUDUK DI LUAR MAKKAH Miqat Makani Haji dan dan Umrah bagi penduduk di luar Makkah ialah : Yalamlam Miqat bagi penduduk Yaman, India dan negeri-negeri sebelah timur termasuk Malaysia dan Indonesia yang dalang melalui kapal laut. Yalamlam ialah nama sebuah bukit di tepi Laut Merah di dataran Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Makkah lebih kurang 89 kilometer. Zulhulaifah ( Bir Ali ) Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 450 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari Madinah. Al-Juhfah ( Berdekatan Rabigh ) Miwat bagi penduduk-penduduk Syam, Mesir, Maghribi ( Morocco ), negeri Sepanyol dan negeri-negeri dari arahnya, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 187 kilometer. Qarnul Manazil Miqat bagi penduduk-penduduk Kuwait, Najd, dan bakal-bakal Haji yang datang dengan kapal terbang melalui ruang angkasanya. Jarak jauhnya dengan Makkah lebih kurang 94 kilometer. Zatu Irqin Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94 kilometer. MIQAT MAKANI BAGI HAJI DAN UMRAH PAGI PENDUDUK SETEMPAT MAKKAH

Bagi penduduk Makkah, miqat makani Haji mereka adalah di rumah mereka sendiri. Namun begitu, tempat berniat ihram umrah bagi penduduk Makkah dan juga bagi orang yang berada di Makkah ialah di Tanah Halal yang lebih baik, iaitu :

Ja'ranah Lebih kurang 22 kilometer dari Masjidil Haram Tan'aim Lebih kurang 5 kliometer dari Masjidil Haram Hudaibiyah ( Syumaisi ) Lebih kurang 29 kilometer dari Masjidil Haram

PERINGATAN

a.

Mana-mana bakal-bakal haji yang berangkat ka Tanah Suci sama ada dengan kapal laut atau kapal terbang atau melalui daratan dengan menyeberangi atau melintasi negeri-negeri lain hendaklah berniat ihram Miqat Makani bagi penduduk-penduduk negeri-negeri yang dilaluinya itu. Misalnya seseorang bakal haji Malaysia melalui negeri Najd hendaklah berniat ihram di Qarnul Manazil. Disunatkan mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram dan sembahyang sunat ihram. Apabila tiba miqatnya teruslah berniat ihram, selepas itu wajiblah mereka menjaga pantang larang ihram sehinggalah selesai tahallul. Jemaah haji yang menziarahi Madinah lebih awal ( tidak terus pergi ke Makkah ) tidaklah berihram di Miqat mengikut negerinya tetapi hendaklah berniat ihram di Zulhulaifah ( Bir Ali ) iaitu miqat bagi penduduk-penduduk Madinah dan kawasan yang sama dengannya. Bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan terus ke Makkah eloklah mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram dan sembahyang sunat ihram di mana-mana tempat sebelum menaiki kapal terbang kemudian berniat ihram untuk mengelakkan daripada tertidur atau terlupa apabila sampai di miqat.

b.

c.

d.

MABIT ( BERMALAM) DI MUZDALIFAH

Pengertian dan waktu Mabit ( Bermalam ) : Berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika mulai separuh malam pada 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar hari tersebut. Amalan-Amalan Sunat: Talbiah Berdoa Berzikir Solat Sunat Mengutip anak batu Pengecualian Mabit Jika Uzur : Takut terancam keselamatan diri atau harta Menjaga @ menemani orang sakit Mencari pekerja atau keluarga yang hilang Berpenyakit dan sukar bermalam Terpaksa ( seperti ditinggalkan kenderaan )

MELONTAR JAMRAH AL-QUBRA

Sesudah bermalam di Muzdalifah jemaah haji hendaklah menuju ke Mina yang terletak kira-kira 7 kilometer dari Muzdalifah dan kira-kira 7 kilometer dari Masjidil Haram, Makkah untuk melontar Jamrah Al-Kubra ( dulu dikenali sebagai Jamratul Aqabah ). Masa melontar Jamrah Al-Aqabah ialah mulai selepas sepatuh malam Hari Raya Haji ( malam 10 Zulhijjah ) dan berlanjutan masanya hingga jatuh matahari di akhir Hari Tasyriq ( 13 Zulhijjah ). Di sunatkan melontar Jamrah Al-Kubra pada Hari Nahar ( 10 Zulhijjah ) iaitu pada waktu dhuha. Adalah lebih baik didahulukan orang-orang dhaif ( orang tua, perempuan, kanak-kanak dan mereka yang uzur ) berangkat ke Mina sesudah setengah malam. Mereka yang sihat dan kuat pula berangkat dari Muzdalifah setelah sembahyang subuh. SYARAT-SYARAT MELONTAR JAMRAH KUBRA 10 ZULHIJJAH Masuk waktu melontar Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya Hendaklah melontar dengan tangan Melontar dengan gaya melontar Melontar satu persatu Yakin batu yang dilontar masuk ke dalam Jamrah Tujuan tidak terpesong selain melontar Cukup 7 biji dengan yakin LARANGAN Dilarang melontar untuk orang lain bagi mana-mana Jamrah kecuali setelah melontar Jamrah tersebut untuk dirinya sendiri.

