Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

3. Bidang: AMALAN DAN NILAI


2. Judul KURANG DISIPLIN? ANDA BOLEH
PROFESIONAL
MENGUBAHNYA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pelbagai istilah digunakan apabila memperkatakan tentang disiplin seseorang. Antaranya ialah
nakal, jahat, baik, pendiam, sombong dan berlagak. Kadang kala istilah ini dinyatakan dalam
bentuk gelaran tertentu. Perbezaan penggunaan istilah dan gelaran menjelaskan tahap
pembentukan yang telah diterima dan diamalkan oleh individu berkenaan dalam menjalanai
kehidupan seharian. Perbezaan ini tidak akan berakhir tetapi boleh diatasi secara bersama
melalui pemupukan disiplin diri yang baik

Tanpa disiplin diri, individu itu akan bergerak dan bertindak mengikut naluri dalam diri masing-
masing. Individu itu tidak akan menghiraukan pandangan individu lain dan tidak memandang
berat soal sama ada diterima atau tidak dan disukai atau tidak. Situasi sebegini jika tidak
dibendung akan menyebabkan individu itu akan cuba menguasai individu lain walaupun ia
bertentangan dengan adat resam dan tatasusila hidup bermasyarakat.

Ibu bapa dan guru-guru sering memberi bimbingan,nasihat dan teguran agar diri kita dan
rakan-rakan lain menjadi insane yang mempunyai disiplin diri. Sikap samil lewa yang ditunjukkan
oleh kita dan rakan-rakan lain menyebabkan usaha ibu bapa dan guru-guru tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Maka dengan sendirinya isu-isu berkaitan displin seperti tidak
membuat kerja sekolah, ponteng sekolah, pergaduhan, buli membuli, membawa peralatan tajam,
mencuri, membawa rokok, mengeluarkan kata-kata lucah, lumba haram, membunuh dan
sebagainya tidak dapat ditangani

Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua golongan terutama para pelajar dan guru-guru. Ia boleh
dijadikan panduan dan rujukan untuk mereka. Buku ini juga bertujuan utnuk membantu pelajar
memperkukuh dan memperkasakan diri sendiri. Setiap eplajar harus sedar tentang pentingnya
belajar mendisiplinkan diri agar segala manfaat itu dapat diterokai, dikembangkan dan diamalkan
dengan teratur. Disiplin yang baik dan sempurna telah diberi penekanan oleh pihak kerajaan, ibu
bapa dan guru-guru. Setiap pelajar perlu berusaha menilai setiap contoh yang diberikan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Tanpa disiplin diri, individu akan bergerak dan bertindak mengikut naluri dalam diri masing-
masing. Individu itu tidak akan menghiraukan pandangan individu lain dan tidak memandang
berat soal sama ada diterima atau tidak dan disukai atau tidak. Situasi sebegini jika tidak
dibendung akan menyebabkan individu itu akan cuba menguasai individu lain walaupun ia
bertentangan dengan adat resam dan tatasusila hidup bermasyarakat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini juga bertujuan utnuk membantu pelajar memperkukuh dan memperkasakan diri sendiri.
Setiap pelajar harus sedar tentang pentingnya belajar mendisiplinkan diri agar segala manfaat itu
dapat diterokai, dikembangkan dan diamalkan dengan teratur. Disiplin yang baik dan sempurna
dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan dalam pembelajaran supaya pelajar
dan guru sama-sama mendapat kebaikannya dengan men

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
) ( )

Anda mungkin juga menyukai