Anda di halaman 1dari 9

PENANDA WACANA MENULIS KARANGAN BM

FRASA MENARIK DALAM KARANGAN

1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya

2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu

3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan

4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu

5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam

6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan

7. Alaf baharu - Masa terkini

8. Mutakhir ini - Pada masa kini

9. Seantero dunia - Seluruh dunia

10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan

11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran

12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek

13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli

14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan

15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya

16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan

17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang

18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan

20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani

21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu

22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum

23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

24. Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa

25. Landasan berfikir - Cara berfikir

26. Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa

27. Mengaibkan diri - Memalukan diri

28. Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar


29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir

30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif

31. Bacul - Tidak bersemangat

32. Badai kehidupan - Cabaran hidup

33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai

34. Berkongkalikung - Bersepakat

35. Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh

36. Praja - Kota / negeri

37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha

38. pramusaji - Pelayan tetamu di restoran

39. Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari

40. Nawaitu diri - Keinginan diri

41. Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri

42. privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan

43. Portfolio menteri - Tugas menteri

44. Pentas siasah - Dunia politik

45. Polemik - Bahas / debat / konflik

46. Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan

47. Linglung - Hilang ingatan

48. Falah - Kejayaan / kemenangan

49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan

50. bersilengah - Bersikap tidak tahu

PENANDA WACANA

i) Penanda permulaan karangan

· Pada era globalisasi ini,

· Pada zaman pascakemerdekaan ini,

· Kini,

· Dewasa ini,

· Pada masa ini,

· Sejak sedekad yang lalu,


· Dasawarsa ini,

· Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

· Belakangan ini,

· Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

· Kebelakangan ini,

· Sejak akhir-akhir ini,

· Dalam meniti arus kemodenan ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu

· Selain itu,

· Di samping itu,

· Sementara itu,

· Lebih-lebih lagi,

· Dalam pada itu,

· Lain daripada itu,

· Pada waktu yang sama,

· Dalam pada itu,

· Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

· Hal ini demikian kerana

· Hal ini berlaku kerana

· Hal ini timbul apabila

· Hal ini bersangkut-paut dengan

· Hal ini terjadi kerana

· Hal ini disebabkan oleh

· Hal ini wujud akibat daripada

· Hal ini berpunca daripada

· Hal ini tercetus apabila

· Hal ini timbul apakala,


iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

· Misalnya,

· Contohnya,

· Sebagai contoh,

· Tamsilnya,*sama maksud dgn ibarat

· Sebagaimana yang kita sedia maklum,

· Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

· Hal ini mengakibatkan

· Hal ini menyebabkan

· Oleh itu,

· Maka,

· Oleh sebab itu,

· Jelaslah bahawa

· Justifikasinya,

· Oleh hal yang demikian,

vi) Penanda menutup isi

· Kesannya,

· Natijahnya,

· Akibatnya,

· Akhirnya,

· Dengan itu,

· Dengan berbuat demikian,

· Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1)
_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru

b) malah

c) malahan

d) tambahan pula

e) sementelahan

f) sekali gus

g) di samping

h) bahkan

i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

· Kesimpulannya,

· Intihanya,

· Secara total,

· Secara tuntas,

· Konklusinya,

· Sebagai penutup wacana,

· Sebagai penghias bicara akhir,

· Sebelum mengakhiri wacana ini,

· Secara keseluruhan,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,

b) Walakin begitu,

c) Namun demikian,

d) Daripada perspektif yang berbeza,

e) Jika dilihat dari sudut lain,

f) Dengan kata lain,

h) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,

j) Dalam pada itu,

k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa,

b) Bak kata peribahasa Melayu,

c) Bak kata orang tua-tua,

d) Bak kata mutiara,

e) Bak peribahasa,

f) Bak kata cendekiawan,

g) Persis kata peribahasa,

h) Persis kata peribahasa Melayu,

i) Persis kata orang tua-tua,

j) Persis kata mutiara,

k) Persis peribahasa,

l) Persis kata cendekiawan, .............

m) Hal ini sama dengan peribahasa

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni

o) Fenomena ini dikatakan

p) Masalah ini sama dengan peribahasa

q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu …

· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperinci demi kebaikan bersama.

· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan
segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan …….

· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik
harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi,

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa


· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

o Bagi sesetengah orang …

o Begitu juga dengan …

o Begitu juga halnya dengan …

o Bertitik tolak daripada itu …

o Bukan itu sahaja …

o Dalam hal ini …

o Dalam konteks ini ..

o Dalam zaman yang serba canggih ini …

o Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

o Dengan adanya …

o Dengan berbuat demikian …

o Dengan perkataan lain ..

o Disebabkan hal itu

o Disebabkan keistimewaan inilah kita..

o Hal ini berlaku disebabkan

· Hal ini penting dalam

· Hal ini serupa dengan

· Hal yang serupa berlaku apabila

· Ini disebabkan

· · Ini membuktikan bahawa ·

· Ini menggambarkan bahawa

· Ini secara tidak langsung akan

· Ini semua meninggalkan kesan kerana

· Ini tentu sekali membuatkan

· Jadi kita perlu

· Jadi kita hendaklah

· Keadaan ini tentunya


· Lantaran itu sehingga kini

· Kesemua ini menyumbang kepada

· Kita mengakui hakikat bahawa

· Kita sering menonton di kaca televisyen

· Kita sering membaca di dada-dada akhbar

· Memandangkan keadaan yang sedemikian

· Namun sejak kebelakangan ini

· Oleh itu, bolehlah dikatakan

· Secara logiknya masa yang

· Keadaan ini seharusnya boleh

· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

· Kendatipun demikian, kita masih

· Yang paling nyata ialah

· Yang perlu kita pastikan ialah

Anda mungkin juga menyukai