Anda di halaman 1dari 6

BORANG SOAL SELIDIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM, PERAK.

Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bertujuan untuk meninjau keberkesanan guru dalam
mengintegrasikan Frog-Vle ke dalam PDP dan kesannya terhadap
kefahaman dan minat belajar murid di sekolah rendah.

Arahan: Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Guru
perlu melengkapkan kesemua empat bahagian tersebut seperti yang diarahkan.
Segala maklumat yang diberikan oleh responden akan dirahsiakan dan hanya
digunakan untuk kepentingan kajian sahaja. Kerjasama yang diberikan oleh guru
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT RESPONDEN

Arahan : Tandakan ☑ pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina guru

Lelaki Perempuan

2. Taraf akademik
1
Ijazah Sarjana

PHD Lain-lain

Nyatakan: …………………….

BAHAGIAN B : CARA GURU MENGAPLIKASIKAN FROG-VLE KE DALAM


PENGAJARAN DAN JUGA PEMBELAJARAN

1 : Tidak Pernah

2 : Pernah

3 : Tidak Pasti

4 : Kerap

5 : Sangat Kerap

Arahan : Tandakan ☑ pada ruangan yang disediakan.

ITEM 1 2 3 4 5
1. Menggunakan aplikasi “google forms” untuk membina latihan intensif
kepada murid secara atas talian tanpa perlu menjawab menggunakan helaian
kertas.
2. Saya sering merakam video pengajaran saya dan upload ke laman Frog-Vle
untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada murid sekiranya mereka
tidak faham apa yang diajar di dalam kelas.
3. Saya menggunakan aplikasi “google drive” untuk berkongsi kandungan
pembelajaran secara digital melalui komputer riba.
4. Saya menggunakan video atau slide topik pembelajaran menerusi bahan yang
saya upload di Frog-Vle sebagai set induksi/pengenalan kepada murid-murid
sebelum memulakan pembelajaran.
5. Saya menjalankan aktiviti “scaffolding” dengan memberikan satu isu/masalah
untuk diselesaikan mengikut kumpulan murid menerusi ruang “assignment”.
6. Ketika mengaplikasikan Frog-Vle bersama murid, saya akan meminta mereka
untuk mencari sendiri bahan yang berkaitan dengan topik pembelajaran
secara digital menerusi aplikasi “frogstore”.

2
7. Guru membina sendiri bahan PDP saya menerusi ruangan “site” untuk
dijadikan rujukan kepada murid samada di dalam bilik darjah/luar bilik
darjah.
8. Saya menjalankan aktiviti “role play” dimana saya menyediakan satu video,
audio dan skrip menerusi widget media/”drop file” dan murid akan diberikan
masa untuk berlakon watak yang diarahkan.
9. Saya suka menjalankan aktiviti “pair-share” di ruangan “widget forum”
dimana saya akan memberikan 1 topik dan mengkehendaki murid untuk
berfikir dan menyatakan idea mereka bersama rakan yang dipilih.
10. Saya meminta murid untuk membentangkan tugasan/hasil kerja mereka
dengan menggunakan “widget link to file” semasa di dalam kelas.

BAHAGIAN C : MINAT MURID TERHADAP PENGGUNAAN FROG-VLE


DALAM PENGAJARAN DAN JUGA PEMBELAJARAN

1 : Sangat tidak setuju

3
2 : Tidak setuju

3 : Agak setuju

4 : Setuju

5 : Sangat setuju

Arahan : Tandakan ☑ pada ruangan yang disediakan.

ITEM 1 2 3 4 5
1. Kebanyakkan murid sangat teruja ketika guru menggunakan kaedah
pengajaran secara visual dengan menayangkan slide/video semasa proses
pembelajaran.
2. Kebanyakkan murid berpengalaman dalam menggunakan gadget jadi tiada rasa
kekok ketika mereka menggunakan aplikasi Frog-Vle.
3. Penggabungan antara multimedia dengan teori kecerdasan pelbagai didapati telah
meningkatkan penyertaan aktif murid di dalam PDP.
4. Penggabungjalinan antara PDP dan juga Frog-Vle disepadukan dengan
google/utube sebagai enjin carian bahan pembelajaran telah menarik minat murid
menggunakan Frog-Vle sebagai medium pembelajaran mereka.
5. Menerusi pembelajaran secara VLE, murid berpeluang untuk mencari maklumat,
mengumpul bahan mereka sendiri, saling berkomunikasi dan juga menilai sendiri
hasil kerja mereka.
6. Menerusi VLE, didapati telah meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan juga
imaginasi murid.
7. Murid juga didapati lebih fokus di dalam pembelajaran kerana bahan pengajaran
yang disediakan adalah berorientasikan pelbagai.
8. Minat murid yang tinggi terhadap penggunakan teknologi telah melancarkan
proses pembelajaran murid.

BAHAGIAN D : PENGGUNAAN FROG-VLE TERHADAP KEFAHAMAN MURID


DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1 : Sangat tidak setuju

2 : Tidak setuju

3 : Agak setuju

4 : Setuju

4
5 : Sangat setuju

Arahan : Tandakan ☑ pada ruangan yang disediakan.

ITEM 1 2 3 4 5
1. Menerusi VLE, murid didapati mudah menguasai isi pembelajaran disebabkan
banyak sumber rujukan yang mereka boleh dapati menerusi laman Frog-Vle.
2. Kebanyakan murid memperolehi gred pencapaian yang baik kesan penggunaan
VLE dalam pembelajaran berbanding pembelajaran secara konvensional.
3. Kesan pengajaran secara VLE juga telah meningkatkan kefahaman murid
tentang sesuatu konsep, memberikan gambaran jelas tentang sesuatu konsep
pembelajaran secara visual.
4. Subjek yang didapati sukar untuk dikuasai oleh murid menjadi mudah difahami
dengan adanya bahan rujukan pembelajaran secara digital.
5. Proses pembelajaran berasaskan masalah/inkuiri dalam kalangan murid didapati
telah meransang murid untuk jadi lebih aktif, kritis dan berfikir pada tahap yang
tinggi.
6. Kesan penggunaan VLE dalam pembelajaran didapati telah membantu
meningkatkan hasil pembelajaran murid.
7. Pembelajaran secara penerokaan menjadikan murid lebih pintar, lebih berminat
dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan juga mencabar.
8. Kesan pembelajaran secara VLE telah menjadikan murid-murid saya berfikir
secara kritis, penyelesaian masalah, pengalaman belajar secara autentik, menerusi
pengetahuan yang dibina secara interaksi sosial.
9. Bahan-bahan multimedia yang menggunakan visual grafik, teks, muzik, video
serta animasi amat membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid berkenaan
suatu konsep.
10. Menerusi penggabungan visual/video murid-murid yang bermasalah untuk
bertutur berkeyakinan untuk menceritakan semula apa yang dilihat sekaligus
membuktikan pengajaran guru adalah berkesan.
11. Pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan murid telah menggalakkan
percambahan dari segi pemikiran, memantapkan kemahiran berfikir, serta
kefahaman murid dalam sesuatu topik.

5
KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai