Anda di halaman 1dari 39

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI & UMRAH

Rukun Haji dan Umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji
dan Umrah.
Sekiranya salah satu daripada rukun Haji dan Umrah itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat
Haji dan Umrahnya tidak sah.

Adapun perkara-perkara wajib Haji dan Umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-
dua ibadat itu,
sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka Haji dan Umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam
serta berdosa jika ditinggalkan
yang wajib itu dengan sengaja

PENGERTIAN RUKUN HAJI/UMRAH

RUKUN HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh Jemaah Haji/Umrah.
Jika tidak ditunaikan, haji/umrahnya bagaikan tergantung.

Maksud tergantung ialah haji/umrah seseorang itu masih belum sempurna dan ia masih berada dalam ihram,
wajib menjaga pantang-larang dalam ihram sehingga semua rukun itu dilaksanakan.

Jika mana-mana Rukun Haji/Umrah dikerjakan tidak mengikut syarat-syarat sahnya,


rukun itu tidak sah maka haji/umrahnya tergantung.
SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH

ISLAM
Tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad

BALIGH ( CUKUP UMUR )


Tidak wajib mengerjakan Haji ke atas kanak-kanak dan jika ia mengerjakannya adalah
sah tetapi tidak menggugurkan haji fardhunya.

BERAKAL
Tidak wajib bagi yang tidak siuman dan tidak sah hajinya jika dilakukan.

MERDEKA
Hamba abdi tidak wajib mengerjakan haji, tetapi sah dan mendapat pahala jika
dilakukan.

BERKUASA
Tidak wajib ke atas mereka yang tidak mampu. Berkuasa terdiri daripada dua bahagian :
Berkuasa membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan bahi
a.
mengerjakan Haji hingga selesai dan balik ke tempatnya.
1. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah
b.
tanggungannya.
c. Ada kenderaan pergi dan balik
Aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tidak ada peperangan,
perompak, penyamun dan musuh yang mengancam keselamatan diri atau
d.
hartanya, atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang membahayakan tubuh
badan.
e. Sihat tubuh badan
f. Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji dan Umrah.
g. Bagi wanita ditambah 2 syarat lagi :
i. Dengan izin suami atau wali
Hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ( orang yang haram
ii.
dinikahi dengannya ) atau yang thiqat ( perempuan yang dipercayai )
h. Mahram dalam Ibadat Haji sunat atau umrah Sunat :
Harus bagi seorang perempuan menunaikan Haji Sunat atau Umrah sunat
tanpa ditemani mahram dengan syarat-syarat tertentu mengikut Qaul
Muqabilul Asah. Antara syarat-syaratnya :-
i. Memastikan tidak adanya fitnah dan keselamatan diri terjamin.
Sekiranya bernazar, bukan mengada-ngada alasan nazar untuk
menunaikan Haji
ii.
( Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji -TH / Pusat
Islam pada 16 April, 2001 )

Berkuasa dengan pertolongan orang lain adalah : Bagi mereka yang sudah
mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji tetapi
tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan oleh uzur dan sakit yang tiada
harapan sembuh atau terlalu tua umurnya, yang telah putus asa tidak dapat pergi
2. menunaikan fardhu haji maka bolehlah digantikan dengan orang lain untuk
mengerjakan haji itu bagi dirinya, dengan upah yang berpatutan atau dengan
sukarela.

Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa
hayatnya tetapi tidak mengerjakan haji maka terhutanglah fardhu haji ke atasnya
sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menyelenggarakan
hutang hajinya itu dengan upah yang berpatutan atau sukarela.

NIAT IHRAM
HAJI IFRAD HAJI TAMATTU' HAJI QIRAN

Mengerjakan UMRAH dahulu dalam


Mengerjakan HAJI dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian
bulan-bulan haji kemudian menunaikan HAJI di tahun yang Cara 1 :
mengerjakan UMRAH. sama. Berniat ihram HAJI dan
UMRAH serentak pada bulan
haji kemudian melaksanakan
NIAT MENGERJAKAN HAJI NIAT MENGERJAKAN HAJI
semua rukun dan wajib haji.
IFRAD TAMATTU'
Umrah pula dikira selesai
sebaik sahaja selesai
Lafaz niat HAJI : Lafaz niat UMRAH: menunaikan HAJI
" Nawaitul hajja wa ahramtu " Nawaitul u'mrata wa ahramtu
bihi lillahi ta'ala " biha lillahi ta'ala " Cara 2 :
Berniat mengerjakan UMRAH
Niat dalam hati : sahaja, tetapi sebelum tawaf
Niat dalam hati :
" Sahaja aku mengerjakan Haji " Sahaja aku mengerjakan Umrah ia berniat mengerjakan HAJI
dan aku berihram dengannya kemudian melaksanakan
dan aku berihram dengannya
kerana Allah Ta'ala " semua rukun dan wajib HAJI
kerana Allah ta'ala "

Seterusnya laksanakan rukun Lafaz niat HAJI :


Seterusnya laksanakan rukun dan
dan wajib haji hingga Tahallul " Nawaitul hajja wal u'mrata
wajib Umrah sehinggal tahallul.
Thani. Berihram semula untuk wa ahramtu biha lillahi ta'ala "
mengerjakan UMRAH.
Bila hendak mengerjakan HAJI, Niat dalam hati :
berihram semula dan berniat " Sahaja aku mengerjakan
Lafaz niat UMRAH: mengerjakan HAJI ( 8 Zulhijjah - Haji dan Umrah dan aku
" Nawaitul u'mrata wa ahramtu Hari Tarwiyah ) berihram dengan kedua-
biha lillahi ta'ala " duanya kerana Allah Ta'ala "

Lafaz niat HAJI :


Niat dalam hati : " Nawaitul hajja wa ahramtu bihi
" Sahaja aku mengerjakan lillahi ta'ala "
Umrah dan aku berihram
dengannya kerana Allah ta'ala " Niat dalam hati :
" Sahaja aku mengerjakan Haji
Seterusnya laksanakan rukun dan aku berihram dengannya
dan wajib Umrah sehinggal kerana Allah Ta'ala "
tahallul.
Seterusnya laksanakan rukun dan
wajib haji hingga Tahallul Thani.

WUQUF DI ARAFAH
Maksud Wuquf :
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dalam keadaan bermula dari
gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah
Waktu Wuquf :
Bermula dari gelincir matahari pada hari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari
10 Zulhijjah.
Waktu Afdhal Wuquf :
Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10
Zulhijjah.
Syarat-syarat sah Wuquf :
Telah berihram Haji
Ahli ibadat ( seorang yang tidak gila/ mabuk/ hilang akal/ murtad sepanjang masa
wuquf )
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf
Amalan-amalan sunat Wuquf :

Solat berjemaah

Bertalbiah
Berdoa, berselawat dan beristighfar

Berzikir
Membaca Al-Quran

Solat-solat sunat

TAWAF
Mengelilingi Kaabah 7 pusingan dengaa mematuhi syarat-syarat sahnya

JENIS-JENIS
SYARAT-SYARAT SAH TAWAF SUNAT-SUNAT TAWAF
TAWAF
Suci daripada hadas Berjalan kaki
TAWAF
RUKUN
Suci badan/ pakaian/tempat tawaf Ber'ittiba'a bagi Tawaf yang
daripada najis diiringi dengan Sa'ie ( Lelaki )
TAWAF
QUDUM
Melakukan ramal ( berlari-lari
Menutup aurat anak ) bagi Tawaf yang
diiringi Sa'ie ( Lelaki )
TAWAF AL-
BAIT
Isti'lam Hajarul aswad dan
Bermula pada sudut Hajar Aswad
mengucupnya / isti'lam
dan berniat Tawaf, jika Tawaf Wada'
Rukun Yamani dan tidak
/ Sunat/ Nazar
mengucupnya.
TAWAF
SUNAT
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri
Membaca zikir dan doa
dan berjalan ke hadapan

TAWAF
NAZAR

Berjalan bertujuan tawaf Berturut-turut 7 kali pusingan


TAWAF
WIDA'
Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan Tawaf dengan kusyuk dan
yakin tawadhuk
Dilakukan dalam Masjidil haram dan
Solat sunat tawaf
di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan

TAWAF ( RUKUN )

Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.

Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat
yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :

" Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah
daripadaku kerana Allah Ta'ala "
( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana
hukumnya adalah sunat. )

Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan
membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :

" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata
ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin "

Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.
Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam
dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca
Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu
pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi
bacaan doa-doa.

Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka
bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah
tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAF

AMALAN-AMALAH MAKRUH DALAM


BATAL TAWAF
TAWAF
Terbuka Aurat Makan / Minum

Bercakap-cakap semasa tawaf


Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah khususnya percakapan yang kurang
sopan

Terpesong niat seperti mencari kawan/


Baca doa dengan nyaring
isteri / suami

Menyentuh Syazarwan ( tapak Bercakap dengan telefon bimbit


Kaabah ) ( Handphone )

Melakukan ramal pada semua pusingan


PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF
( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam )

Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk
Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan
perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah (
keperluan )
Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan
sekalipun.
Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat
Syafi'ie yang marjuh iaitu :-
Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa
- syahwat

( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie )


- Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf
)

LAIN-LAIN TIPS SEMASA TAWAF :

Menyentuh Kaabah atau Hijr Ismail semasa tawaf


Jika disentuh dengan sengaja maka akan terbatal pusingan tawaf tersebut. Jika tidak sengaja maka tidak batal
pusingan tawaf, boleh teruskan tawaf seperti biasa.
Jangan sekali-kali menyentuh Kaabah ketika tawaf walaupun jemaah amat hampir dengan Kaabah semasa tawaf.
Terdapat kes jemaah yang begitu teruja untuk menyentuh Kaabah ketika tawaf disebabkan kedudukannya amat
hampir dengan Kaabah.
Sabar, ini mungkin ujian Allah, jika berhasrat hendak menyentuh Kaabah pastikan telah selesai tawaf dengan
sempurna. Begitu juga dengan Hijr Ismail.

Menyentuh Makam Ibrahim semasa tawaf


Jika disentuh Makam Ibrahim tidak membatalkan pusingan tawaf. Begitu juga berjalan melaluinya semasa tawaf.

Keraguan berkaitan bilangan tawaf selepas tawaf


Jika perasaan keraguan yang timbul selepas selesai amalan haji atau umrah maka keraguan tersebut tidak boleh ambil
kira.
Sila abaikan keraguan yang datang setelah sempurna amalan haji atau umrah kita, banyakkan baca surah al-Nas dan
berdoa.
Sekiranya keraguan datang semasa tawaf, contohnya berapakah bilangan tawaf yang dilakukan? Maka berpegang
pada kiraan bilangan yang kecil, contoh tujuh atau enam.
Maka hendaklah berpegang pada enam dan hendaklah tawaf dengan satu pusingan lagi untuk cukupkan tujuh dengan
yakin. Begitu juga semasa saie.

