Anda di halaman 1dari 2

Penanda wacana dalam Penulisan BM

A. Penanda wacana Memulakan Ayat Pertama Perenggan Pendahuluan

a. Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu...
b. Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita, ...
C. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pelbagai
kemewahan dan kemajuan Negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh
pelabagai permasalahan sosial seperti...
d. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi kini.....
e. Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini, kita dapat menyaksikan...
f. Dalam era perubahan arus globalisasi yang pantas dan mencabar...
g. Pada era globalisasi ini,
h. Sejak akhir-akhir ini,
i. Dewasa ini,
Pada masa ini,
k. Dasawarsa ini,
l. Belakangan ini,

B. Penanda wacana Ayat Terakhir Perenggan pendahuluan

a.Oleh itu, usaha-usaha....akan menjadi fokus diskusi selepas ini.


b. Oleh itu, kebaikan / keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan lebih
terperinci demi kebaikan bersama.
C. Sebagai memperkukuh pernyataan lagi, punca-punca yang menunjangi kemelut ini perlu dihurai
dan dirungkai segera demi kepentingan semua pihak.
d. Usaha pasti membuahkan hasil jika pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera
untuk mengatasi masalah yang kian bersarang di negara kita ini.
e. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan bahawa....
f. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah konkrit, sistematik dan pragmatik
dijalankan secara berterusan agar masalah ini dapat dibendung sehingga ke akar umbi.

C. Penanda wacana Memulakan Ayat Pertama Perenggan Isi Pertama

a. Sebagaimana yang kita ketahui


b. Lazimnya dalam keadaan
C. Umum mengetahui bahawa
d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
f. Pada hemat saya,
g. Pada pendapat saya
h. Saya berpendapat bahawa
i. Antara faktor yang menyumbang kesedaran tentang...
i. Antara kesan yang terjadi akibat daripada aktiviti...
j. Faktor perdana yang menjadi penyumbang kepada...
k. Faktor menjadi mangkin utama...
1. Sebagai cetusan minda saya yang pertama, antara langkah...

D. Penanda wacana Memulakan Ayat Pertama Isi Kedua dan Seterusnya

a. Dari perspektif yang lain pula, selain...


b. Ditinjau dari kata mata yang berbeza pula,
C. Menyingkap jendela langkah yang seterusnya,
d. Merenung sejenak memikirkan rasionalnya,
e. Lebih istimewa lagi, dalam konteks ini,
f. Selain itu,
g. Seterusnya,
h. Dalam pada itu,
i. Lebih-lebih lagi
j. Pada masa yang sama,

E. Penanda wacana Ayat Huraian isi Karangan


a. Hal ini dikatakan demikian kerana...
b. Hal ini berlaku demikian kerana...
C. Dalam konteks ini...
d. Dengan berbuat demikian...
e. Bertitik tolak daripada itu...
f. Hal ini bersangkut paut dengan ...

Anda mungkin juga menyukai