Anda di halaman 1dari 40

KONSEP PENGUJIAN DAN PENTAKSIRAN

OLEH:
AHMAD RUSMAINEY BIN BORHAN M20151000582
KELANA BIN CHE ABDUL HALIM M20151000597
AHMAD NAZIR BIN YUSUF M20151000600
Pengujian
 Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan
menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
 Mahzan Arshad (2016), Pengujian merupakan
proses mengatur satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian yang tepat
dibuat tentang penguasaan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
 Misalnya, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk
ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100
bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains.
 Manakala contoh sistem berkategori pula
seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian
personaliti, atau rabun warna bagi ujian
penglihatan.
• Kepentingan pengujian bagi mengukur
perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros
(1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji
Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan


contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. (Raminah 1991:2)”
Contoh
Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh
pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada individu
berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan
berapa baguskah prestasi murid yang diuji.
Pengujian
 Satu prosedur yang sistematik untuk
mengukur perubahan tingkah laku individu
dalam pembelajaran
 Ada peraturan dan prosedur yang perlu diikuti
seperti pembinaan alat ukur yang sah dan boleh
dipercayai, pemarkahan, penggredan dsb.
 Mesti ada alat yang sesuai seperti soalan,
senarai semak, tugasan dsb.
 Ada pelbagai jenis, berdasarkan tujuan
ujian tersebut.
Jenis Ujian Dalam Bahasa
 Ujian Pencapaian
 Ujian Diagnostik
 Ujian Bakat
 Ujian Penempatan
 Ujian Kemahiran
 Ujian Interaksi sosial
 Ujian Kemahiran Bahasa Asing
 Ujian Kecekapan
Ujian Pencapaian
 Bertujuan untuk mengukur pencapaian
menyeluruh berasaskan kurikulum pada
satu-satu masa/tahap;
 Pelajar telah mempelajari perkara yang
hendak diuji;
 Keputusan ujian bertujuan untuk
membandingkan pencapaian antara
pelajar.
Ujian Diagnostik
 Ditubuhkan untuk mengenal pasti daerah-
daerah kelemahan pelajar;
 Bertujuan untuk kerja-kerja pemulihan;
 Menjadi petunjuk kepada guru tentang
daerah-daerah kelemahan pelajar dan
proses p& p di dalam bilik darjah;
 Ujian yang biasa dijalankan ialah ujian
tatabahasa, ujian bunyi bahasa, ujian
perbendaharaan kata, ujian menulis dll.
Ujian Bakat
 Berfaedah untuk pengujian bahasa kedua;

 Bertujuan menelah sikap seseorang dalam


mempelajari bahasa sasaran yang akan
dipelajari;
 Merangka jadual waktu latihan/ kursus
yang diperlukan pelajar berkenaan untuk
mencapai level kemahiran yang
diharapkan dalam bahasa berkenaan.
Ujian Penempatan
 Bertujuan untuk mengelompokkan pelajar
ke dalam tahap kemahiran bahasa yang
sama;
 Kemahiran yang diuji berbentuk umum;
 Memerlukan kepelbagaian ujian
kemahiran;
 Kandungan ujian harus dapat
menjangkakan pelajaran yang akan
datang;
 Keputusan ujian perlu segera.
Ujian Kemahiran
 Menilai kemahiran berbahasa secara keseluruhan
dalam situasi penggunaan bahasa sebenar atau
berkaitan dengan sesuatu konteks;

 Ujian ini tidak didasarkan kepada mana-mana


kurikulum atau objektif pembelajaran;

 Yang diukur ialah keterampilan individu mengawal


kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dengan
penutur jati bahasa tersebut, di samping kemahiran
linguistik yang baik;

 Terdapat dua jenis kemahiran ujian kemahiran:


(1)Ujian Kemahiran Interaksi Sosial
 Dijalankan pada akhir kursus bahasa yang
diajarkan kepada calon tentang asas
kemahiran interaksi sosial dalam bahasa
sasaran;
 Memberi maklumat tentang objektif yang
diajarkan dalam perancangan kursus interaksi
sosial tersebut;
 Dilaksanakan dalam makmal bahasa dengan
menggunakan bahan rakaman dan bahan
bercetak.
(2) Ujian Kemahiran Bahasa Asing
 Dibahagikan kepada 2 bahagian:
 Ujian lisan
 Ujian bacaan
 Kedua-duanya boleh dijalankan secara
bersemuka atau jarak jauh melalui telefon atau
faksimile untuk tujuan membaca dan menulis
dokumen;
 Ujian bertulis yang digubal harus dapat
menggambarkan jenis tugas yang akan
dilakukan calon dalam tugasnya nanti.
Ujian Kecekapan
 Menguji Pengetahuan atau kecekapan
linguistik atau keupayaan mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan fungsi yang
betul;
 Digubal oleh guru sendiri;
 Kandungannya nahu, bacaan dan
kefahaman, dan perbendaharaan kata.
 Tujuannya untuk mendapatkan gambaran
awal tentang kecekapan pelajar yang akan
belajar dalam kelas tertentu.
Pendekatan Dalam Pengujian

Ujian rujukan norma Ujian rujukan kriteria


(Norm-reference test) (Criterion-reference test)
Ujian Rujukan Norma
 Bertujuan membandingkan prestasi individu
di dalam kelas/kumpulan/ negeri/negara
dalam p&p secara relatif. Oleh itu
kadangkala ujian ini dikenali dengan nama
ujian pencapaian relatif.
 Markah lulus tidak ditetapkan lebih awal
tetapi ditentukan oleh sebaran prestasi
keseluruhan kumpulan.
 Item ujian dibina berdasarkan objektif tingkah
laku kognitif yang meliputi aras sukar,
sederhana dan mudah. Nisbah item
biasanya 25% sukar, 50% sederhana, dan
25% mudah.
 Pengetahuan tentang kandungan telah
didedahkan kepada pelajar.
 Keputusan ujian ini sesuai untuk penilaian
sumatif kerana dalam penilaian sumatif
ditentukan kedudukan pencapaian pelajar.
 Taburan normal berlaku jika bilangan calon
yang menduduki peperiksaan banyak.
Bentuk Taburan Normal
Ujian Rujukan Kriteria
 Dirangka berdasarkan taraf pencapaian yang
dikehendaki daripada seseorang murid dalam
sesuatu bidang kemahiran atau tajuk.

 Guru tetapkan kriteria dan standard pada tahap


minimum yang mesti dicapai pelajar secara
khusus. Contohnya:
“Pada akhir pelajaran murid dapat menjawab
sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan
kefahaman yang diberi”

 Ujian ini dikenali juga dengan nama ujian


rujukan objektif.
 Ujian dilaksanakan selepas satu sesi p&p
untuk dibandingkan dengan kriteria yang
telah ditetapkan.
 Maklumat daripada ujian tersebut
menentukan tindakan guru selanjutnya,
sama ada hendak diajar semula atau
diteruskan.
 Ujian ini tidak bertujuan membandingkan
prestasi pelajar sebaliknya untuk membaiki
prestasi pelajar. Oleh itu, ujian ini biasanya
pendek dan meliputi sebahagian kecil isi
kandungan.
 Sesuai digunakan dalam penilaian formatif.
Pembinaan Item
Ujian Rujukan Kriteria
 Pastikan objektif minimum ujian mampu
dicapai oleh semua pelajar;

 Item yang dibina `mencukupi/sesuai’


untuk mengukur objektif ujian;

 Harus sama/selari dengan objektif ujian


rujukan norma yang akan dibina kelak.
Perbezaan Antara Ujian Rujukan
Norma dengan Rujukan Kriteria
Kriteria Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria
Kedudukan prestasi individu Pencapaian ditentukan mengikut
Definisi berbanding dengan prestasi umum kriteria minimum yang telah
dalam bentuk graf norma. ditetapkan dahulu.
Menentukan penguasaan
Menentukan perbezaan prestasi
Tujuan individu atau kumpulan.
pembelajaran mengikut kriteria dan
standard yang tetap.
Markah lulus tidak ditetapkan dahulu
Pencapaian minimum ditentukan oleh
Pencapaian tetapi bergantung kepada prestasi
guru.
umum
Isi kandungan Skop Isi kandungan yang meluas. Tajuk dan kemahiran yang spesifik.
Untuk menentukan dan membaiki
Tindakan Penentuan gred dan kedudukan
kelemahan murid
Ujian bulanan, latihan dalam kelas
Contoh UPSR, SPM, STPM
dsb.
Kaitan Penilaian, Pengukuran dan
Pengujian dalam Penilaian

PENGUKURAN

PENILAIAN

PENGUJIAN

1 2 3 4 5
Huraian
1. Menilai persembahan pelajar ( penilaian)
2. Memberi gred dalam tugasan (penilaian +
pengukuran)
3. Penilaian kemajuan pelajar
(penilaian+pengukuran+pengujian)
4. Ujian yang diadakan untuk mengumpul
maklumat p&p (pengukuran dan pengujian)
5. Penggunaan kod dalam penyelidikan
(pengukuran)
Pentaksiran
• Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses
pengumpulan maklumat oleh guru tentang
pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang
kemajuan mereka.
• Kurikulum Bersepadu (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah
proses untuk mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan, dan pencapaian
pelajar secara menyeluruh berasaskan
matlamat kurikulum.
• Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan
dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian
daripada proses pengajaran yang diharapkan
dapat memperbaiki proses pembelajaran
pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara
berterusan yang bersifat formatif melibatkan
guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka
dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak
boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah
pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk
mentaksir kemahiran pelajar.
 Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai
pembelajaran menggalakkan seseorang
guru menggunakan kebijaksanaan untuk
menilai kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran, dan seterusnya membuat
perancangan untuk memperbaiki pelajar.

Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis


dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap
kebolehan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti,
dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.”
 Pentaksiran pembelajaran biasanya
diadakan selepas suatu jangka masa
tertentu, misalnya selepas lapan minggu
sesuatu kursus dijalankan. Tujuan
pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh
mana objektif kursus telah tercapai, dan
sejauh mana pengetahuan dan kemahiran
telah diperoleh oleh pelajar pada akhir
sesuatu program.
Pentaksiran
 Bertujuan memahami manusia. Kita boleh
memahami diri kita melalui pentaksiran kendiri;
 Cuba memahami apa kemahiran yang akan
dikuasai dan apa kemahiran yang telah dicapai;
 Keutamaan pada pernyataan deskriptif (markah
dan gred datang kemudian);
 Boleh berlaku dalam pelbagai situasi seperti
formal, tidak formal, kasual, ritual dll.;
 Penaksiran formaliti berlaku dalam situasi
ujian seperti kuiz, temu duga, praktikal,
peperiksaan bertulis dll.

 Penaksiran berlaku secara berterusan.


Apabila pelajar sudah mencapai satu tahap
kemahiran, ada tahap berikutnya untuk
melengkapkan pengalaman pembelajaran
mereka atau apakah tindakan guru pada
pedagoginya dll.
Jenis Pentaksiran
• Pentaksiran untuk pembelajaran
(Assessment for Learning – AfL)

• Pentaksiran sebagai pembelajaran


(Assessment as Learning – AaL)

• Pentaksiran pembelajaran
(Assessment of Learning –AoL)
Pentaksiran untuk Pembelajaran
 Kadangkala dipanggil pentaksiran bilik
darjah;
 Bersifaf formatif dan diagnostik;
 Murid mendapat maklum balas
pembelajaran mereka;
 Guru berpeluang melaraskan pengajaran
mereka
Pentaksiran sebagai pembelajaran
 Murid membuat refleksi hasil penilaian
kendiri dan rakan terhadap kekuatan
dan kelemahan mereka;

 Murid menggunakan pentaksiran untuk


memperbaiki pembelajaran mereka;
Pentaksiran pembelajaran
 Bersifat sumatif;

 Tugasan dan aktiviti yang diberikan


kepada murid bertujuan untuk
mengukur, merekod dan melaporkan
tahap kemajuan murid.
Perbezaan Antara Mentaksir dan
Menilai
• Formatif
Mentaksir • Berterusan
• Menambah baik p&p

• Sumatif
• Final (akhir
Menilai pembelajaran)
Perbezaan Antara Mentaksir dan
Menilai
• Proses
• Bagaimana
Mentaksir pembelajaran
berlangsung

• Produk
• Apa yang telah
Menilai dipelajari
Perbezaan Antara Mentaksir dan
Menilai
• Diagnostik
Mentaksir • Mengenal pasti
daerah kelemahan

• Membuat
keputusan
Menilai • Pemberian gred
Perbezaan Antara Mentaksir dan
Menilai
• Pembelajaran
Pentaksiran • Pengajaran
• Keberhasilan

• Gred
Penilaian • Melihat kelas,
bukan individu

Anda mungkin juga menyukai