Anda di halaman 1dari 2

Penanda Wacana

Penanda wacana sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons
Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan .
Maksud Penanda
Apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:
Maksud Wacana
1. Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,
percakapan;
2. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti
pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen):
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
Pada era globalisasi ini,
Dalam meniti arus kemodenan ini,
Dewasa ini
Pada masa ini,
Kini,
Dasawarsa
Sejak sedekad yang lalu,
Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .)
Belakangan ini,
Sejak akhir-akhir ini,
Baru-baru ini,
Umum mengetahui bahawa,
Sejak zaman-berzaman
Sejak dahulu lagi,
Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan
kedua dan ke seterusnya)

1. Antara,
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu, (untuk unsur pertentangan/keadaan yang berbeza)
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu, (boleh digunakan, sebab ada ungkapan lain
daripada yang lain)
7. Dalam pada itu,
8. .. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan.
10. Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukannya untuk kesimpulan)

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini dikatakan demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya..

Anda mungkin juga menyukai