BERMALAM DI MINA

Tiap-tiap jemaah Haji wajib bermabit ( bermalam ) di Mina pada malam-malam Tasyriq iaitu malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Mabit di Mina disyaratkan bermalam sepenuhnya atau berada lebih dari separuh malam di malam-malam tersebut. Tetapi boleh juga meninggalkan Mina dan menuju ke Makkah pada hari 12 Zulhijjah. Cara demikian dipanggil Nafar Awal. SYARAT-SYARAT NAFAR AWAL Meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari ke 12 Zulhijjah Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada dua hari Tasyriq ( 11 dan 12 ). Telah bermalam di Mina dua malam. Terlebih dahulu niat Nafar untuk kembali ke Makkah semasa berada di kawasan Mina dan tidak berazam lagi kembali ke Mina. PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR Takut terancam keselamatan diri atau harta. Menjaga atau menemani orang sakit. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang. Berpenyakit atau menjadi sukar bermalam. Terpaksa Bagi jemaah yang tiada peruntukan tempat Mabit di Mina " Jemaah Haji yang tidak diperuntukkan tempat untuk bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat Haji mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang diberikan rukhsah oleh Nabi SAW untuk tidak bermabit di Mina. " ( Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 66 pada November, 2004 ) Mereka Yang Tidak Bermabit Di Mina Tanpa Alasan Yang Diterima Hendaklah Membayar Dam Seperti Berikut : Meninggalkan mabit di Mina semalam, damnya secupak biji-bijian yang mengenyangkan seperti gandum, beras, sekoi, syair dan lain-lain. Meninggalkan mabit di Mina 2 malam, damnya 2 cupak biji-bijian yang mengenyangkan seperti gandum, beras, sekoi, syair dan lain-lain. Meninggalkan mabit di Mina 3 Malam, damnya seekor kambing atau 1/7 daripada seekor lembu, unta atau seumpamanya dan jika tidak berkuasa hendaklah berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Tanah Suci setelah berniat ihram hajinya dan 7 hari apabila sampai di kampungnya. Jika tidak berdaya juga maka tertanggunglah di atas zimmahnya.

MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH (JAMRAH SHUGRA, JAMRAH WUSTA & JAMRAH KUBRA ) PADA HARI-HARI TASYRIQ ( 11, 12, 13 ZULHIJJAH )

Pada hari-hari Tasyrik diwajibkan pula melontar ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Shugra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra. WAKTU MELONTAR : Hari 11 dan 12 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya atau mulai selepas fajar. ( Nas ini mengikut pendapat Al-Imam ArRafi'ie, Al-Asnawi dan lain-lain ) Pada 13 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbenam matahari atau diharuskan melontar selepas fajar hari tersebut. Bagi orang yang luput melontar hari 11 dan 12 Zulhijjah hendahlah melontar pada 13 13 Zulhijjah sebelum terbenam matahari. SYARAT-SYARAT MELONTAR Masuk waktu melontar Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap Jamrah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamrah Al-Shugra, kemudian Jamrah Al-Wusta dan akhir sekali Jamrah Al-Kubra. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya Hendaklah melontar dengan tangan Melontar dengan gaya melontar Melontar satu persatu Yakin batu yang dilontar masuk ke dalam Jamrah Tujuan tidak terpesong selain melontar Cukup 7 biji dengan yakin Tidak boleh melontar ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 11 Zulhijjah melainkan telah melontar Jamrah Al-Kubra pada hari ke 10 Zulhijjah. Demikian juga tidak boleh melontar ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 12 Zulhijjah melainkan telah melontar bagi hari ke 11 Zulhijjah. Begitu juga tidak boleh melontar bagi hari ke 13 Zulhijjah melainkan telah melontar ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 12 Zulhijjah. LARANGAN & PERINGATAN

Dilarang melontar untuk orang lain bagi mana-mana Jamrah kecuali setelah melontar Jamrah tersebut untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang tidak berdaya melontar Jamrah kerana uzur syar'ie bolehlah ia mewakilkan penggantinya untuk melontar bagi puhak dirinya dengan syarat orang yang diwakilkan itu sudah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamram bagi dirinya pada hari itu, sama ada hari ke 11, atau 12 dan 13 Zulhijjah.

