Anda di halaman 1dari 30

Penanda Wacana i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti

arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu,

d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu,

j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Penanda Wacana Karangan A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan

Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama H. PENANDA WACANA UMUM Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: 1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping 2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya 3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan 4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata 6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan 7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya 8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu 9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan 10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan 11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Trial BM K1 SPM 09 MRSM ....................................................Bahagian A .....................................................[30 markah] ......................................[Masa dicadangkan : 45 minit] Carta di bawah menunjukkan sebahagian daripada kriteria untuk menjadi usahawan berjaya. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri menjadi usahawan yang berjaya. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

BAHAGIAN B ...........................................................[100 markah] .....................................[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas. 2 Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya. 3 Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme. 4 Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang berada di luar negara. Rakan anda itu bertanyakan penglibatan negara anda dalammembantu mangsa bencana alam pada peringkat antarabangsa. Balas surat rakan anda itu selengkapnya. 5 Terdapat peribahasa yang menggambarkan kepentingan kerjasama dalam masyarakat, contohnya Bagai aur dengan tebing. Huraikan faedah-faedah mengamalkan semangat kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. .................................................KERTAS SOALAN TAMAT

Trial BM K1 SBP 09 SEKOLAH BERASRAMA PENUH/ KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERCUBAAN SPM 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 1 ------------------------------------------------------------------------.................................................Bahagian A ................................................[30 markah] .................................[Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat ilustrasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentangkepentingan mempelajari sejarah negara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

------------------------------------------------------------------------....................................... ........

Bahagian B ...............................................[100 markah] ..........................[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan pelaburan masa depan. Tulis teks ceramah itu selengkapnya. 2. Terdapat pelbagai strategi untuk mengatasi masalah remaja. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa cemerlang dalam setiap aspek. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja masa ini. 3. Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus kepada bidang teknologi untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian. Tulis rencana berkaitan dengan kesan pendidikan tersebut kepada masyarakat. 4. Penularan penyakit berjangkit seperti Influenza HIN1 memberikan impak kepada seluruh warga dunia. Kerjasama negara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani krisis penyakit berjangkit ini. Ulas peranan Malaysia dalam membasmi penyakit berbahaya ini. 5. Orang Daik memacu kuda, Kuda dipacu deras sekali; Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan nilai murni dalam masyarakat hari ini. .......................................KERTAS SOALAN TAMAT

Trial BM K1 - JOHOR 09 JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 1 ------------------------------------. Soalah A : Rumusan [ 30 markah ] Masa dicadangkan : 45 minit . Gambarajah di bawah menunjukkan ciri-ciri penjagaan kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjaga kesihatan dalam kalangan masyarakat. Panjang huraian anda hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan. .

-----------------------------------------------------------------------------.

Bahagian B [ 100 markah ] Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit . Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. . 1. Dunia remaja sering terdedah pada pelbagai gejala sosial. . Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. . . 2. Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan penentu kejayaan akademik anakanak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. . . 3. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat kini. . Sebagai pegawai kesihatan, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk " Kesankesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan" kepada masyarakat di tempat anda. . Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. . . 4. Kenaikan paras air laut, kejadian banjir besar dan kemarau yang berpanjangan merupakan bencana alam yang berlaku hampir di seluruh dunia akibat perubahan iklim. . Jelaskan tindakan masyarakat dunia dalam menghadapi bencana alam tersebut. . 5. Generasi muda hari ini kurang berminat membaca karya sastera tempatan sedangkan karya tersebut banyak mendatangkan manfaat. Nyatakan faedah-faedah mempelajari karya sastera kepada generasi muda. . . KERTAS SOALAN TAMAT

Teknik Menghasilkan Rumusan Berkesan TEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN/ RENCANA A. MENULIS PENGENALAN: 1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan dan dalam pengenalan. 2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan: * faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi * langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan * kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif * ciri = sifat = bentuk * masalah = halangan = cabaran = kekangan 3. Contoh: 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat. Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah. 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut. Pengenalan rumusan : Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar. 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang. 4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara. 5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan caracara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak. B. MENULIS ISI TERSURAT:

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah) 2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja. 3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi) 4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda. 5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat. 6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat. 7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. 8. Contoh penggunaan ayat: Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat) -Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat. -Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar. -Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut. -Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran. -Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi. -Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar. Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa) -Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit. -Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar. -Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar. -Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar. -Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan. 9. JANGAN gunakan perkataan harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah dan lainlain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang. Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. 10. Contoh : Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. " Isi tersurat : -Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba. Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." Isi tersurat : - Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah. Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya. "Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara." Isi tersurat : - Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara. Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. "Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. " Isi tersurat : - Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat. C. MENULIS ISI TERSIRAT: 1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua. 2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga. 3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda. 4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat. 5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah. 6. JANGAN gunakan perkataan harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah dan lainlain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) 7. Contoh : Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. "Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

Isi tersirat : - Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita. Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya. Isi tersirat : -Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani. Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat." Isi tersirat : - Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya. Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Isi tersirat : - Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang. D. MENULIS PENUTUP / ULASAN: 1. 3 aspek perlu ditulis iaitu: i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan 2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut: i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut iii. supaya / agar 3. Ayat seharusnya berbunyi begini : Contoh 1 : Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). Contoh 2 : Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). 4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda: Contoh 1 : Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya. Ulasan rumusan:

Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi. Contoh 2 : Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut. Ulasan rumusan: Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang. Contoh 3 : Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi. Ulasan rumusan: Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah. Contoh 4 : Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya. Ulasan rumusan: Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

Frasa Gramatis Dalam Karangan PENGGUNAAN AYAT GRAMATIS DALAM KARANGAN Di bawah disertakan beberapa frasa yang dianggap gramatis untuk digunakan dalam sesuatu karangan. Anda boleh memilih frasa-frasa tersebut dan menggunakannya dalam karangan anda sekiranya sesuai dengan karangan yang ditulis. Perlu diingat, penggunaan frasa gramatis mungkin tidak sesuai untuk sesetengah karangan atau sesetengah ayat yang cuba anda buat. Oleh itu, pemilihan frasa gramatis perlu diteliti dengan berhati-hati. Kita tidak mahu, hanya kerana mahukan ayat kelihatan gramatis, kesannya ayat yang digunakan tidak member erti langsung. Jadi berhati-hati ketika memilih dan menggunakan ftasa gramatis yang diberi. Kumpulan frasa gramatis 1: -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis Kumpulan frasa gramatis 2: -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu Kumpulan frasa gramatis 3: -hidup di luar kemampuan -mengundang pelbagai masalah/persoalan -agensi penguat kuasa -mencemarkan imej -amaln x sihat -berperanan lebih proaktif -perhatian dan pemantauan -budaya dan amalan harian -menyuntik semangat -wadah berkesan untuk mendidik -menggembleng tenaga dan sumber -pengisian jiwa dan minda -menjadi benteng tenaga dalam memerangi -platform -pembentukan insan -ketulusan dan keazaman -petanda jelas -meracuni masa dpn -era globalisasi -nadi kehidupan -komunikasi bermakna -secara holistik -pendidikan dan pembangunan moral -merangsang tenaga intelektual -usaha membina tamadun bangsa -merosakkn moral -menempa kejayaan -meningkatkan kesedaran masyarakat -elemen -relevan -tuntutan pemodenan -menjadi cerucuk utama pembangunan -instrumen perpaduan -zaman muasir ini (sekarang) -hamba teknologi

Contoh Surat Tidak Rasmi Contoh surat kepada sahabat. Soalan: Tulis sepucuk surat kepada seorang rakan anda di luar negara untuk menceritakan masalah penyakit berjangkit yang sedang melanda negara anda. Nyatakan juga langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah penyakit tersebut. Contoh jawapan: ...........................................................................................Sugintut A/L Kelekathu ...........................................................................................No. 4, Jalan Cheras Raya, ...........................................................................................Taman Cheras Perdana, ...........................................................................................56200 Kuala Lumpur. ...........................................................................................26 Julai 2008. .................Kehadapan sahabatku yang sentiasa diingati, Saudara Micheal J. Pundiek, yang kini berada di , India. Saya berharap agar saudara sentiasa berada dalam kandungan sihat walafiat bersama-sama dengan keluarga saudara. Saudara Micheal, ................Bagaimana keadaan saudara di sana sekarang? Untuk makluman saudara, saya dan keluarga saya di Kuala Lumpur sihat seperti biasa. Pada masa ini, saya agak sibuk dengan pelajaran saya kerana Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal saya duduki semakin hampir. Setiap hari saya terpaksa pulang lewat ke rumah kerana menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah saya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Saya percaya mampu untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun saya memohon agar saudara mendoakan saya supaya lulus dengan cemerlang. Saudara Micheal, .................Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara tentang penyakit berjangkit yang sedang melanda negara saya. Penyakit yang saya maksudkan tersebut ialah Selesema Babi atau dikenali juga dengan nama Selesema H1N1. Penyakit ini amat ditakuti oleh orang ramai kerana masih belum ada sebarang vaksin yang ditemui dan mampu mengubatinya. Setakat ini, dalam tempoh sebulan sahaja penyakit tersebut menyerang Malaysia, sudah hampir 200 orang yang telah menjadi mangsa. Namun begitu, sehingga hari ini saya mampu bersyukur kerana belum ada lagi mangsa yang terkorban. Malah negara jiran kami iaitu Singapura dan Thailand turut mencatatkan jumlah mangsa yang lebih besar iaitu melebihi 1000 orang. .................Untuk pengetahuan saudara, Selesema Babi merupakan penyakit yang berasal dari Maxico di Amerika Selatan. Penyakit tersebut merebak ke negara saya melalui pelancong asing yang datang ke Malaysia dari tempat tersebut. Menurut doktor, mangsa yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami simptom seperti demam biasa. Walau bagaimanapun, demam yang dialami akan berpanjangan diikuti dengan sakit kepala serta sakit di seluruh badan yang keterlaluan. Sekiranya mangsa tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, penyakit ini boleh membawa maut. Memandangkan penyakit ini mudah merebak, kerajaan di Malaysia telah mengambil langkah drastik bagi mengekang penyakit tersebut daripada terus menular, bak kata pepatah Melayu sediakan paying sebelum hujan.

Saudara Micheal, ..................Antara langkah awal yang telah dilaksanakan adalah dengan mengkuarantinkan orang ramai yang pulang dari luar negara terutamanya dari negara-negara seperti Maxico, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia. Hal ini disebabkan kebanyakan mangsa yang terdapat di Malaysia ialah mereka yang baru balik dari negara tersebut. Pelancong asing dari negara tersebut juga tidak terkecuali menjalani kuarantin dan pemeriksaan doktor sebelum dibenarkan berada di Malaysia. Semua penumpang yang menaiki kapal terbang juga turut dinasihati supaya menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan bahawa mereka bukan pembawa virus ini. Saya berasa tindakan ini agak berkesan dan sesuai sebagai satu cara untuk mengekang penularan viris H1Ni ke Malaysia kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. ..................Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia juga turut menutup beberapa buah sekolah apabila mendapati ada beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan dijangkiti virus berbahaya ini. Di Kuala Lumpur sahaja, empat buah sekolah telah ditutup selama seminggu bagi tujuan tersebut. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Jalan Delima, Sekolah Antarabangsa Sri Perdana, Sekolah Menengah Tsun Jin dan Sekolah Menengah Seri Mutiara. Semua warga sekolah termasuk para pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan turut dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut. Walaupun ada sesetengah pihak menentang usaha murni kerajaan itu, namun langkah ini amat berkesan bagi mengelakkan penularan virus H1N1 daripada terus berlaku. Sahabatku Micheal, ....................Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah mengadakan kempen kesihatan dan penjagaan kebersihan diri. Kempen ini telah disebarluaskan melalui pelbagai media massa seperti surat khabar dan televisyen. Untuk makluman saudara, kempen ini diadakan dengan tujuan menyedarkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri agar terhindar daripada virus tersebut. Orang ramai juga dinasihati agar memakai topeng serta membasuh tangan dengan bersih selepas batuk atau bersin. Mereka juga turut disarankan agar tidak berkunjung ke tempat awam sekiranya tidak ada sebarang sebab yang perlu untuk berbuat demikian. Bagi membantu orang ramai mengatasi kebimbangan mereka terhadap virus ini, kerajaan juga telah membekukan cuti kakitangan hospital malah perkhidmatan hospital awam dilanjutkan selama 24 jam sehari. Dengan cara ini, wabak H1N1 dapat dikekang daripada terus merebak. Saudara Micheal, ....................Memandangkan telah panjang lebar saya menulis dalam warkah saya pada kali ini, saya memohon untuk mengundur diri. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam bingkisan yang akan datang. Jangan lupa untuk menyampaikan salam saya kepada keluarga saudara terutamanya kepada adik saudara Micheal J. Kuthupalar. Akhir kata, saya juga memohon kemaafan andainya ada kata-kata saya yang menyinggung hati saudara. ...................Sekian, terima kasih. ........................................................................................Sahabatmu yang jauh, ...............................................................................................SugintutKelekathu.

Surat rasmi Surat Rasmi A. Jenis surat rasmi: i. Surat aduan sampah, gejala sosial, kafe siber, masalah pencemaran, kilang haram dan sebagainya. ii. Surat permohonan pekerjaan, kemudahan asas, kemudahan sekolah dan sebagainya. iii. Surat bantahan bantahan sesuatu perkara yang mendatangkan masalah atau kesan negatif. iv. Surat cadangan cadangan mengadakan sesuatu, cadangan mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya. v. Surat jemputan perkahwinan, menghadiri majlis dan sebagainya. B. Penerima dan alamat surat rasmi. i. Penerima surat rasmi penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang ditulis. Contohnya, jika kebakaran (bomba Ketua Balai Bomba), kecurian (polis Ketua Balai Polis XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Ketua Penguat Kuasa), jabatan kerajaan (Pengarah) dan sebagainya. ii. Alamat penerima Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang kerana anda boleh menciptanya sendiri. Contohnya, jika alamat individu (ada nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod, ada nama bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada tingkat, ada nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar, ada nama negeri). Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut. Ketua Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Bangunan Menarajaya, Jalan Bunga Raya, 56000 Kuala Lumpur. B. Format Surat Rasmi: 1. Nama dan alamat pengirim di sudut kiri surat. (Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang) (Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris) 2. Penerima dan alamat penerima di sudut kiri surat. 3. Tarikh dengan huruf besar di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima. 4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) di kiri dan tanda koma.

5. Tajuk surat Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat. 6. Pengenalan surat nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor) 7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah 2 sm dari nombor) i. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu) ii. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan) iii. Cadangan mengatasi masalah anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan. 8. Penutup surat tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih. 9. Tulis ucapan terima kasih di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor) (Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris) 10. Tulis pengesahan: - Yang menjalankan tugas (jika tujuan rasmi) dan Yang benar (jika tujuan persendirian) - Tandatangani -(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan -Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan. -Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili. 11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat seperti anda menulis karangan yang lain. ................................................................................................................................... CONTOH: MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI Soalan : Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan. Contoh jawapan surat rasmi. Lin Cheng Heng,

No.6, Jalan Limau Purut 3, Taman Cheras Perdana, 52400 Kuala Lumpur. ____________________________________________________________________ Ketua Balai, Balai Polis Cheras, Jalan Ikan Emas 2, 53000 Cheras, Kuala Lumpur .16 JULAI 2008 Tuan, Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini. 2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini. 3..Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segalagalanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini. 4..Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5..Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. 6..Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan. 7..Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, Linchengheng ................... (LIN CHENG HENG) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana. ................................................................................................................................. LATIHAN: SURAT KIRIMAN RASMI Soalan 1: Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu. Rangka jawapan: Isi 1: - di mana kedudukan kawasan tersebut + berapa ramai penduduk + sejak bila dibuka +

bagaimana penduduk keluar masuk ke kawasan itu + nyatakan kesukatan penduduk secara umum + bandingkan dengan taman lain yang berhampiran yang memiliki kemudahan tersebut. Isi 2: - kesukaran yang dihadapi + sukar ke tempat kerja pada waktu ditentukan + sering terlewat dan menjejaskan prestasi kerja + terpaksa menaiki kereta sapu + keselamatan tidak terjamin + menaiki motosikal + selalu berlaku kemalangan + menyukarkan penduduk. Isi 3: - Sukar apabila menghadapi kecemasan + terpaksa meminta bantuan jiran tetangga + menyusahkan jiran tetangga + contoh kejadian pesakit lewat di bawa ke hospital kerana tiada pengangkutan awam + membebankan kerana ada kereta sapu yang disewa mengenakan tambang yang keterlaluan dan cekik darah + menyukarkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan miskin. Isi 4: - sukar dikunjungi oleh saudara mara kami kerana tidak ada pengangkutan awam + juga menyukarkan warga tua yang hendak ke bandar atau hospital mendapatkan rawatan + kanakkanak sekolah terpaksa menaiki van tanpa permit + keselamatan tidak terjamin + keadaan lebih parah apabila musim tengkujuh (hujan) + sukar untuk bergerak kerana tiada kenderaan awam. Isi 5: - Mencadangkan agar pihak terbabit menyediakan beberapa buah bas awam + serta pondok menunggu bas yang secukupnya + jumlah bas perlu mencukupi kerana ramai penduduk memerlukannya + memohon perkhidmatan dijalankan tiap-tiap setengah jam sekali. .................................................................................................................................... Soalan 2: Persatuan yang anda sertai di sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang. Selaku setiausaha persatuan tersebut, tulis sepucuk surat kepada pengusaha kilang tersebut untuk memohon kebenaran agar persatuan anda dapat melawat kilang berkenaan. Rangka karangan: Pengenalan: - Siapa anda + mewakili siapa + tujuan anda menulis + member sebab mengapa kilang ini dipilih + terkenal/ terbaik + berhampiran dengan sekolah. Isi 1: - Tarikh lawatan + jumlah peserta + jumlah guru + masa lawatan + jangkaan berada di kilang berkenaan. Isi 2: - Tujuan lawatan 1 menambah pengetahuan + mengetahui teknologi terbaharu + berguna kerana anda mengambil pelajaran yang berkaitan

Isi 3: - Tujuan lawatan 2 ingin mendapat maklumat tentang apa? + dikehendaki menjalankan kajian tentang apa? Oleh guru + maklumat tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan itu. Isi 4: - Cadangan lawatan + tempat yang ingin dilawati di kilang itu (tempat pengeluaran/ tempat pembungkusan/ pentadbiran dan lain-lain) + meminta kebenaran mengambil gambar berkaitan + untuk dimasukkan dalam laporan. Isi 5: - memohon bantuan seorang kakitangan kilang + untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang + member penerangan yang diperlukan + memohon sebarang bahan-bahan maklumat tambahan tentang kilang itu + untuk rujukan Isi 6: - Janji anda mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak kilang + mematuhi disiplin + akan bertanggungjawab sekiranya timbul masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut. Penutup: - harapan anda + ucapan pendahuluan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai