Anda di halaman 1dari 4

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21


Cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Dalam menempuh pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 guru-guru perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi dan
teknik pengajaran baharu agar murid pascamerdeka kini suka akan guru sekali gus
suka kepada pengajaran guru.

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah pendidikan yang menjurus ke arah


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar
negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Lihat i-Think
dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Hal ini menggambarkan pendidikan Barat
begitu mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan
kemenjadian murid mereka pada abad ke-21 kelak. Cabaran Pendidikan Abad
Ke-21.

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21


Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan
penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh
Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Sebagai guru yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran dalam cabaran


pendidikan abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang
tidak sedikit. Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan
mereka di dalam kelas.

Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara ‘chalk and talk’ tidak
relevan lagi. Murid-murid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru
yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat
mereka. Inilah Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah


membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang
terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia
pengkomputeran.

Selain itu, penggunaan komputer dan ‘smart board’ seharusnya dimanfaatkan


sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur
kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap
minggu. Ini Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat
disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai
pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat penting dalam
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau
Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome
secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk
mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa. Ini penting
dalam mengharungi Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru


Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan
menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain,
pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu
sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini. Cabaran
Pendidikan Abad Ke-21.

Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama


iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
atau kurikulum. Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif
sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana
rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan
peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Cabaran Pendidikan Abad
Ke-21.

Anda mungkin juga menyukai