Anda di halaman 1dari 31

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PROGRAM SASARAN AKADEMIK SKOR A+

BAHASA MELAYU
KERTAS 2
SPM 2014
TARIKH
TEMPAT
ARAHAN POPULAR tugasan SOALAN RUMUSAN

PUNCA-PUNCA FAKTOR-FAKTOR, SEBAB-SEBAB, ALASAN-ALASAN


MASALAH-MASALAH KEKANGAN, HALANGAN, KESULITAN, KERUMITAN
KESAN-KESAN AKIBAT, IMPLIKASI, NATIJAH, IMPAK
CARA-CARA, USAHA-USAHA, PENDEKATAN, TINDAKAN,STRATEGI,
LANGKAH-LANGKAH
MEKANISME
KEPENTINGAN FAEDAH, MANFAAT,KEBAIKAN ,KEISTIMEWAAN, KELEBIHAN
PERANAN TUGAS, TANGGUNGJAWAB, FUNGSI
CIRI-CIRI KRITERIA, SIFAT, BENTUK

Latihan RUMUSAN:
TAFSIRAN
FOKUS SOALAN
(Maksud yang setara)
kekangan
tugas
akibat
masalah
pendekatan
halangan
bentuk
cara-cara
rintangan
kelebihan
implikasi
sebab-sebab
manfaat
tanggungjawab
kesukaran
impak
kebaikan
ciri-ciri
kesan-kesan
mekanisme
fungsi
keistimewaan
kaedah
faktor-faktor
kepentingan
kesulitan
punca-punca
faedah
langkah-langkah
peranan
LATIHAN 1
LATIHAN PENULISAN PENDAHULUAN & KESIMPULAN

Tulis satu rumusan tentang punca-punca kesesakan lalu lintas di ibu kota
dan kepentingan menyelesaikan masalah kesesakan tersebut.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya

Tulis satu rumusan tentang manfaat mengadakan rumah terbuka dan


langkah-langkah menjayakannya.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya

Tulis satu rumusan tentang impak pergaulan bebas golongan remaja dan
faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya

Tulis satu rumusan tentang keistimewaan destinasi pelancongan dan


usaha-usaha untuk mempertingkat industri pelancongan di negara ini.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya
SOALAN SPM 2005

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan


hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang
amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala
perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran
merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menuggu
bantuan pihak berwajib atau sanak saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan ,
pendidikan ,agama dan budaya akan memberi manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana
mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping
itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada
sebarang ancaman seperti kecurian , penyalahgunaan dadah dan budaya samseng

Segala perkara yang mencemarkan kerharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat


dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala social seperti khalwat
, penderaan, kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan
dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa . Kita perlu bertindak sekalipun
gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri . Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat
sebelum terjadi sesuatu yang buruk , bak kata pepatah , ‘sediakan payung sebelum hujan ‘. Jiran
yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat .
Rahsia kejayaan program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia
kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.tanpa perpaduan,negara


akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai.perpaduan dapat dilahirkanmelalui hubungan baik sesama jiran.. Jiran yang baik
ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi,saling mempercayai dan mengamal
perkongsian pintar sesama mereka.Sekiranya hal ini diabaikan,maka lambat –laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya,jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada
masa akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan Cara
KekalkanHubungan Baik, oleh Ahmad Termizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

JAWAPAN ANDA:
KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN
Petikan membincangkan Petikan membincangkan

Antara faedah hidup berjiran ialah Antara faedah hidup berjiran ialah

Antara cara untuk memupuk semangat kejiranan Kesimpulannya


ialah
Kesimpulannya

SOALAN SPM 2009


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur
dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pernahkah sekali sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir?
Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan
tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar
menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.

Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan
aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam
sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi
melancarkan proses metabolism karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang
mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian
mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan
membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat
di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid
yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan
maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat
keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di
tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor
kurang tidur.

Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang.Hal ini demikian kerana
seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan
ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut pakar, badan kita
mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang
aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu
tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.

Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat
menyegarkan tubuh badan sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan
bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko
sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan
pada waktu lewat petang. Hal ini demikian,kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu
tersebut boleh menjejaskan kesihatan . tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan
kompenan penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.

(dipetik dan diubah suai daripada ‘Tidur dari Segi Saintifik’


oleh Danial Zainal Abidin,
Dewan Kosmik Februari 2007)
JAWAPAN ANDA:
KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN
Petikan membincangkan Petikan membincangkan

Antara kepentingan tidur dari segi saintifik Antara kepentingan tidur dari segi saintifik
ialah ialah

Antara cara mengatasi masalah sukar tidur ialah Kesimpulannya


Kesimpulannya

SOALAN SPM 2011


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa
kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa
kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang
dikaitkan dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan
biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa pribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan symbol
jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.

Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara
kita telah berjaya membentuk satu identity nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa
Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa
kumpulan etnik yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai lingua franca, iaitu bahasa
perhubungan antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa
Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa
Barat. Walau bagaimanapun, akibat penjajahan Barat, perpaduan rakyat di negara kita mulai
tergugat. Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan
kita untuk menyubur jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.

Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil langkah segera
untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran
itulah, bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya
membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu, bahasa kebangsaan juga
dapat memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi.
Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang
antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam system pendidikan nasional.
Melalui system pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk
menyatupadukan rakyat dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang
memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesame rakyat, komunikasi yang berkesan
dapat dizahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat
mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan.
Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya iaslah
maruah negara dan maruah rakyat negara kita. Dalam konteks ini martabat dan nama baik bahasa
Melayu perlu dijaga. Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas, yakni di atas
mana-mana bahasa lain di negara lita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.

(dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Satu


Bahasa Kebangsaan’ oleh Teo Kok Soeng,
Pelita Bahasa, 2009)
JAWAPAN ANDA:
KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN
Petikan membincangkan Petikan membincangkan

Antara kepentingan tidur dari segi saintifik Antara kepentingan tidur dari segi saintifik
ialah ialah
Antara cara mengatasi masalah sukar tidur ialah Kesimpulannya

Kesimpulannya

SOALAN PEMAHAMAN 2(a)

Berdasarkan petikan rumusan (SPM 2005) di atas jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkaikata menjamin keselamatan setempat. [2 markah]

(ii) Nyatakan kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran. [3 markah]

KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN

(iii) “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.”


Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Berdasarkan petikan rumusan (SPM 2009) di atas jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata keadaan yang merimaskan. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang dialami jika seseorang tidak mendapat
tidur yang secukupnya. Nyatakan tiga daripada kesan tersebut. [3 markah]

KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN

(iii) Pada pendapat anda apakah punca yang menyebabkan seseorang menghadapi masalah
sukar tidur? Kemukakan empat punca? [4 markah]
Berdasarkan petikan rumusan (SPM 2011) di atas jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(I) Berikan maksud rangkai kata padu dan abadi. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Nyatakan faktor-faktor tersebut.
[3 markah]

KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak media dapat menggalakkan rakyat
menggunakan bahasa kebangsaan?
Jelaskan dua cara. [4 markah]
SOALAN 2(b) – cerpen

Memori Seorang Tua (GANTI TIANG CENGAL...)


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Itulah orang tidak tahu hati dan jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan
orang Melayu, memanusiakan manusia, supaya tahu menilai hak, supaya tahu menjaga maruah,
supaya tahu Tanah Melayu ini mesti diterajui oleh orang-orang Melayu, segala harta kekayaan di
Tanah Melayu ini mesti diagih-agihkan sama rata dan sama rasa kepada orang Melayu, bukan
membuncitkan perut orang lain!
Tetapi ramai orang Melayu tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang
Pak Itam terasa sayu, ramai kawannya yang sama-sama pulang dari tanah lnggeris, hidup lebih
Orang Putih daripada Orang Putih. Pulang ke tanah air sendiri menjadi tukang angguk kepada
lnggeris dan memandang jijik kepada anak bangsanya yang tidak berbaju, yang tidak berkasut,
yang buta huruf, alif dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah, perut membuncit penuh
cacing, pucat lesi diserang oleh demam kura, berkudis, berpanau, dan kebulur tidak cukup
makanan. Menunduk kepala Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang memandikan
anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih!
lnilah, orang tidak mengerti hati dan perjuangannya. Orang Melayu mesti menjadi tuan di
tanah airnya, bukan menjadi unta, menjadi keldai, dan menjadi tukang mandi anjing penjajah.

( i) Berikan maksud tidak mahu mengerti visionnya.

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan Negara kita daripada dijajah
oleh kuasa luar? Nyatakan tiga cara.
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen.

SOALAN 2(b) - cerpen


CERPEN ISRAK GANTI (Drama 1400)
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar.
“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena.Makan sajalah! Atau abang mati
kebuluran,” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.
“Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga
Mikraj.
Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk
menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya
kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tergadah.
Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam
sahaja. Israk mencebik.
“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan jumlah
voltan arus yang mengalir.
Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x
6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing
kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumak Wah, Kampung
Sayong.
“Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik
seperti abang tahu tanggungjawab!”

(i) Nyatakan dua perkara yang dirungutkan oleh Israk.


KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Israk untuk menjaga hati
Wah? Nyatakan tiga cara yang wajar dilakukan oleh Israk.

(iii) Nyatakan satu perwatakan Israk berdasarkan petikan cerpen dan satu perwatakan lain
daripada keseluruhan cerpen.

SOALAN 2(c) – Prosa Tradisional


Merah Silu
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila
berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan
rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan sebab beramuk-amuk
sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Ahmad dan Raja Muhammad.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki- baki rakyat yang
masih hidup. Mereka menyembah mengaku taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus
tinggal di dalam negeri itu.
Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu,
“Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan
ibu bapa kita hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali
tiada member manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik
supaya kita dapat diam di sana,”
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar
meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti
di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka
sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana,
di sebelah-menyebelah sungai itu.

(i) Berikan maksud rangkai kata putus bicara berdasarkan petikan di atas.
(ii) Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Raja Ahmad dan
Raja Muhammad.

KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara mengelakkan peperangan?


Nyatakan tiga cara.

SOALAN 2(c) – Prosa Tradisional


Hikayat Opu Daeng Menambun
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kemudian lalu di jawab oleh Sultan Muhammad Zainuddin, “Yang niat hati saya,
seboleh-bolehnya Opu Daeng yang berlima bersaudara hendak saya ambil buat menantu. Pilihlah
anak saya yang perempuan yang bertiga hendak saya kahwinkan dengan Daeng-daeng yang
berlima, mana suka yang hendak beristeri.”
Kemudian maka dijawab oleh Opu Daeng yang berlima bersaudara, “Baiklah, nantilah
saya muafakat di perahu adik-beradik.” Dan lalu bermohon balik ke perahu.
Lalu berpakatlah lima bersaudara serta mesyuarat. Lalu berkhabar Daeng Perani yang
tua, “Aku sudah berbini di Siantan anaknya Nakhoda Alang dan aku sudah beranak pula dua
orang dan yang tua Daeng Kemboja laki-laki dan yang seorang Daeng Khatijah perempuan.
Maka kata Daeng Perani, “Baiklah adinda Opu Daeng Menambun berbinikan anak sultan itu
bernama Puteri Kesumba. Jikalau adinda sudah kahwin sehari dua hari, jikalau tiada apa-apa
pekerjaan, kita sama-sama juga berlayar ke Riau.”
Kemudian maka dijawab Daeng Menambun, “Kata kakanda, baiklah.” Dan ditanyalah
pula lagi adindanya yang berdua Opu Daeng Merewah dan Opu Daeng Chelak, berserta
adindanya Opu Daeng Kemasi, “Siapa yang bertiga suka berbini di negeri Matan ini?”
Maka dijawab oleh adindanya yang bertiga itu, “ Anak Sultan Muhammad Zainuddin
yang dua orang itu kecil, melainkan sabarlah dahulu, ke mana perginya, jikalau ada jodoh.
Belayar ke Riaulah dahulu.”

(i) Apakah hasrat Sultan Muhammad Zainuddin terhadap Opu Daeng berlima bersaudara?
KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN
(ii) Nyatakan dua alasan Opu Daeng Perani untuk menolak pemintaan Sultan Muhammad
Zainuddin.
KAEDAH BIASA KAEDAH MENYALIN

(iii) Pada pendapat anda, apakah manfaat yang dapat diperoleh daripada pendekatan muafakat
yang diambil oleh Opu Daeng berlima bersaudara? Nyatakan empat pendapat anda.
SAJAK BANGKITLAH
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi lading.
Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum menjamah awan!

(i) Berikan gambaran suasana pagi seperti yang dinyatakan oleh penyajak dalam sajak ini.

(ii) Jika anda pelajar yang berasal daripada keluarga yang susah, bagaimanakah cara untak
mendapatkan kehidupan yang baik?

(iii).Nyatakan dua pengajaran dalam sajak ini.


SAJAK KECEK
1.
seorang pengarah
membuka akuan semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
2.
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen aanak-anaknya
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi
3.
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
4.
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
kedalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
(i) Nyatakan keadaan nelayan seperti yang digambarkan oleh penyajak dalam sajak ini.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golonganpetani dinegara kita masih dibelenggu
kemiskinan?

(iii) Nyatakan dua persoalan dalam sajak ini.


SOALAN 3 – TATABAHASA
SOALAN 3 (a)
MEMBINA AYAT
PERKATAAN AYAT
kata kerja
tiada imbuhan
rampas
redah
basuh
kata kerja
berimbuhan
meluaskan
menaikkan
melaporkan
kata nama
pelatih-pelatih
pengajar-pengajar
perkampungan
perkuburan
hentian
gantungan
kata terbitan
kehadiran
kesejahteraan
kesetiaan
penyampaian
pertelingkahan
perpaduan
kata adjektif
musnah
teguh
mewah
rangkai kata
bertegur sapa
beramah mesra
bertemu jodoh
bermasam muka
berdiam diri
berjabat tangan
SOALAN 3 (b)

Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif


Soalan Jawapan
1 Kami menyambut tetamu itu dengan sopan 1
Petani itu menggemburkan tanah sawah
2 2
dengan cangkul
Beliau mempengerusikan mesyuarat
3 3
syarikat pada hari itu.
Kami mengulang kaji mata pelajaran sains
4 4
di pusat sumber sekolah.
Ibu membungkus nasi lemak dengan daun
5 5
pisang.
6 Saya telah mewarnakan mural itu. 6

Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Songsang


Soalan Jawapan
Surat berdaftar itu dari seberang laut
1 1
agaknya.
2 Ahli rumah sukan Merah berlatih dipadang. 2
Nenek masih kuat bekerja walaupun sudah
3 3
berusia 75 tahun.
4 Nasib Laili sungguh baik pada hari ini. 4
Encik Nordin akan menghadiri mesyuarat
5 5
syarikat pada hari Isnin ini.
6 Guru baru di sekolah kami itu kacak. 6
Memisahkan Ayat kepada SUBJEK dan PREDIKAT
Soalan Jawapan
Perdana Menteri Malaysia telah melawat SUBJEK:
1 1 PREDIKAT:
Eropah.
Pasukan bola sekolah kami bermain SUBJEK:
2 2 PREDIKAT:
bersungguh-sungguh.
Kami pelajar Tingkatan Enam Rendah di SUBJEK:
3 3 PREDIKAT:
sekolah itu
Melukis menjadi kegemarannya. SUBJEK:
4 4 PREDIKAT:

Kedekut merupakan suatu sifat yang buruk. SUBJEK:


5 5 PREDIKAT:

Bahagian dapur Pak Ali sedang dibaiki. SUBJEK:


6 6 PREDIKAT:
Soalan 3 (c)
Tandakan (/) pada ejaan / imbuhan yang betul

dialog dailog anti-dadah antidadah


catit catat anti-Israel anti Israel
telepon telefon dwi-bahasa dwibahasa
maksimum maksima tatatertib tata tertib
otomatik automatik tingkahlaku tingkah laku
mengetengahkan mengenengahkan latarbelakang latar belakang
analisa analisis isipadu isi padu
cap cop beli-belah beli belah
bumiputra bumiputera deraf draf
ambilalih ambil alih ke-12 ke 12
tulin tulen sekalian sekelian
ehsan ihsan dikenalpasti dikenal pasti
automobil otomobil ganti rugi ganti rugi
impot import sekaligus sekali gus
mengagumkan mengkagumkan arkitek arkiteks
urus setia urusetia deligasi delegasi
bistari bestari ingkar engkar
lanskap landskap profesyen profesion
lagenda legenda efisien efisyen
agama ugama pihak pehak
tengah hari tengahari definisi definasi
insuran insurans pamer pamir
manfaat manafaat kerinting keriting
merbahaya berbahaya pensel pensil
enjin Injin negaraku negara-Ku
istirehat istirahat prakata pra-kata
bandaraya bandar raya praolimpik pra-Olimpik
kompleks komplek pra-sekolah prasekolah
komersial komersil prasyarat pra-syarat
patriotisme petriotisme proMalaysia pro-Malaysia
nasionalisme nasionalisma pro-kerajaan prokerajaan
persaraan pesaraan jawatankuasa jawatan kuasa
pelaksanaan perlaksanaan temuduga temu duga
perlantikan pelantikan
juruukur juru ukur
kalendar kelendar
protein protin
stesen setesen
suratkhabar surat khabar
kakitangan kaki tangan
plastik pelastik
tatasusila tata susila
sesi sessi
olahraga olah raga
ketrampilan keterampilan
laporan lapuran
optimum optima
(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan Senarikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Beberapa orang tokoh koporat telah hadir di majlis merasmikan taman rekreasi itu.
( ii ) Rogayah menunggukan rakan karibnya di stesyen kereta api Kuala Lumpur.
( iii ) Hang Tuah merupakan tokoh lagenda Melayu yang menjadikan kebanggaan
masyarakat Melayu.

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan


1 1
2 2
3 3

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Pak Hassan menyandar tubuhnya pada perdu pokok manga itu kerana kepenatan
membajak di sawah.

(ii) Ibu bapa wajib bersabar dan tenang dengan keranah anak-anak terutama semasa beli-
belah di pasar raya.

(iii) Pasukan penyokong bola itu melompat-lompat gembira apabila pasukan kesayangan
mereka menjaringkan goal pada saat-saat akhir masa tambahan.

KESALAHAN EJAAN KESALAHAN IMBUHAN


1 1
2 2
3 3
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selain daripada menerima pelbagai kemudahan, guru juga mempunyai ruang untuk
kenaikan pangkat.
( ii ) Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi
pelajar-pelajar dalam sektor kokurikulum..
( iii ) Kejayaan projek yang mereka laksanakan itu bergantung kepada kos yang disediakan
oleh pihak pemaju.

Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa


1 1
2 2
3 3

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Ketika pemandu motosikal itu hendak membelok ke kiri brek motosikalnya tidak
berfungsi dan dia melanggar tembok jalan besar itu.

(ii) Pada pagi itu ibu menyediakan goreng nasi untuk sarapan anak-anaknya yang akan
bersekolah bidang pagi.

(ii) Kerajaan Negeri Perak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaik taraf
iktisad golongan bumiputera selain menunjukkan amalan pertanian moden di luar
bandar.

KESALAHAN ISTILAH KESALAHAN TATABAHASA


1 1
2 2
3 3
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
NOVEL KEMBARA AMIRA
Amira mengajak Jacinta menyertai ekspedisi mencari gali bahan arkeologi untuk
menghiburkan Jacinta yang sedang dalam kesedihan. Dia tidak mahu sahabat baiknya itu
berkurung di asrama sepanjang cuti persekolahan.
Nilai Setia kawan
Persoalan Persoalan semangat setiakawan
Pengajaran Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan
Perwatakan Setia kepada kawan
Latar masyarakat Masyarakat yang setia kawan
Latar masa Pada masa cuti persekolahan
Latar tempat Di asrama
Amira dan Itai berani mendaki gunung untuk menyelamatkan Malique walaupun mereka
sedar bahawa mereka berhadapan dengan ancaman makhluk berbulu berkaki dua.
Nilai Keberanian
Persoalan Persoalan berani menghadapi risiko
Pengajaran Kita mestilah berani untuk melakukan sesuatu perkara
Perwatakan Berani
Latar masyarakat Masyarakat yang berani
Latar masa Pada waktu pagi
Latar tempat Gunung Gua Gajah
Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
Nilai Kasih sayang
Persoalan Persoalan kasih sayang antara ibu dengan anak
Pengajaran Kita mestilah menyayangi keluarga kita
Perwatakan Penyayang
Latar masyarakat Masyarakat yang penyayang
Latar masa Pagi
Latar tempat Bukit Mat Raya
NOVEL AZFA HANANI
Azfa Hanani membantu menyelesaikan masalah Tengku Elina dengan menerima tawaran
untuk menjadi Pengacara Forum Remaja kerana Tengku Elina ada tugas lain.
Nilai Setia kawan
Persoalan Persoalan semangat setiakawan
Pengajaran Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan
Perwatakan Setia kepada kawan
Latar masyarakat Masyarakat yang setia kawan
Latar masa Semasa pertandingan Forum Remaja diadakan - pagi
Latar tempat Di sekolah
Azfa Hanani berani menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku
Murni walaupun dia langsung tidak mengenali Tengku Murni.
Nilai Keberanian
Persoalan Persoalan berani menghadapi risiko
Pengajaran Kita mestilah berani untuk melakukan sesuatu perkara
Perwatakan Berani
Latar masyarakat Masyarakat yang berani
Latar masa Sepanjang masa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni
Latar tempat Di banglo Datuk Tengku Makmur
Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani dan tidak membenarkan
anaknya menaiki bas ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan anaknya sebaliknya
dihantar setiap hari oleh Kak Finaz.
Nilai Kasih sayang
Persoalan Persoalan kasih sayang antara ibu dengan anak
Pengajaran Kita mestilah menyayangi keluarga kita
Perwatakan Penyayang
Latar masyarakat Masyarakat yang penyayang
Latar masa Pagi
Latar tempat Banglo Datuk Tengku Makmur