Mula tawaf pada bukan penjuru Hajarul Aswad


Tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah tidak sah, jemaah perlu membuat tambahan
pusingan tawaf, ini kerana tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah batal dan tidak
diambil kira.

Masuk dalam Hijr Ismail ketika tawaf


Semasa sedang tawaf jemaah haji tidak dibenarkan menyentuh, masuk atau hanya melalui laluan dalam Hijr Ismail
kerana ia adalah sebahagian daripada Kaabah.
Begitu juga semasa tawaf tidak boleh menyentuh Kaabah (termasuk kelambu Kaabah) dan Syazarwan.
Sekiranya berhajat hendak memasuki Hijr Ismail untuk bersolat atau berdoa dalamnya atau menyentuh Kaabah atau
Syazrawan pastikan telah sempurna tawaf dengan yakin.

# Peringatan untuk jemaah haji atau umrah bahawa kelambu Kaabah adalah wangi pastikan sekiranya masih dalam
larangan ihram pastikan tidak terlalu asyik dengan bau wangian pada kelambu Kaabah. Jika berbuat demikian dikira
berdosa dan dikenakan dam.

Tawaf menggunakan kerusi roda


Jika tidak berupaya tawaf dengan berjalan kaki maka jemaah diboleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda.
Orang yang sihat juga boleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda, ini kerana tawaf dalam keadaan berjalan kaki
adalah termasuk dalam kategori amalan sunat semasa tawaf.
Rasulullah SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang binatang. Melakukan tawaf dalam keadaan menunggang
tanpa uzur, hukumnya harus.
Pastikan sorongan yang dibuat hendaklah cukup tujuh pusingan. Keadaan tawaf adalah tidak sah jika orang yang
disorong tidur dalam keadaan papan punggung yang tidak tetap dan tidak pula mengetahui bilangan sorongan yang
dibuat.
Pastikan orang yang akan membantu untuk sorongan tawaf tersebut boleh dipercayai dan dibuat urusan dengan jelas
antara kedua belah pihak, ini bagi mengelak berlaku penipuan.
Pastikan aurat juga dijaga semasa tawaf menggunakan kerusi roda, khususnya jemaah wanita, pastikan tidak
menampak aurat kaki atau betis semasa duduk di atas kerusi roda, pastikan stoking panjang dan sesuai untuk
menutup aurat kaki.

Tawaf dengan yakin cukup tujuh pusingan


Pastikan tawaf yang dilakukan adalah diyakini cukup tujuh pusingan. Sekiranya tidak yakin hendaklah membuat
tambahan pusingan.
Sering berlaku jemaah tawaf tidak cukup tujuh pusingan kerana bimbang di tinggalkan kawan, atau suami/isteri maka
jemaah terus meninggalkan tempat tawaf walaupun dalam keadaan ragu-ragu mengenai bilangan tawaf yang telah
dilakukan.
Suami/isteri dan sahabat handai hendaklah bertolak ansur dalam perkara ini, jangan mementingkan diri sendiri
sehingga boleh menjejaskan ibadat orang lain.
Untuk memberi keyakinan mengenai bilangan tawaf, jemaah dinasihatkan mencari kaedah atau formula memudahkan
mereka mengingati bilangan tawaf yang dibuat.
Berdasarkan pengalaman penulis ada jemaah yang menggunakan kaedah lipatan pada buku doa yang dibawa semasa
tawaf, ada yang menggunakan biji tasbih dan sebagainya.
Walaupun nampak remeh tetapi ia dapat membantu kita membina keyakinan terhadap bilangan tawaf yang dibuat.

Terpisah daripada sahabat selepas tawaf


Sebaiknya sebelum bergerak di tempat tawaf, jemaah dinasihatkan membuat perancangan di manakah tempat yang
paling mudah bertemu jika terpisah dengan rakan dan keluarga.
Dinasihatkan carilah tempat yang mudah untuk berjumpa. Contohnya seperti di bawah kawasan lampu hijau yang
bertentangan dengan penjuru Hajarul Aswad atau mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan dipersetujui oleh
ahli keluarga atau rakan, tetapkan had masa menunggu dan bincang serta dapatkan persetujuan bersama.

Makan dan minum ketika tawaf


Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Tidak membatalkan
pusingan tawaf. Rasulullah SAW pernah minum air ketika tawaf kerana sangat dahaga.

Bercakap-cakap ketika tawaf


Tidak membatalkan pusingan tawaf. Sebaiknya elakkan, ini penting untuk mendatangkan ketenangan dan
kekhusyukan semasa sedang beribadat .
Inilah antara isu-isu berkaitan tawaf dan beberapa tips sebagai panduan tetamu Allah sekalian. Walaupun adakalanya
nampak remeh dan telah disentuh berulang kali dalam siri kursus haji dan sebagainya tetapi ia jugalah yang sering
menjadi perkara yang berbangkit berkaitan tawaf pada saban tahun.

SA'IE
PENGERTIAN

Berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya.

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN


SYARAT-SYARAT SAH SA'IE
SA'IE
Dilakukan selepas Tawaf Rukun/ Tawaf Keluar ke tempat Sa'ie melalui Babus-
Qudum Safaa

Bermula di Bukit Safa, Berakhir di Menaiki Bukit Safa/ Marwah hingga


Bukit Marwah sampai batu-batu bukit.

Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali Mengadap Qiblat dan melambai Kaabah
daripada Safa ke Marwah dan sekali dengan kedua tangan serta bertakbir di
daripada Marwah ke Safa Safa dan Marwah

Hendaklah sampai ke penghujung Berlari-lari anak apabila sampai di


tempat Sa'ie di Safa dan di Marwah tempat bertanda lampu hijau.

Hendaklah Sa'ie di Batnulwadi


Dalam keadaan berwuduk.
( Kawasan Sa'ie )

Tidak berniat lain yang memesongkan


Berjalan kaki
tujuan Sa'ie

Berturut-turut

Ittiba' pada semua pusingan

Berdoa
SAI'E ( RUKUN )

Pengertian Sai'e : - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.

Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e.

Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah ( Kaabah ) dan
sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat :

" Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala "

Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : Allahu Akbar, Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e jika
berkemampuan.

Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari
anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud :

" Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang
Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia
lagi Maha Pemurah "

Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang
di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa
untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa sai'e yang
kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).
BERCUKUR ATAU BERGUNTING

PENGERTIAN

Menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya :

1. Masuk waktu

2. Rambut di kepala

3. Tidak kurang dari 3 helai rambut.

-----------------------------------------------------------------------------------

TAHALLUL

Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan dalam masa ihram.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Khusus kepada yang berihram haji :

TAHALLUL HAJI

Tahallul Haji terbahagi kepada dua :-

Tahallul Awal dan Tahallul Thani

TAHALLUL AWAL
- Tahallul awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan 2 dari 3 perkara
berikut :-
Melontar Jamrah Kubra
Tawaf Rukun dan Sa'ie

Bercukur / Bergunting
- Jemaah haji yang telah Tahallul Awal, boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang
semasa ihram kecuali 3 perkara :
Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakli kahwin.
Mukaddimah persetubuhan

Bersetubuh

TAHALLUL THANI
- Tahallul Thani terhasil apabila selesai mengerjakan semua amalan berikut :-
Melontar Jamrah Kubra
Tawaf rukun dan Sa'ie

Bercukur / Bergunting
- Dengan Tahallul Thani, semua larangan dalam ihram boleh dilakukan.

TERTIB
Tertib pada kebanyakan rukun Haji

Rukun Haji dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu :-

Didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain, didahulukan Wuquf dari Tawaf
Ifadah dan didahulukan Tawaf dari Sa'ie.

Sa'ie Haji boleh mendahului Wuquf dan Tawaf jika telah melakukan Tawaf Qudum.

Begitu juga Bercukur/Bergunting boleh mendahului Tawaf jika telah masuk


waktunya

PENGERTIAN WAJIB HAJI/UMRAH


WAJIB HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji/Umrah. Jika
tidak dikerjakan salah satu daripadanya, Haji/Umrah tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam
menurut syarat-syaratnya. Dia juga menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan
sengaja.

NIAT IHRAM DI MIQAT

Bakal-bakal haji/ umrah yang menuju ke Tanah Suci Makkah kerana menunaikan ibadat
Haji atau Umrah apabila sampai di miqatnya iaitu tempat yang ditentukan untuk berniat
ihram atau had sempadan yang menyamainya, maka wajiblah ia berniat ihram.

Sekiranya mereka masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di miqatnya maka
wajiblah ia kembali semula ke tempat miqatnya untuk berniat ihram. Sekiranya tidak
berbuat demikian boleh juga berniat ihram di situ tetapi berdosa dan dikenakan dam.

MIQAT

Ertinya ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah.

Miqat terbahagi kepada dua :

1- Miqat Zamani ( ketentuan masa )

MIQAT ZAMANI BAGI HAJI

Firman Allah yang bermaksud:

" Masa untuk mengerjakan haji iru ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh
yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ( dengan niat
mengerjakan ) ibadat haji itu maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri dan tidak
boleh berbuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan
ibadat Haji."
( Al-Baqarah : 197 )

Miqat zamani bagi Haji ialah bermula dari 1 haribulan Syawal hingga terbit fajar hari
yang kesepuluh Zulhijjah. Ininah yang dinamakan bulan-bulan Haji. Tidak sah ihram Haji
jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah ihram Umrah.

MIQAT ZAMANI BAGI UMRAH

Miqat Zamani bagi Umrah ialah sepanjang masa selain dari masa ia sedang berihram
haji.

2- Miqat Makani ( ketentuan tempat )

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang bermaksud


Rasulullah s.a.w telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah, bagi penduduk Syam ialah Juhfah,
bagi penduduk Najd ialah Qarnul Manazil, bagi penduduk Yaman ialah Yalamlam. Miqat-miqat tersebut adalah bagi
penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang-orang yang datang melaluinya dari negeri-negeri lain
yang hendak menunaikan Haji dan Umrah. Bagi mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari
kawasan miqatnya yang ditentukan itu maka miqat mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk
Makkah miqat mereka ialah di Makkah juga.

MIQAT MAKANI BAGI HAJI DAN UMRAH BAGI PENDUDUK DI LUAR MAKKAH

Miqat Makani Haji dan dan Umrah bagi penduduk di luar Makkah ialah :

Yalamlam
Miqat bagi penduduk Yaman, India dan negeri-negeri sebelah timur termasuk Malaysia
dan Indonesia yang dalang melalui kapal laut. Yalamlam ialah nama sebuah bukit di tepi
Laut Merah di dataran Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Makkah lebih
kurang 89 kilometer.

Zulhulaifah ( Bir Ali )


Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang
450 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari Madinah.

Al-Juhfah ( Berdekatan Rabigh )


Miwat bagi penduduk-penduduk Syam, Mesir, Maghribi ( Morocco ), negeri Sepanyol dan
negeri-negeri dari arahnya, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 187 kilometer.

Qarnul Manazil
Miqat bagi penduduk-penduduk Kuwait, Najd, dan bakal-bakal Haji yang datang dengan
kapal terbang melalui ruang angkasanya. Jarak jauhnya dengan Makkah lebih kurang 94
kilometer.

Zatu Irqin
Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94 kilometer.

MIQAT MAKANI BAGI HAJI DAN UMRAH PAGI PENDUDUK SETEMPAT MAKKAH
Bagi penduduk Makkah, miqat makani Haji mereka adalah di rumah mereka sendiri.

Namun begitu, tempat berniat ihram umrah bagi penduduk Makkah dan juga bagi orang
yang berada di Makkah ialah di Tanah Halal yang lebih baik, iaitu :

Ja'ranah
Lebih kurang 22 kilometer dari Masjidil Haram

Tan'aim
Lebih kurang 5 kliometer dari Masjidil Haram

Hudaibiyah ( Syumaisi )
Lebih kurang 29 kilometer dari Masjidil Haram

PERINGATAN

Mana-mana bakal-bakal haji yang berangkat ka Tanah Suci sama ada dengan kapal
laut atau kapal terbang atau melalui daratan dengan menyeberangi atau melintasi
a.
negeri-negeri lain hendaklah berniat ihram Miqat Makani bagi penduduk-penduduk
negeri-negeri yang dilaluinya itu. Misalnya seseorang bakal haji Malaysia melalui
negeri Najd hendaklah berniat ihram di Qarnul Manazil.

Disunatkan mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram dan sembahyang sunat
b. ihram. Apabila tiba miqatnya teruslah berniat ihram, selepas itu wajiblah mereka
menjaga pantang larang ihram sehinggalah selesai tahallul.

Jemaah haji yang menziarahi Madinah lebih awal ( tidak terus pergi ke Makkah )
tidaklah berihram di Miqat mengikut negerinya tetapi hendaklah berniat ihram di
c.
Zulhulaifah ( Bir Ali ) iaitu miqat bagi penduduk-penduduk Madinah dan kawasan
yang sama dengannya.

Bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan terus ke Makkah eloklah mandi sunat
ihram, memakai pakaian ihram dan sembahyang sunat ihram di mana-mana tempat
d.
sebelum menaiki kapal terbang kemudian berniat ihram untuk mengelakkan
daripada tertidur atau terlupa apabila sampai di miqat.
MABIT ( BERMALAM) DI MUZDALIFAH

Pengertian dan waktu Mabit ( Bermalam ) :


Berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika mulai separuh malam pada
10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar hari tersebut.
Amalan-Amalan Sunat:
Talbiah

Berdoa
Berzikir

Solat Sunat
Mengutip anak batu
Pengecualian Mabit Jika Uzur :

Takut terancam keselamatan diri atau harta

Menjaga @ menemani orang sakit

Mencari pekerja atau keluarga yang hilang


Berpenyakit dan sukar bermalam

Terpaksa ( seperti ditinggalkan kenderaan )


MELONTAR JAMRAH AL-QUBRA

Sesudah bermalam di Muzdalifah jemaah haji hendaklah menuju ke Mina yang terletak kira-kira 7 kilometer dari
Muzdalifah
dan kira-kira 7 kilometer dari Masjidil Haram, Makkah untuk melontar Jamrah Al-Kubra ( dulu dikenali sebagai
Jamratul Aqabah ).

Masa melontar Jamrah Al-Aqabah ialah mulai selepas sepatuh malam Hari Raya Haji ( malam 10 Zulhijjah ) dan
berlanjutan masanya
hingga jatuh matahari di akhir Hari Tasyriq ( 13 Zulhijjah ).

Di sunatkan melontar Jamrah Al-Kubra pada Hari Nahar ( 10 Zulhijjah ) iaitu pada waktu dhuha.
Adalah lebih baik didahulukan orang-orang dhaif ( orang tua, perempuan, kanak-kanak dan mereka yang uzur )
berangkat ke Mina
sesudah setengah malam. Mereka yang sihat dan kuat pula berangkat dari Muzdalifah setelah sembahyang subuh.

SYARAT-SYARAT MELONTAR JAMRAH KUBRA 10 ZULHIJJAH


Masuk waktu melontar

Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya


Hendaklah melontar dengan tangan

Melontar dengan gaya melontar


Melontar satu persatu

Yakin batu yang dilontar masuk ke dalam Jamrah


Tujuan tidak terpesong selain melontar

Cukup 7 biji dengan yakin


LARANGAN

Dilarang melontar untuk orang lain bagi mana-mana Jamrah kecuali setelah melontar
Jamrah tersebut untuk dirinya sendiri.
BERMALAM DI MINA

Tiap-tiap jemaah Haji wajib bermabit ( bermalam ) di Mina pada malam-malam Tasyriq iaitu malam 11, 12 dan 13
Zulhijjah.
Mabit di Mina disyaratkan bermalam sepenuhnya atau berada lebih dari separuh malam di malam-malam tersebut.
Tetapi boleh juga meninggalkan Mina dan menuju ke Makkah pada hari 12 Zulhijjah. Cara demikian dipanggil Nafar
Awal.

SYARAT-SYARAT NAFAR AWAL


Meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari ke 12 Zulhijjah
Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada dua hari Tasyriq ( 11 dan
12 ).
Telah bermalam di Mina dua malam.
Terlebih dahulu niat Nafar untuk kembali ke Makkah semasa berada di kawasan
Mina dan tidak berazam lagi kembali ke Mina.
PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR
Takut terancam keselamatan diri atau harta.

Menjaga atau menemani orang sakit.


Mencari pekerja atau keluarga yang hilang.
Berpenyakit atau menjadi sukar bermalam.
Terpaksa
Bagi jemaah yang tiada peruntukan tempat Mabit di Mina

" Jemaah Haji yang tidak diperuntukkan tempat untuk bermabit di Mina
adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan
tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat Haji mereka adalah sah dan tidak
berdosa kerana mereka adalah termasuk dalam golongan orang-orang
yang diberikan rukhsah oleh Nabi SAW untuk tidak bermabit di Mina. "

( Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi


hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 66 pada November, 2004 )

Mereka Yang Tidak Bermabit Di Mina Tanpa Alasan Yang Diterima Hendaklah
Membayar Dam Seperti Berikut :
Meninggalkan mabit di Mina semalam, damnya secupak biji-bijian yang
mengenyangkan seperti gandum, beras, sekoi, syair dan lain-lain.
Meninggalkan mabit di Mina 2 malam, damnya 2 cupak biji-bijian yang
mengenyangkan seperti gandum, beras, sekoi, syair dan lain-lain.
Meninggalkan mabit di Mina 3 Malam, damnya seekor kambing atau 1/7 daripada
seekor lembu, unta atau seumpamanya dan jika tidak berkuasa hendaklah berpuasa
10 hari iaitu 3 hari di Tanah Suci setelah berniat ihram hajinya dan 7 hari apabila
sampai di kampungnya.
Jika tidak berdaya juga maka tertanggunglah di atas zimmahnya.

MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH (JAMRAH SHUGRA, JAMRAH WUSTA & JAMRAH KUBRA )
PADA HARI-HARI TASYRIQ ( 11, 12, 13 ZULHIJJAH )

Pada hari-hari Tasyrik diwajibkan pula melontar ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Shugra, Jamratul Wusta dan
Jamratul Kubra.

WAKTU MELONTAR :
Hari 11 dan 12 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbit fajar hari
berikutnya atau mulai selepas fajar. ( Nas ini mengikut pendapat Al-Imam Ar-
Rafi'ie, Al-Asnawi dan lain-lain )
Pada 13 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbenam matahari atau
diharuskan melontar selepas fajar hari tersebut.
Bagi orang yang luput melontar hari 11 dan 12 Zulhijjah hendahlah melontar pada
13 13 Zulhijjah sebelum terbenam matahari.
SYARAT-SYARAT MELONTAR
Masuk waktu melontar

Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap Jamrah


Melontar dengan tertib dimulai dari Jamrah Al-Shugra, kemudian Jamrah Al-Wusta
dan akhir sekali Jamrah Al-Kubra.
Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya

Hendaklah melontar dengan tangan


Melontar dengan gaya melontar

Melontar satu persatu


Yakin batu yang dilontar masuk ke dalam Jamrah

Tujuan tidak terpesong selain melontar

Cukup 7 biji dengan yakin


Tidak boleh melontar ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 11 Zulhijjah melainkan telah
melontar Jamrah Al-Kubra pada hari ke 10 Zulhijjah. Demikian juga tidak boleh
melontar ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 12 Zulhijjah melainkan telah melontar
bagi hari ke 11 Zulhijjah. Begitu juga tidak boleh melontar bagi hari ke 13 Zulhijjah
melainkan telah melontar ketiga-tiga Jamrah bagi hari ke 12 Zulhijjah.

LARANGAN & PERINGATAN

Dilarang melontar untuk orang lain bagi mana-mana Jamrah kecuali setelah melontar
Jamrah tersebut untuk dirinya sendiri.

Sesiapa yang tidak berdaya melontar Jamrah kerana uzur syar'ie bolehlah ia
mewakilkan penggantinya untuk melontar bagi puhak dirinya dengan syarat orang yang
diwakilkan itu sudah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamram bagi dirinya pada
hari itu, sama ada hari ke 11, atau 12 dan 13 Zulhijjah.
PERKARA - PERKARA LARANGAN SEMASA DALAM IHRAM

Memakai pakaian bersarung atau Mengerat atau memotong kuku.


berjahit dan bercantum ( LELAKI ) ( LELAKI & WANITA )

Menutup kepala atau sebahagian Menebang/ Memotong/ Mencabut


daripadanya ( LELAKI ) pokok-pokok di Tanah Haram

Memburu binatang buruan. ( LELAKI


Menutup muka ( WANITA )
& WANITA )

Berkahwin/ Mengahwinkan/
Memakai sarung tangan ( LELAKI &
Menerima wakil kahwin. ( LELAKI &
WANITA )
WANITA )

Memakai bau-bauan samada di


badan, pakaian, makanan, minuman Melakukan pendahuluan
atau menghidunya ke dalam hidung. persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )
( LELAKI & WANITA )

Memakai minyak di kepala atau


janggut dan selain daripada yang Melakukan persetubuhan. ( LELAKI
tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & & WANITA )
WANITA )

Menagggalkan rambut atau bulu.


( LELAKI & WANITA )
PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI & UMRAH

Rukun Haji dan Umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap
orang yang mengerjakan Haji dan Umrah.
Sekiranya salah satu daripada rukun Haji dan Umrah itu tidak dikerjakan sama ada
sengaja atau terlupa maka ibadat Haji dan Umrahnya tidak sah.

Adapun perkara-perkara wajib Haji dan Umrah itu ialah pekerjaan yang wajib
dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadat itu,
sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka Haji dan Umrah itu sah
tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa jika ditinggalkan
yang wajib itu dengan sengaja.
KETERANGAN MENGENAI TEMPAT MEMAKAI IHRAM DAN NIAT IHRAM

JADUAL TEMPAT
TEMPAT JENIS IHRAM HAJI
PENERBANGAN/ MEMASANG
MEMAKAI
KEDUDUKAN JEMAAH NIAT TAMATTU' IFRAD QIRAN
IHRAM
HAJI ( MIQAT )
Rumah/ Bir Ali
- Penerbangan terus ke Tempat Haji &
Madinah (berlepas dari penginapan di Umrah Haji
Umrah
Malaysia terus ke Madinah / Madinah
mendarat di Airport Jeddah
dan bergerak ke Madinah
dahulu sebelum ke
Makkah )/
- Bakal haji dari
Madinah

Qarnul
Manazil
( dalam
- Penerbangan terus ke - Kompleks penerbangan
selewat-
Makkah dari Malaysia Haji / Tempat Haji &
( Berlepas dari Malaysia
lewatnya 2 jam Umrah Haji
Lapor diri sebelum kapal Umrah
mendarat di Airport Jeddah
terus ke Makkah ) berlepas terbang
mendarat di
Airport
Jeddah/
Madinah )
Rumah/ Rumah/
- Bakal haji yang telah Tempat Tempat Haji &
Haji -
berada di Makkah penginapan di penginapan Umrah
Makkah di Makkah
Rumah/
- Bakal haji yang telah Tempat Tan'im /
Umrah Umrah Umrah
berada di Makkah penginapan di Jaaranah
Makkah

ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN FARDHU HAJI

Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika
dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Dalam mengerjakan Haji, ulama telah
menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi bagi
membolehkan seseorang itu mendapat Haji yang mabrur. Antaranya sebagaimana
senarai di bawah :-

Niat Yang Ikhlas


Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud
:
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang
benar " Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang
bermaksud: " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan
menerima ganjaran mengikut niatnya".

Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran
yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan
diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji
maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas. Al-Fudhoil bin Ayyadh pernah ditanya tentang
amalan yang dimakbulkan Allah, beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan betul. Ditanya
lagi, apakah yang ikhlas dan betul itu, beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila ia
ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila betul tetapi tidak ikhlas juga tiada
diterima sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata
kerana Allah dan mengikut sunnah.
Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman
Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, ia hendaklah bersungguh-
sungguh bertaubat dari segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan
berterusan taubatnya serta disertai dengan istighfar dan meninggalkan segala perbuatan
zalim terhadap hamba-hamba Allah. Menjelaskan segala yang boleh segala hutang-
hutangnya, mengembalikan segala amanah yang ada di tangannya, meminta halal dari
orang yang ia berurusan dengan mereka dan sahabat handainya, menulis wasiat samada
yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hak-hak hamba dan
dipersaksikan wasiat itu dan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan membekalkan
belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi
sehingga masa kepulangannya.

Mencari Keredhaan
Berusaha untuk mencapai keredhaan kedua ibubapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika
ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya.
Bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya. Jika seseorang itu
ditegah oleh salah seseorang ibubapanya dari mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika
ditegah dari mengerjakan haji fardhu maka tegahannya itu tidak perlu dihiraukan kerana
ibubapanya sudah melakukan maksiat dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram
bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul dari ihramnya. Walaubagaimana pun jika
haji itu haji tatawwu' (sunat ) tiada harus baginya berihram dan jika ia berihram harus
bagi bapanya memaksanya bertahallul mengikut qaul yang saheh. Adapun suaminya
berhak menghalangnya dari mengerjakan haji fardhu mengikut qaul yang azhar kecuali
di didalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala
menunaikan haji fardhu tiada dengan segera.

Punca Perbelanjaan
Wang perjalanannya hendaklah daripada sumber yang halal yang tiada subahat
kepadanya. Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram, hajinya sah pada zahir
tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Jauh dari diterima oleh Allah. ini adalah
menurut Imam Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan Jumhur Ulamak salaf dan khalaf tetapi
di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah hajinya dengan harta yang haram.

Bekalan Yang Lebih


Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu
orang-orang yang berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari barang-
barang yang bermutu baik dan halal serta diniatkan dengan ikhlas. Firman Allah yang
bermaksud:
" Wahai orang-orang beriman belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi
untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya. ( Lalu kamu
dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)".

Menjauhi Tawar Menawar


Sunat menjauhi tawar menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang
untuk keperluan haji bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat
kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Tidak Bersekutu Bekalan Dan Perbelanjaan


Tidak digalakkan bersekutu di dalam perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh
menghalang seseorang itu melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh
rakan sekutunya tetapi tidak dapat dipercayai sejauhmana keredhaannya. Jika kedua-
duanya bersetuju membuat kebajikan, maka disunatkan masing-masing menggunakan di
bawah kadar haknya.
Adapun berhimpun, makan beramai-ramai, bergilir-gilir belanja makan adalah baik dan
elok. Seseorang itu dibolehkan memakan lebih banyak dari rakan-rakannya jika ia
percaya atau ada pada zatnya yang rakan-rakannya tidak menghalang. Jika tidak
hendaklah makan mengikut keadaan habuannya.

Mencari Rakan Dan Teman


Eloklah kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada
kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: " Sebaik-baik
rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu " Amatlah baik
sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) kerana ia
sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan
dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh
berlaku daripada seseorang musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak
sabar, keluh kesah dan sebagainya. Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan
rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masing-masing memandang yang
lainnya lebih baik dan lebih hormat dari dirinya. Sekiranya berlaku perselisihan yang
berlarutan di antara keduanya dan tiada harapan untuk diperbetulkan, maka hendaklah
disegerakan perpisahan dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu
lebih menyelamatkan kedua pihak dari melakukan perkara-perkara yang meletakkan
amalan haji jauh dari dapat diterima oleh Allah.

Sembahyang Sunat Musafir


Apabila seseorang hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, disunat menunaikan dua
rakaat sembahyang sunat musafir. Niat sembahyang sunat musafir ialah " Sahaja aku
sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala". Dibaca pada rakaat pertama
selepas Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas Fatihah, Surah Al-Ikhlas.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : " Tiada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh seseorang
kepada keluarganya selain dari dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka
ketika hendak bermusafir". Disunatkan membaca ayat Kursi dan Surah Al-Quraisy
selepas salam kerana di samping berkat Al-Quran pada tiap-tiap suatu dan pada
sebarang waktu terdapat perkataan-perkataan Assalafussoleh seperti Mafthumnya: "
Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika keluar dari rumahnya, tiada menimpa ke
atasnya sesuatu yang tidak disukai sehingga ia pulang dari ibadat hajinya". Terdapat
juga perkataan Assalafussoleh berkenaan dengan membaca Surah Al-Quraisy iaitu
maksudnya : " Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau
binatang buas, maka bacalah Surah Al-Quraisy. sesungguhnya ia mengamankan dari
sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat.
Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya".

Mengucap Selamat Tinggal


Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah
sabit bahawa Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui
sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabat-
sahabat ) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada baginda. Orang
hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang
didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang
mengucapkan selamat berangkat masing-masing saling berdoa di antara mereka.

Tidak Berlebih-Lebihan Di Dalam Sebarang Keadaan


Menjauhi kekenyangan yang berlebih-lebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagaikan
makan minum, berurusan dengan lemah-lembut sekalipun dengan khadam dan orang
suruhan. Tiada bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah dan
seumpamanya. Menjauhi perkelahian, pertengkaran, dan berpusu-pusu dengan manusia
yang ramai di mana jua. Memelihara dari percakapan yang kotor, maki-hamun,
mengumpat serta mengata. Sentiasa mengingati sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : "
Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan mereka bersimpati dengannya
dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa
untuknya "

Berdoa Di Dalam Perjalanan


Sunat membanyakkan berdoa sepanjang masa perjalanannya untuk dirinya, dua
ibubapanya, para kaum kerabat dan sekalian orang muslimin. Rasulullah S.A.W bersabda
maksudnya : " Tiga permohonan yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang dizalimi,
doa orang musafir dan doa dua ibubapa terhadap anaknya".

Sentiasa Di Dalam Kebersihan


Berkekalan di dalam thaharah atau pun bersuci dan sentiasa memelihara sembahyang
dan orang yang bermusafir juga diharuskan mengqasar atau menjamakkan
sembahyangnya jika mencukupi syarat-syaratnya.

Mempelajari Kafiat Mengerjakan Haji


Akhirnya apabila seseorang itu berazam menunaikan fardhu Haji, hendaklah ia
mempelajari
khafiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam
ihram dan yang merosakkan. Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tiada
mengetahuinya. Sunat dibawa bersama kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu
membacanya kerana dibimbangi berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun
atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya. Ada orang yang
terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadah haji ini dengan orang-orang yang disangkakan
mengerti dalam perkara ibadat haji itu seperti sebahagian penduduk-penduduk Makkah,
padahal mereka juga tiada mengerti maka ia jadi tertipu dan akibatnya hajinya tidak
diterima.

Source : www.urusanhaji.com

SOLAT JENAZAH

Hukum : FARDHU KIFAYAH

Wanita juga boleh menunaikan solat jenazah berjemaah


bersama-sama lelaki.

Biasa ditunaikan selepas solat fardhu

RUKUN SOLAT JENAZAH

1 Niat mendirikan solat jenazah.


2 Berdiri bagi yang berkuasa.
3 4 kali takbir.
4 Membaca al-Fatihah.
Membaca selawat ke atas Nabi S.A.W ( Selepas takbir
5
ke dua ).
6 Doa ke atas mayat ( Selepas takbir ke tiga ).
7 Salam.

Anda mungkin juga menyukai