Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Refleksi Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim

Oleh : Mohd Khairul Hamdi Bin Shafie

1. Pendahuluan

Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim telah
diadakan pada pagi hari Khamis, 21 Mac 2019. Ini adalah temasya sukan sekolah yang pertama
saya ikutidan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang. Temasya sukan ini diadakan di
padang sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Hari Sukan sekolah ini adalah
aktiviti tahunan yang menjadi kewajipan untuk dilaksanakan pada setiap tahun.

2. Kekuatan

Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada beberapa
kekuatan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling.
Antara kekuatannya adalah:

i. Kerjasama diantara guru-guru dalam persiapan sebelum sukan sekolah dijalankan.


ii. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, bukuprogram dan
sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
iii. Semua kerja dilakukan secara bergotong-royong bersama dengan beberapa orang
pekerja sekolah, guru, dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut.
iv. Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang
dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak
membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru
berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut.
v. Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah
mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok.

1
3. Kelemahan

Antara kelemahan yang dapat dilihat semasa Hari Sukan sekolah dilaksanakan adalah:

i. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan padang dalam keadaan basah dan
berlopak. Ini mengakibatkan banyak acara-acara yang sepatutnya dapat diselesaikan
dengan awal terpaksa ditunda kepada masa yang bersesuaian bagi mengelakkan
berlakunya gangguan semasa acara dipertandingkan.
ii. Segi keselamatan murid perlu dititikberatkan kerana dengan keadaan padang yang
berlecah boleh menyebabkkan pelbagai kecederaan kepada murid.
iii. Kekurangan barang sukan seperti lembing, cakera menyebabkan perjalanan aktiviti
tersebut agak kurang lancar.
iv. Kekurangan khemah yang menyebabkan dua rumah sukan berkongsi dalam satu khemah.
Namun terdapat juga pelajar terpaksa mencari tempat berteduh di bawah pokok.
4. Peluang

Antara peluang yang saya dapati semasa sukan tahunan sekolah adalah:

i. Saya telah ditugaskan untuk menjadi hakim rejam lembing. Disini, saya telah melihat
dengan lebih mendalam bagaimana prosedur yang harus dilaksanakan semasa mengurus
pertandingan rejam lembing tersebut.
ii. Peluang saya menimba pelbagai ilmu pengetahuan tentang bagaimana untuk
menjalankan sesuatu program dan mengendalikannya secara telus.
iii. dapat mengetahui cara-cara untuk menguruskan sesuatu data bagi setiap keputusan yang
telah diperolehi.
iv. Saya juga berpeluang untuk memerhatikan dan mengambil pengajaran daripada
kesalahan-kesalahan yang kami telah lakukan untuk mengelakkannya daripada terjadi
pada masa hadapan.
v. sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid yangberpotensi dalam acara
sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkahkeperingkat yang lebih tinggi,
samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atauantarabangsa.

2
5. Ancaman

Dalam menganjurkan sesuatu pertandingan, pastinya ada ancaman. Antara ancaman


yang saya kenal pasti ialah cuaca dan persekitaran. Dengan cuaca yang hujan sebelum sukan
dilaksanakan maka sedikit menjejaskan persekitaran kawasan padang. Air yang bertakung dalam
lopak-lopak air boleh mengancam keselamatan para pelajar ketika sukan dijalankan. Oleh itu,
kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peti pertolongan cemas bersama
kami.

6. Cadangan penambahbaikan

Bagi mengatasi masalah keadaan cuaca yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kondisi
padang yang kurang sesuai perlu diatasi dengan menyediakan peralatan yang boleh
menghilangkan air yang banyak di padang. Dengan ini kesemua acara akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Selain itu, guru juga boleh meminta tolong daripada staf-staf untuk
membersihkan dan membuang air dipadang sebanyak yang boleh.

Guru seharusnya memainkan peranan yang penting di dalam memastikan keselamatan


murid berada pada tahap yang baik. Sekiranya terdapat murid-murid yang bermain dengan lopak
air, guru perlu mengingatkan mereka dengan perkaraperkara dan kecederaan yang mungkin
boleh berlaku kepada mereka. Tambahan lagi, guru juga perlu mempertingkatkan kawalan
keselamatan dengan memperbanyakkan guru yang mengawal keadaan di padang.

Anda mungkin juga menyukai