Latihan Menjawab soalan NOVEL:


TAHUN 2014
a) Huraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang dipelajari. (7 markah)

Novel yang saya kaji ialah novel . Watak utama novel ini ialah
. Perwatakan yang pertama ialah
iaitu dia
. Perwatakannya yang kedua ialah
iaitu dia

b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari. (8 markah)

Novel yang saya pelajari ialah . Persoalan yang pertama ialah


contohnya

Persoalan yang kedua ialah


contohnya

TAHUN 2010
a) Jelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
b) Huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buah novel yang dipelajari.

TAHUN 2009
a) Huraikan dua bukti ketabahan watak utama.
b) Jelaskan satu contoh nilai kasih sayang dalam dua buah novel.
LATIHAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah membaca
dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperoleh melalui
amalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa amalan membaca sebagai jambatan
ilmu. Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya lebih bercapah, di samping
menyuburkan perkembangan jiwa seseorang. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang
membaca akan ketinggalan dalam segala bidang. Orang yang banyak membaca akan
mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkan buku yang dibacanya. Namun begitu, berapa
ramaikah rakyat negara kita ini yang mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
amalan membaca hanya dapat dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di
sekolah sahaja.
Beradasarkan Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik
huruf di negara ini ialah 93 peratus. Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat
Malaysia kini hanya membaca dua buah buku setahun. Keadaan ini masih tidak memuaskan
walaupun tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu, rakyat
Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.
Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di
negara ini. Antaranya, harga buku mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini
menyebabkan pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku
dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat yang tidak
menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada kadar pembacaan yang
rendah. Persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa proses menuntut ilmu
harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu, beberapa tindakan wajar diambil secara
berperingkat-peringkat dan berterusan. Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkan
kesedaran bahawa orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang
hayatnya dan akan sentiasa dihormati oleh orang lain.
Amalan membaca ialah usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam
diri individu berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan
penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya. Amalan
membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung oleh sesetengah
pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk memastikan bahawa
amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini segala ilmu dan maklumat lebih
mudah diperoleh melalui internet. Oleh itu, hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan
bermaklumat akan dapat dicapai sekiranya kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu
melalui pembacaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Membaca Santapan Rohani dan Minda’
Oleh Huzaimi Baharudin,
LATIHAN PENULISAN PENDAHULUAN & KESIMPULAN

Tulis satu rumusan tentang punca-punca kesesakan lalu lintas di ibu kota dan kepentingan
menyelesaikannya.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya

Tulis satu rumusan tentang faedah mengadakan rumah terbuka dan langkah-langkah
menjayakannya.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya

Tulis satu rumusan tentang faedah-faedah mengadakan rumah terbuka dan langkah-langkah
menjayakannya.
Petikan membincangkan

Kesimpulannya
RUMUSAN LENGKAP
Petikan membincangkan

Antara faedah membaca ialah

Cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat ialah

Kesimpulannya
Soalan Pemahaman berdasarkan petikan
1 Berikan maksud mengasah fikiran [2 markah]

2 Berikan maksud persepsi orang ramai [2 markah]

3 Berikan maksud berguna sepanjang hayatnya [2 markah]

Nyatakan halangan-halangan yang dihadapi untuk meningkatkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini.
4
[3 markah]

Kemukakan hasil laporan tentang tabiat membaca rakyat Malaysia pada masa ini.
5
[3 markah]

KEMAHIRAN BERFIKIR
6 Berikan tiga kesan jika seseorang individu itu kurang membaca. [3 markah]

Anda mungkin juga menyukai