Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 4 Viva
3. Bilangan Murid : 39 Orang
4. Tarikh : 29 Ogos 2019
5. Hari : Rabu
6. Masa : 8.40 pagi hingga 9.40 pagi
7. Tema : Ekonomi Berwawasan
8. Tajuk : Aku Seorang Pengusaha Perahu Tradisional

9. Kemahiran Fokus: Tatabahasa

10. Standard Kandungan


a. 5.3: Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.
11. Standard Pembelajaran
a. 5.3.2: Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul
dalam pelbagai situasi.

12. 14. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
a. Murid sekurang-kurangnya dapat mengenal pasti dua ayat aktif dan ayat
pasif dalam petikan.
b. Murid dapat membina ayat aktif dan ayat pasif berdasarkan bahan
rangsangan yang diberikan.

13. Sistem Bahasa


a. Sebutan dan intonasi
b. Sintaksis- (Frasa)

14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


a. Ilmu: Keusahawanan
b. Nilai Murni: Berusaha, Bersungguh-Sungguh,Kerjasama dan Tekun

15. Amalan Pedagogi Masa Kini


a. Kolaboratif

16. Kemahiran Insaniah


a. Komunikasi

17. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)


a. KB: Menghubung kait, mencatat
b. BCB: mengumpul maklumat dan memproses maklumat dalam petikan
c. Strategi: Pemusatan Murid, Pemusatan Tugasan
18. Alat/ Bahan
a. Pakaian Encik Sulaiman, Bahan Membina Perahu, Petikan Cerita: Encik
Sulaiman Seorang
b. Pengusaha Perahu Tradisional, Sampul Surat Poket Doraemon
Cantuman Ayat Aktif, Paparan
c. Petikan Petikan Teks Peta Buih, Gambar Rangsangan,

19. Pengetahuan Sedia Ada


a. Murid pernah mengetahui tentang perahu.

Langkah Aktiviti Pengajaran dan


Isi Pelajaran Catatan
/ Masa Pembelajaran
Set Lakonan Seorang  Murid ditunjukkan BBB
Induksi Pengusaha Perahu lakonan seorang Pakaian Encik
(5 minit) pengusaha perahu Sulaiman
Soalan: sedang membina sebuah Bahan Membina
1. Siapakah yang kapal.oleh guru. Perahu
membina perahu  Murid dikehendaki Audio
dihadapan ? melihat dengan teliti
2. Apakah yang sedang lakonan oleh guru KB
dilakukan oleh beliau? dihadapan. Menghubung Kait
3. Adakah pekerjaan  Murid bersoal jawab
pengusaha perahu dapat bersama guru. KP
mengaut keuntungan  Murid dikaitkan dengan  Intrapersonal
yang banyak? topik pengajaran pada  Verbal linguistik
hari tersebut.  Kinestetik
Cadangan Jawapan:
1. Encik Sulaiman
2. Membina sebuah
perahu tradisional.
3. Banyak memberi
keuntungan jika banyak
tempahan yang diterima.

Langkah Membaca Petikan:  Murid ditunjukkan BBM


1 Encik Sulaiman dengan petikan “Encik Petikan Cerita:
(7 minit) Seorang Pengusaha Sulaiman Seorang Encik Sulaiman
Perahu Tradisional Pengusaha Tradisional di Seorang Pengusaha
hadapan bilik darjah. Perahu Tradisional
 Murid dikehendaki
membaca secara KB
bersama-sama dengan Menghubung kait
kuat.
Nilai Murni
 Murid diingatkan kembali
Berhemah Tinggi
dengan pengetahuan
Tekun
Langkah Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
/ Masa Pembelajaran
yang lalu tentang ayat
pasif dan ayat aktif.
 Murid dipilih secara
rawak
berdasarkan“Cawan
Pilihan Nama” dengan
menggariskan ayat aktif
dan ayat pasif dalam
petikan tersebut
menggunakan marker
berbeza warna.
Langkah Pembinaan Ayat Aktif  Murid dibahagikan BBB
2 kepada enam kumpulan Sampul Surat Poket
(7 “Stesen Sampul Surat yang telah ditetapkan. Doraemon
minit) Poket Doraemon”  Setiap kumpulan telah Cantuman Ayat Aktif
ditetapkan stesen oleh
guru. Strategi
 Setiap kumpulan Berpusatkan Murid
dilekatkan dengan 4
gambar situasi di Amalan Pedagogi
hadapan bilik darjah. Masa Kini
 Wakil setiap kumpulan Kolaboratif
perlu mengambil sesuatu
dalam sampul surat KB
poket doraemon yang  Mencatat
telah dilekatkan pada
KP
dinding.
 Intrapersonal
 Setiap ahli dalam
 Verbal linguistik
kumpulan perlu
menerima sebuah kad  Kinestetik
yang terisi dalam sampul Nilai Murni
surat poket doraemon  Gigih berusaha
tersebut.
 Bekerjasama
 Setiap ahli perlu melihat
gambar situasi yang
telah dilekatkan oleh
guru pada papan putih.
 Setiap ahli perlu
berbincang dan
bekerjasama bagi
mencantumkan
perkataan tersebut
menjadi sebuah ayat
aktif yang lengkap.
Langkah Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
/ Masa Pembelajaran
 Setiap ahli mestilah
melekatkan cantuman
ayat tersebut di hadapan
bilik darjah.
 Ahli dalam kumpulan
dipilih secara rawak
berdasarkan “Cawan
Pilihan Nama” untuk
membentangkan ayat
yang telah dicantumkan.

 Setiap kumpulan dinilai


oleh guru dan diberikan
satu pelekat kepada
kumpulan yang berjaya.

Langkah Mencari Ayat Pasif  Setiap kumpulan BBB


3 ditunjukkan dengan Paparan Petikan
(6 minit) Peta i-Think: Peta Buih sebuah petikan pada Petikan Teks
paparan slaid. Peta Buih
 Setiap kumpulan
dikehendaki membaca
secara bersama-sama Kemahiran
dengan kuat. Insaniah
 Setiap kumpulan Komunikasi
diberikan dengan satu
petikan teks dan peta Nilai Murni
buih yang telah disiapkan Hemah Tinggi
oleh guru.
 Setiap kumpulan perlu KB
mengenal pasti ayat Menghubung Kait
pasif dalam petikan
tersebut.
 Wakil setiap kumpulan
membentangkan di
kumpulan masing-
masing.
 Setiap kumpulan
disemak oleh guru.

Langkah “Membina Ayat”  Setiap murid dibahagikan BBB


4 kepada dua pasangan Gambar
Langkah Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
/ Masa Pembelajaran
( ) yang telah ditetapkan Rangsangan
oleh guru.
 Setiap kumpulan
diberikan dengan
gambar rangsangan.
 Setiap pasangan
dikehendaki membina
ayat aktif dan ayat pasif
berdasarkan gambar.

 Setiap pasangan dipilih


secara rawak untuk
membaca ayat yang
telah dibina di hadapan
bilik darjah.

Penutup Kognitif  Murid diminta untuk KB


(5 minit) Rumusan isi pelajaran merumuskan semula  Merumus
topik pengajaran pada  Menghubung kait
hari ini.
 Murid merumus semula KP
isi pelajaran yang  Verbal linguistik
Sosial dipelajari pada hari  Intrapersonal
Pujian atas usaha dan tersebut.
kejayaan  Murid diingatkan semula
berkenaan topik yang
diajar oleh guru.
 Murid diberikan pujian
atas sikap murid yang
bersemangat
menjalankan aktiviti.

Petikan Cerita “Jika Aku Seorang Pereka Pakaian”


Aku menyimpan impian hendak menjadi seorang pereka pakaian. Aku berharap agar impian
aku menjadi kenyataan pada usiaku 28 tahun. Aku bercadang untuk membuka sebuah kedai
yang sangat gah di tengah bandar. Aku mahu semua orang memakai baju rekaan khas
daripadaku. Bolehkah aku berjaya sebagai seorang pereka pakaian yang dikenali ramai ? Aku
sangat bimbang kerana menjadi seorang pereka pakaian pastinya memerlukan modal yang
sangat besar. Dimanakah aku hendak mendapatkan modal? Aku perlu menabung mulai
sekarang. Aku juga akan mengumpul seberapa banyak ilmu tentang mereka pakaian. Aku akan
mengikuti pelbagai kursus jahitan dan rekaan yang ditawarkan di luar. Aku tidak akan pernah
putus asa untuk menggapai cita-citaku itu. Oleh itu, aku mesti merancang hidupku dari
sekarang. Langkahku yang utama ialah aku mesti belajar dengan bersungguh-sungguh mulai
hari ini. Aku perlu membanggakan ibu bapaku. Semoga impianku akan menjadi kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai