Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU
TAHUN 4 (NAIM)

Tarikh 29 Januari 2019


Kelas Tahun 4 (Naim)
Masa 8.00 – 9.20 pagi
Bidang Bahasa Melayu
Tajuk Kata Ganti Nama Am Konkrit
Standard Kandungan 1.2 Berkhemah di laman idaman
Standard Pembelajaran 5.1.1 Kenang-kenangan
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
 Dapat mengenal pasti kata nama am konkrit seperti
(orang, benda, binatang) dan membina ayat.
Aktiviti Set Induksi (5 minit):
1. Guru menayangkan satu video (bangun pagi gosok gigi).
2. Murid-murid diminta untuk sama-sama mengikuti
pergerakan di dalam video tersebut.
3. Guru bersoal jawab dengan murid dan meminta mereka
untuk menyebut anggota badan yang boleh disentuh
berdasarkan kepada video yang dipaparkan tadi.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik
pembelajaran.
Langkah 1 (30 minit):
1. Guru menerangkan kepada murid serba sedikit maksud
kata nama am konkrit dengan menggunakan contoh-
contoh yang mudah.
2. Guru bermain teka teki bersama murid-murid dan
meminta murid untuk meneka dan mengecam jawapan
yang melibatkan kata nama am konkrit.
Langkah 2 (20 minit):
1. Guru memberikan kertas lembaran kerja membina ayat
yang sesuai menggunakan contoh-contoh kata nama am
konkrit sebagai pengukuhan.
Kesimpulan (5 minit):
1. Guru mengingatkan murid semula apa yang telah
dipelajari pada hari ini
EMK Nilai Murni: Kasih sayang
Bahan Bantu Mengajar Video, Flash card, Buku Teks, Kertas kerja.
Penilaian P&P Lembaran kertas kerja (pengukuhan topik).
Refleksi Sebahagian murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan,
manakala sebahagiannya lagi kurang memberikan tumpuan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 2 (ADNI)

Tarikh 29 Januari 2019


Kelas Tahun 2 (Adni)
Masa 10.00 – 11.20 tengahari
Bidang Bahasa Melayu
Tajuk Simpulan Bahasa
Standard Kandungan 2.1 Seni Bahasa
Standard Pembelajaran 2.1.1 Simpulan Bahasa
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
 Sekurang-kurangnya 5 daripada 13 orang murid dapat
menyenaraikan 3-4 simpulan bahasa daripada 5 simpulan
bahasa yang dipelajari.
 Sekurang-kurangnya 5 orang murid dapat memulaskan
maksud simpulan bahasa yang dinyatakan oleh guru.
 Murid dapat menyatakan contoh-contoh mudah simpulan
bahasa yang lain.
Aktiviti Set Induksi (5 minit):
1. Guru menayangkan gambar-gambar kad yang perlu
dipapankan untuk membentuk simpulan bahasa.
2. Guru meminta salah seorang murid untuk ke hadapan
memapankan kad yang diberikan untuk membentuk simpulan
bahasa.
3. Guru dan murid berbincang tentang jawapan yang betul.
4. Guru memperkenalkan topic pembelajaran.
Langkah 1 (30 minit):
1. Guru menerangkan maklumat maksud simpulan bahasa kepada
murid.
2. Murid diminta untuk menjawab soalan dan pertanyaan yang
diberikan oleh guru.
3. Murid diminta untuk memberikan contoh-contoh simpulan
bahasa lain yang mereka ketahui.
4. Guru meminta murid untuk memulas simpulan bahasa dengan
menggunakan tanah liat berdasarkan maksud yang disebut
oleh guru.
Langkah 2 (20 minit):
1. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-murid.
2. Guru menerangkan latihan yang hendak disiapkan oleh murid.
Kesimpulan (5 minit):
5. Guru mengingatkan murid semula apa yang telah dipelajari
pada hari ini
EMK Nilai Murni: Kerajinan, kerjasama, hormat menghormati.
Bahan Bantu Mengajar Flash card, Buku Teks, Kertas kerja.
Penilaian P&P Lembaran kertas kerja (pengukuhan topik).
Refleksi Sebahagian murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan, manakala
sebahagiannya lagi kurang memberikan tumpuan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 3 (ADNI)

Tarikh 29 Januari 2019


Kelas Tahun 3 (Adni)
Masa 11.20 – 12.40 tengahari
Bidang Pendidikan Kesenian
Tajuk Menggambar Montaj
Standard Kandungan 2.1 Malaysia Kita
Standard Pembelajaran 2.1.1 Menghasilkan poster dengan teknik montaj.
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
 Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan
dalam membuat montaj.
 Menghasilkan montaj yang menarik menggunakan gambar-
gambar daripada majalah atau surat khabar.
Aktiviti Set Induksi (5 minit):
1. Guru menayangkan satu tayangan video berkaitan definisi
montaj dan cara pembuatan montaj.
2. Guru bersoal jawab dengan murid apakah bahan-bahan yang
boleh digunakan untuk penghasilan montaj selain video yang
ditayangkan.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran.
Langkah 1 (50 minit):
1. Guru menunjukkan cara penghasilan montaj mengikut
tema yang dipilih oleh guru.
2. Guru membimbing murid semasa sesi penghasilan
montaj.
3. Murid dipantau untuk menghasilkan montaj yang cantik
mengikut kreativiti mereka.
4. Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya
masing-masing di hadapan kelas.
Kesimpulan (5 minit):
6. Guru mengingatkan murid semula apa yang telah dipelajari
pada hari ini
EMK Nilai Murni: Kasih sayang, kerjasama.
Bahan Bantu Mengajar Video, Water Color, Gum, Painting paper, Brush Color
Penilaian P&P Lembaran kertas kerja (pengukuhan topik).
Refleksi Sebahagian murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan, manakala
sebahagiannya lagi kurang memberikan tumpuan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 2 (FIRDAUS)

Tarikh 29 Januari 2019


Kelas Tahun 2 (Firdaus)
Masa 2.40 – 4.00 petang
Bidang Bahasa Melayu
Tajuk Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Standard Kandungan 3.1 Mendengar dan Bertutur
Standard Pembelajaran 3.1.1 Mendengar, mengecam dan menyebut ayat majmuk.
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
 Membaca dan menyebut ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut
tanda baca.
 Membina dan menulis ayat tunggal dengan dan ayat majmuk
dengan betul.
Aktiviti Set Induksi (5 minit):
1. Guru menayangkan satu video (maksud tatabahasa ayat
tunggal dan ayat majmuk).
2. Murid-murid diminta untuk memberikan tumpuan semasa
tayangan video dimainkan.
3. Guru menyatakan tajuk pembelajaran.
Langkah 1 (30 minit):
1. Guru memanggil seorang murid untuk ke hadapan sambil
melakonkan situasi 1 iaitu “situasi duduk di atas kerusi
membaca surat khabar”.
2. Guru bersoal jawab dengan murid “Apakah yang sedang
dilakukan oleh nama murid contoh: Naim?”
3. Jawapan murid: “Naim sedang membaca surat khabar.”
4. Guru bersoal jawab pula dengan murid, “Apakah jenis ayat
tersebut?”
5. Jawapan murid, “ayat tunggal.”
6. Guru mengulang soalan yang sama bagi situasi berbeza
lakonan ayat majmuk
Langkah 2 (20 minit):
1. Guru memaparkan maksud ayat tunggal dan ayat majmuk dan
contoh.
2. Guru membuat segmen peneguhan kuiz bersama murid.
Kesimpulan (5 minit):
1. Guru mengingatkan murid semula apa yang telah dipelajari
pada hari ini
EMK Nilai Murni: Berhemah tinggi.
Bahan Bantu Mengajar Buku Teks, Kertas kerja.
Penilaian P&P Lembaran kertas kerja (pengukuhan topik).
Refleksi Sebahagian murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan, manakala
sebahagiannya lagi kurang memberikan tumpuan.

Anda mungkin juga menyukai