PERKARA - PERKARA LARANGAN SEMASA DALAM IHRAM

Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum ( LELAKI ) Menutup kepala atau sebahagian daripadanya ( LELAKI )

Mengerat atau memotong kuku. ( LELAKI & WANITA ) Menebang/ Memotong/ Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Memburu binatang buruan. ( LELAKI & WANITA ) Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakil kahwin. ( LELAKI & WANITA )

Menutup muka ( WANITA )

Memakai sarung tangan ( LELAKI & WANITA )

Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. ( LELAKI & WANITA ) Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & WANITA ) Menagggalkan rambut atau bulu. ( LELAKI & WANITA )

Melakukan pendahuluan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

Melakukan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI & UMRAH

Rukun Haji dan Umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji dan Umrah.

Sekiranya salah satu daripada rukun Haji dan Umrah itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat Haji dan Umrahnya tidak sah. Adapun perkara-perkara wajib Haji dan Umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka Haji dan Umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

KETERANGAN MENGENAI TEMPAT MEMAKAI IHRAM DAN NIAT IHRAM JADUAL PENERBANGAN/ KEDUDUKAN JEMAAH HAJI - Penerbangan terus ke Madinah (berlepas dari
Malaysia terus ke Madinah / mendarat di Airport Jeddah dan bergerak ke Madinah dahulu sebelum ke

TEMPAT MEMAKAI IHRAM Rumah/ Tempat penginapan di Madinah

TEMPAT JENIS IHRAM HAJI MEMASANG TAMATTU' IFRAD QIRAN NIAT ( MIQAT ) Bir Ali Umrah Haji Haji & Umrah

Makkah )/ - Bakal haji dari Madinah

- Penerbangan terus ke - Kompleks Makkah dari Malaysia Haji / Tempat ( Berlepas dari Malaysia Lapor diri mendarat di Airport Jeddah berlepas terus ke Makkah )

( dalam penerbangan selewatlewatnya 2 jam sebelum kapal terbang mendarat di Airport Jeddah/ Madinah )

Qarnul Manazil

Umrah

Haji

Haji & Umrah

Rumah/ Rumah/ - Bakal haji yang telah Tempat Tempat berada di Makkah penginapan di penginapan Makkah di Makkah Rumah/ - Bakal haji yang telah Tempat Tan'im / berada di Makkah penginapan di Jaaranah Makkah

Haji

Haji & Umrah

Umrah

Umrah

Umrah

ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN FARDHU HAJI Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Dalam mengerjakan Haji, ulama telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu mendapat Haji yang mabrur. Antaranya sebagaimana senarai di bawah :Niat Yang Ikhlas Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang benar " Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang bermaksud: " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya". Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas. Al-Fudhoil bin Ayyadh pernah ditanya tentang amalan yang dimakbulkan Allah, beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan betul. Ditanya lagi, apakah yang ikhlas dan betul itu, beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila ia ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila betul tetapi tidak ikhlas juga tiada diterima sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah. Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, ia hendaklah bersungguhsungguh bertaubat dari segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan berterusan taubatnya serta disertai dengan istighfar dan meninggalkan segala perbuatan zalim terhadap hamba-hamba Allah. Menjelaskan segala yang boleh segala hutanghutangnya, mengembalikan segala amanah yang ada di tangannya, meminta halal dari orang yang ia berurusan dengan mereka dan sahabat handainya, menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hak-hak hamba dan

dipersaksikan wasiat itu dan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan membekalkan belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi sehingga masa kepulangannya. Mencari Keredhaan Berusaha untuk mencapai keredhaan kedua ibubapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya. Bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya. Jika seseorang itu ditegah oleh salah seseorang ibubapanya dari mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika ditegah dari mengerjakan haji fardhu maka tegahannya itu tidak perlu dihiraukan kerana ibubapanya sudah melakukan maksiat dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul dari ihramnya. Walaubagaimana pun jika haji itu haji tatawwu' (sunat ) tiada harus baginya berihram dan jika ia berihram harus bagi bapanya memaksanya bertahallul mengikut qaul yang saheh. Adapun suaminya berhak menghalangnya dari mengerjakan haji fardhu mengikut qaul yang azhar kecuali di didalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala menunaikan haji fardhu tiada dengan segera. Punca Perbelanjaan Wang perjalanannya hendaklah daripada sumber yang halal yang tiada subahat kepadanya. Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram, hajinya sah pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Jauh dari diterima oleh Allah. ini adalah menurut Imam Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan Jumhur Ulamak salaf dan khalaf tetapi di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah hajinya dengan harta yang haram. Bekalan Yang Lebih Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu orang-orang yang berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari barangbarang yang bermutu baik dan halal serta diniatkan dengan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang beriman belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya. ( Lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)". Menjauhi Tawar Menawar Sunat menjauhi tawar menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang untuk keperluan haji bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tidak Bersekutu Bekalan Dan Perbelanjaan Tidak digalakkan bersekutu di dalam perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh menghalang seseorang itu melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh rakan sekutunya tetapi tidak dapat dipercayai sejauhmana keredhaannya. Jika keduaduanya bersetuju membuat kebajikan, maka disunatkan masing-masing menggunakan di bawah kadar haknya. Adapun berhimpun, makan beramai-ramai, bergilir-gilir belanja makan adalah baik dan elok. Seseorang itu dibolehkan memakan lebih banyak dari rakan-rakannya jika ia percaya atau ada pada zatnya yang rakan-rakannya tidak menghalang. Jika tidak hendaklah makan mengikut keadaan habuannya. Mencari Rakan Dan Teman Eloklah kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu " Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) kerana ia sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh berlaku daripada seseorang musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, keluh kesah dan sebagainya. Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan

rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik dan lebih hormat dari dirinya. Sekiranya berlaku perselisihan yang berlarutan di antara keduanya dan tiada harapan untuk diperbetulkan, maka hendaklah disegerakan perpisahan dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu lebih menyelamatkan kedua pihak dari melakukan perkara-perkara yang meletakkan amalan haji jauh dari dapat diterima oleh Allah. Sembahyang Sunat Musafir Apabila seseorang hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, disunat menunaikan dua rakaat sembahyang sunat musafir. Niat sembahyang sunat musafir ialah " Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala". Dibaca pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas Fatihah, Surah Al-Ikhlas. Sabda Nabi Muhammad S.A.W : " Tiada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh seseorang kepada keluarganya selain dari dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka ketika hendak bermusafir". Disunatkan membaca ayat Kursi dan Surah Al-Quraisy selepas salam kerana di samping berkat Al-Quran pada tiap-tiap suatu dan pada sebarang waktu terdapat perkataan-perkataan Assalafussoleh seperti Mafthumnya: " Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika keluar dari rumahnya, tiada menimpa ke atasnya sesuatu yang tidak disukai sehingga ia pulang dari ibadat hajinya". Terdapat juga perkataan Assalafussoleh berkenaan dengan membaca Surah Al-Quraisy iaitu maksudnya : " Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau binatang buas, maka bacalah Surah Al-Quraisy. sesungguhnya ia mengamankan dari sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya". Mengucap Selamat Tinggal Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah sabit bahawa Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabatsahabat ) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat masing-masing saling berdoa di antara mereka. Tidak Berlebih-Lebihan Di Dalam Sebarang Keadaan Menjauhi kekenyangan yang berlebih-lebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagaikan makan minum, berurusan dengan lemah-lembut sekalipun dengan khadam dan orang suruhan. Tiada bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah dan seumpamanya. Menjauhi perkelahian, pertengkaran, dan berpusu-pusu dengan manusia yang ramai di mana jua. Memelihara dari percakapan yang kotor, maki-hamun, mengumpat serta mengata. Sentiasa mengingati sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : " Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan mereka bersimpati dengannya dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa untuknya " Berdoa Di Dalam Perjalanan Sunat membanyakkan berdoa sepanjang masa perjalanannya untuk dirinya, dua ibubapanya, para kaum kerabat dan sekalian orang muslimin. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : " Tiga permohonan yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa dua ibubapa terhadap anaknya". Sentiasa Di Dalam Kebersihan Berkekalan di dalam thaharah atau pun bersuci dan sentiasa memelihara sembahyang dan orang yang bermusafir juga diharuskan mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya jika mencukupi syarat-syaratnya. Mempelajari Kafiat Mengerjakan Haji Akhirnya apabila seseorang itu berazam menunaikan fardhu Haji, hendaklah ia mempelajari khafiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan yang merosakkan. Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tiada

mengetahuinya. Sunat dibawa bersama kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangi berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya. Ada orang yang terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadah haji ini dengan orang-orang yang disangkakan mengerti dalam perkara ibadat haji itu seperti sebahagian penduduk-penduduk Makkah, padahal mereka juga tiada mengerti maka ia jadi tertipu dan akibatnya hajinya tidak diterima.
Source : www.urusanhaji.com

SOLAT JENAZAH Hukum : FARDHU KIFAYAH Wanita juga boleh menunaikan solat jenazah berjemaah bersama-sama lelaki. Biasa ditunaikan selepas solat fardhu RUKUN SOLAT JENAZAH 1 2 3 4 5 6 7 Niat mendirikan solat jenazah. Berdiri bagi yang berkuasa. 4 kali takbir. Membaca al-Fatihah. Membaca selawat ke atas Nabi S.A.W ( Selepas takbir ke dua ). Doa ke atas mayat ( Selepas takbir ke tiga ). Salam.

Anda mungkin juga menyukai